Search This Blog

Thursday, May 7, 2009

Peraduan Bual Bicara

Apabila Raja Dr Nazrin Shah berangkat masuk kemudiannya, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin, serta semua ahli dewan daripada pembangkang berdiri di bahagian tengah Dewan sambil menghadap baginda.

Nizar (Pas-Pasir Panjang) kemudian kedengaran menyatakan sesuatu kepada Raja Dr Nazrin Shah, dan Pemangku Raja Perak menitahkan supaya Nizar dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Setiawan) supaya menghampiri baginda. Kedua-duanya naik ke pentas diraja sebelum Raja Dr Nazrin Shah dilihat berbicara sesuatu kepada mereka.

Nizar dan Ngeh kemudian turun dan meminta semua ahli Dewan daripada pembangkang mengambil tempat masing-masing bagi membolehkan istiadat perasmian berlangsung.


Sempena Sidang DUN Perak yang mencatat sejarah 'baru' hari ini, selepas bersidang di bawah pokok, satu peraduan Bual Bicara diadakan. Jika ada kelapangan, silalah sertai.
Hadiah utama : Minum teh dengan Sivakumar, bekas Speaker Perak!


Berdasarkan gambar di atas, agak-agak apalah isi perbualan antara Raja Nazrin kepada dua orang ni?


Raja Nazrin :_______________________

DS Nizar :_________________________

DS Ngeh : _________________________


********

P/S : Baca tulisan ini sebagai satu hiburan semata-mata, jangan lebih!


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Dikemas Kini


Perbualan sebenar dalam gambar di atas, boleh lihat di sini. Terima Kasih.



16 comments:

The Revolution said...

Salam...
Salam Hormat...
Salam Revolusi...

Tidak ada dalam list???
Mustahil.....

Ada...
Cuba lihat betul2...
Jangan lihat pada list penyokong BPN atau sahabat-sahabat...
Lihat di list Ahli-Ahli BPN...
Ada la...
Jangan risau....

Terima Kasih...
Salam...

Datu Sulaiman said...

manusia telah melengkapkan rencananya tetapi Allah jua lah yang akan menentukannya..apa yang berlaku hari ini akan dihakimi oleh anak cucu kita nanti..tidak perlu berbalah apa-apa, juga tidak perlu kita berhujah mempertahankan kefanatikan masing-masing..rakyat Malaysia sudah matang dan berpendidikan.sudah 50 tahun meredeka, sudah tentu kita tidak lagi bertindak semata-mata kerana kita diminta berbuat begitu..kita ada saluran yang betul,kita tunggu saja, bila masanya tiba, rakyat akan menzahirkannya melalui peti undi..yang penting adalah keamanan kerana kita mahu hidup dan beribadah dengan aman... kita boleh melakukan apa saja yang kita fikirkan betul pada puak kita tetapi jangan lupa,dosa dan pahala atas perbuatan kita itu akan dihitung di mahkamah Allah diakhirat nanti..,masa tu tiada peguam bila..

anonymous said...

Melayu/Islam yang cintakan bangsa dan agamanya harus sedar bahawa DAP sebuah parti kafir yang sangat anti-Islam.

PAS dan PKR sudah dipergunakan oleh parti kafir ini se mata2 untuk memusnah kan melayu/Islam di bumi Malaysia ini.

Segeralah tolak PAS, tolak PKR, musnahkan DAP.

Datu Sulaiman said...

anontmuos 12:09

Pandangan anda ini terlalu prejudis..Setelah merdeka lebih 50 tahun anda masih menyimpan prasangka dan kekal mempunya pandangan dan andaian yang jumud..Seruan anda terlalu berbahaya dan bersifat perkauman dan satu bentuk hasutan..saya percaya majoriti rakyat Malaysia tidak akan berpandangan jumud,kolot dan tahyul seperti anda. Saya fikir anda perlu membuka minta anda..Jadilah rakyat Malaysia yang rasional dan tidak takut pada bayang-bayang sendiri.

AKU ANAK GURUN said...

Allah menentukan segala-galanya, pandangan saya Pilihanraya Kecil perlu diadakan di Perak. Kita ikut slogan baru UMNO. Kepentingan Rakyat diutamakan. Kembalilah kepada Rakyat.

Kalau Mengikut pandangan orang yang tidak memihak mana-mana. 3 DUN Bebas itu harus pulang kepada rakyat kembali kerana rakyat yang mahukan mereka melalui parti yang dipertandingkan oleh mereka pada PRU12 dahulu.

GuruBashid said...

Tahniah kerana akhirnya Sidang DUN berjaya juga dilangsungkan. Kesepaduan ADUN dari BN dan bebas serta kecerdikan Tuan Speaker yang baru di bawah kepemimpinan YAB MB Datuk Dr Zambry membuktikan tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Syabas!

Anonymous said...

Persoalan yang masih belum menerima jawapannya......
Selepas apa yang berlaku di DUN Perak, beberapa persoalan masih terawang-awang di pemikiran kita yang mencari kebenaran .......................

(1)- Seperti yang kita sedia maklum, keputusan siapa Menteri Besar yang sah hanya akan di putuskan pada 11.05.09 @ isnin ini, persoalannya sekarang semasa persidangan tersebut bermula, siapakah menteri besar yang sah, Datuk Sri Nizar Jamaluddinkah atau Zambry Kadir ?

(2)- Setelah DUN Perak mula bersidang, Sivakumar adalah speaker yang sah, speaker telah mengarahkan supaya Zambry dan beberapa exconya serta 3 ekor berok yang melompat tersebut keluar dewan, persoalannya arahan tersebut tidak dipatuhi, bentara engggan mematuhi arahan speaker untuk mengeluarkan Zambry dan gengnya dari dewan tersebut.

(3)- Apakah arahan speaker tersebut sah, jika sah, apakah kesannya terhadap Zambry & gengnya yang engkar terhadap arahan speaker tersebut ?

(4)- Bentara dewan yang engkar mematuhi arahan speaker, apakah hukuman yang sepatut nya diterima oleh bentara tersebut ?

(5)- Jika arahan speaker diatas sah, apakah Zambry dan gengnya masih mempunyi majoriti di dewan ? jika tidak, macam mana dia boleh melantik speaker yang baru ?

(6)- Jika arahan speaker sah, apakah hukumannya kepada polis yang masuk campur, mengheret speaker dan mengurungnya di dalam stor ?

Setakat ini saya masih tercari-cari jawapannya dari akhbar dan laman-laman blog, namun tidak di temui..................apakah peguam-peguam handalan kita boleh memberikan jawapannya ?
tolonglah .........916

Datu Sulaiman said...

anonymous 11.42

Mungkin tiada siapa yang berani menjawab persoalan anda..atau bagi puak BN, jawapan mereka hanya sesuai untuk puak mereka saja...jadi saya fikir tiada relevennya anda menyuarakan persoalan anda ini disini. saya percaya anda mahu mendapatkan kebenaran tetapi mungkin anda mencarinya ditempat yang salah...

Anonymous said...

sdr,
awat yang merapu ni,soal law/maruah/masadepan /politik bukan untuk dibuat peraduan teka dialog/dsb.tak kira apa yang dia orang cakap,pokoknya dun perak dah tak ketahuan,dulu si zambry kat uia dia kepala naqib/usrah.jam tu bila cakap saja mesti sebut dosa/pahala,syurga/neraka,amanah/hak,islam merata2.la ni cakap pasal untung/rugi,komisen/projek,kuasa/pangkat,umno merata2.dun perak jadi haru/celaru pasai dia lah.konon dia mb rakyat.alih2 kena gertak kat yb siva macam tu saja.mb apa kalau nak bercakap/bawa usul semua ditolak.tengok peribadi mb ini banyak lagi amalan sunnah diikuti ,ada janggut,bagi salam,senyum dll,diharapkan si zambry ini cekal dan tabah untuk melawan siva.sekian.zmy

TokMudim said...

Apabila syaitan-syaitan bisu melihat kekejaman dan penghinaan dewan yang mulia dihadapan mata.

matlan said...

asalamualaikum ustaz, sesungguhnya orang-orang yahudi , nasrani dan majusi itu tidak akan berasa senang kepada mu (umat muhammad) sehinggalah kamu menjadi seperti mereka ( iaitu mengikut agama mereka ) - AL QURAN.....sendiri mau tau.....allah hu alam

Anonymous said...

Salam ustaz said

Semalam seorang Ustaz telah terbunuh apabila dia sambar petir ketika menunggang motorsikal... jadi kepada ustaz2 kita berharap "berkatalah benar walaupun pahit"

ALLAH maha mengetahui...bukan bergitukah ustaz siad?...Al-Quran adalah panduan kita...dunia dan akhirat...yang jadi persoalanya adakh kita mengikutinya.

osman

Anonymous said...

Alamak...kena petir...huh..apapun, kita mesti bersangka baik dan jgn ada holier than you attitude.
Terima la apa yg mahkamah dah tentukan, jgn kerana kuasa lupa diri kita ditunggangi.

em-pi said...

“Beta tak mahu terlibat didalam semua ini. Beta cuma mahu sampaikan ucapan perasmian Beta, jadi tolong hormati Titah Ucapan Beta…, kamu faham..??

“Sekiaranya kamu mahu kerjasama dengan Beta di masa hadapan, kamu hendaklah hormati Titah ucapan Beta, FAHAM..??”

“Sekarang pergi sampaikan!”

Datu Sulaiman said...

windtalker...

Benarkah perkataan kamu ini? Jangan mempermain titah Sultan.Jangan bersikap kurang ajar dengan mempermainkan titah Sultan..

BELL said...

Apa yang berlaku di DUN perak amat memalukan, tidak pernah terfikir insiden di Parlimen Taiwan beberapa tahun dahulu akan mirip terjadi di Malaysia. Apa sudah jadi dengan YB2 Malaysia ini. Anda dipilih rakyat untuk bermusyawarah dan memperjuangkan nasib rakyat yang diwakili, bukan bertindak macam orang takda otak.

Tersengih sahabat dari luar negara melihat aksi 'akrobatik' beberapa YB di DUN Perak. Ditambah aksi lagak ngeri bekas Speaker Dewan yang diusung keluar. Saya hanya berdiam diri bila ditanya 'Whats Wrong?'......

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin