Search This Blog

Wednesday, April 1, 2009

Apa Beza Fakta & Persepsi?

Salam,

Apabila Datuk Shafie Abdullah, Ragunath Kesavan dan Prof. Shad Saleem al-Faruqi berhujah dengan Prof. Dr. Agus Yusof berkaitan krisis politik dan undang-undang di Perak, banyak perkara tersembunyi sebelum ini 'terdedah'.

Terima kasih TV9 yang proaktif membawa kepada umum banyak fakta berkaitan isu Perak, banyak persepsi yang selama ini berlegar-legar di kalangan masyarakat rasanya sudah terjawab melalui fakta HUJAH.

Adakah kita semua akan bersetuju? Tidak mungkin.

Pasti ada saja alasan yang diberi sama ada hujah panel itu diterima atau ditolak. Namun dari satu segi, fakta yang terselindung selama ini sudah pun mula tersirna. Bahawa ada banyak fakta rupanya selama ini yang tidak diambil peduli - sama ada sengaja atau pun tidak. Kita rupanya lebih banyak dihantui persepsi...

Adakah fakta yang sudah 'terburai' akan mempengaruhi pengundi di Bukit Gantang membuat pilihan? Sukar untuk ditentukan...kena tunggu 7hb April nanti.

Yang nyata, pengundi di Bukit Gantang, juga di Bukit Selambau dan Batang Ai, hendaklah menjauhi persepsi dalam menentukan wakil mereka.

Fikiran yang waras, disertai pertimbangan terhadap perkara yang terpampang di depan mata, termasuk hujah pd malam ini, seharusnya dijadikan asas kukuh dalam menilai calon dan parti yang hendak dipilih!

4 comments:

Anonymous said...

Elok disertakan sekali clip video Hujah tersebut. Untuk dijadikan rujukan pihak2 yg masih tak dapat terima hakikat bahawa PR sengaja tidak mahu menerima hakikat dan fakta.

Datu Sulaiman said...

Salam ustaz,
Cuba tolong peturunkan disini fakta-fakta yang dikatakan telah terdedah itu. Saya mahu study kes ini kerana terlalu ramai yang mahu berhujah dan ramai jug mahu berhujah walaupun banyak berhujah hanya untuk memenangkan puak dia saja...

matlan said...

asalamualaikum ustaz, iya la ustaz, buli kasi senarai ka tu fakta2, aku pun semalam sempat tingu yang ujung2 saja,.....aku mau juga berhujah dan explain kepada mana2 kawan dan urang kampung yang nda berapa paham keadaan sebenar,......tak kira la sapa yang betul, puak umno ka, atau puak pr ka, kita kena buka hati dan boleh menerima kelemahan masing2, jangan asyik nampak silap orang saja, kalau kena batang hidung sendiri nda boleh terima pula,.....kalau kerajaan pr perak tumbang kerana adun nya lompat ke bn....kita kutuk macam2 adun tersebut dan umno.....tapi apa yg akan berlaku kalau agenda 16 september menjadi kenyataan.......apakah mereka yg lompat itu bebas dari kutukan......allah hu alam.

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman said...

Salam..
satu Ulasan yang baik
salam perkenanlan

www.dewakampung.blogspot.com

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin