Salam,
Sekalung tahniah dititipkan untuk Majlis Daerah Beaufort yang bertindak proaktif mengambil respon terhadap aduan.
Sebelum ini, blog ini pernah menegur iklan amaran MDB yang menggunakan bahasa yang salah. Selain blog ini, difahamkan ramai individu yang prihatin dan cintakan bahasa yang betul juga menegur kesalahan tersebut.
Tindakan MDB ini memang wajar dipuji, betulkan apa yang memang ternyata satu kesilapan adalah tindakan berani dan mulia. Hanya sedikit yang mampu melakukannya, ramai yang bersikap langsung tidak boleh dijentik!
Terima kasih kepada MDB yang telah membetulkan kesalahan bahasa tersebut. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sewajarnya dimuliakan, ditinggikan kedudukannya dan dipastikan tidak berlaku kesilapan.
Cuma mungkin penguatkuasaan kepada amaran tersebut sahaja yang perlu diperketatkan. Denda sahaja pembuang sampah yang degil!
2 comments:
asalamualaikum ustaz, tahniah Majlis Daerah BEAUFORT, dan tahniah kepada rakyat beaufort kerana tak perlu notis dalam bahasa BISAYA, kerana semua suku kaum di beaufort boleh paham dan baca bahasa MALAYSIA....One MALAYSIA.......allah hu alam
Tahniah kepada MDB. Tapi jangan hanya sekadar papan tanda. Ada apa pada papan tanda jika penguatkuasaannya sekadar di atas kertas. Apa ada pada papan tanda jika sampah masih berlambak di sana-sini.
Post a Comment