Search This Blog

Thursday, May 14, 2009

63th Umno - Amalkan Konsep Persahabatan!

Salam,

Tiga hari yang lalu, Umno menyambut ulangtahun ke 63. Istimewanya, kali ini Umno menyambut hari jadinya dengan kepimpinan baru di peringkat atasan.


63th sebagai sebuah parti, Umno terlibat dalam setiap detik perjalanan politik negara. Bermula sebagai penentang Malayan Union dan perjuangan kemerdekaan daripada penjajah, hari ini Umno kekal sebagai teras mengemudi perjuangan mengisi kemerdekaan.


Dalam tempoh itu, Umno telah melalui sejarah hitam putih dalam perjalanannya. Satu ketika Umno diharamkan, menang dengan cemerlang dan tewas dalam pilihanraya datang silih berganti. Terbaru, bersama BN, Umno dikejutkan kekalahan dalam PRU 12 tahun lalu.


Sempena ulang tahun ke 63th dan setahun selepas tsunami pilihanraya, timbul persoalan mampukah Umno bangkit? Dengan segenap asakan dari pelbagai penjuru, berdepan pembangkang dan musuh di kalangan ahli sendiri, kuatkah Umno menongkah cabaran?

Atau, Umno akan menjejaki Golkar di Indonesia dan Kongres di India, pejuang kemerdekaan yang tersungkur dan kehilangan kuasa?


Semua persoalan ini hanya akan terjawab dalam PRU akan datang. Tanggungjawab memastikan Umno kekal relevan di persada politik negara tersandar di bahu setiap ahli Umno. Seorang Presiden hingga ke ahli biasa, tanpa kecuali berperanan atas kapasiti masing-masing.


Mungkin satu cara memastikan Umno kekal relevan ialah dengan mempraktiskan konsep 'persahabatan'. Ahli Umno wajar mengamalkan konsep ini, di semua peringkat sesama ahli. Anggaplah semua ahli adalah sahabat seperjuangan. Pemimpin adalah sahabat pengikut, pihak atasan sahabat kepada ahli di bawah. Maknanya, tindakan yang membuka ruang kepada perbalahan dan merosakkan nilai persahabatan elok dijauhi.


Malahan, konsep persahabatan ini boleh juga dipraktiskan di luar Umno. Umno 'bersahabat' bukan sahaja dengan komponen BN, mungkin dengan parti pembangkang. Mungkin wujud perbezaan dalam perjuangan, tapi itu bukanlah alasan untuk tidak berusaha mencari titik persamaan. Perjuangan membela Islam dan Melayu umpamanya, tentulah persamaan di antara Umno dan PAS.


Jika konsep ini dapat dihayati oleh semua ahli Umno, harapan untuk melihat Umno bangkit dan terus menerajui perjuangan memajukan bukanlah satu khayalan. Tembok yang memisahkan dan menghalang persahabatan sejati di kalangan mesti diruntuhkan. Mungkin sukar, tetapi tiada jalan mudah menggapai kejayaan.


Selepas 63th, rasanya bukanlah sesuatu yang berat untuk setiap ahli berkorban!


9 comments:

bungaraya said...

Konsep persahabatan yang harus diamalkan itu bukan sahaja hanya dalam kalangan ahli UMNO semata, malah juga melangkaui semua bangsa bumiputera termasuk Dusun, Iban, Jakun, Negrito dan sebagainya.
Semua kita haruslah bergabung tenaga dan kekuatan bagi ketahanan perjuangan bangsa bumiputera.
Kenapa UMNO lemah, Kenapa PAS lemah, Kenapa PBS lemah dan kenapa orang bumi lemah, bukan sahaja politiknya malah juga ekonominya? Jawapannya adalah kerana persahabatan dikalangan kita lemah. Tidak kukuh dan tindak berpadu demi kuasa dan perjuangan memertabatkan bangsa kita sendiri.
Kita sering beranggapan hanya dengan sokongan kaum lain kita boleh memerintah negara ini dengan baik dan tidak ekstrim. Mana boleh macam tu. Kita sepatutnya melihat akan kekuatan bangsa bumi kita terlebuih dahulu. Jika kita nam[pak akan kekuatan kita melalui persahabatan dan pergabungan sesama kita itu ada, kenapa mesti minta tolong kaum lain? Kita boleh tolong mereka, tapi kita tak pelukan pertolongan mereka.

Datu Sulaiman said...

kita hanya boleh bersatu apabila kita semua insaf dan 'lillahhitaAllah'bahawa kita berpolitik hanya semata-mata untuk menolong negara dan bangsa..tetapi jika masih juga nawaitu seperti yang sebahagian besar sekarang, iaitu menjadikan politik untuk mendapat kuasa demi kekayaan dan kemegahan maka sampai bila pun inilah keadaan kita.

Kalau saya tidak salah, bukakah ada peringatan daripada ajaran agama kita bahawa sampai suatu masa diakhir zaman bahawa 'amanah' akan menjadi rebutan seperti hadiah dan bukanlah menjadi satu tanggungjawab yang perlu dipikul.Mungkin sudah sampai masa itu. Cuba kita lihat, hari ini kalau hari ini kita dapat jawatan, esok berduyun-duyun para sahabat kita yang buat ucapan tahniah kepada kita melalui surat khabar..macam dapat hadiahkan..

Tidak salah mengharapkan perdamaian politik seperti yang kita impiankan tetapi realitinya mungkin payah sekali akan berlaku.

Anonymous said...

selagi sikap dendam terus menular,
selagi 'ingin berkuasa' terus menjalar,
selagi belut berangan nak jadi ular,
selagi yg cakap berbelit-belit tak sedar-sedar,
selagi ada yg terus terbiasa dengan kurang ajar,
selagi itulah kedamaian politik tak akan sejajar.

USD said...

Salam, ya macam x realistik, memang payah utk diamalkan, mudah utk dilafazkan...tp klu x dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Usaha bterusan ke arah itu mesti dijalankan. x tlihat di zaman, x apa, mungkin anak cucu kita menikmati hasilnya!

perfectwater75 said...

Salam Ustaz,

Takkan ustaz pun confuse dengan umur UMNO sekarang? maaflah, satu malaysia najib meneruskan retorik semasa UMNO dengan menyatakan UMNO parti paling tua sedangkan hakikatnya UMNO sebenar telah mati pada usianya 42 tahun dan UMNO Baru ini usianya baru masuk 21 tahun...fikir2kan...Bukankah berkata yang benar itu suatu yang wajib? Saya tak setinggi ilmumu ustaz tetapi biar adil dalam membicarakan kebenaran kelak nanti imej tercalar...

komen sikit...


thx!

noi/moi said...

FITNAH UMNO DAN BAHAYANYA KEPADA MASYARAKAT DI MALAYSIA

Tajuk di atas adalah suatu usaha saya menunjukkan betapa bahayanya UMNO dengan agendanya menyesatkan dan mengelirukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Umum mengetahui bagaimana UMNO yang ditubuhkan atas kesedaran Melayu melawan penjajah British, maka usaha tersebut pun berjaya dengan tercapainya kemerdekaan Negara Malaysia yang kita cintai ini.

Malangnya dalam mengekalkan kuasa ,UMNO telah menggunakan berbagai tipu helah dan cara yang kotor dan jijik semata2 ingin terus berkuasa dengan meniupkan api perkauman,memfitnah, mengelirukan fikiran malah memperbodohkan rakyat.

Di bawah in saya huraikan satu persatu tentang bahayanya agenda fitnah dan menyesatkan UMNO. semoga anda semua fikirkan dengan teliti buka hati lihatlah realiti:

UMNO PARTI PERKAUMAN DAN PEMECAH-BELAH NEGARA MALAYSIA.!!

Setelah mendapat kuasa dari British, Umno masih meneruskan segala dasar2 British
Malah tiada perubahan yang dilakukan sebaliknya meninggalkan terus corak2 pemerintahan kerajaan Melayu Islam dahulu dan mengikut terus corak pentadbiran sekular British.

Rakyat masa tu memang tidak mengambil tahu kerana bagi mereka yang penting memerdekakan pemerintahan negara dari penjajah British ke Melayu sudah cukup.

Walhal corak pimpinannya masih sama dengan kerajaan British yang menjajah dahulu, sikit pun tak berubah buktinya kebanyakkan Akta2 Perundangan di Malaysia sekarang ada yang digubal di zaman British lagi jadi di manakah perubahannya.?

Sebab itulah kerajaan BN silih berganti Pemimpin tetapi corak pimpinannya masih sama yang berubah hanyalah Retorik dan Cogankata sahaja.
Inikah yang dinamakan kita bebas dari cengkaman British sedangkan masih mengikut segala taik2 yang ditinggalkan oleh British dulu??

Menderhaka terhadap budaya dan Agama Sendiri adalah perbuatan UMNO yang terang2an sekarang.

Setelah berjaya menyesatkan Melayu Islam dahulu secara perlahan2.
Mereka memfitnah pula Parti PAS yang tak bersetuju dengan corak pemerintahan UMNO yang melalaikan Umat Islam, Menolak hukum Islam dan membiak kan kemaksiatan di Malaysia Ini.

Sedangkan Pas adalah Parti serpihan mereka yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan yang terus mengamalkan corak pentadbiran British yang menyeleweng dari Nilai2 Islam sedangkan kita sudah pun merdeka dari British.

Pada Mulanya mereka menghasut Orang Melayu dengan Ugutan2 Pas adalah pelampau yang ganas , Parti Lebai kampong dan Parti Kampung.

Mereka juga Pernah menendang PAS keluar dari kerajaan Perikatan suatu masa dahulu apabila berlaku krisis kepimpinan ketika itu.Malah bukan saja ditendang keluar dari kerajaan perikatan malah di Finah dan di hina pula oleh pimpinan Umno yang seagama dengan orang PAS. Begitu Hinanya PAS di kecam mereka waktu itu.

Dan sekarang Apabila mereka ditolak dalm PRU baru2 ini merayu2 pula supaya PAS dan UMNo bersatu sedangkan mereka lupa perbuatan Mereka suatu ketika dahulu.

Dan dalam masa yang sama mereka merampas dan menumbangkan Kerajaan Perak dengan cara yang hina sekali sedangkan MB besarnya adalah pemimpin PAS pula.
Malah difitnah pula MB Nizar dengan kata yang keji dan jijik demi matlamat politik mereka.Begitu kejinya Umno dalam mereka merayu untuk bersatu dalam masa yang sama mereka tikam pula PAS dari belakang. Mereka tumbangkan pula kerajaan PR Perak yang sah dilantik oleh rakyat.

Adakah perlu adakah kerjasama dengan Parti yang berperangai buruk sebegini. Tiada bezanya dengan Yahudi perangainya.
Meminta berdamai dalam masa yang sama menikam dari belakang.

Malah mereka menakutkan bukan Islam dengan berkata Jika PAS perintah ramailah orang cina yang akan kena sunat dan Cacat kerana hukum Hudud dijalankan..
Inilah bahayanya Umno kerana kuasa mereka sangup memperlekehkan Hukum Agama sendiri dengan Fitnah yang memburukkan Imej Islam di mata bukan Islam dan Islam.. Apakah ini bukannya kerja buruk Umno mengkufurkan hukum Allah.?

Menghasut pergaduhan Kaum dalam tragedi 13 Mei, di mana pada waktu itu UMNO kalah teruk dibeberapa buah negeri di Perak , Pulau Pinang dan Selangor.. mereka menghasut orang Melayu pada waktu itu dengan mengatakan orang Cina sudah biadap merampas negeri melayu.

Kini cubaan tersebut cuba diulang apabila DAP berjaya menawan Kerajaan Pulau Pinang mereka berhimpun dan memainkan Isu kaum kembali
Dengan berkata” Tengok Lim Guan Eng Cina dah perintah Pulau Pinang,” Walhal mereka memang bodoh kerana sebelum itu pun Koh Su kun menjadi KM P.Pinang, Bukan kah Koh su kun itu adalah berbangsa Cina yang sama dengan Lim Guan Eng??

Inilah bahayanya Umno kerana semangat perkauman bodohnya malah nyaris2 menyebabkan tragedi 13 mei berulang kembali..
Umno juga selepas itu banyak kali mengeluarkan kenyataan yang mengundang pergaduhan kaum seperti Ketika Najib menjadi ketua Pemuda Umno dahulu semasa mereka berbalah dengan MCA dengan berkata” Basahkan keris dengan darah orang Cina” Yang hampir2 menimbulkan keresahan dikalangan rakyat jelata.

Malah mereka juga pada hari ini berbalah juga dengan Orang India berhubung Isu Hindraf. Akhirnya apabila kedua2 kaum ini tidak lagi menyokong UmnoBN mereka memfitnah pula Pakatan Rakyat dengan berkata PAS kuda DAP pula, Dan DAP pula adalah komunis .. Inilah fitnah bahaya Umno disaat2 ditolak rakyat kerana sikap perkaumannya yang mementingkan kuasa dan kedudukan semata2.

Menyekat rakyat dari mengenali Islam sebenar malah menganjurkan pula program2 yang melalaikan umat Islam sendiri. Walhal Umno yang di beri Mandat Berkuasa Penuh adalah berbangsa Melayu dan Islam langsung tidak mengambil Berat akan keadaan Umat Islam Malah menuduh pula PAS berpolitik menggunakan Agama.

Sedangkan beban menjaga Umat Islam diletakkan terus kebahu PAS malah membiarkan Pas pula terkapai2 sendirian dalam menjalankan usaha dakwah kepada cara hidup Islam..

Apabila PAS menguasai kerajaan Kelantan dan mahu membentangkan Hukum Hudud mereka mengugut pula mahu mengambil tindakan kepada kerajaan PAS, dengan mengunakan kuasa pusat yang dikuasai.

Tidak cukup dengan itu Umno memperlekehkan pula hukum Hudud dan memfitnah, kononnya hukum berkenaan hanyalah Hudud PAS. Makah keluarlah perkataan yang menkufurkan Allah dari pimpinan Umno seperti Kalau nak makan Sup Tangan silalah ke Kelantan, “Umat Islam akan Mundur jika Hudud dilaksanakan kerana ramailah orang Islam yang akan cacat dan tidak boleh bersaing untuk mencapai kemajuan” Juga keluar pula suara dari MIC yang mengatakan “Itu Quran boleh bikin Jalanraya kah” maka disokong pula pimpinan Umno sendiri.


Mereka juga mempermainkan ayat2 Al-Quran untuk menarik sokongan apabila Tun Mahathir mengatakan dalam Al-Quran ada ayat yang menyokong Umno. Lantas beliau membacanya seperti berikut: “Ya AI YUHALLAZI NA AMANU” Kemudian Mahathir berkata,” tengok dalam Quran AMANU tu UMNO lah” ini Perbuatan munafik dan kufur yang terang2an dan di sokong pula ahli2 Umno . Perbuatan yang membahayakan dan merosakkan akidah umat Islam yang sangat mendukacitakan.


Maka apabila Pas mengatakan dalam Al-Quran menolak hukum Allah adalah kafir maka difitnah pula Pas mengkafirkan Umno sesukahati sedangkan merekalah yang menjerumus diri mereka ke lembah kekafiran.. Isu ini juga lah yang di mainkan di setiap Kali Pilihanraya sehinggalah sekarang Isu ini pun sudah tidak mendapat sambutan lagi setelah rakyat melihat buruknya perangai sebenar Umno apabila mendapat kuasa..

Umno juga selepas itu mengubah Islam, dengan Islam Hadhari yang baru samata2 mahu mengelirukan Umat Islam dengan menonjolkan PM Pak Lah menjadi Imam. Permainan politik yang berjaya apabila Umno mendapat majoriti yang banyak dalam PRU ke 11 .

Tetapi semuanya tak lama seperti yang kita maklum. Umno akan lupa diri bila berkuasa dan kembali merayu simpati bila di tolak rakyat.. Di saat perlaksanaan Islam Hadhari tulah rakyat dapat melihat watak sebenar Pak Lah, apabila boleh menjadi Imam dan di hari lainnya boleh pula bertepuk tampar dan berpeluk pula dengan wanita bukan muhrim.

Dalam masa yang sama, mereka juga bertindak merobohkan beberapa masjid dan surau dengan alasan pembangunan. Mereka juga mengunakan Ustaz upahan untuk mengupas tentang Islam Hadari yang mana lebih mengelirukan Umat Islam itu sendiri.

Dan kita lihat bagaimana Umno mempermainkan Al-Quran apabila Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz menjunjung kitab suci tersebut tanpa memakai tudung malah bersumpah pula. Sedangkan didalam ajaran Islam tiada Istilah bersumpah menjunjung Al-Quran langsung.Perbuatan ini yang menunjukkan kejahilan mereka tentang Islam. Inilah munafiknya Umno yang kita kenal .. mempermainkan agama untuk mendapat kuasa. dan simpati undi.

Menindas bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka atau yang tidak menyokong dengan mereka . Sedangkan menjadi tanggungjawab mana2 kerajaan di dunia ini wajib membantu rakyat tidak mengira apa fahaman politik yang dianuti

contoh : Apabila kerajaan Pas mengambil alih kerajaan Terngganu Umno menyekat wang royalti dan mengantikan dengan Wang Ehsan yang itu pun disalurkan kepada Ahli Politik Umno sahaja bukan kah Zalim perbuatan sedemikian.. Malah sehingga sekarang pun tidak dipulangkan lagi malah berhutang lagi dengan kerajaan negeri Terengganu sebanyak lebih kurang RM860juta.


Bahayanya Umno sebagai penderhaka kepada Raja2. Menabalkan sesuka hati seorang Raja Baru di Kelantan yang bukan menjadi Hak Umno berbuat biadap kepada Sultan Kelantan.

Menggubal undang2 yang meruntuhkan kekebalan dan kemuliaan kuasa Raja2pada tahun 1990 malah tidak cukup dengan itu mereka menghina dan menghentam Raja2 dalam media2 milik mereka sehingga mengaibkan Raja2 Melayu bangsa mereka sendiri.

Mereka hanya mebodek Raja2 jika ada kepentingan sendiri malah tidak segan silu pula memaki hamun Raja2 jika apa yang mereka hajatkan tidak di perkenankan.

Seperti yang Berlaku Di Terengganu semasa krisis perlantikan MBnya . Mereka mengelar Sultan dengan penggilan “NATANG” begitu juga krisis yang sama di Perlis apabila Pak Lah mengatakan Sultan tidak mengikut Prosuder yang telah dibuat sebelum ini. Dan kesannya walaupun mereka satu parti iaitu Umno mereka masih bercakaran sesama sendiri hingga sekarang..

Maka apabila mereka mendapat sokongan Sultan Perak pula di mainkanlah Isu kononnya mereka mempertahankan Raja2 malah mengatakan pula PR diketuai DatoSeri Nizar sebagai penderhaka hanya kerana ucapan Sembah Derhaka.

Sedangkan itulah Umno yang membuang Kemelayuannya lama dahulu sehingga apa yang dibelajar tentang perbahasaan dalam Istana pun mereka menjadi bodoh sebodohnya. Adakah Umno benar2 Ihklas mempertahankan kedaulatan Raja2 ?? Jika Umno benar ikhlas silalah kembalikan semula kuasa Raja2 yang anda hapuskan dulu.
Jika tidak Inilah watak parti Munafik ini yang tak sudah2 mengunakan Fitnah untuk menjatuhkan lawannya..

Dan yang paling teruk sekali Umno adalah berbahaya sekali kerana telah terlibat dalam berbagai2 jenayah seperti pembunuhan, penculikan, perogolan malah merompak bukan hanya hasil Negara malah harta rakyat sekali.

Contoh kes pembunuhan Altantuya yang mana boleh mengugat ketenteraman Negara di mana hubungan dengan Negara Mongolia menjadi semakin buruk sejak kejadian ini. Bahayanya kalaulah Negara Mongolia tidak berpuashati dengan kes ini kemungkinan perbalahan antara Negara ini akan menyebabkan berlakunya perperangan ataupun tindakan2 yang tidak diduga yang kita tidak boleh nafikan .

Merampas kampung2 dan tanah rizab Melayu atas alasan untuk pembangunan hanya berniat meminggirkan dan mengecilkan kedudukan Melayu itu sendiri. Seperti Isu Kampung Baru, Kampung Berembang dan Kampung Plentong di Johor yang dirampas malah ditipu pula oleh Umno semasa berlaku perampasan tanah tersebut.

Terlalu banyak menggadai tanah serta kepentingan Negara kepada Singapura yang di ketahui sebagai proksi Yahudi Israel contoh: Penjualan air Malaysia kepada Singapura dengan harga 3sen segelen
Walhal setelah diproses Singapura menjual pula kepada Malaysia dalam bentuk produk baru dengan harga 10kali ganda.

Memberikan keutamaan kepada Singapura memiliki saham2 penting didalam kepentingan Negara.
Banyaknya tanah2 rizab melayu yang di miliki oleh tauke2 besar dari Singapura..

Ini adalah sangat berbahaya sekali sedangkan kita sedia maklum betapa Singapura sejak dulu lagi tidak pernah mempunyai hubungan yang benar2 baik dengan kita malah tidak menghormati kedaulatan negara kita dengan sering kali menceroboh ruang udara kita dengan pesawat2 tempurnya yang di bekalkan oleh Israel.

Dan yang terbaru apabila kita hilang hak keatas Pulau Batu Putih gara2 sikap Peguam Negara yang lebih suka berpolitik sehinggakan kes yang sepatutnya memihak kepada malaysia di menangi pula oleh Singapura.

Ini sudah tentulah mengaibkan maruah Negara malah akan membuatkan Singapura akan lebih tidak menghormati kita selepas ini apabila begitu senangnya Malaysia di perkotak katik kan.

Membawa masuk budaya2 barat yang tidak senonoh dan meracuni pemikiran Rakyat sehinggakan rakyat tidak lagi dapat menilai kebaikan atau keburukan nilai2 barat tersebut. Sedangkan kita sedia maklum segala budaya2 ataupun Nilai2 hidap corak Barat itu diasaskan dan di dalangi Oleh Yahudi Israel sendiri.

Mengiktiraf Negara Israel, walaupun nampak seperti Malaysia menolak pembentukkan negara Yahudi tersebut tetapi dengan tindaka2 kerajaan yang memberi ruang kepada Israel menunjukkan kerajaan mengiktiraf negara tersebut.

contoh: Membenarkan Pasuka kriket Isreal datang ke Kuala Lumpur malah menangkap pula rakyat kita yang berhimpun membantah kehadiran pasukan Israel tersebut.

Membenarkan Amerika memegang banyak saham dan membuka banyak perniagaan di Malaysia walaupun kita tahu kebanyakkan Syarikat2 dari Amerika tersebut adalah dimiliki bangsa Yahdi yang terlalu memusuhi Islam contoh Syarikat KFC,Mc donald dan lain lain.

Mengadakan Persidangan di Malaysia yang turut di hadiri wakil2 dari Israel malah mengantung pula bendera Israel di PWTC.

Malah Malaysia sering bersikap berkecuali malah takut menegur Amerika Yang menyokong Israel apabila Israel berulang kali membuat kerosakkan di bumi Palestine dan hanya membantah apabila majoriti Negara di dunia mengecam perbuatan Israel ,Malah Program boikot Israel pun sekarang ini senyap entah kemana. Dan tabung yang di tubuhkan pun senyap entah kemana duitnya. Tiada pula Tv menghebahkan bila duit itu diserahkan kepada Palestine?

Malah sehingga kini Malaysia menggelarkan negara haram yahudi itu Israel sedangkan Negara2 Islam yang tidak mengiktiraf negara Yahudi tersebut memanggilnya dengan nama TANAH PALESTIN YANG DITAWAN sahaja. Atas tindakan2 kerajaan seperti diatas itulah Yang mengesahkan lagi pengiktirafan Malaysia kepada Israel Laknatullah!!


Terlibat dalam kes2 pencabulan terhadap Wanita seperti kes Dato Jamaluddin Jarjis meraba, kes Rahim Thamby Chik merogol seorang budak bawah umur, Kes Norhayati Onn yang besekedudukkan dengan bekas MP Gombak dan banyak lagi tak tertulis disini, malah sehingga ke hari ini mereka berselindung disebalik kuasa dari diambil tindakan.

Bayangkan lah jika adik, kakak atau saudara perempuan kita yang terkena apakah kita akan menerima sahaja sedangkan nak mengambil tindakan pun mereka seolah2 dilindungi pula. oleh pihak berkuasa.

Dan akhir sekali memggunakan Media2termasuk blogger upahan milik mereka menabur fitnah dan memutar belitkan fakta supaya segala kerosakkan yang di bawa oleh Umno disembunyi tetapi menghentam pula pihak 2 yang menuntut keadilan. untuk rakyat jelata.

Malah untuk melalaikan rakyat mereka mengumpan cara hidup yang melalaikan dan lebih bahaya lagi mereka lebih suka jika rakyat juga rosak minda dan fikiran dan mengamalkan cara hidup yang sesat dan tamak seperti mereka Umno yang berbahaya..

Jadi anda renungkanlah andaikata ada kuasa yang lebih tinggi selain Umno memerintah Malaysia nanti memang layaklah Umno di ISAkan kerana setip permainan politik Umno mengundang bahaya dan menggugat ketenteraman awam malah boleh mengakibatkan peperangan di antara rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian di bumi bertuah ini.

orgkuale said...

Komen kpd Sdra Noi, saya nak tanya sdra Noi, Noi bersekolah di mana, kalau sakit pegi hospital mana, tentu kerajaan kan, dan asatu lagi saya agak tentu sdar Noi ini bekerja dgn kerajaan, krn org yg macam ni x tau bersyukur, x cukup ke gn keamanan yg kita perolehi, x cukup ke anak2 sdr Noi dpt makan dgn selesa.Nampaknya sdra Noi tlh byk buat analisa tahniah saya ucapkan, tapi ada bukti ke sdra Noi berkata demikian, klau ada knaper x buat laporan kpd Polis. Takut ke, saya fikir apa rasenye Sdra Noi klau tetiba sdr kena buang kerja x cukup mkn, nk salahkan kerajaan juga ke,lu fikir la sendiri

Anonymous said...

orang macam noi dan seketurunan dengannya, apa yg UMNO/BN buat semua tak betul. Tapi apa yg disediakan free oleh BN/UMNO, merekalah yg paling banyak nak rebut. Buku anak sekolah kalau kurang sebiji pun, boleh menjerit satu sekolah sebab tak puas hati. Di hispital kerajaan atau apa sahja yg free, memang dipenuhi oleh keturunan macam noi. jenis yg tak sedar diri dan tak tau mengenang budi.

bayangkan mak bapak yang besarkan anda, jaga , semua nak di berikan, tp di belakang kutuk mak bapak sendiri, pergi sokong mak bapak orang lain. manusia jenis apakah itu..?

ada faham tak..? kalau tak faham juga, fikir-fikirlah sampai faham...

Asmarah bin Rikun said...

Assalamulaikum...

Tertarik pulak membaca kupasan, pandangan dan kritikan pedas Noi/Moi...

1. TOLONG PULAK ULAS KELEMAHAN PKR, DAP dan PAS/PAKATAN RAKYAT... Nak dengan juga. Tak kan maksum kot

2. Banyak bercerita tentang keburukan UMNO/BN. Cuba pulak ceritakan KEBAIKAN... Tak kan tak ada kot...

NAK KAN KEADILAN TAPI BUKAN PARTI KEADILAN EK... BICARA BIAR BERPADA TAKUT TERSELIT FITNAH ATAU KALAUPUN TIDAK TERIKUT MENYEBAR FITNAH... KALAU 'TER' NANTI TAKUT UMPAMA MELEPASKAN SEGUNI KAPAS DIPUNCAK KLCC. KAPAS MELAYANG BERTEBARAN LALU PASTI AKAN SUKAR MENGUTIPNYA KEMBALI...

P/S: LEBIH SUKA DIAM DARI MEMBAWA CERITA YANG SAYA TIDAK TAHU FAKTANYA...

BUKAN PEMBELA TAPI AKU PENCARI MAKLUMAT...

SALAM...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin