Search This Blog

Sunday, May 24, 2009

Kita Tunggu PRU 13!

Salam,


Petang Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan sudah pun membuat keputusannya. Rumusan tiga hakim yang bersidang adalah seperti berikut :


1) Sultan Perak membuat keputusan betul melantik Dr Zambry sebagai Menteri Besar selepas mendapati Mohammad Nizar kehilangan sokongan majoriti,

2) Keputusan sama ada membenarkan atau tidak permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah dalam bidang kuasa Sultan, Mohammad Nizar mesti meletak jawatan apabila permohonannya untuk pembubaran DUN ditolak dan

3) Tiada peruntukan khusus atau mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak untuk diadakan undi sokongan majoriti di DUN Perak.


Setelah keputusan mahkamah ini, seorang kawan blogger mencadangkan supaya kita menunggu perhitungan sebenar di PRU 13, yang tempohnya tidak akan melebihi tiga tahun setengah dari sekarang.


Cadangan kawan ini wajar, jika rakyat Perak sayangkan bekas MB Nizar, pasti gabungan DAP-PKR-PAS akan menang cemerlang. Seperti katanya, BN detik itu nanti pasti bungkus dan MB Zambry akan kembali menjadi pembangkang seperti sebelum Februari lalu.


Sementara menunggu PRU 13 nanti, mungkin wajar bagi kita juga untuk mengurangkan seketika suhu politik, khususnya di Perak yang satu ketika panas menggelegak. Rasanya tiada masalah untuk kita, terutama yang memakai baju politik yang berbeza bertenang dan bekerjasama mengatasi kemelut ekonomi yang melanda.


Kita sudah pun menyerahkan keputusannya kepada mahkamah dan keputusan sudah pun dibuat. Mungkin tidak memuaskan hati, tapi masih ada peluang di Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah terakhir. Kita sudah memilih jalan perundangan sebagai penimbang, maka apa perlunya bermogok lapar?


Bila Nga Kor Ming berkata "Sebuah kerajaan yang demokratik mesti mendapat dari rakyat. Rakyat tidak mahu kerajaan mereka ditentukan oleh seorang hakim sahaja, sebaliknya hak asasi rakyat Perak berjumlah 2.4 juta untuk pilih kerajaan sendiri ditolak begitu sahaja”, nampak kenyataannya kurang cerdik!


Kita boleh bertanya, siapakah yang membawa kemelut Perak ini ke tangan seorang ( atau tiga) hakim ? Soalan lagi, di manakah Nga mendapat maklumat 2.4 juta rakyat Perak memerlukan pilihanraya? Seperti yang dikatakan sebelum ini, nampak seperti nama rakyat dipergunakan untuk kepentingan segelintir wakil rakyat!


Ada seorang kawan pula berkata, demokrasi sudah mati di Perak? Wah, dek kerana mahkamah mengesahkan perkenan Sultan Perak melantik Zambry, mudah sahaja demokrasi mati. Bayangkan nanti jika Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini, mungkinkah demokrasi akan hidup semula?


Demokrasi sebenar terlihat beberapa siri piliharaya sebelum ini. Malah di beberapa kali PRK selepas Mac 2008 lalu juga kelihatan jelas demokrasi apabila Pakatan Pembangkang berjaya memenanginya.


Dan demokrasi akan terus terlaksana pada PRU13 nanti. Jadi kita tunggu ajalah!


7 comments:

Anonymous said...

Oii!

Deme jangan derma darah sebab darah deme pun kalar biru.

Anonymous said...

orang BN ni kalau bercakap...macam dia tu tak pernah buat salah...macam orang ni buta sangat tak tahu menilai 50 tahun bn ni memerintah..nama pun ustaz...cuba la kembali kepada ALLAH..yang busuknya BN tu nak dibutakan mata jugak ke??!!

Anonymous said...

kalau darah deme warna hijau, dema masuk syurga ke??

TAAVEEKUN PERAK said...

BN the best.Pkr itu haprak.Pas itu hampeh.DAP itu komunis.kalau tak jelas lagi pi lah terjun dari gunung.pasti akan lebih jelas.terus leh masuk syurga pasal nik ajih leh sucikan anda yg ekstrimis ini dari dosa.

Anonymous said...

orang BN ni kalau bercakap...macam dia tu tak pernah buat salah...macam orang ni buta sangat tak tahu menilai 50 tahun bn ni memerintah..nama pun ustaz...cuba la kembali kepada ALLAH..yang busuknya BN tu nak dibutakan mata jugak ke??!!macam la PR tu semua betul..
nak pegang ajaran islam konon.. tapi sanggup caci mufti.
mentang2 mufti tu tak sebelah puak kau. Yang sokong kau semua betul. Makan babi mengaji pun kau kata betul

siapa buta?

Zainal A. Kasim said...

Salam Ustaz,

1. Semakin jelas bahawa Pakatan Rakyat cuba untuk "mempergunakan" sistem kehakiman. Mereka yang membawa kes ke mahkamah tetapi menempelak mahkamah apabila keputusan tidak berpihak kepada mereka;

2. Mogok lapar yang dicadangkan wajar disokong supaya ....... ( he he he);

3. Semasa mogok lapar di Wisma DAP dijalankan, saya cadangkan BN mengadakan kenduri doa selamat di sebelah Wisma DAP itu. Selepas kenduri doa selamat bolehlah dihidangkan makanan yang sedap-sedap seperti lemang, ketupat, cendol, nasi impit, etc.

4. Kalau boleh bakar satay sekali supaya aromanya terbang ke wisma DAP...

orgkuale said...

Biorkan DAP puasa.Deme posa tak makan,minum boleh org PAS tlg masak makanan berbuka posa dan PKR tlg amin doa.u fikirla sendiri sebenarnya budak tadika pun tahu mana lebih beso 29 atau 31 jadi BN yg patut memerintah.Sebenarnya DUN perak UMNO dpt 26 kerusi kerusi org Melayu,MIC dan MCA sorang pun x menang.Jadi UMNO di Perak masih kuat.Pihak Pembangkang pula PAS cuma 6 kerusi je DAP 17. Jadi tak betul ke PAS ikut telunjuk DAP.Itu pun tak tau nilai ke. Kalau tidak kerana Kuasa Sultan Perak,Nizar x jadi MB Perak.Jadi,faham-faham sendiri,atau pihak Pembangkang tak faham-faham,meludah ke langit terkena batang hidung sendiri.Teman orgkuale sokong BN

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin