Search This Blog

Saturday, April 25, 2009

Kita Akan Ikut Cakap Siapa?

Salam,

Kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan. Keputusan ini disampaikan oleh Datuk Nazri Aziz, hasil perbincangan JK Khas yang dipengerusikan oleh TS Koh Tsu Koon.

JAKIM sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan mengurus hal-ehwal Islam dalam negara ini pula menyatakan penentuan status agama anak apabila ibu atau bapanya memeluk agama Islam perlu dilihat daripada aspek syarak dan perundangan. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),berkata, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama seseorang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

Dilaporkan pula, Lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini membantah keputusan Kabinet ini. Menurut mereka, keputusan yang bersifat reaktif terhadap tekanan daripada masyarakat bukan Islam tidak wajar dilaksanakan kerana ia dibuat tanpa melibatkan perbincangan menyeluruh dengan para mufti, pakar perundangan dan NGO Islam.

Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mahu jemaah menteri mengkaji semula keputusan berhubung perkara ini. Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang yang terkejut dengan keputusan tersebut berkata, ia seolah-olah menggambarkan adanya usaha campur tangan dalam urusan pentadbiran mahkamah di Malaysia.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, sebarang keputusan membabitkan agama Islam sepatutnya dibincangkan dengan Majlis Mufti-Mufti Malaysia terlebih dahulu. Sambil menyatakan dukacitanya dengan keputusan Kabinet itu, beliau berkata, jika keputusan itu dikekalkan, ia menimbulkan kekeliruan kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

YB Zulkifli Nordin MP Kulim pula ada kenyataan akhbar berkaitan isu ini.

Datuk Nazri Aziz
juga dilaporkan berkata walaupun Kabinet telah membuat keputusan, kerajaan tetap bersedia mendengar pandangan rakyat sekiranya mereka berpendapat langkah terbaru itu mempunyai kelemahan.
Sebab itu kita wajar memberi pandangan. Saya berpendapat, kita mesti berlaku adil. Letak satu-satu perkara di tempatnya. Kabinet jangan mengatasi Perlembagaan, jangan mendahului keputusan mahkamah, juga jangan terlalu beralah untuk memuaskan hati sebilangan yang lain - demi undi mereka yang belum pasti!

Dalam memenuhi tuntutan ibu yang belum menerima hidayah dalam penjagaan anak, jangan dinafikan hak bapa yang menemui kebenaran. Jangan sampai dilihat Islam tidak kondusif kepada saudara baru!

Dan harapan kita keputusan ini bukanlah transformasi yang dijanjikan!

11 comments:

Anonymous said...

salam ustaz said,

Dalam umno kan ada Datuk Jamil khir bahrom sebagai menteri yang menjaga Islam...tak akan dia buat tak tahu aje... namun jangan melawan apa yang telah di putuskan oleh umno..nanti derhaka.

perfectwater75 said...

Salam ustaz,

mcmana ni? bila BN buat takper...pembangkang buat...fuiyyo..hakis hak islam, hapus hak an ketuanan melayu..macam2...

saya setuju, apapun, jgn lawan...ikut sj...nanti org kata kita derhaka pulak...Ustaz nak ke?

thx!

Anonymous said...

Ialah Ustaz said,

Saya setuju jangan di sanggah kata putus kabinet...nanti di tuduh derhaka pada Raja Mahajib....

Ampun Tuanku Raja Mahajib.

Datu Sulaiman said...

anggaplah ini ujian kepada para penyokong tegar UMNO tentang sejauh mana mereka berani menyuarakan pendapat dan pendirian berkenaan sesuatu yang telah diputuskan pemimpin mereka.selama ini mereka asyik mengenakan pemimpin pembangkang dengan pelbagai 'hentaman' dan tohmahan, sekali sekala biar mereka diuji,tentang tahap kredibiliti mereka menyatakan pandangan. Apapun, satu yang kita perlu sentiasa akur ialah 'Kedaulatan Undang-undang'dan 'Keluhuran Perlembagaan'.

TAAVEEKUN PERAK said...

Generasi muda telah di braiwash untuk membenci segala-gala yang bermakna kebaikan dan kemajuan. Dalam istilah psychology di panggil anti establyshment.

Perkara kanak-kanak tadika di seluruh kawasan gelombang hijau diajar memijak bendera dan gambar pemimpin adalah satu rahsia terbuka. Malah sudah jadi trend pembangkang bila berjaya menawan sesebuah negeri, maka perkara pertama yang akan dilakukukan adalah menurup tadika KEMAS yang tak bersalah. Ianya terjadi di Terengganu zaman Lewat 1998 selepas PRU10, di Perak, Selangor dan Penang.

Di peringkat sekolah menengah dan Universiti pula pelajar diasuh menjadi trend untuk membenci kerajaan yang memerintah. Saya masih ingat ketika menuntut di luar negara pada era lewat 1980an, Pegawai MSD terpaksa membawa pita video Memali untuk menerangkan apa yang sebenarnya terjadi.

Sebenarnya menyemai budaya anti establysment ini akhirnya akan memakan diri pembangkang sendiri. Kelantan , satu-satunya negeri yang telah berada dalam cengkaman PAS selama 18 tahun telah menunjukkan penularan budaya anti establysment dalam kehidupan seharian..buktinya rusuhan di stadium bola sepak KAFA vs pasukan NS.

PAS / PKR/DAP dan PR hendaklah sedar menyemai budaya tersebut akhirnya akan memakan diri. Memang senagn mengarah golongan muda memberontak,knonnya kebangkitan golongan mahasiswa.....terpelajar... sebab naluri darah muda memang nak tunjuk lagak,sebab terasa tertekan kerana masih tidak independent secara kewangan... tapi ingat strategi memakan diri dan akhirnya negara yang akan musnah.

Anonymous said...

Rahman.ahchong dan muniandy.

Sudah-sudahlah menabur fitnah...kalau setakat beri komen berdasarkan dengar cakap dan atau dari sumber utusan melalok atau berita hairan tak payahlah ulang-ulang ,kau tadikakan dulu pemimpin umno/bn dah menyampah aku nak membacanya...kalau nak berbangkitlah hal-hal yang tidak berpuas hati ini satu papan blog ni tak cuku aku nak cerita pasal keburukan umno/bn selama 55 tahun.

sudah-sudah meluat dan loya tekak...

matlan said...

asalamualaikum ustaz, aku penyokong kuat umno, tapi part ini aku tidak akan sokong secara membuta mata, atau menuli telinga, kerajaan perlu mendapat nasihat para pakar dalam bidang ini, mufti2 perlu di rujuk, perlembagaan juga perlu di rujuk, nazri bukan lah orang yang sesuai untuk di rujuk, artikel 12 (4) perlembagaan persekutuan jelas menyatakan bahawa agama seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah di tetapkan oleh ibu bapa atau penjaga. kalau ini jadi pegangan kita, tak kira di sebelah pihak mana pun kita kena akur dengan perlembagaan,....sebab inilah aku tidak suka nazri dilantik sebagai menteri, dan mungkin Tun M juga ada sebabnya tidak menyukai nazri....kebinet tidak boleh hanya mendengar bantahan puak2 hindu semata2....aku rela hilang sokongan orang hindu ni, daripada membelakangkan jihad fi sabilillah..dato jamil khir baharom kena fight la hal ni, ni satu cabaran kepada dato, biar jawatan hilang , jangan maruah agama hilang, .......ingat semua orang india tu hindu ka? kalau orang hindu tak mau sokong biar pi mampus la......apa pendapat majlis peguam tentang hal ini? apa pula pendirian pas dan pkr dalam hal ini? tak kan nak duduk diam juga ke atau nak jaga hati orang hindu dalam pkr.....tak nak buat demonsterasi ke depan istana, jumpa YDPA.....Jum la jihad, jangan cakap ja.....allah hu alam.

Ustaz Cari Makan said...
This comment has been removed by a blog administrator.
USD said...

Komen Ustaz Cari Makan 11:08PM ni dipadam kerana langsung tidak relevan dgn hal yg dibincangkan... di sini bukan tempat untuk melapiaskan rasa marah yg tiada hujung pangkal! tk

Anonymous said...

Masalahnya, Nazri terlalu ghairah mengumumkan sesuatu keputusan tanpa mengambil kira kesannya. Apabila sesuatu keputusan TELAH DIBUAT dan beliau TELAH mengarahkan peguam negara mengubah undang2 yang berkenaan, apakah jalan penyelesaiannya. Apabila NGO serta pihak yang prihatin tentang agama menentang, barulah keluar kenyataan BERSEDIA MENDENGAR PANDANGAN. Masalahnya, ibarat nasi sudah menjadi bubur, keputusan telah dibuat dan masyarakat CINA, INDIA dan bukan Islam telah menerima baik dan muktamad. Dato Jamil khir baharom ada sekali dalam JK, apa yang beliau lakukan? Jadi pak angguk sebab masih kembang kempis dilantik jadi menteri ke? Anak ibarat kain putih, adalah malang kalau dibiarkan perkara ini terus dilaksanakan. Jadilah seperti Tun Salleh Abas yang berani mempertahankan Akidah seorang gadis hingga menyebabkan ia dijadikan alasan beliau dipecat (walaupun hakikatnya, beliau dipecat kerana mengharamkan UMNO-(Singa di bawah tahta), nama sebenar UMNO kini adalah UMNO BARU dan Mahathir adalah ahli pertama). Apapun, politik keterlaluan telah banyak merosakkan dan merugikan ISLAM dan MELAYU. Fikir-fikirkanlah, sampai bila UMNO, PAS dan PKR mahu pertahankan EGO masing2.

Anonymous said...

MATLAN, dalam ceramah2 pas sudah menunjukkan penentangan. Nak berdemo nanti kena cekup ISA, kena sembur gas pemedih mata, kena sembur air kimia dan dituduh merusuh (sebab pembangkang yang berdemo- demo menentang kedatangan pasukan kriket israel pun kena masuk ISA). You kena tanya, mana IBRAHIM ALI dan PEWARISnya, NGO @ NGOK MELAYU dari PERAK dan lain-lain NGOK MELAYU tajaan ameno yang boleh aje berdemo tanpa permit dsbnya untuk berjuang pertahankan raja kononnya, pertahankan hak bumiputera kononnya (hapus 30% kouta Bumi dlm sektor perkhidmatan, diam pulak), tak lupa pemuda ameno dengan kerisnya. Opss lupa, kan mereka berjuang untuk MELAYU aje, bukan Untuk ISLAM. Maaf saya terlupa.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin