Search This Blog

Thursday, May 28, 2009

Paku Dulang Paku Serpih...


Salam,

Apabila Datuk Nasa melompat kembali selepas keluar Umno, dia ditohmah sudah dibeli. Apatah lagi bagi 3 YB Osman, Jamaluddin dan Hee Yit Foong, tentulah tohmahan ini bertambah kuat kerana 3 YB inilah menyebabkan tersungkurnya Kerajaan Pakatan Perak.


Sengsara para YB ini menanggung tohmahan, walaupun sudah dinafikan berkali-kali. YB Hee lebih teruk dihina dengan dilempar wang kertas dan syiling oleh 'bekas' rakan seperjuangannya semasa Sidang DUN Perak 7 Mei lalu.


Tohmahan pembelian YB ini terus dialunkan sehingga seolah dipercayai kerja jahat ini memang berlaku. Soal para YB ini sedar dan insaf dengan kesilapan mereka selama ini tidak lagi berbangkit. Silap memilih wadah perjuangan yang kelihatan bersih tetapi kemudiannya disedari indah khabar dari rupa.


Di Penanti, kutukan terhadap kegiatan membeli ini terkena batang hidung PKR sendiri. Cubaan merundingi calon Bebas, Kak Min bekas orang kuat PKR agar tidak bertanding dan dijanjikan jawatan, membuka tembelang sebenar PKR. Paku dulang paku serpih, mengata orang PKR yang lebih!


Apa pun alasan PKR berikan, jelas dan nyata PKR sebagai parti politik sememangnya memiliki kecenderungan untuk 'bermain' politik. Menang dengan cara mudah, tanpa saingan dan dapat menewaskan lawan tanpa mengeluarkan peluh adalah sebahagian rencah politik, selagi ada peluang dan tidak melanggar undang-undang. Dalam politik Malaysia soal moral bukanlah kriteria utama!


Adakah PKR akan berhenti melakukan tohmahan tidak berasas selepas ini, selepas apa yang kita saksikan di Penanti, PKR terpaksa bergasak dengan cuma seorang calon Bebas?


Rasanya tidak...sebab PKR tidak mungkin bernyawa tanpa tohmahan, tuduhan tanpa bukti, mainan persepsi dan retorik!

5 comments:

pakcik said...

'never trust politician'..
itulah ungkapan yang boleh dipegang oleh semua anak muda..

tidak pas, umno, pkr, dap, mic, mca...tidak akan lari dari rasuah..tp yang mana lebih banyak kes dan berat pula kesnya...

ArenaMalaya said...

Salam ustazSAID,

Parti Kencing Rakyat sah Parti Komunis Rakyat. Cara PKR matlamat menghalalkan cara. Fitnah & tohmahan WAJIB diluahkan ketika berkempen dan berceramah. Orang Melayu jugak yang diperbodohkan & dipecah belahkan.

Datu Sulaiman said...

Ustaz selalu mengutarakan posting yang menarik tapi sayang ramai yang buat komen kosong, tanpa fakta dan hujah, lebih malang bila mereka mencarut saja..Lihat saja komen arena malaysia ini (12:03),apakah yang mahu disampaikan oleh orang ini melainkan cacian dan tomahan..mungkin inilah yang ustaz katakan sebagai mengata dulang paku terserpih....

anaksabahmerantau said...

Orang politik bukan boleh percaya sangat. Kalau tengok dalam sidang parlimen,deme asyik bertelagah,tapi masa sidang Parlimen rehat boleh hisap rokok sama-sama.Boleh rancang nak gi Bandung la, gi beli kereta baru.Teman rasa orang politik umpama pelakon yang dibayar ikut skrip yg diarahkan oleh Pengarah.Jadi x heran,org itu kata begitu tapi diri sendiri x tengok.Selagi wang jadi taruhan,selagi itu tiada yg asli semua macam plastik.

kembara putih said...

Kata UMNO tak bertanding di Penanti. Jadi kenapa nak taja Kak Min? Kenapa nak bantu Kak Min melalui TV3 (kepunyaan UMN0) membuat dakwaan palsu.

2 orang yang jumpa Kak Min tu dijemput oleh Kak Min sendiri datang ke rumahnya, lalu diperangkap kononnya cuba merasuah dia. Masa Kak Min perdengarkan audio kononnya dia dirasuah kepada para wartawan, ramai wartawan ketawa geli-hati. Takkan la benda serius jadi geli-hati, melainkan dakwaan audio Kak Min tu dibuat2 dan tipu semata2.

Ikut pada modus operandi UMNO yang sudah2, isu kononnya rasuah Kak Min akan disensasikan di akhbar perdana, radio dan TV sehingga hari mengundi. Dan dijangkakan Kak Min akan kalah (semestinya), lalu kes rasuah ni akan senyap seadanya.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin