Search This Blog

Monday, May 4, 2009

Katakan Benar Kepada Kebenaran!


Salam,


Apabila saya 'mengusik' tindakan kerajaan Sabah dalam soal pembelian kereta Volvo dan membandingkannya dengan keputusan kerajaan Kedah mengekalkan Proton Perdana V6, ia menimbulkan reaksi daripada beberapa orang sahabat.


Sebahagian meninggalkan komen tanpa nama, sebahagian pula menghantar sms dan membuat panggilan telefon. Mesej mereka sama, tulisan itu memburukkan imej kerajaan pimpinan Umno dan seperti menyokong PR!


Saya mentafsirkan reaksi sahabat ini sebagai kurang matang. Saya percaya sahabat-sahabat ini adalah ahli atau penyokong Umno. Jika pendirian begini diteruskan, nampaknya malanglah nasib Umno. Bolehkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru? Kalaupun boleh, pasti bau busuknya dihidu jua!


Katakan benar kepada kebenaran. Ya blog ini akan terus menyatakan kebenaran, memuji yang terbaik dan menegur yang jelik. Jika kebaikan itu datang di pihak 'lawan', adakah kita mahu menafikannya?


Demikian juga, perkara yang jelik yang dilakukan oleh Umno dan pimpinannya wajib untuk seluruh ahli Umno menyatakan kejelikannya. Bukankah begitu teladan yang sudah ditunjukkan oleh Tun M, mantan PM dan Presiden Umno?


Lagipun, jika kita cuma rasa selesa apabila yang 'manis-manis' disebut, dikhuatiri kita sebenarnya sokong yang membawa rebah. Kematangan dalam soal ini harus menjadi prioriti, sesuai dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


Memang sukar menerima hakikat, apalagi untuk menyatakan kebenaran kerana ia sangat pahit. Tetapi ia jauh lebih mulia daripada berdiam diri dan membiarkan sahaja tanpa menegur kerana sikap bacul dan dayus, apa lagi kerana ada kepentingan peribadi!


Dibimbangi, kesilapan berulang yang dilakukan hari ini - tanpa mengambil iktibar kesilapan lalu - akan menyebabkan kemusnahan yang lebih besar. Saat itu, segala penyesalan tidak akan berguna lagi...


Dan saya tidak mahu terlibat sama memusnahkannya!

14 comments:

pisau said...

ustaz,

itulah kenyataan, biar lah sukar untuk di telan,asal kan kita dapat menerima teguran yang jujur dan ikhlas,itu menandakan masih ada yang sayang pada bn n umno.



teruskan niat baik ustaz

bungaraya said...

uSTAZ,
Okeylah tu..
Dalam BN, ada yang mentah ada yang matang dan ada yang telah busuk tak boleh pakai langsung.Begitu juga dalam PR. Yang mustahaknya kita ambil yang membawa manafaat dan elakkan yang membawa bencana.
Perlahan-lahan dan akhirnya mereka akan menjadi orang yang matang dan tahan gelora politik negara.

matlan said...

asalamualaikum ustaz, teruskan kerja yang baik itu, walaupun ianya nampak jahat di mata si penjahat, biarlah ianya menjadi murka kepada sebilangan "pencacai umno" ( bak kata datu sulaiman ), asalkan tidak menjadi kemurkaan Allah,......jika di takdirkan umno/bn jatuh atau berkubur suatu hari nanti, sudah pasti ustaz bukan menjadi penyebabnya.......sedangkan kerajaan pimpinan syaidina Abu Bakar yang telah dijanjikan tempat di syurga sekalipun minta untuk ditegur dengan mata pedang jika berlaku ketidak adilan, inikan pula kerajaan sabah......jangan kau risau ustaz, aku tetap menjadi penyokong mu selagi kau di pihak yang benar, dan aku juga yang akan pancung kepala mu jika kau juga tergolong dalam orang2 yang mungkar......allah hu alam.

Datu Sulaiman said...

kepada para penyokong UMNO, hargailah orang yang macam ustaz said ini, yang mana beliau berpegang kepada kebenaran. Insyaallah, orang yang macam ini mampu mengembalikan kekuatan UMNO daripada mereka yang hanya pandai berteriak 'hidup UMNO' tetapi pada masa yang sama tindakan dan perangai mereka membuatkan lebih ramai benci pada UMNO..saya setuju supaya kita berpegang kepada kebenaran dan keadilan..walau sepahit mana, berkatalah dengan benar...satu lagi, jangan terlalu perkauman kerana sikap perkauman yang membabi buta akan membuatkan parti kamu akan pupus seperti dinosaur..orang yang bersikap perkauman ini akan tetap menyokong partinya walaupn partinya membuat salah...ini tidak betul. pilihlah kebenaran..

amri said...

Salam ustaz,
Tahniah kerana berani berkata benar, tidak sia-sia ilmu yang ustaz pelajari: 'qulil haq walau kaana murran', saya suka bila ada yang berani menegur macam ustaz.

Nabi menyeru umatnya menegah perbuatan yang salah dengan tangan, kini kita hanya mampu menegah dengan jari sahaja.

Alhamdululillah.

gotahlantun said...

SALAM USTAZ,

AKU SOKONG LU BRO, MACAMANA PUN PERJUANGAN MESTI KITA TERUSKAN WALAU ADA RINTANGAN DARI DALAM DAN LUAR.

RAPATKAN DAN KUATKAN SEMANGAT KITA BRO.

KITA SAMA!

Anonymous said...

Betapa sukar mencari spesis yang hampir pupus seperti Ustaz Said di dalam umno. Spesis yang ada sekarang ibarat anai2 makan kayu dari dalam dan tau-tau suda reput dan rebah.

Kepada yang membuta tuli menyokong (mungkin kerana sentimen dan juga kepentingan), layarilah blog-blog Pakatan Rakyat. Kebanyakan mereka telah mengorak langkah kepada keterbukaan menegur pimpinan mereka yang menyimpang kerana NAWAITU mereka SEMATA-MATA MAHU MELIHAT PR LEBIH BAIK DARI UBN dan jika perkara ini berterusan, tidak mustahil PR akan berjaya sedikit masa lagi.

Jika ada 10 000 orang yang lantang menyatakan kebenaran (bukan sekadar bercakap dengan niat menunjuk) seperti Ust. Said, nescaya agak sukar untuk PR tawan hati rakyat.

Teruskan Ustaz, selagi kita menyimpan yang busuk, lama2 kumannya akan kena pada kita juga.

Anonymous said...

salam..

Selagi hang masukkan artikel begini,selagi itulah rakyat akan benci pada UMNO dan BN.

Walaumacamana sekalipun busuknya umno,hang kena tutup.!! Hang tak boleh nak bagitahu sana sini dengan blog ni pasal kelemahan kita. Strategi perang apa yang hang pakai? Hari ni hang dok cerita bab kereta,sok sok tak mustahil hang akan cerita bab Datok Najib memang betul ada fair dengan altantuya. ( aku nafi bab ni )

Jadi cuba hang fikir,,lojikkah cara hang daawah gini? Hang nak hancurkan parti kita ka? Hang jawab sat..

Parti kita di ambang kehancuran,hang tak tengok ka keputusan pilihanraya dan setiap prk? Buta ka?

Hanya umno dan bn saja boleh perintah malaysia!! Paham dak??

Datu sulaiman dan para pencacai PR bangsat,pi main jauh jauh..

Anonymous said...

Hang sanggup ka nak bagi parti cina perintah malaysia dan perintah melayu? Hang tau ka al juburi wal liwati tu geng dia sapa?

Adoii...pecah la camni.

Unknown said...

This is something I would like to share with all friends.When I first went into Lim Kit Siang's blog (blog.limkitsiang.com), the first thing I read is him calling Mukhriz (Jerlun MP) and Tan Keng Liang (gerakan kedah youth chief) as people "lack of grey matters" and silly. That was about 2 weeks ago. Today, I read that he said "the IQ of the Health Minister, Datuk Seri Liow Tiong Lai, who is MCA Vice President and Penang MCA State chief, is highly suspect when he could not understand simple English". The problem is that the more Lim Kit Siang branding that he is smarter than the rest of the people in the world (which I don't belief), the more people will just see him as a person barking on the wrong tree. I support DAP but I wish that our party's chairman can be more polite when addressing other leaders (whether they are Barisan or Pakatan). Otherwise, this will set bad example to the new generation of Malaysians.

TAAVEEKUN PERAK said...

Dulu Pakatan Rakyat tuduh BN gunakan pengundi hantu untuk menang dalam pilihan raya. Sekarang ini mereka tuduh BN gunakan bomoh pula untuk bersidang dalam dewan. Memang Pakatan Rakyat mahir membuat cerita. Kalau hendak sedap lagi cerita, mereka mungkin akan minta wartawan asing tolong tambah cerita.

Datu S said...

rahman ahchong muniady, dah muncul pula spesis...bagus pigi main jauh-jauh

Anonymous said...

Saya sokong anon May 4, 2009 12:59 PM

PR berlakon "bergaduh" untuk kemantapan parti depa.

KITA bergaduh abihlah pecah semua!!

Awas dengan permainan PR ni. Licik mereka ni..

BELL said...

Berani kerana benar, takut kerana salah...bukannya sokong membabi buta tanpa usul periksa hingga segala kebenaran di depan mata pun dianggap ilusi semata-mata. Kenapa tidak mengambil iktibar daripada kisah Hang Tuah, Pahlawan Melaka terulung yang terlalu taksub dan menuruti perintah sultan hingga sanggup mengorbankan harta dan hati, tapi hasil yang dia dapat hanya hukuman bunuh. jadilah Bendahara Tun Perak, berfikir sebelum bertindak, yang benar di junjung, yang salah di sanggah.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin