Salam,
Dinukilkan cebisan berita dari Utusan, berkaitan banjir di Daerah Beaufort:
RM6.8 juta cegah banjir kilat di Beaufort
KOTA KINABALU 20 April - Kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri memperuntukkan RM6.8 juta untuk kerja-kerja pencegahan banjir kilat di Beaufort.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, peruntukan tersebut adalah langkah pertama untuk mengatasi masalah berkenaan yang sudah berlarutan sejak sekian lama.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata, sebagai permulaan, dua batang sungai berdekatan daerah tersebut akan dikorek dan didalamkan.
"Kerja mendalam dan melebarkan Sungai Ulu Klias yang kini dalam pelaksanaan menelan kos RM5 juta, begitu juga dengan satu lagi projek pencegahan banjir iaitu Skim Saliran Limbawang dengan kos RM1.8 juta," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan Kamarlin Ombi (BN-Lumadan) berkenaan tindakan kerajaan negeri dalam menangani masalah banjir kilat di Beaufort.
Kita tidaklah berniat untuk mengulas lanjut berita ini. Warisan Tamar sudah pun mengemukakan pendapat ahli akedemik idea yang boleh membantu bila berhadapan dengan bencana alam.
Cuma harapan kita, semoga banjir di daerah ini , kalaupun tidak dapat diatasi, dapat dikurangkan kesan kerosakannya pun sudah memadai!
3 comments:
Kepada pencacai2 UMNO,
Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan menunggu rebah kebumi.
4 PRK BN/UMNO sudah tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).
JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.
Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.
So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.
Bro,
Nokuro komen palui 1:30 nalapambu no? sada kaitan tai dah topik...
syukur, inilah yg kita mahu dan sentiasa harapkan. saya berbangga dgn YB saya jika ini terus dan sentiasa dilakukan. semoga YB Kamarlin terus follow up ini barang...hantam selagi tidak dapat...kalau pun tidak 100% selesai tapi kurang2 ada perkembangan...
asalamualaikum ustaz, aku setuju sangat dengan soalan yb kamarlin dan sangat setuju tentang masalah banjir di beaufort harus mendapat perhatian dari pihak kerajaan, dan masalah ini perlu di tangani dengan apa cara sekali pun, aku setuju dengan peruntukan rm 6.8 juta yang di peruntukan untuk perkara ini, tapi yang aku tak setuju kalau peruntukan ini hanya untuk kerja2 mendalamkan dan melebarkan sungai semata-mata, kerana pendapat aku, kedudukan beaufort dan masalah banjir ini telah di buat kajian oleh jabatan perancang bandar dan wilayah bersama dengan pihak konsultan dari Denmark ( DENSET HYDROLIC kalau tak silap aku) hasil kajian mendapati kedudukan geografi beaufort adalah berada pada kawasan "flood vain" yang mana keadaan banjir adalah perkara normal dan merupakan sifat semulajadinya, mungkin di sebabkan inilah tanahnya subur dan limaunya manis,.....kalau kaedah mendalamkan sungai dengan mengorek pasir merupakan langkah penyelesaian segera yang akan di laksanakan oleh kerajaan, aku sangat tidak bersetuju , terutamanya di sungai padas kerana kaedah ini akan memberi kesan dan impak negatif kepada ekosistem akuatik di sungai padas dan muara nya dan juga kemungkinan hingga ke pesisir pantai di laut, kaedah pengorekan pasir ini akan menganggu habitat pembiakan udang galah di sekitar sungai padas, nabahan dan suasa yang mana di anggarkan hasil daripada udang galah dari suasa dan nabahan di rekodkan bernilai RM 500,000 setahun iaitu kira-kira 50 matrik tan hasil udang galah yang di daratkan dan dijual oleh masyarakat di kawasan ini ( semuanya ini akan terjejas jika habitat pembiakannya di ganggu dengan pengorekan pasir).......bagi kaedah meluruskan sungai dan melebarkan sungai pula, ianya bukan sahaja akan mempercepatkan aliran keluar air ke laut semasa surut, tetapi juga ianya juga akan mempercepatkan kemasukan air laut ke darat sewaktu air pasang kerana kedudukan beaufort yang sama dengan paras ketinggian air laut, dan ini akan menjejaskan pertanian dan akan mengurangkan hasil atau menyebabkan kematian kepada tanaman terutamanya padi , kelapa sawit, buah buahan dan lain-lain, ....aliran air yang pantas ke laut juga akan menyebabkan lambakan kandungan nutrien ke pesisiran laut, dan ini akan menyebabkan berlakunya fenomena "alga bloom" atau "red tide" atau yang biasa kita dengar dengan bahasa melayunya kejadian fenomena air merah, ini akan menyebabkan hasilan laut tidak selamat di makan terutamanya kepada hasil kerang-kerangan......kalau pengorekan pasir di sungai ini di laksanakan ianya seumpama menabur duit ke sungai dengan menabur pasir ke periuk nasi masyarakat sekitar nabahan dan suasa....dan ini merugikan duit rakyat kerana sungai ni kalau di korek hari ni, bisuk hujan ia akan kembali cetek....yang untung hanyalah kontraktor korek pasir ( si lau chang dan dato kapili chauang )......apa yang perlu di sini saya cadang kepada yb kamarlin adalah mencari dan memikirkan kaedah lain untuk menyelesaikan masalah banjir di daerah beaufort kerana jika kaedah seperti yang saya sebut di atas masih di gunakan ianya bukan penyelesaian terbaik......kita perlu cari punca kepada masalah ini dan tangani masalah punca ini....allah hu alam
Post a Comment