Search This Blog

Tuesday, May 26, 2009

Jawapan Untuk PPP, Tendang Keluar!

Salam,

Imej BN jatuh merudum terutama selepas dilanda Tsunami politik pada PRU12 lalu. Terlepas genggaman di 5+1 negeri dan kehilangan majoriti 2/3. Malah ada Presiden parti komponen yang tewas.

Usaha memperkukuhkan BN sedang dipergiatkan oleh pimpinan baru BN, termasuk mewujudkan jawatan Penyelaras BN dan cadangan Puteri BN. Semua dilakukan untuk memastikan keberlangsungan BN menjelang PRU13.

Bagaimanapun, usaha pemulihan ini tidak mungkin akan berjaya tanpa kerjasama daripada semua parti. Komitmen dituntut di setiap peringkat gabungan BN. Tanpa kompromi, semua parti wajib memperkemaskan jentera dan mengelakkan konflik sama ada sesama parti gabungan atau di dalam parti masing-masing.

Namun, situasi pasti akan bertambah parah dan pemulihan akan gagal jika melihat apa yang berlaku dalam PPP. Sebuah parti yang tidak pernah sunyi daripada kontroversi, walaupun prestasi dalam pilihanraya sangat mengecewakan. Dua kerusi diperuntukkan, pada tahun 2004 menang satu dan tahun lalu, kalah kedua-duanya.

Kini PPP ada dua Presiden, Kayveas dan Murugiah. Jika gaya politik zaman purba masih diamalkan, memecat ahli yang bakal mengancam kedudukan, seperti yang dilakukan Kayveas, pasti kemelut PPP sukar untuk berakhir.

Jawapan paling mudah untuk PPP ialah keluar dari BN dan selesaikan kemelut dalaman sehingga selesai. Sememangnya pun Kayveas sebelum ini pernah mengancam untuk keluar BN jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.Biar PPP 'berperang' di luar BN supaya imej BN tidak terus tercalar.

Atau, jika PPP enggan tapi tetap gagal mengatasi kemelut dalaman, jawapnya: Tendang Ja Keluar!

3 comments:

matlan said...

asalamualaikum ustaz, aku kalau part ppp ni dari dulu aku dah menyampah, dah di bagi kerusi , tak menang, nak juga jadi menteri,...aku ambik kata2 tun mahathir, " orang india ni kalau ada 10 orang dia nak ada 10 parti ".....pasal semua nak jadi presiden,...hari tu si keavyies (susah mau eja ni nama) siap nak ugut lagi keluar BN, ha sekarang keluar la, buat parti baru, biar si murugiah jadi bos ppp.....sebenarnya kita dah tau siapa si kevyies ni, kawan yang tak boleh jadi kawan semasa susah, waktu kita kuat , kita bagi dia jawatan menteri, tapi waktu kita kurang kuat, dia ugut nak keluar BN,......kita orang umno kena berhati-hati dengan orang macam ni, bukan kita tak boleh kerjasama dengan durang, cuma kena sentiasa berhati-hati dan waspada selalu,.....banyak peristiwa yang berlaku kebelakangan ini dapat memperjelaskan siapa kawan2 kita ini, memperjelaskan keikhlasan mereka.....ada yang jelas tidak ikhlas, ada yang jelas berfahaman komunis, ada yang jelas tikam belakang, cakap berapi-api , tapi undi kosong...dan lain2 lagi.....sesunguhnya benarlah firman allah" allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubah nasib mereka" AL-QURAN.....allah hu alam

orgkuale said...

Seperti kata salah sorang YB dulu, kalau jumpa ulor tedung dan orang India, bunuh orang India dulu sebab orang India labih bahaya belitnya daripada seekor Ulor.Org India sejak dua menjak nampak sangat ngade-ngadenye, semasa pemeritahan Dr M deme ni x berani bersuara. Sebenarnya deme tu saje nak minta ambil perhatian, memamng kalau dasar menumpang tu buat la macam menumpang. Sama juga macam Hindraf tahan balik pemimpin Hindraf yg cuba memainkan sentimen perkauman.Sepatutnya Datuk Najib jgn lepaskan mereka ini dulu.Apa pun kita tunggu sahaja pertemuan merek dgn PM hari ini,apapun keputusan jgn dapat gelaran YB Mahkamah sudah la.PPP ini ibarat Virus H1N1 kalau tidak dikawal akan merebak secara senyap

pakcik said...

BUBAR je PPP..semua ahli masuk MIC..

semuanya kerana gila pangkat..nak dapat dpt jawatan menteri dan timbalan menteri dlm kabinet..

bila ada 10 parti..maka sepuluh eko dlm kabinet..

itu objektif mereka.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin