Search This Blog

Loading...

Tuesday, April 21, 2009

Komen Pemikiran Dangkal!

Salam,

Apabila saya bertanya, Adakah Lagi Mahu Mendengar dan memahami titah Sultan Perak dan Raja Nazrin Shah, seorang pengunjung Tanpa Nama meninggalkan komen berikut:

Anonymous said...

Ada....Ustaz said,Lebih baik Tuanku Harus berterus terang bahawa "Hanya umno/bn saja yang beta suka". yang lain boleh pi.......

Daripada tulisannya, dapat difahami orang ini tentulah bukan penyokong BN/Umno. Mungkin dia menyokong lawan kepada BN/Umno. Tidak kisahlah sokongannya, namun apa yang tertulis menunjukkan kedangkalan pemikirannya.

Bukankah dalam titah tersebut tidak disebut pun oleh kedua-duanya sokongan mereka. Mereka cuma mengingatkan, orang Islam khususnya di negara ini, tentang peri pentingnya kedaulatan raja-raja yang didukung oleh Raja Berperlembagaan dipertahankan.

Mungkin ada yang terasa, bila disebut 'parti politik tertentu', yang ditegur seolah-olah tidak pernah membuat salah, seperti sifat para nabi yang terpelihara daripada dosa - maksum. Ditegur juga perbuatan menghentam raja di pentas politik sedang raja tidak 'berupaya' memberikan jawapan.

Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya. Apa yang digusarkan jika parti politik tertentu itu bukan parti yang penulis komen sokong!

Kalau pun benar, andaian penulis komen yang Tuanku Sultan tidak berkenan dengan parti lain selain BN/Umno...padanlah. Tuanku menyedari kelemahan dan kesilapan BN, namun jasa yang terlihat sepanjang 52 tahun memerintah menjadi bukti keberkesanannya. Berbanding PR yang diberi peluang 11 bulan, bukan jasa yang ditabur...tapi sepanjang masa asyik menyalahkan orang lain!

Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...sebab tu mungkin Sultan tidak berkenan!

Tanpa sebab munasabah, tiba-tiba ja resign...manalah Sultan suka!

11 comments:

PENA MINANG said...

Puak-puak Khawarij ni memang bengap, bodoh, buta dan tuli dalam memahami erti kata sebenar seorang sultan. Kalau bahasa Melayu pun mereka tak faham, bayangkanlah Bahasa Arab yang mereka gunakan dalam menafsir Al-Quran dan Hadis. Sebab itulah kita dapat dengar terlalu banyak fatwa bodoh dan bengap yang dikeluarkan oleh ulama mereka ini. Dan kesiannya ramai pula insan yang 'khamil' ini juga menjadi ta'asub tak tentu pasal tanpa menyedari tindakan mereka itu dilarang oleh Allah.

Anonymous said...

USTAZ SAID
SELAMA 52 TAHUN DIBERIKAN MANDAT UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA APAKAN PERNAH PARA MP DARI UMNO MENGUSULKAN PINDAAN PERLEMBAGAAN UNTUK MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI NEGARA INI. PADA PENDAPAT USTAZ BOLEH ATAU TIDAK BOLEH UNDANG-UNDANG ISLAM BERANDUKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH DIKUATKUASAKAN DIMALAYSIA INI?

Warisan Tamar @ KL said...

Kalau Sultan sebut Anwar adalah pemimpin terbaik...maka melompat-lompatlah mereka kesukaan...

Nak masuk syurga sokong PAS+DAP+PKR...Elizabeth pun layak masuk syurga tu...

Anonymous said...

Ustaz said,

Adakah Dato'Haron Din,Ustaz Ismail Kamus,Ustaz Taib Azamuddin,Ustaz Ahmad Awang dan lain yang memilih parti PAS sebagai wadah perjuangan sebagai Khawarij....? Boleh ustaz said jelaskan adakah mereka telah sesat kerana memilih parti PAS ?

ustazSAID said...

Salam, Anon 12:30pm, untuk soalan ini, begini ja jawapan saya:
1. Adakah ustazah Norbahyah, Prof Shukur, ustaz Sidek Baba, Ustaz Fadhil Nor, Ustaz Muhamad El-muhamady, yg bjuang di luar PAS juga sesat? atau
2. Beranikah kita kata Prof Abdullah Mohd Zain, Jamil Khir, Imam Pirdaus dsb yg sokong Umno juga sesat sbb lwn PAS?

Anonymous said...

"Pemikiran Dangkal"

Bagi mereka yang berada di pihak yang selesa dan gembira dengan stuasi ini sudah tentulah ia menyatakan ia pandangan yang cetek, Walhal yang sebenarnya itulah kenyataanya.Jika ingin membuat keputusan sewajarnya rakyatlah sepatutnya di dahulukan,biarlah rakyat yang menentukan siapa yang di pilih memimpin mereka.

Bergantung pada sejarah semata-mata bagi menegak benang yang basah padahal sejarah saja belum cukup untuk merialisasikan perubahan yang sebenar berbagai perkara telah berlaku di depan mata rakyat bukan rakyat tahun 70an lagi yang tidak tahu berfikir.

Ah....itu pemikiran dangkal oleh rakyat marhain/bawahan yang tak tahu menulis dan mengira.rakyat tahu apa yang tahu kita......


DERHAKA pada ALLAH tiada siapa pun yang mara.

kifli said...

Tsunami politik hanya berjaya merubah enam wilayah di Semenanjung Malaysia dan gagal menembusi negeri-negeri yang mempunyai ramai penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Walaupun Pakatan Rakyat menang empat dari lima pilihanraya kecil sejak Mac tahun lalu, golongan pengundi masih yang menyokong UMNO tidak berganjak.

Analisa keputusan pilihanraya umum ke 12 dan lima pilihanraya kecil menunjukkan peubahan ketara dikalangan masyarakat Cina dan India namun sebaiknya kepada orang Melayu.

yang masih menyokong UMNO seperti dibawah;


1.Orang yang mempunyai kepentingan, berniaga dengan kontrak kerajaan.
2.Golongan pengampu3.Ustaz-ustaz ‘dollar and cents’
4.Orang yang jarang pergi ke surau
5.Orang yang tidak minat mempelajari agama
6.Golongan anti agama
7.Golongan Perasuah
8.Orang yang miskin dan jahil
9.Orang yang mempunyai jiwa yang kerdil
10.Orang yang keras hati
11.Golongan yang duduk dalam zon selesa
12.Orang yang longgar pegangan agama
13.Golongan yang jauh dengan ulama’
14.Golongan yang suka memisahkan kehidupan dunia dan akhirat

Anonymous said...

Pengundi yang menyokong PR pula adalah tergolong orang2 seperti dibawah;

1. PAS itu Islam dan Islam itu PAS.
2. Orang lain buat berdosa, kalau kita buat tak berdosa.
3. Orang lain buat masuk neraka, kita buat benda yang sama masuk syurga.
4. Ulama PAS saja yang betul ulama2 lain semuanya tak betul.
5. Undi PR masuk syurga, undi BN masuk neraka.
6. Kita boleh mencarut orang lain tak boleh mencarut.
7. Rasuah seks sebagai sedekah.
8. Kita boleh amalkan seks bebas, tapi kalau puak BN kita hentam habi-habisan.
9. Puak kita tangkap khalwat kat hotel tak salah kalau puak BN kita jatuhkan hukuman.
10. Matlamat menghalalkan cara.
11. Orang kafir baca ayat Al Quran tunggang langgang boleh, tapi bila orang Islam lain yang tak sehaluan baca itu kepentingan politik.
12. Bila Agama di politikkan.
13. Nik Aziz, Anwar Ibrahim sebagai maksum tak ada dosa langsung.
14. Ulama-ulama yang bukan puak kita bukan Islam, hanya ulama kita saja yang betul Islamnya.
15. Golongan yang cakap tak serupa bikin.
Cukup dulu kalau nak diteruskan memang banyak.

Datu Sulaiman said...

anonymuos 3:26 pm inilah sebenarnya daripada puak khawarij,mempunyai hati yang keras,pintu hati yang tertutup keras sehingga sukar menerima hidayah..Melucukan, bila mana pula orang PAS menganggap Nik Aziz dan Anwar itu maksum..lucu-lucu, tak tahu darimana anon 3:26 ni dapat fatwa ni..pendapat kifli, walaupun pahit ada kebenarannya untuk kita insafi..jadi pada zaman Najib ni kita ubah mentaliti orang UMNo seperti mana yang dikatakan kifli ini..

memang bukan semualah orang UMNO tu begitu sifatnya seperti mana yang disebut kifli itu, terutama di Sabah ini bilamana orang Islam tiada pilihan lain selain UMNO, tapi rata-rata inilah hakikat yang perlu kita teriam untuk kita insafi dan baiki. Sama ada UMNO atau PAS, bukan syarat utama untuk berubah, tetapi yang mustahak ialah diri dan iman kita.

ustazsaid said...

Datu Sulaiman, spt kata kifli pahit ada kebenarannya, bukankah anon 3:26pm itu juga pahit, soalnya bolehkah kita terima kebenarannya? Jika jawapan kita YA, memang kita mengamalkan politik matang. Namun, jika jawapan kita TIDAK...teruskanlah menutup minda!

kifli said...

Kalau berpesan diturut,
Kalau berhutang dituntut.
Pucuk di cita ulam mendatang.

Kita punyai rasa belas ihsan.
Mereka pula mempunyai kuasa.

Kezaliman bukan buat manusia,
tetapi keadilan dicipta untuk manusia.

Sungguh ganjil rahsia dunia ini.
Kenapa tiap kemuliaan mesti ada racunnya ?

NASIHAT TERAKHIR BUAT BANGSAKU

Wahai orang-orang melayu
lihatlah sekelilingmu
kemajuan di serata dunia
kemunduran di ceruk rantau.

Pilihan di tanganmu
mencorak masa depan.

Perjuangan melalui politik
demi kuasa,ekonomi,pendidikan dan sosial orang melayu terletak ditanganmu.

Renungkan dengan fikiran terbuka dan berlapang dada.
Percayalah ! UMNO sudah tiada.
Yang ada adalah satu parti yang berselindung di sebalik Ketuanan Melayu.
Lihat saja kongres mereka,hanya kelihatan wajah-wajah pengkhianat bangsa Melayu.
Pasti wahai bangsaku,mereka bukan Melayu sejati.

Semangat yang mengalir dalam tubuh mereka adalah semangat keturunan pengkhianat berselindung di sebalik Ketuanan Melayu.

Jangan kita di tipu lagi.
Lihat saja yang duduk di barisan saf kepimpinan mereka terdiri dari wajah bangsa Turki,Arab,Cina,Mamak dan malang lagi wajah Inggeris di setiap sudut.
Manusia-manusia inilah yang memporak-perandakan bangsa melayu kita dan kawan-kawan dari bangsa lain.
Manusia-manusia inilah juga yang kita biarkan bermaharajalela merompak harta kita yang telah di tinggalkan oleh nenek moyang untuk kita pusakai dan kongsi bersama dengan kaum-kaum lain yang turut bejuang melepaskan diri dari cengkaman penjajah.

Memang benar ada wajah tulen bangsa Melayu dalam UMNO(BN).Namun percayalah,wajah tuken ini sebenarnya adalah wajah talibarut kaum kapitalis.
Di zaman penjajah mereka di gelarkan Hei Ho.
Mengambil kesempatan untuk memperkayakan diri tanpa rasa malu dan tanpa rasa bersalah di hati mereka.

Ya ! sejarah Melayu yang panjang tercatat wajah-wajah talibarut terdiri dari bangsa Melayu sendiri.
Kini wajah ini muncul di persada dalam sejarah Melayu yang akan ditulis lagi buat sekian kalinya.

Masa belum terlambat untuk kita catatkan secara peribadi dalam kita menghancurkan parti talibarut Inggeris ini.

Percayalah ! Suatu hari kelak tercata dalam sejarah UMNO(BN) adalah wajah penjajah sebenar.

Sedikit umur yang kita lalui kini adalah peluang buat kita menyumbang bakti kearah tercapainya Malaysia Maju.

“Jika kerbau mempunyai tanduk,
Rotan yang lembut juga mempunyai onak”.

TUMBANGKAN UMNO(BN)!
HIDUP KERAJAAN RAKYAT !
HIDUP RAKYAT !

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin