Search This Blog

Loading...

Thursday, April 23, 2009

Penasihat Umno jawab isu MB Perak

Salam,

Dicatatkan tulisan Penasihat Undang-undang Umno berkaitan kes Perak, sebagai jawapan kepada isu yang dibangkitkan oleh Hanipa Maidin, dalam Harakahdaily. Selamat membaca!

Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah, adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan, kata Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ia juga bukan akademik semata-mata tetapi menjawab persoalan kepada tindakan pertama dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Katanya, sejak Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 16 April lalu, banyak telah diperkatakan di dalam blog dan lamanweb tentang kesan atau impak keputusan tersebut, termasuk Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS pusat, Hanipa Maidin dalam harakahdaily.net pada 20 April lalu.

"Justeru itu, saya selaku petua pasukan undang-undang yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan merasakan perlu berikan penjelasan sebaliknya dan menyerahkan kepada pembaca untuk membuat kesimpulan sewajarnya," tegas Hafarizam.


Selanjutnya baca di sini.

15 comments:

Anonymous said...

kalau penasihat umno.....semua betul,,, rasuah pun betul....ya dak???

kifli said...

Perak hari ini mengalami krisis yang sangat teruk dan memalukan sejarah tamadun Malaysia. Segalanya berpunca daripada tindakan Barisan Nasional sendiri yang bertindak melakukan rasuah dengan jelas. Tetapi, malangnya, sehingga hari ini kes ini masih ditulikan. Seolah-olah mereka yang melompat parti ini tidak bersalah.

Semalam, saya terbaca berita daripada Malaysiakini yang menyiarkan bahawa Mohd Nizar mendedahkan isi perbincangannya dengan Sultan Perak. Susulan daripada bacaan saya tersebut, saya masih lagi tidak tahu, bagaimanakah rakyat Perak boleh mengatakan bahawa Zambry berada di pihak yang benar? Sehingga hari ini, saya tidak menemui langsung “hakikat” yang mengatakan Zambry adalah seorang yang benar.

Tetapi, apabila melayari blog-blog pembela Negara, mereka asyik menyebut bahawa Nizar gilakan kuasa, walaupun Zambry telah layak sebagai Menteri Besar. Di manakah kelayakan tersebut? Atau ia hanya omongan kosong. Saya mempersilakan kepada sesiapa sahaja untuk membuktikan bahawa Zambry berada di pihak benar.

Mungkin mereka berhujah bahawa kenaikan Zambry mendapat perkenan Sultan. Tetapi yang peliknya, bagaimanakah Zambry boleh “naik” itu? Sudah pasti disebabkan 3 orang mangkuk hayun yang melompat parti itu. Ingin saya memberi sedikit kefahaman kepada mereka yang masih mengatakan kebenaran di pihak Zambry, bahawa rakyat memilih 3 orang jahanam itu disebabkan mereka berada di atas tiket Pakatan Rakyat!

Setelah mereka berpaling tadah daripada PR, siapa lagi yang menyokongnya? Saya teringat kata-kata Nizar… “Saya berada di tiket PR, bukan atas nama peribadi”. Inilah kalam yang sepatutnya diutarakan oleh seorang pimpinan. Saya yakin, sekiranya Zambry menggunakan tiket peribadi, tiada siapa yang menyokongnya. Bahkan membencinya.

Begitu juga Najib. Saya menasihatkan Najib supaya tidak terlalu taksub dengan jawatan PM anda. Ini kerana anda dinaikkan sebagai PM dengan tiket BN, bukan dengan peribadi. Sekiranya anda berada di Parti Bebas, batang hidung anda pun orang tak kenal. Begitu juga PAS. PAS bergerak dengan tiket PAS, bukan atas nama individu.

Kemelut di Perak menampakkan lagi keaiban Barisan Nasional dalam berpolitik. Semakin hari, mereka dilabelkan sebagai orang yang tidak reti undang-undang. Ataupun digelar sebagai pencabul undang-undang. Adakah ini perjuangan Barisan Nasional selama ini? Najib pula sibuk dengan penerapan nilai murninya sedangkan dia sendiri yang menolak Islam di Malaysia.

Saya mempersilakan kepada Najib supaya melakukan keadilan yang anda utarakan itu. Laksanakanlah ia di Negeri Perak. Ajarlah anak buah anda yang bernama Zambry itu. Tetapi, malang sekali, rupa-rupanya Najib pun 2 X 5 Zambry. Saya teringat persoalan yang ditimbulkan kepada ustaz Ismail Kamus, …

“Bolehkah kita menggunakan jin untuk menyihir tentera Amerika?”

Ustaz Ismail Kamus menjawab.. “Jin yang dihantar untuk menyihir itu adalah adik beradik dengan tentera Amerika.. mana mungkin dia akan menjahanamkan adik beradiknya sendiri…”

Begitu juga dengan Najib dan Zambry. Mana mungkin Najib akan menjatuhkan Zambry (walaupun dia mencabul undang-undang sekalipun) kerana mereka adalah 2 X 5 sahaja. Najib akan terus dengan ucapannya yang dikatakan “murni”. Tetapi dalam masa yang sama, Zambry membuat onar di bumi Perak.

Salam Perjuangan

kifli said...

Jikalah para sultan ataupun pemerintah yang bertaktha dan berkuasa pada hari ini, sedar dari mana asal mereka dan ke mana mereka akan pergi selepas ini, nescaya mereka akan menjadi sultan dan pemerintah yang adil. Malangnya, amat sedikit golongan sultan dan pemerintah yang mempamerkan akhlak sebenar pemimpin sejati. Sekurang-kurangnya, dalam keterbatasan kuasa yang masih berbaki, iaitu dalam Jadual 9 Perlembagaan Negara, khususnya menyinggung agama Islam dan adat-istiadat Melayu, para sultan khususnya perlu memastikan ia dijana sebaik-baiknya.




akikatnya, para sultan adalah manusia terpilih. Mereka dipilih Allah SWT untuk lahir daripada rahim atau perut seorang wanita yang kebetulan menjadi isteri sultan, kemudian mereka terpilih untuk hidup dan membesar sehinggalah akhirnya mereka cukup bersedia menyarung jubah di raja ke tubuh mereka.

Dalam sejarah kesultanan dunia, sama ada di rantau ini mahu pun di sebelah barat, timur dan di mana sahaja, kita akan terjumpa dua jenis sultan. Pertama, sultan yang terkenal kerana keadilan, kebijaksanaan dan kewibawaan pemerintahannya. Kedua, sultan yang terkenal juga, tetapi kerana kezaliman, kedunguan dan kelemahan pemerintahannya. Sebab itulah, setiap orang sultan sewajarnya rajin mentelaah kitab-kitab sejarah lalu, meneliti bukan sekadar silsilah keturunan mereka, tetapi menggali akar kekuatan seorang sultan.

Ramai sultan yang mampu dijadikan role model kepada para sultan hari ini. Jika di alam Melayu ini, bukan sedikit sultan yang terkenal senusantara. Di Melaka, Sultan Mansur Syah, Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan antara sultan yang terkenal dengan kebijaksanaan dan keadilan.

Jika meninjau di Kepulauan Indonesia, kita akan terjumpa Sultan Merah Silu yang memerintah Pasai atau akhirnya menjadi Samudera, sebagai negeri Islam pertama di nusantara. Setelah memeluk Islam, beliau memakai nama Malik as-Saleh. Malik as-Saleh terkenal atas sikap dermawannya dan sentiasa mensyukuri rezeki kurniaan Allah.

Tapi jika nak lebih jelas sikap sultan yang baik, mari kita teropong kepada sejarah kesultanan Uthmaniyyah di Turki. Cuba kita buka lembaran sejarah kehidupan peribadi dan pemerintahan Sultan Murad misalnya atau anakandanya Sultan Muhammad. Mereka amat dikenali, bukan sekadar kehebatan empayar pemerintahan yang begitu luas; tetapi dek kerana keperibadian yang begitu menyerlah.

Sultan Muhammad misalnya, diberikan gelaran al-fateh atas kapasitinya membuka Kota Konstantine dari kerajaan Kristian dokongan Eropah, yang begitu lama dipertahankan mereka. Namun, sebelum baginda berjaya membuka sebuah kota, baginda terlebih dahulu membandingkan dirinya dengan sabda Rasulullah SAW, bahawa Konstatinopel hanya dapat dibuka oleh sebaik-baik tentera dan sebaik-baik raja juga sebaik-baik rakyat. Maka, baginda Muhammad telah menjadikan hadis itu sebagai pemangkin, demi meningkatkan keimanan dan ketakwaan sehinggalah akhirnya baginda berjaya menundukkan Raja Konstantine.

Sultan di Malaysia, bagaimana? Inilah yang menjadi mauduk bicara kita. Sayugianya sultan-sultan di Malaysia menjadikan kehebatan Sultan Muhammad al-fateh sebagai idola mereka. Adalah amat malang, jika mereka membiarkan diri terkurung dalam kemelut keduniaan. Hidup dalam sangkar kemewahan semata tanpa memikirkan masa hadapan rakyat jelata.

Rakyat di negara ini, semakin hari semakin jelak dengan segala macam penipuan yang dihadapkan kepada mereka. Apa yang tipu? Ya, rakyat bencikan slogan ‘Membela rakyat’, ‘Mohon restu rakyat’, ‘demi rakyat’, ‘perpaduan’ dan sebagainya, kerana si tukang promosi itu sendirilah yang mencetuskan kekecohan dan kebengongan. Begitu juga, rakyat tidak sanggup menerima jika seorang sultan menyatakan, mahu menegakkan keadilan bagi semua rakyat; namun pada masa yang sama bertindak sebaliknya.

Maka, oleh sebab itulah rakyat menuntut sultan-sultan menjadi pemerintah yang adil dan saksama. Misalnya dalam kekecohan isu politik di Perak, maka seorang sultan yang berada ‘di atas politik’ mesti menunjukkan sikap tidak berpihak yang jelas. Sikap sedemikian akan menyebabkan rakyat bertambah kasih dan sayangnya kepada baginda sultan. Maka, rakyat akan berdiri kukuh mempertahankan legasi kesultanan walaupun dihadapkan pelbagai tekanan.

Inilah, atas premis keadilan dan kesaksamaan, maka sewajarnya pihak yang berkenaan perlu kembali menilai diri. Adakah kita ini mampu menongkat langit menunjang bumi? Tidak, sampai saatnya kita akan pergi dan tak kembali lagi. Maka, tinggalkanlah nama yang harum, buat ingatan rakyat kepada anak dan cucu kita yang kita tinggalkan.

Jika harimau meninggal meninggalkan nama, kerbau mati meninggalkan tali, manusia mati meninggalkan bakti…wallahua’lam!

kifli said...

Semenjak dua menjak ini, Zamry MB Perak yang dilantik melalui rampasan kuasa gembira betul. Apa tidaknya, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa perintah penggantungan selama 18 bulan ke atas beliau dan 12 bulan ke atas enam anggota exco kerajaan negeri oleh Speaker negeri V Sivakumar, adalah tidak sah dan batal. Mahkamah membuat keputusan demikian kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Oleh itu Zambry dan enam exco terbabit boleh menghadiri sidang DUN yang akan datang. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Alauddin, yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Hakim Alauddin dalam penghakimannya berkata perintah penggantungan oleh speaker ke atas MB Perak dan enam orang exconya melampaui perlembagaan negeri.




Hakim ini juga berkata di bawah Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak, mahkamah mempunyai kuasa menyelesaikan saman pemula difailkan oleh Zambry dan enam anggota exco di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2 Mac. Dengan perintah mahkamah ini, kekebalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwar-warkan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada akta atau undang-undang lain yang boleh mencabarnya kecuali Parlimen sendiri meminda perlembagaan adalah meleset. Apa yang sebenarnya speaker tidak kebal.




Keputusan yang dibuat oleh speaker dalam persidangan DUN boleh dicabar di mahkamah dan jika penyaman boleh membawa bukti yang menyakinkan mahkamah, keputusan speaker akan dibatalkan. Peruntukan Perlembagaan Malaysia yang menyebut; Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan menyebut: 'Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah'. Begitu juga fasa; Perkara 72(2): 'Tiada seorang pun boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam perjalanan mana-mana Dewan Negeri atau mana-mana jawatankuasanya'.




Pentafsiran kekebalan speaker DUN ini sendiri dibuat oleh Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenivasan. Katanya kekebalan itu dihuraikan secara jelas dalam Perkara 72(1) dan 72(1) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 2 dan 3 Enakmen Dewan Undangan Negeri Perak (Hak Istimewa) 1959. "Ia selaras dasar pemisahan kuasa antara eksekutif (kerajaan), legislatif (Parlimen) dan kehakiman yang menjadi asas amalan demokrasi negara bagi memastikan tiada campur tangan tiga badan terbabit Kedua-dua ‘perkara’ di atas tidak boleh dijadikan hujah kekebalan speaker kerana perlu dibaca dengan Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak sepermana yang di putuskan oleh mahkamah. Namun peguam Sivakumar, Sulaiman Abdullah tetap berpendapat tindakan Speaker Perak tidak bertujuan melanggar undang-undang dan perintah penggantungannya terhadap Zambry dan enam anggota exco itu adalah betul.




Tetapi Hakim Mahkamah Tinggi pula secara sebulat suara mengatakan tindakan speaker terbatal dan tak sah kerana tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Nampaknya rakyat telah diberikan maklumat yang mengelirukan mengenai krisis perlembagaan di Perak. Yang hairan, bagaimana peguam-peguam PR dan Majlis Peguam sendiri yang pakar dalam selok-belok undang-undang seolah-olah tidak tahu akan wujud Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak. Artikel ini membolehkan mahkamah membatal keputusan yang dibuat oleh speaker dalam persidangan DUN. Sehubungan dengan itulah Zamry dan UMNO sendiri sangat gembira dengan keputusan mahkamah ini




. Dalam kenyataannya, Zambri meminta pihak pembangkang di Perak dan penyokong mereka menerima dengan baik dan hati terbuka keputusan mahkamah hari ini. Memang patut beliau gembira kerana krisis yang berlaku di Perak sudah hampir sampai ke penghujungnya dan beliau akan di isytihar sebagai pemenang. Selepas ini beliau akan dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada jawatan MB dan memasang impian kepada jawatan yang lebih tinggi dalam UMNO. Sama ada jawatan MB itu diperolehi daripada rampasan kuasa dan disahkan oleh mahkamah, tidak menjadi soal. Benarkah begitu, adalah Zamry akan diisytihar menang pada pusingan ini.




Sebenarnya keputusan mahkamah ini belum membolehkan Zamry diisytihar sebagai pemenang. Keputusan Mahkamah Persekutuan ini tidak menyebut Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga Adun Lompat atau mana-mana Adun masuk ke dalam dewan Dun. Keputusan mahkamah hanya membatal pergantungan Zamry dan enam anggota exco kerajan negeri daripada menghadiri sidang DUN dan tidak melibatkan Adun Lompat.Sebab itu menurut peguam Sivakumar, mereka akan tunggu dan lihat apa akan berlaku kerana Speaker masih ada di persidangan itu nanti. Ini bermakna Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan Adun-Adun tersebut dari masuk ke dewan Dun. Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu Umno menyekat kuasa V. Sivakumar daripada menghalang UMNO memerintah negeri Perak.

ustazsaid said...

Salam Kifli, panjang ulasan ko ni...baguslah ertinya ko menyelami isu ini dgn baik, dan ini baik utk melahirkan rakyat Malaysia yg mgunakan otak untuk bfikir!
Saya cuma ingin menyentuh 3 perkara:
1. Isu Zambry @ Nizar, mana yg 'patut' jadi MB, selepas rakyat memilih dan diperkenan Sultan, Mac 2008 Nizar yg patut. Tp Feb 2009, yg patut ialah Zambry sbb dlm sistem demokrasi parti yg ada jumlah kerusi byk adalah pemerintah!
2. Soal 3 melompat parti, x bmoral tp dlm Perlembagaan dibenarkan...apa yg salah?
3. Sultan Perak...kenapa smasa dia bkenan Mac 2008 kpd Nizar, dia baik? napa skg kita lihat guna kaca mata yg bbeza?

noi/moi said...

Baru saja 2 bulan Zambry merampas oppss memerintah Perak..kita telah melihat banyak jasa2 yang telah dibuat beliau untuk rakyat Perak...


1.baru saja masuk pejabat Menteri Besar langkah pertama tukar karpet dan lain-lain asesori....maka berwajah barulah pejabat MB sekarang ini..bertambah ceria dan berseri...

2.Pecat semua ketua kampung pilihan rakyat... Ketua kampung pilihan rakyat ini dilantik atas kehendak Raja Muda...idok ke menderhaka namaya tu..? ehh..itu bukan derhaka itu mengembalikan hak rakyat...

3.Zambry yang berjiwa rakyat menjamu rakyat dengan 'Sure Heboh' untuk menghiburkan rakyat jelata...direstukan pula oleh Tok Mufti..satu gandingan yang mantop...betul2 Zamby dan Tok Mufti memahami kehendak rakyat...

4.Menjimatkan wang rakyat dengan melelong Camry yang masih dalam jaminan 3 tahun..kerana beliau nak guna semula Perdana V6...alangkah mulianya Zambry ini... sehingga mendapat anugerah dari Sultan Perak dengan gelaran Dato' Seri...bayangkan baru 2 bulan merampas oppsss memerintah dah dapat anugerah..korang ADUN PR memerintah Perak 10 bulan dapat apa..tu laa jasa korang tak setara dengan Zambry and the gang...tu pasal tak dapat apa2...

lihatlah..betapa banyak sumbangan yang dah dibuat kepada rakyat Perak..dalam masa 2 bulan..banyak 'penjimatan' wang rakyat telah dilakukan oleh Zambry...

JASAMU AKAN DIKENANG..!!

kifli said...

Apabila Zambery Bercakap Bahasa Zionis


Zambery.....bercakap bahasa Zionis?



Pukul, tendang, sepak, terajang kemudian halau pemilik asal tanah. Selepas 2 bulan, tiba-tiba ajak mangsa penganiayaan untuk bekerjasama. Bekerjasama apa selepas hang aniaya orang sebegitu rupa?

Itulah senario terbaru politik Perak. Tiba-tiba saja Menteri Besar Kudeta Perak yang bernama Zambery itu mengajak PAS dan parti politik lain bekerjasama dengan UMNO, selepas lebih 2 bulan mengusir mereka dari tampuk kuasa.
''Kita sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama bukan sahaja dengan Pas, malah dengan semua pihak bagi mengekalkan kestabilan politik di negeri ini. Namun demikian, kita tidak boleh bertepuk sebelah tangan sahaja, kena dua-dua belah," kata Zambery selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di Ipoh kelmarin.

Pukul, tendang, sepak, terajang, halau keluar dan kemudioan ajak bekerjasama. Bahasa apa yang Zambery gunakan ini? Ia seperti bahasa puak Zionis Israel yang bunuh, rampas dan usir rakyat Palestin dari bumi mereka, kemudian berpura-pura gentlemen dengan diajak berunding.Mungkin Zambery belajar bahasa pukul, usir dan ajak berunding itu dari kamus Zionis?


Yang pastinya mangsa pengaaniayaan lazimnya sukar melupakan apa yang baru dilakukan terhadap mereka. Sekiranya rakyat Palestin sukar melupakan rampasan tanah mereka yang berlaku kira-kira 60 tahun dahulu, betapa PAS, PKR dan DAP dapat melupakan rampasan kuasa yang baru berlaku 2 bulan yang lalu itu?

kifli said...

SISTEM kehakiman telah melaksanakan satu perubahan dalam perundangan di Malaysia hanya semata-mata untuk meletak dan menjamin kuasa hanya berpusat kepada BN sahaja.
Demikian ditegaskan Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Nizar Jamaluddin sewaktu berucap pada Malis Hi Tea dan Sembang Petang anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Titiwangsa pada 18 April lalu. Turut serta Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'lo' Ghazali dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Ali Jamil.

"Perkara seperti ini tidak pernah berlaku. Tetapi kali ini ia berlaku semata-mata campur tangan Peguam Negara dalam kes negeri. Tetapi mereka telah mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku dengan bertindak lebih daripada sepatutnya," tegas Nizar.

Walaupun keputusan mahkamah menetapkan penggantungan Speaker terhadap Dato' Seri Zambry dan enam orang exco adalah tidak sah, Nizar tetap berpendirian pihaknya akan tetap melaksanakan tugasan-tugasan yang dibenarkan oleh apa sahaja saluran yang ada dalam perundangan.

Beliau melahirkan kekesalan kerana berita yang tersiar di media-media milik BN menggambarkan keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan itu seolah-olah menunjukkan apa yang telah dilakukan tidak menyebelahi Pakatan Rakyat.

"Itulah tafsiran mereka. Tetapi pada hakikatnya keputusan yang dibuat oleh mahkamah hanya sekadar menyatakan inilah 'opinion' mahkamah dalam kes penggantungan ke atas Zambry selama 18 bulan dan enam orang exco selama 12 bulan itu tidak sah.

"Tetapi ia tidak memenuhi lapan lagi permintaan pengisytiharan yang dibuat Zambry dan exco tersebut. Jadi, kemenangan ini besar kerana kuasa Speaker masih lagi dinaungi perlembagaan dan perintah-perintah tetap," tegas Nizar.

Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut berharap PAS akan melipat ganda usaha untuk mendekati golongan Melayu serta 'menukar' pandangan mereka yang masih mempunyai minda 'kemelayuan'.

"Kita ingin memberitahu khususnya kepada orang Melayu bahawa isu penderhakaan ini memang tidak masuk akal," katanya.

Mengulas senario di Bukit Gantang, Nizar berkata berdasarkan pertambahan undian di kalangan kaum bukan Melayu menggambarkan slogan 'Islam untuk semua' telah mula diterima segenap lapisan masyarakat.

Rumusan tersebut katanya berdasarkan maklum balas yang diterima beberapa hari selepas keputusan pilihan raya yang mana golongan bukan Melayu tidak lagi gentar dengan pimpinan PAS dan tidak lagi sangsi dengan apa yang dibawa PAS.

"Mereka telah merasakan PAS berkemampuan untuk menukar landskap politik Malaysia hari ini. Inilah sewajarnya kita pegang dan mudah-mudahan pada pilihan raya ke 13 nanti berlaku pertambahan sokongan terhadap Pakatan Rakyat yang diterajui PAS," katanya.

Dalam pada itu Nizar turut berikrar akan membawa isu yang melanda Perak itu sebaik sahaja beliau melangkah kaki ke Parlimen pada Jun nanti. Beliau menaruh harapan isu tersebut bukan sahaja menarik perhatian pimpinan BN tetapi juga seluruh negara.

noi/moi said...

kalau-kerajaan-itu-haram-mb-pun.

Isu Siapa Menteri Besar Perak Yang Sah, Dr.Zambry Kadir Mahu Supaya Mahkamah Persekutuan Memutuskan Beliau MB Yang Sah!



PUTRAJAYA - Menteri Besar BN Perak, Dr Zambry Abdul Kadir petang tadi telah menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung tafsiran Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak supaya mahkamah itu memutuskan beliau adalah Menteri Besar yang sah. Dr Zambry menfailkan notis usul itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, semalam, melalui Tetuan Zul Rafique and Partners. Dalam notis usul itu yang disertakan dengan afidavit sokongannya, Dr Zambry memohon supaya Mahkamah Persekutuan memutuskan dan mentafsir peruntukan Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu;




•Sama ada Sultan Perak mempunyai hak untuk memperkenan permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (sidang DUN) apabila Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota-anggota Dewan;
•Sama ada apabila Sultan Perak tidak berkenan untuk menggunakan prerogatif diraja baginda untuk membubarkan sidang DUN, adakah ia merupakan suatu kehendak peruntukan Fasal 16(6) bahawa Mohammad Nizar harus meletakkan jawatan beliau dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan;
•Sama ada berikutan keengganan Mohammad Nizar meletakkan jawatan dan ahli-ahli mesyuarat kerajaan, Sultan Perak mempunyai hak untuk melantik Zambry sebagai Menteri Besar.


Zambry dalam notis usulnya berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Februari 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak. Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan notis usul itu. Zambry berkata keputusan mahkamah itu juga nanti akan meleraikan kebuntuan politik yang berlaku di Perak di mana Mohammad Nizar menegaskan beliau masih Menteri Besar yang sah, sidang DUN tidak dapat bersidang dan kerajaan negeri Perak tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya dengan efisyen atau bebas.

Anonymous said...

Kifli dan moi sebenarnya bodoh + bangang dalam ilmu berpolitik. kalau tidak menyebelahi mereka maka semua salah....samdol betul la..

mamatparang said...

KITA LUPAKAN DULU HAL NEGERI PERAK TU MARI KITA RENUNG DAN FIKIR PERKARA INI
Perdana Menteri DS Razak ini mengumumkan bahawa kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan

Macamana pendapat al ustaz al said>

Anonymous said...

Ni.. nak tanya ustaz said...

Bila pulak UMNO dah pakai "PETUA" 'Saya selaku PETUA undang2 yang di pertangungjawab'...alamak ustaz said...pakai petua nak rampas perak ke?

Anonymous said...

mamatparang....

one malaysia....habislah hak orang melayu!

kata pejuang bangsa...hapraklah umno/bn!

matlan said...

asalamualaikum ustaz, biasa la , manusia ni kalau sesuatu perkara tu tidak berpihak kepada mereka, mereka tak boleh terima, tapi kalau keputusan mahkamah memehak kepada mereka macam mana, dulu Dun BN lompat PR , perkara bermoral, mulia dan tindakan bijak, tapi kalau Dun PR lompat BN apa cerita?????, dulu siapa yang berusaha sangat nak rasuah wakil rakyat parlimen BN untuk lompat PR , hingga sanggup nak kejar sampai ke TAIWAN,.....orang UMNO ke yang buat tu????? ....kalau 16 september jadi kenyataan....apa cerita......kalau zambrey di tuduh zionis.......hang pi palastin la , tengok sendiri macam mana Zionis.......nak baring atas jalan halang kereta raja boleh le....kalau berani pegi palastin la baring kat jalan tu halang kereta kebal zionis.......cakap boleh la main lepas sedap mulut......allah hu alam

mamatparang said...

ADA KE KAKI BODEK UMNO ATAUPUN BLOGGER YANG BERNAUNG DIBAWAH PEMBELA BANGSA NAK ULAS HAL DIBAWAH INI?
Perdana Menteri ,DS Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin