Search This Blog

Wednesday, April 29, 2009

Umno Wajib Letak Calon

Salam,


SPR sudah menetapkan PRK Dun Penanti akan berlangsung pada 31 Mei. Penamaan calon pula dijalankan pada 23 Mei 2009. Tempoh berkempen selama 9 hari.


BN belum membuat keputusan sama ada menyertai PRK ini atau memboikot sahaja. Dilaporkan DS Najib menunggu mesyuarat Biro Politik untuk memutuskan keputusan muktamad. Sementara menunggu mesyuarat, kita mencadangkan supaya pandangan ini diambil kira.


Umno wajar menyertai PRK ini. Inilah masa yang sesuai untuk menguji sejauhmana sama ada perubahan pucuk pimpinan kerajaan dan Umno dapat menawan hati rakyat atau masih ada ruang untuk diperbaiki.


PRK itu nanti sewajarnya menjadi medan untuk Umno memperlihatkan ia masih relevan berjuang dan menjadi payung kepada orang Melayu di negara ini, khususnya di Pulau Mutiara. PRK ini boleh digunakan untuk mempromosi segala macam pembaharuan yang diwar-warkan.


Lagi pun, kita ingin melihat sejauh mana kepimpinan DS Ahmad Zahid Hamidi sebagai Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang. Di peringkat Umno, beliau sudah membuktikan dengan undi terbanyak Naib Presiden. Adakah rakyat di Penanti juga dapat menerima perlantikan beliau?


Umno tidak perlu khuatir untuk sekali lagi menerima kekalahan di kubu kuat PKR. Adat pertandingan pasti ada yang menang dan tewas. Namun, untuk takut bertanding bukanlah pilihan yang bijak. Siapa yang dapat menentukan Umno akan tewas, PKR pasti menang.


Jika 13 orang calon Bebas di Bukit Selambau begitu berani menyertai PRK, dalam keadaan peluang mereka untuk menang terlalu kabur, masakan Umno dengan pelbagai kisah kejayan, pengalaman dan komitmen ahlinya menyerah kalah!


Inilah masanya, ahli Umno membuktikan segala keinsafan dan kesedaran mereka selama ini bukanlah retorik yang dijadikan bahan ketawa. Inilah peluang bagi Umno Pulau Pinang, khususnya di Permatang Pauh dan Penanti menunjukkan bahawa mereka masih mampu bernafas.


Lainlah kalau Umno sendiri merasa mereka sudah ketandusan idea dan hanya mampu pasrah dengan cabaran yang menimpa...lalu membiarkan saja parti lain mendabik dada!


8 comments:

Anonymous said...

Salam.
Saya sangat setuju dgn pandangan tersebut. Malah saya mahu turut mencadangkan supaya krusi DUN Penanti ini kita bagi kepada parti dlm BN yg suka sangat nak minta krusi lebih semasa PRU12, sehinggakan UMNO sanggup berkorban memberikan krusi tu kpd rakan dlm BN sebab nak jaga hubungan konon...
Nah .. apa lagi berebutlah kamu org nak ambil krusi di DUN Penanti ni... mengapa senyap... ? takut kalah.... ha..ha...ha...

ANAK BEAUFORT said...

Salam.
Pada pendapat saya......
Apa2 sja keputusan dlm PRK di negara ini tidak boleh kita ambil sebagai mewakili pandangan dan kehendak seluruh rakyat Msia. Sekiranya BN meneng di DUN Penanti tidak bermakna bahawa seluruh rakyat Msia suka dan menyokong kerajaan BN.
Hal ini kerana w/pun BN menang di DUN Penanti kerajaan PR di PP, Kedah, S'gor, & K'tn masih juga berkuasa di negeri tersebut.... Begitu juga halnya jika PR menang dlm DUN Penanti ni kelak, masih juga kerajaan BN sbg pemerintah....
Oleh itu saya mencadangkan supaya rakyat di DUN Penanti nanti jangan sokong BN & PR ,bagus diaorg sokong calon BEBAS. Sebab boleh masuk mana-mana ikut suka diaorg bah...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
panglima_sepat said...

masih awal utk menilai kepimpinan baru DS Najib melalui PRK ni.. DS Zahid pun baru je pegang jwtn ketua phubungan negeri.. Blom ada perubahan besar di lakukan.. Tapi BN mesti ltak calon utk uji tahap mana sokongan rakyat sekarang.. keputusan PRK ini boleh di jadikan sebagai penentuan hala tuju yg perlu BN lakukan

Datu Sulaiman said...

Tidak bertanding atau bertanding kemudian kalah, sama saja kesannya.UMNO tetap akan menanggung malu.Jadi lebih baik bertanding,kalau pun kalah selepas melawan. Daripada kalah tanpa melawan, lagi malu..kalau tidak bertanding, nanti orang bilang bacul...Tapi saya rasa UMNO akan bertanding, pasal apa, Tun M sudah bilang UMNO mesti bertanding. bila 'mentor'cakap bertanding maka bertandinglah...Kalau ngam calon dan ngam cara kempen,ngam pula isu dan pendekatan, UMNO boleh menang..Apa salah kalau Zahid Hamidi sendiri calon..

de_kerinchi said...

Salam ustazsaid,

Bertanding itu perlu, kerana Bn masih mempunyai penyokong disana...jangan abaikan mereka....

Kesan samada kalah atau menang pasti ada....tetapi amanah penyokong BN mesti tidak dipinggirkan...kesian...mereka..

USD said...

Komen Anon 12:48PM dipadam kerana langsung tidak relevan dan tsenarai dlm komen x konstruktif.TK

matlan said...

asalamualaikum ustaz, bn perlu letak calon di DUN PENANTI, strategi kempen belakang cerita, yang penting sekarang pilih calon yang orang kenal dan berkeliber....tapi yang paling utama bn mesti lawan, tak kira kalah atau pun menang, kalau pun kalah sekurang-kurangnya kita tahu di mana tahap kekuatan kita, dan kita boleh usaha lagi untuk perbaiki. kalau menang alhamdulillah......allah hu alam

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin