Search This Blog

Wednesday, May 20, 2009

Komitmen Pemuda Satu Malaysia

Salam,


Khabarnya, Pemuda Umno sebuah bahagian di Sabah dalam satu mesyuarat baru-baru ini telah menyatakan komitmen mereka untuk menjelaskan konsep Satu Malaysia kepada ahli pemuda. Dikatakan pimpinan pemuda akan 'turun padang' menemui ahli pemuda sambil menjelaskan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


Wah, komitmen pemuda dari segi ini wajar diberikan kredit. Memang sewajarnya pemuda menjadi barisan hadapan, bukan setakat untuk menjelaskan malahan membuktikan konsep ini difahami dan dihayati. Teladannya mestilah ditunjukkan pimpinan pemuda terlebih dahulu. Mungkin ini termasuk pendekatan baru pemuda dengan generasi baru.


Sebagai tambahan, wajar sasaran komitmen pemuda ini diperluaskan. Bukan setakat ahli pemuda sahaja kerana ia tidak menepati konsep Satu Malaysia. Sasarannya wajar untuk semua pemuda tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik. Baharulah Satu Malaysia!


Sambil tu, konsep setiakawan yang 'diasaskan' oleh Ketua Pemuda Umno, Sdr. KJ hendaknya jangan dilupakan. Konsep ini wajar diterapkan juga di kalangan pemuda. Satu Malaysia + Setiakawan, jika direalisasikan memang akan mengukuhkan institusi pemuda. Mungkin boleh kembali nostalgia pemuda zaman Syed Jaafar Albar atau zaman Harun Idris gitu.


Cuma satu yang menjadi tanda tanya, bikin pemuda di kawasan jadi keliru. Camanalah agaknya Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan hendak direalisasikan, kalau buat program asyik di Bandaraya Kota Kinabalu. Asyik program bola dan futsal ja, itu pun tidak pernah buat di dalam bahagian sendiri?


Camanalah Setiakawan ni hendak direalisasikan kalau asyik buat program syok sendiri, berlawan bola sesama AJK, berlawan dengan bukan pemuda pula. Pemuda di kawasan melopong, menunggu program yang melibatkan durang. Durang cakap, ni bukan setiakawan, ini setia sesama kawan-kawan!


Pemuda yang hanya wujud di suratkhabar, disedari hanya semasa mesyuarat tahunan dan tanpa pengisian program yang membina minda dan intelektual, apalagi pemuda yang sibuk mengejar projek, rasanya bukan pemuda SATU MALAYSIA!


Pemuda apa ya?

5 comments:

Datu Sulaiman said...

Salam saudara ust.Said.

kena tanya pemuda-pemuda ni juga, jawatan mereka ni adalah untuk cita-cita peribadi atau cita-cita untuk berbakti kepada orang kampung ? semasa dua masa yang lalu, saya terjumpa salah seorang pemuda (kawan lama tapi lama tak jumpa), saya cuba nak berbual-bual dengan kawan ni tapi dia macam tidak selesa saja, macam tak sabar-sabar mau jalan, macam takut dan macam saya ni nak minta tolong dapat projek..maaflah,saya tidak mencari itu semua..Kalau macam ni punya pemuda, macam manalah setia kawan..Kita mau bersembang sebab nak sampaikan input tapi dia pula nampak risau.. pemuda silap menilai spesis...

Anonymous said...

Salam,sila layari walaupun anda fahaman berbeza

http://penpusaka.blogspot.com

jebbat said...

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWT berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(Al-Zalzalah : 7-8)

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu

NoUmnO said...

UMNO dah ditalkinkan di Sabah. Ustaz!..., Bila nak buat kenduri arwah untuk UMNO pulak???

ONE said...

salam ustaz..

sekadar menjenguk dan ingin mendoakan kesihatan dan kegembiraan ustaz..teruskan perjuangan demi matlamat kita semua..

insyaallah..

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin