Search This Blog

Friday, April 17, 2009

Mengapa Sampai Jadi Begini?

Salam,

Tanpa sebarang tanda, tanpa amaran, tanpa ribut, politik Terengganu tiba-tiba berkocak. Kocakannya kali ini bukan alang-alang. Lagi hebat daripada gelora Laut China Selatan.

Dikhabarkan usul undi tidak percaya hendak dibuat ke atas MB, Tok Mad Said. Benarkah ada YB yang seberani itu? Mungkin juga, sebab dunia politik ni serba berkemungkinan. Hari ni menjadi kawan, tidak mustahil esok menjadi lawan.

Lepas tu, khabarnya ada pula YB yang menerima SMS berbaur ugutan. Meminta YB berkenaan jangan buat usul undi tidak percaya. Di akhir SMS, ugutan nyawa boleh melayang. Wah...nampak gayanya politik Terengganu semakin maju. Ala Sri Lanka gitu...

Laporan polis sudah dibuat. Serahkan saja kepada pihak berkuasa. Rasanya, bukanlah masalah besar bagi polis untuk menyiasat punca SMS tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.

Setakat ini banyak lagi persoalan yang masih belum dirungkai, kisah di sebalik tabir peristiwa yang berlaku. Tok Mad Said pun sudah berjumpa Presiden. Sementara kita menunggu perkembangan selanjutnya, elok juga kita merenung sejenak.

Mengapakah semua ini berlaku? Bukankah MB dan ADUN lain -kecuali 8 dari PAS dan 1 MCA- kesemuanya dari Umno? Tiadakah lagi ruang perbincangan di kalangan mereka? Belum cukupkah kekalahan di Kuala Terengganu menjadi iktibar berguna kepada mereka? Atau barangkali mereka sudah terlupa bahawa pada 1999 - 2004, Umno tidak memerintah di Terengganu...

1 comment:

warisantamar @ KualaLumpur said...

Bro,
Durang sengaja mahu kasi up nama-nama durang bah ini. Kurang2 Najib masih ingat durang...hehehe. Pok kasi glamer balik nama dan kununnya durang ni pemimpin yg paling hebat sebenarnya di Terenggnu. Sori lah idea kering aaku ni...durang ni belum cukup power mahu bikin gempak...cuba macam Kapal Sink, siap tunjuk peluru lagi...durang ni patut tunjuk durang dpt bom atom...itu baru gempak satu dunia....inilah kalau sudah tiada kuasa, buat-buat macam berkuasa...mimang gila kuasa...

Tiada purujek masuk mungkin ni...semua si Ahmad Said tibai...padulilah...YB aku pun makan tidur kasi besar telur saja...tugas utama dlm KPI mereka ialah, merasmikan majlis...porahhhh..cit..

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin