Search This Blog

Saturday, May 2, 2009

V6 di Kedah, Volvo di Sabah: Antara Dua Darjat.

Salam,

Kerajaan Kedah akhirnya memilih untuk terus menggunakan Proton Perdana V6, selepas berunding dengan CEO Proton Edar Sdn Bhd Disember lepas. Demikian dilaporkan oleh Berita Harian.

Sebelum ini dilaporkan Kerajaan Kedah berhasrat menggantikan Perdana V6 dengan jenama lain jika keadaan kewangan mengizinkan. Tidak pula dapat dipastikan sama ada keadaan kewangan menjadi sebab utama keputusan kerajaan Kedah ini.

Namun satu yang pasti, kerajaan Kedah telah membuktikan satu perkara. Mereka menghargai jenama buatan Malaysia - dalam 1001 kekurangannya. Mereka sudah menunjukkan kepimpinan melalui teladan, pemimpin berkereta sederhana bukan mewah di depan rakyat Kedah yang majoritinya susah.

Berbeza dengan kerajaan Sabah. Membeli Volvo jenama mewah, bukan jenama nasional. Untuk apa?

Berbanding Kedah, Sabah adalah negeri kedua termiskin di atas sedikit daripada negeri Kelantan. Tetap memilih kereta mewah sebagai kenderaan rasmi untuk para pembesar. Mungkin Sabah punya banyak duit berbanding Kedah.

Pada ketika yang sama, banyak prasarana terutama jalanraya antara kampung dan bandar yang memerlukan bukan sedikit perhatian untuk dibaiki. Jalanraya antara kampung pula amat kontras dengan kenderaan mewah yang dibeli oleh kerajaan negeri Sabah.

1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, mungkin tindakan pembelian kereta mewah ini tidak menggambarkan slogan yang diwar-warkan oleh PM DS Najib ini. Nampak keselesaan para pembesar negeri pula yang didahulukan, rakyat dikemudiankan.

Mungkin pembelian ini sudah terlanjur, adalah tidak praktikal untuk menjualnya semula. Namun, apa yang diharapkan ialah pihak kerajaan Sabah lebih berhati-hati membuat sebarang keputusan selepas ini, terutama apabila ia berkaitan dengan aspek kewangan.

Sewajarnya kebajikan rakyat kebanyakan menjadi keutamaan!

11 comments:

Datu Sulaiman said...

Saya sudah lama tidak setuju dengan pembelian kereta volvo oleh kerajaan negeri kita..Ini semua tidak perlu kalau hanya setakat mahu membuktikan bahawa kerajaan negeri banyak wang, sekaligus ingin memberi tahu bahawa kerajaan negeri dibawah kepimpinan sekarang, cerdik membangunkan ekonomi negeri...Ini akibat bila rakyat menyokong dengan membuta-tuli. Yang penting parti konon..! Sanggup diperbodohkan semata-mata mahu memenangkan parti..Semoga genarasi baru Sabah yang lebih berpendidikan dapat membuka mata dan bijak membuat percaturan..Disemananjung genarasi muda sudah celik melihat kebenaran, kita di Sabah ni bila lagi..??

. said...

Salam..

Hangpa ni sebenarnya sebelah sapa ni? Sebelah umno atau PR?

Bagila komen pro umno,bukan pro pr.
Artikel camni nanti akan buatkan rakyat tak percaya dah ngan umno. Kalau ada keburukkan umno,sorokkanlah..bukan pertikai.

Apa la hang ni..

Hangpa tak junjung betui betui peranan BPN dalam hal ni la.

USD said...

Salam, Anon 12:46PM...kesiannya kau ni...macam watak si Kitul pd zaman Empayar Melaka!

Anonymous said...

Betul la tu apa yang si anon tu kata..

Sorokkanlah kalau ada musibah atau benda memalukan dalam parti. Kita sekarang nak tarik rakyat untuk sokong kita semula. Kalau awak bongkar satu demi satu,apa bezanya awak dengan PR bangsat tu??

Hidup UMNO!!

matlan said...

asalamualaikum ustaz, katakan yang benar walaupun ianya pahit untuk di telan,....memandangkan kerajaan sabah ni tiada pembangkang, atau suara pembangkang hanya sayup-sayup kedengaran, maka suara penegur perlu ada, kalau ustaz tak ke dewan undangan negeri , tak mengapa, dalam blog pun boleh tegur, ......malang bagi kita kalau semua apa yang kerajaan buat kita iyakan walaupun ianya jelas tak betul, atau keburukan yang kerajaan buat kita sembunyikan.......ini perlu di tegur sebelum ianya menjadi barah, adalah lebih baik kita dikalangan orang UMNO sendiri yang menegur rakan-rakan kita di dalam kerajaan daripada kita di tegur atau di hentam oleh parti lain ( ngam ka tu ustaz),.....tentang kerita kerajaan negeri ni ustaz,pendapat aku , kalau mau yang nyaman , siok, selesa , begaya dan nampak hebat, baguslah beli volvo......tapi ini kalau pakai duit bapa aku sendiri la, tapi kalau pakai duit kerajaan, aku rasa memadai la perdana V6 saja, kalau untuk menteri la, tapi kalau untuk pegawai kerajaan nda ngam, misti mau pakai 4X4 la,....ni menteri kalau mau begaya beli la bah pakai duit sendiri......tapi untuk apa sebenarnya pakai volvo yang mahal2 ni? bukan dia orang duduk di dalam tu kerita 24 jam, kalau setakan 1- 2 jam saja dalam kerita, pakai perdana V6 pun ok bah....nda kira la dia mahal ke murah ka, asal dia kerita jenama nasional, kira beli dari syarikat GLC juga bah tu, pusing2 sana juga duit tu....barulah one malaysia namanya....ini apa, asal beduit sikit sudah mau tombirang pakai ninja king, menayang sama urang kampung......allah hu alam

Ajin b. Gagah said...

Ustaz Said,
Assalammualaikum,
Dengan izin ingin jua saya kan bagi komen tentang isu ‘Brand’ kereta yang digunapakai oleh kerajaan Kedah dan Sabah ini.

Nampak nya kes ini telah menimbulkan perbezaan pendapat dikalangan pelawat dan penulis blog . Ada yang setuju dengan analisa Ustaz namun ada pula yang mengaitkan kes ini sebagai pendedahan kepada kelemahan parti. Ia itu parti UMNO.

Satelah meneliti artikel Ustaz, saya rasa isu pokok yang di ketengahkan ada lah perkara AKAUNTIBILITI dan JUSTIFIKASI pentabiran kerajaan yang memerentah. Sama ada mereka telah menjalankan tugas atau keputusan dengan betul bilamana membeli kereta Proton Perdana V6 untuk Kedah dan Volvo untuk Sabah.

Saya tidak nampak pun Ustaz ‘highlighted’ kan kelemahan parti UMNO dan sebagainya. Ustaz cuma tekankan kelemahan tingkah laku pentadir atau pemimpin yang mungkin tidak telus dalam mengunakan Wang rakyat.

Justru itu, hal-hal yang berpautan dengan politik, rasa nya, tidak relevant atau perlu dibesar-besarkan.

Kes saperti ini pun pernah juga di lakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, bilamana mereka membeli kereta Toyota Vios untuk menggantikan kereta Perdana yang dikatakan tenat.

Maksudnya ,dalam hal-hal saperti ini bukan parti yang patut di persalahkan tetapi Pentadbir-Pentadbir kerajaan yang berkuasa untuk membuat keputusan.

Pada pandangan saya, dalam kes-kes saperti ini, ada lah perlu juga kita memikirkan kos yang dibelanjakan untuk membeli kereta-kereta keperluan kerajaan.
Namun KOS KEBERKESANAN perlu juga diambil kira. Maksud nya kereta-kereta yang dibeli ini mempunyai daya ekonomi yang berbaloi dalam jangka yang panjang .

Ini termasuk untuk mengambil kira keselamatan sipengguna dan kos maintenance bulanan dan sebagainya.

Namun hingga kini, kita belum lagi tahu cerita sabenar nya disebalik mengapa negeri Sabah membeli kereta Volvo yang agak mahal itu

Datu Sulaiman said...

12.46 /3.17

Saya mau komen dua anon di atas, nampaknya kedua-dua anon ini tidak matang dan tergolong kepada penyokong membabi buta atau saya selalu mengistilahkan mereka sebagai 'pencacai'.

Untuk dua 'anon' ini,sebenarnya kau orang berdua ini adalah daripada spesis yang akan meruntuhkan UMNO manakala penyokong yang seperti ustaz said inilah yang sebenarnya penyokong tulen iaitu menegur bila ada yang tidak kena supaya UMNO tidak terus hanyut dan sesat dan dibenci rakyat.

blog inilah satu-satunya saluran untuk ustaz said menegur pemimpinnya kerana beliau tidak ada peluang berucap di dewan rakyat atau di perhimpunan agung UMNO..Untuk 2 anon, kita perlu bercakap untuk membetulkan, bukan untuk mengampu atau membodek.. Anon 3:17, saya cakap kamu 'bahlol' sebab senang-senang mengata orang 'bangsat', apa punya spesis kamu ni, tiada adab langsung..macam mana nak tarik orang kembali sokong parti kamu kalau kamu mengambil sikap membenci dan mengutuk mereka..

untuk2 anon segaralah ubah sikap, kerana pendirian kamu sekarang ini merugikan parti kamu sendiri..kalau pun kamu barangkali dah lama tidak dapat kontrak dan projek (sebab negeri dah diperintah pembangkang),janganlah marah..,sabar..sabar..tenag !ini semua ujian setelah selama ini kamu hidup senang .

perfectwater75 said...

Salam Ustaz,

Ana tetap sokong artikel anta ini...Berkata yang benar walaupun pahit...

BPN tu apa hah???!!! Dulu mungkin Blogger Pembela Negara tapi kini....

B L O G G E R

P O N D A N

N E G A R A

MANA TIDAKNYA, MAHATHIR KELUAR SUARA SEMUA JADI PONDAN SIAM...

SYABAS USTAZ!

THX!

perfectwater75 said...

SALAM USTAZ,

DULU BPN

SEKARANG

BPO-N...

SAPA YANG SUSAH???

MEREKA DAN KELUARGA MEREKA JUGA...

TURUN MAI SABAH DAN TENGOK APA SUMBANGAN BN KEPADA RATUS RIBU RAKYAT YANG MASIH MISKIN...

KALAU SETAKAT TENGOK TV1 DAN TV 2 PLU TV3 DENGAN NTV7 CAMPUR LAGI DENGAN 8TV ATAU TV9...MASIH TAK CUKUP...TANYA SECARA JUJUR KEPADA ORANG SABAH...

BETUL TAK USTAZ???

THX!

angah said...

kah kah...

kena sorokkan gak walau umno salah..baru jadi perjuang sejati ...
kah kah kah..
peminpin sabah kaya raya...
rakyat sabah terus papa kedana...
tak pe...
asal BN perintah...
media semua jgn lapor...
nanti rakyat tahu lak...
kah kah kah kah

Anonymous said...

ukurlah baju di badan sendiri. Kerajaan sabah tak payahlah nak bermegah dengan kereta volvo tu, apa ada pada kereta mewah jika rakyat di bawah menderita, susah lagi sengsara. CM dan konco2 tidak berasa malu kah dengan status kedua negeri termiskin Malaysia dan termiskin di kalangan negeri pimpinan BN. Kenapa begitu sibuk merasmi sana sini, umum sana sini, insentif sana sini tapi rakyat tidak mendapat apa2 pun? pengumuman saban tahun bajet sabah adalah yang tertinggi berbanding negeri lain, apa ada pada output jika outcome zero...fikirkanlah, hanya kroni dan suku sakat sahaja yang mendapat faedah tapi rakyat macamana? Nak jadi negeri maju 2015, rakyat sabah tergelak besar...macamana nak maju sedangkan kemudahan asas seperti jalanraya, air dan letrik pun terkial2 nak selesaikan, inikan pula nak jadi negeri maju..KIRIM SALAM ja..

CM Sabah 'Hidden'

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin