Salam,
Ketua Penerangan baru Umno, Datuk Ahmad Maslan dilaporkan kesal kerana kekuatan Umno dengan memiliki 60,000 orang Ketua Penerangan di peringkat cawangan gagal digembleng tenaga mereka.
Melihat jumlahnya memang cukup ramai, jika diandaikan ia sebagai perniagaan MLM pasti produk yang dipasarkan meletup di pasaran. Andai Umno sebuah syarikat, keuntungan diterima pasti berlipat kali ganda.
Sayangnya, mengapa penerangan Umno sejak akhir-akhir ini gagal?
Jika dihujahkan, ada banyak faktor kenapa kegagalan penerangan ini berlaku. Ketua Penerangan gagal berfungsi dengan baik adalah salah satu sebabnya. Jika Ketua Penerangan pun sudah ‘kabur’, bagaimana dia boleh menjelaskan kekaburan! Yang buruknya, dia sendiri tidak pun tidak setuju dengan mauduk yang hendak diterangkan, bagaimana mahu diterangkan?
Mungkin bukan salah Ketua Penerangan. Ketua Penerangan adalah jawatan dilantik. Ketua Penerangan tidak pernah memohon dilantik, tapi dia terpilih kerana dia ‘setia’ kepada ketua yang melantik, sebagai membalas kesetiaan maka terisilah jawatan tersebut. Hasilnya, dia memang bukan ‘Penerang’.
Menjadi Ketua Penerangan mesti seorang yang berani, mampu berhujah dan semulajadi bersifat ‘politician’. Sifat malu-malu kucing tidak wajar wujud dalam kamus hidup seorang Ketua Penerangan. Diajak berdebat, pasti dia tidak menolak dan mampu berhujah dengan baik.
Secara peribadi, saya pernah terserempak dengan seorang kawan yang baru dilantik sebagai Ketua Penerangan. Sebagai penghargaan, diucapkan tahniah kepada kawan tersebut. Sayangnya, kawan tersebut bukan pula mengucapkan sama-sama tetapi cuba berdolak-dalih seakan tidak mahu mengaku yang dia sudah dilantik sebagai Ketua Penerangan.
Bagaimana mengharapkan penerangan daripada Ketua Penerangan seperti kawan tersebut, yang mahu mengaku jawatannya pun dia malu-malu? Bukan salahnya, mungkin dia memang tidak mampu tapi kerana dia terpilih oleh sang ketua, maka jadilah dia Ketua Penerangan. Kasihan Datuk Ahmad Maslan dan Umno!
Agak-agak bagaimanalah Ketua Penerangan seperti kawan ini mahu menerangkan dasar dan perjuangan Umno, adakah yang mahu mendengar?
8 comments:
Salam ustaz,
Dalam hal ini saya mengambil pendirian untuk menyalahkan ketua bahagian kerana ketua bahagianlah yang lelantik ketua penerangan.Sepatutnya ketua bahagian kena tahu siapa yang boleh buat kerja. Kalau pun orang itu kuat sokong kita tapi kalau tidak boleh atau tiada keupayaan untuk memikul tugas dalam jawatan itu, apa pasal ambil dan lantik dia. Ingat, jawatan bukan hadiah..Dan ingat juga bahawa melantik sesoarang yang bukan pada bidangnya adalah satu kezaliman...
salam ustaz said...
Saya rasa tiada siapa pun yang sudi mendengarnya......sekarang ni hati rakyat tengah mengelegak kepanasan....
osman
Salam Ustaz,
Sebenarnya seperti kata Dato Sulaiman dan Osman. Tidak boleh disalahkan ketua penerangan, atau pegawai-pegawai bawahannya. yang salah adalah Ketua Bahagian. Ketua Bahagian dilantik daripada orang-orang yang hanya bermatlamatkan untuk menjadi calon sahaja. Bahkan KB tak tahu memimpin orang bawahan. KB naikpun kerana politik wang. Jadi siapa yang salah, ketua penerangan?. Sudah tentu tidak, apa yang KP nak terangkan kepada rakyat dan penyokong kalau apa yang berlaku di atas, dalam parti, isu semasa, gelegak rakyat dan semuanya tidak mampu untuk diperbetulkan dan diterangkan kepada rakyat. Kalau cuba diterangkan akan ada bantahan dan persoalan, komen, kutuk dan sebagainya. Macam blog posting jugaklah.
Penerangan pada ilmu yang salah tak ada siapa yang nak dengar kucuali orang yang suka membuat salah.
Saya memang setuju dgn kenyataan ketua penerangan baru UMNO.Tiada apa yg dihairankan. Semua ni berpunca dari Pihak atasan lagi. Semua hendak lantik daripada kalangan kroni deme je. Ciri-ciri seoran ketua penerangan mestilah berpengetahuan luas, pandai berhujah, dan paling penting jgn buta IT. Kebanyakan mereka yg dilantik terdiri daripada golongan veteran,bayangkan nak buka komputer pun takut nanti meletup.Maklumat skrg ni x bergantung kpd pihak media, tetapi atas inisiatif ketua penerangan itu. Kemahiran IT sangat-sangat diperlukan pada zaman ini untuk menangkis dakyah pembangkang. Jadi, jgn slahkan ketua penerangan, Yang berhormat sendiri pun buta IT, iu yg lantik setiausaha itu,ini dan bukan dia buat keje,SU kan ada. Maka saranan kpd Ketua Pnerangan UMNO baru, fikirlah bagaimana cara menarik golongan muda masuk UMNO, buat transfomasi lantik kalangan mereka yg berpengetahuan, mahir berhujah,mahir IT kalau x tengoklah pilihan raya akan datang ni.
Ustaz,
Salam sekali lagi,
Nampak nya isu kekalutan dalam organisasi UMNO dan mungkin juga komponen BN yang lain, bertambah berat.
Sepatut nya, masa kini,mereka sudah ada jalan macam mana cara-cara merperbaiki kelemahan yang terdapat dalam sistem parti. Disamping banyak kesabaran, telus, jujur dan rasional.
Tidak perlu menunding jari kepada teman-teman sendiri dalam parti..
kalau PRU13 yang merunsingkan, ia nya maseh lama lagi.
Kegagalan BN di beberapa negeri, tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu jalan buntu.
Maseh banyak lagi option yang perlu diterokai..Dunia belum kiamat.
Dalam keadaan pancaroba ini, Pemimpin BN tidak seharusnya selalu menampakkan kelemahan dengan berlagak saperti ala-ala ‘Desperadoes’.
Mewar-warkan kelemahan jentera parti sendiri. Terutama sekali menggunakan ruang media di sana sini.
Pemerhati melihat Pemimpin-Pemimpin ini terlalu banyak membuang masa.
Bercakap besar dengan mengatakan dia sahaja yang pandai.
Rasa nya kelemahan ini belum lewat untuk di perbaiki.
Seadanya, kerajaan Malaysia yang di terajui oleh kerajaan BN mempunyai banyak ‘technology-know how’, ‘tool’ dan 'elements' yang cukup dan mampu untuk ‘upgrade’ serta ‘updated’ kan kelemahan-kelemahan yang di pertikaikan.
Ini termasuk penggunan konsep ‘ back to school’ dan sebagai nya.
Malaysia banyak pakar dalam bidang ini. Cuma barangkali pemimpin yang ada terlupa untuk mengguna pakai khidmat mereka.
Persoalan nya kenapa?
Now, timbul pula isu yang terhangat di pasaran masa kini, ia itu pendedahan ‘kelemahan Pegawai Penerangan UMNO ’ di seluruh Negara. Terutama sekali di peringkat Bahagian.
Saya rasa, kegagalan Pegawai Penerangan dalam melaksanakan tugas selama ini, tidak perlu di perbesar-besarkan. Kerana kita semua tahu dan kenal pasti sebab-menyebab kenapa hal ini terjadi.
'Tepuk dada tanya selera'.
Apa yang perlu dan sepatutnya' 'Para Pakar Analisa' diminta menghurai dan rombak masaalah ini. Saterusnya pehak Pemimpin yang berkuasa buat kesimpulan dan keputusan dalam kadar yang segera.
Dalam hal ini, seharus nya Pengorbanan mesti ada demi untuk merealisasikan ' Perubahan' yang di laung-laungkan oleh PM.
Otherwise, lebih baik balik kampung tanam kacang.. habis cerita.
Kalau di sekolah sekiranya terdapat penuntut yang lambat atau lembab menerima pelajaran yang diberikan maka penuntut itu akan ditempatkan di kelas khas. Penuntut seperti ini dikhaskan di kelas ‘lembam’. Saya bicara hal ini kerana saya seakan yakin 60,000 ahli umno yang menjadi anggota jentera penerangan umno adalah bekas penuntut yang ditempatkan di kelas ‘Lembam’ ini.
Sekiranya apa yang dikatakan oleh Ketua Penerangan Umno ini benar (”kerana tidak dimaklumkan tentang tugas sebenar mereka sebagai anggota jentera penerangan parti”), maka yang sebenarnya lembam adalah kepimpinan umno itu sendiri kerana gagal mengenalpasti kaedah pengendalian yang betul dalam menyalurkan isu kepada anggota penerangan mereka.
KUALA TERENGGANU: Lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno di seluruh negara gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.
Beliau berkata ramai yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana tidak dimaklumkan tentang tugas sebenar mereka sebagai anggota jentera penerangan parti.
Katanya terdapat 20,000 anggota jentera penerangan di peringkat cawangan parti, tidak termasuk 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri di peringkat itu.
“Jumlah mereka ramai tetapi ramai yang tidak tahu tugas dan tidak tahu apa yang hendak dibuat,” katanya kepada pemberita pada perjumpaan dengan jawatankuasa penerangan Umno Terenggani di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.
Ahmad, yang baru dilantik ke jawatan itu pada selepas perhimpunan agung Umno pada Mac lepas, berkata beliau berazam untuk mengaktifkan kesemua jentera yang ada menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.
“Jika semua jentera penerangan itu digerakkan, ia mampu memberi impak baik kepada Umno dan Barisan Nasional kerana dengan cara itu rakyat akan lebih faham tentang isu-isu semasa,” katanya.
Ahmad berkata anggota jentera penerangan yang dikenal pasti akan dilatih sebagai penceramah dan diberi penerangan tentang isuisu semasa supaya mereka dapat menjalankan peranan di peringkat akar umbi.
Katanya beliau menyasarkan untuk melahirkan sekurangkurangnya 50 penceramah di setiap negeri. BERNAMA
Nota: Hendak tanya sikit, duit siapa yang digunakan untuk bayar gaji 60,000 Mamat lembam ni?
Salam, TK diucapkan kpd semua pengunjung yg sudi meninggalkan komentar.
Kpd sdr Kifli,
Nota: Hendak tanya sikit, duit siapa yang digunakan untuk bayar gaji 60,000 Mamat lembam ni? ~ Ketua Penerangan ni adalah satu jawatan dlm organisasi, selain Umno, PAS,PKR dsb pun memiliki jentera ini. Tanpa gaji, kerana jawatan parti memang tidak bergaji! Harap maklum.
asalamualaikum ustaz, ada berapa juta ahli umno ustaz? setiap seorang bayar yuran RM 1, dan umno pun pandai juga nak menjana sumber kewangannya, janganlah bersangka buruk kepada orang lain, padahal sendiri pun belum tau baik.......kelemahan dalam jawatan penerangan umno adalah kerana ketua bahagian yang melantik ketua2 penerangan ini tidak melihat atau tidak mengikut standard kriteria pemilihan ketua penerangan....yang pasti kriteria sebagai ketua penerangan ialah dia mesti tidak bisu, tidak pekak dan tidak buta dan juga bukan dari golongan yang pemalu tidak bertempat....dia mesti memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, daya pidato yang hebat dan kesetiaan kepada parti yang jitu......tidak kah kriteria ini akan menakutkan ketua bahagian yang akan melantik mereka, tidak kah kriteria ini akan menjadi ancaman kepada kedudukan ketua bahagian......sama-sama lah kita fikirkan......allah hu alam.
Post a Comment