Bagi generasi baru yang tidak merasai keperitan hidup zaman darurat, apalagi generasi yang lahir selepas merdeka, pastilah tidak mengenali siapa Chin Peng. Wajah dan cerita tentangnya hanya dibaca di buku sejarah.
Namun kisah kekejamannya bersama Bintang Tiga terhadap penduduk Persekutuan Tanah Melayu tetap tersimpan rapi di ingatan. Terutama bagi pihak yang terlibat, keluarga askar yang terkorban dan penduduk awam yang menjadi mangsa. Bukan mudah menghilangkan parut luka ‘kejahatan’ komunis pada zaman itu.
Chin Peng mengetuai Parti Komunis Malaya, awalnya menentang penjajahan British. Selepas British keluar, PKM terus berjuang secara kekerasan menentang kerajaan yang sah ketika itu. Catatan sejarah membuktikan, kekejaman PKM menyebabkan kematian 2,461 penduduk awam dan 1,851 anggota keselamatan maut, selain 1,383 penduduk cedera serta 807 orang hilang.
Selepas PKM akhirnya dibubarkan, Chin Peng dan ahli PKM lain dibenarkan menetap di Selatan Thailand. Dia berusaha untuk kembali ke tanahair tetapi sehingga 30hb April lalu, harapannya berkubur apabila mahkamah memutuskan dia dilarang masuk ke Malaysia.
Ramai yang simpati dengan Chin Peng atas dasar kemanusiaan, mengapa tidak dibenarkan saja Chin Peng kembali? Kata mereka, bukankah perjuangan PKM sudah berkubur? Bukankah Chin Peng sudah berusia 85 tahun dan apa lagi ancaman keselamatan yang boleh dilakukannya dalam usia itu?
Termasuk parti Gerakan, yang meminta kerajaan membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia. Alasan diberi Chin Peng bukan lagi ancaman keselamatan negara.
Malangnya, para simpati Chin Peng ini termasuk pemimpin Gerakan gagal melihat kesan sejarah yang telah dicatatkan dengan tinta merah berdakwat darah, oleh komunis Bintang Tiga. Bagaimana perasaan keluarga mangsa PKM ini melihat wajah sebenar Chin Peng tersenyum di sebuah Kedai Kopi di Sitiawan Perak, umpamanya?
Peliknya, tiada pula kata-kata simpati dilafazkan kepada keluarga mangsa kekejaman Chin Peng ini. Bukankah para pejuang, askar dan polis yang terkorban itu lebih wajar diberikan penghargaan?
Entahlah…dalam banyak perkara yang mahu diperjuangkan, Gerakan memilih Chin Peng sebagai ikon untuk diberikan ‘keistimewaan’!
25 comments:
maaf la Uztaz
aku nak ucapkan PERGI MAMPUSLAH CHIN PENG DAN GERAKAN!
atuk aku dulu sanggup mati mempertahankan negara ini, dan daerah dimana PKM sial tu bermaharajalela.
Kini ada pulak pihak sibuk dgn chin peng.
macam ni baik kita sokong bawak hero dan jadikan ikon general yang terlibat dalam perang jepun dgn cina!
Salam ustassaid,
Saya setuju dengan saudara, Chin Peng harus mati dalam buangan...
Dan permintaan yang Bn terima dari Gerakan sejak akhir-akhir ini, amat mendukacitakan....apkah tindakan UMNO dalam hal ini..? Jangan asyik berani hukum ahli umno sahaja....
Saya cadang kerajaan membawa kes Chin Peng ke Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa.
kita dalam hal ni kita patut bersatu membawa kes Chin Peng ke Tribunal Antarabangsa...kerana si p%$^&*(k ni la yang banyak membuat huru-hara dalam negera kita......
Ching Peng berjuang menentang penjajah dan tali barut penjajah.
Yang banyak mati ditangan Chin Peng itu agaknya ialah penyokong penjajah dan tali barut penjajah.
Bukankah ini fakta sejarah yang gagal difahami oleh sebahagian daripada kita?
alaaa.. jiwa merdeka... nape nak provoke org lain ni...
chin peng yang mana menentang penjajah. Org melayu kat kampung aku yang kene tembak komunis, tu, ape cerite. Penjajah apa pulak.
jiwa merdeka... kepala butuh kau!
Zaman kekejaman Chin Peng itu sudah berlalu. Keadaan pada masa itu menyebabkan ianya begitu.
Malang nya hari ini timbul pula lagi satu kekejaman iaitu 'ISA'.
Jika dibandingkan yang mana lebih kejam - 'Chin Peng' atau 'ISA'.
ooittt...nalapambu...
kalau tak salah buat aper nak tentang ISA....biasanya yang selalu buat salah or buat hal ni yang takut dgn ISA...mintak ISA dihapuskan la...mengarutla ko ni nalapambu
ooiittt jiwa merdeka...
ko anak chin peng ker???ko tanya la maner2 org veteran dorang suka ker pemerintahan komunis selama 14 hari tuh???bapak ko suka kot...
sebelum buat komen ker aper ker...
SILA GUNAKAN AKAL FIKIRAN...bukan ikut agenda politik ....SENGAL!!!!
Jiwa Merdeka...Jiwa awak tu belum merdeka...masih dikontrol BABI dan ANJING.... sila tukar kerakyatan ye.
Si Nalapambu...Nala hang punya cakap, pergi mampus ler, kalau bapak atau tok hang tahu hang tulis macam ni... dicekik kau biar mampus masa kecik dulu.
ISA tu wujud zaman British lagi, masa tu ada orang cina dan india yang minta dimansuhkan? Harah jadah korang barua anjing dan BABI.
Akai ada ka
nalapambu & jiwa merdeka ni betul2 buta sejarah & buta hati gamaknya.
.. cakap ko orang ni macam tak ada perasaan sayang ngan bangsa & agama.
Chin Peng sewajarnya kekal di luar negara. Tidak ada sebab untuk kita membawa dia balik. Sebarang usaha untuk membawa balik Chin Peng ke negara ini, hatta oleh Kerajaan sekali un haruslah di tentang.
Gesaan Gerakan tidak kena pada tempatnya.
gerakan bankrap idea. kalau nak tarik sokongan komuniti cina pun carilah cara lain. itu idea bodoh.
jenis tak sedar kelemahan diri, lepas tu jadi duri dalam daging, sebab kebodohan dan bangang...
nalapambu,
sapa kata ISA kejam?
org yang otak jahat nak buat kejahatan aje yg takut ISA. Wakil rakyat pembangkang yg ada niat jahat aje takut ISA.
org baik2 dan sayangkan negara tak takut ISA. Mereka suka ISA dikekalkan untk tegah manusia yg jahat & penting diri sendiri, mungkin macam kamu.
kamu kena fikir sebelum cakap. otak kamu jgn bagi org lain kontrol. bacul namanya...
otak sendiri, sendiri pikir, jgn kasi org lain tolong pikir. hancusss...
Anda semua tidak dapat memahami dan menghayati maksug 'kejam' pada akta ISA.
ISA itu kejam kerana menahan manusia tanpa di bicarakan.
Memisahkan suami isteri, anak2, ibu dan bapa serta kaum keluarga pada masa yang tidak ditentukan.
Sedangkan pencuri, penyamun dan pembunuh pun diberi peluang untuk di bicarakan.
Pesalah tidak boleh dibuktikan bersalah sebelum dibicarakan.
Mungkin mengikut agama islam anda menahan seseorang tanpa di bicarakan tidak menjadi kesalahan.
Ustaz Said,
Nampaknya topik ini agak provokasi dan mengundang banyak komen yang dalam bentuk kemarahan. Selepas merdeka 50 tahun sepatutnya kita boleh berhujah secara bijak dan berhemah tetapi malang ramai yang berhujah secara emosional dan tidak menggambarkan tahap kematangan rakyat Malaysia yang sebenarnya.
Bukankah kita sebagai umat Islam diajar tentang sikap 'pengampun'. Allah sendiri sikapnya maha pengampun, jadi janganlah tuan-tuan emosional meluap-luap. Tiap-tiap sesuatu itu perlu dilihat secara objektif..Dalam kes Chin Peng ni janganlah maki hamun tidak tentu pasal..Jika orang sudah sedar dan mahu memohon maaf atas sejarah lampaunya, apakah sikap kita sebagai umat Islam ?
Saya percaya proses perundangan kita akan menentukan nasib Chin Peng dan kita sebagai rakyat hendaklah tenang dan sabar. Bijaklah tindakan jika boleh mengheret Chin Peng ke mahkamah jenayah perang tetapi siapakah yang mahu bertindak, UMNO ? Kalau ada yang berkeumpamaan dikalangan tuan-tuan yang marah, barangkali bolehlah gunakan ruang mahkamah jenayah perang itu.
Berkenaan Gerakan, bukankah parti ini sahabat tuan-tuan dalam BN, jadi janganlah melatah kerana hanya memalukan puak tuan-tuan. Biarkan Gerakan mengeluarkan pendapatnya, itu pendapat dia. Janganlah bila pandangan itu menyedapkan hati tuan-tuan baru sokong, bila bagi pendapat yang bertentangan terus melolong seperti serigala..Tenang, biar berhujah dengan hemah.
Salam, TK atas respon utk posting ini. Cuma gunakanlah kebijaksanaan dan adab orn Msia dlm bhujah...yg penting jgn provoke bro!
Datu Sulaiman, bab mahkamah dah selesai, semua peringkat dah dilalui oleh CP dan dia gagal.
Mungkin Tribunal Jenayah Perang agak sesuai utk dia ni!
Teruskan membaca...TK
Chin Peng semasa rundingan baling telah mengemukakan beberapa syarat antaranya sebelum menamatkan pemberontakannya antaranya, menjadi perdana menteri, Jadikan taraf orang Cina sama dengan kaum bumiputera, Bagi kewarganegaraan Malaysia bagi pengganas komunis. Jadi,mahukah kita terima orang yang sebegini ke negara kiat. Dan Peristiwa 13 Mei isu yang dimainkan oleh saki baki pengganas komunis.Betapa tergurisnya orang melayu di negara ini sekiranya Chin Peng kembali ke Malaysia, kpd Dato Sulaiman, mungkin anda bukan orang melayu asli sekiranya memebenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia,Apa kaitannya Gerakan dengan UMNO, Chin Peng adalah satu sejarah hitam yang begitu mengguris hati rakyat Malaysia
orgkuale..
hebat sungguh anda hingga mempertikaikan kemelayuan saya. Tidak mengapa,saya cuma ingin membawakan persepsi pandangan orang muda pasca merdeka..sama sekali tidak bermaksud saya membela atau menyokong kepulangan Chin Peng, tetapi saya hanya mahu supaya kita bijak berhujah dan berhenti daripada menjadi begitu emosional kerana apabila kita emosional akal kita akan mati..Hebat sunggu orgkuale ni, rupanya tahu pula syarat-syarat terperinci rundingan Baling.
maaf lah tp di sini dalam banyak2 pihak ORANG PAS lah yg paling bodoh di perKUDAkan DAP dn PKR..
setidak-tidaknya dalam BN ,UMNO yg berkuasa
Kpd Datu Sulaiman, jagalah nama pangkat Dato yg mike dpt tu entah siapa yg bagi. Kalau Chin Peng balik sambutlah dia dgn paluan kompang, anggaplah dia sebagai wira, tetapi saya org kuale tetap tidak akan membenarkan orang yang pernah menumpahkan darah bangsaku, Harap Dato Sulaiman yg mengaku dat0, lebih baik jaga cucu drp fikirlah hal negara, biarlah pemimpin kita yang memikirkannnya, sebab mike x layak sbb mike bukan melayu sejati.
ogkuale....saya Datu sulaiman bukan Dato' sulaiman atau Datuk Sulaiman. ini 'Datu' adalah nama keturunan orang Sabah hasil daripada peninggalan sejarah keturunan keluarga. Jangan menghina nama keturunan orang. Kalau ogkuale nak tahu asal-usul nama 'Datu' ni datanglah Sabah belajar sejarah dan etnik Sabah..nampaknya sdr ni buta hubungan sosial antara tenik , patutlah tulisan sdr nampak ada ciri-ciri perkauman.
lebih baik chin peng duduk di thailand saja sampai mati.
tengoklah puak-puak ni. bila dah kalah, baru nak ingat. cuba kalau menang dulu, habis melayu dan islam kena ganyang.
macam 13 mei. dah kalah, nak blame melayu juga. kalau menang, agak-agak apa jadi pada kita.
itu pun ada melayu bangang nak support lagi. mungkin kebanyakan melayu ni datang dari kawasan penuh melayu, memang tak dak komunis dan 13 mei lah. mana depa tau.
Saya orang Sitiawan manjung perak.. saya kenal adik ching peng.. adik ching peng ada membuka satu kedai tayar di sitiawan.. saya selalu berbual dengan dia..tapi tidak melibatkan isu abg beliau iaitu ching peng.. saya syorkan.. biarkan ching peng dibawa balik ke malaysia.. ramai sanak saudaranya masih ada di sitiawan perak.. beliau cuma ingin mati di malaysia.. itu sahaja..
saya ni bukanlah orang politik.. saya bkan orang yang terlalu taksub dgn politik..
saya cuma rakyat biase yang tiap hari keluar pegi kerja utk mencari sesuap nasi..saya tak kisah perkara yang berlaku pun disekeliling saya..apa yang penting.. saya boleh hidup dgn tulang empat kerat saya ni..
dan atas dasar itu..saya ingin mengesyorkan,.. supaya chin peng dibawa pulang ke malaysia.. saya kenal sangat2 dgn keluarga chin peng,.. mereka sama sekali tidak bercakap isu pkm kalau berbual dengan saya.. malahan.. isu chin peng pun tidak pernah mereka perkatakan..jadi disebabkan itu.. saya rasa..elok chin peng dibawa balik ke malaysia.. tiada lagi unsur2 komunis dah di malaysia.. chin peng pun 2 3 tahun lagi mati la.. sebelum dia mati.. kita sebagai insan biasa.. terimalah maafnya.. yang lepas biarkan lepas.. itu semua ketentuan ilahi.. qada dan qadar.. sedangkan nabi ampunkan umat.. inikan kita pula manusia yang setaraf dengan najis2 di jalanan.. mengaku wangi walupun hakikatnya kotor dan jijik..
Dari apa yg saya belajar dr buku sejarah dan pengetahuan am, Chin Peng adalah musuh negara. Jika bawa dia balik, adakah membawa apa2 yg baik kpd negara Malaysia ini? Yang saya boleh pikir, selepas nih PKR(Parti Komunis Rakyat) hanya akan mempergunakan peluang ini utk terus meninggikan jari tengahnya.
Musuh tetap musuh. Komunis tetap komunis. Inilah fungsi ISA. Menahan musuh negara dari merobak bendera MERDEKA dari diri kita. Bukankah jika dia dibawa balik ke Malaysia, hasilnya hanya akan membawa ketidakstabilan keamanan yang kita ada sekarang.
Apa yg kita dapat dr begaduh membela musuh? Ini negara Malaysia, bukan Myanmar atau Singapura!
Post a Comment