Search This Blog

Loading...

Friday, April 10, 2009

Berikan Mereka Peluang!

Salam,

Tahniah diucapkan kepada yang dilantik dalam jemaah kabinet kerajaan. Yang gugur dan tidak dilantik, janganlah terlalu bersedih. Dunia belum berakhir untuk kalian...

Melihat senarai kabinet ini, tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah barisan 'terbaik' dan menepati citarasa rakyat. Adakah ia juga mewakili semangat One Malaysia?

Jika dilihat harapan kita sebelum ini, Menunggu Senarai Kabinet Najib, ada yang sudah tertunai dan ada juga yang tidak terpeduli. Logiknya pun, tidak mungkin Najib dapat memuaskan hati semua orang.

Ada 6 senator yang dilantik menteri. Mungkin mereka memiliki kepakaran yang tiada pada orang lain, hatta AP yang menang pilihanraya. Soalan, bagaimana Koh Tsu Koon hendak memantau prestasi para menteri, sedang prestasi dia pun 'kalah' pilihanraya?

Ramai muka baru yang diharap menggalas cabaran, di kalangan 'orang muda' cuma berpuashati sebagai Tim. Menteri. Orang Muda yang diminta menyokong kerajaan tapi ketua orang muda tidak tersenarai. Macamana kita nak harap sokongan orang muda?

Secara keseluruhan, kecuali 6 yang baru, kabinet ini hanyalah kabinet 'pusing-pusing' - orang yang sama bertukar posisi! Muka lama diberi nafas baru.

Walau bagaimanapun, kita beri peluang kepada barisan ini untuk membuktikan bahawa mereka juga boleh bekerja, boleh berkhidmat dan boleh menjadi Menteri atau Tim. Menteri yang 'hebat'.

Khusus untuk TS Muhyiddin Yasin...dalam seronok jadi TPM dan Menteri Pelajaran, jangan lupa post-mortem PRK 1-2 tu. Jangan sampai jadi TPM sepenggal aja...

7 comments:

perfectwater75 said...

salam,

kl baru biarlah benar2 baru, kl masih ada yg lama tk nama baru tetapi just tukar baju sahabatku...
thx!

Parpu Kari said...

TAKPALA KJ KENA KUATKAN PEMUDA USTAZ!

YANG LAIN-LAIN TU KITA TENGOK JE, TAK BAGUS KITA HANTAM SAMA DEPA!

DATU SULAIMAN said...

Yalah ustaz, saya pun ada kemusykilan,macam mana orang yg kalah menilai prestasi pula? Kalau prestasi bagus tentu tidak kalah..Begitu juga halnya dengan realiti ini: Shahir letak jawatan kerana merasakan dirinya ditolak oleh lebih 2000 perwakilan UMNO tetapi macam mana pula halnya Sharizat yang ditolak oleh majoriti rakyat Lembah Pantai ? Mungkin Sharizat ada rasa yang berbeza dengan Shahir..

Anonymous said...

Paklah hari tu pun nak buat lantikan macam ni. Tapi ramai desak jangan lantik yang kecundang dalam pilihanraya, sebab tu dia lantik Zaid Ibrahim, Mat md taib, Mashitah dan lain-lain jadi senator kemudian lantik ke jemaah menteri. Ramai bising. Dia pun teringin juga nak lantik Su Koon, Sharizat, Awang Adek jadi menteri,tapi ramai kata jangan. Jangan dok lantik yang kalah.

Hari ini, bila Najib lantik semua manusia ni masuk ke jemaah menteri, dapat pujian pulak. Kabinet rakyat. Kabinet yang baik. Pilihan tepat, memenuhi kehendak rakyat dan pelbagai lagi.

Dulu ramai dok kata, terutamanya yang tak tahu macam mana berkelakuan bila pencen. kabinet paklah lemah , tak professional dan macam-macam lagi. Buta ke mereka yang dok bagi pujian hari ni. Lebih 60% muka tu jugak. Bukannya barupun. Bukannya revamp. Modified sikit saja.

ustazsaid said...

Lembah Pantai untung...1 bhg 2 menteri, sharizat & nong chik. Sian perlis...1 negeri xde layak jd menteri @ tim...hehe

Anonymous said...

dah patut pun kj tak dilantik,orang bersalah mana bolih jadi menteri.satu lagi ali rastan patut dibuang ketua menteri.percayalah perginya puak2 macam ni,pasti parti lebih dipercayai.hilang seribu yang datang mungkin sepuloh ribu.

angah said...

salam ustaz umno....
kabinet rakyat apa yer...dah di tolak rakyat pun dilantik balik..hehehehe...mungkin kabinet pilihan najib kot..bukan pilihan rakyat....

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin