Search This Blog

Friday, May 15, 2009

PM Rakyat

Salam,

Hasrat Perdana Menteri sebagai PM Rakyat, sewajarnya disambut oleh segenap peringkat lapisan pentadbiran kerajaan. PM telah mendahulukannya, maka adalah menjadi tanggungjawab bermula daripada Kabinet hinggalah ke lapis bawah pentadbiran untuk mengikutinya.


Hasrat mulia PM menjadikan rakyat keutamaan dalam pentadbirannya sememangnya satu hasrat murni. Jika dapat dipraktiskan, nescaya pelbagai isu yang membelenggu rakyat selama ini akan dapat diatasi.


PM Rakyat sebagai kesinambungan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan adalah satu komitmen jitu kerajaan dalam menjadikan rakyat sebagai pelanggan utama mereka. Komitmen ini memerlukan kepekaan dan keprihatinan semua anggota pentadbiran. Zaman menteri atau pegawai tinggi dikompang atau dibunga manggarkan, mungkin sudah sampai ke penghujungnya!


Namun, jika hasrat murni PM ini tidak dilaksanakan dengan berkesan dan gagal disambut dengan teladan pemimpin lain, ia cuma akan menjadi retorik. Harapan rakyat untuk mendapat perkhidmatan terbaik daripada agensi berkaitan hanya akan menjadi harapan palsu. Proses merakyatkan perkhidmatan awam ini mungkin mengambil masa, tetapi keazaman akan mampu merealisasikannya.


Harapan kita, hasrat PM menjadi PM Rakyat ini akan dapat dijelmakan. Seperti kata DS Najib, biarlah denyut nadi, suara nurani rakyat akan didengar dan diambil perhatian oleh para pemimpin!


12 comments:

Anonymous said...

apesal blog parpukari x boleh bukak? kene hack ke.

USD said...

Salam, bolehlah...kena tunggu sket!

Anonymous said...

Kenapa PM Najib sering kali guna istilah RAKYAT ???? tiru PAKATAN RAKYAT ker ????? gagah betul perkataan RAKYAT ni yer...nape UMNO /BN tak guna dulu-dulu...bila PR guna istilah RAKYAT, barulah PM Najib ikut...ni copy paste namanya...

Z-MAY said...

SALAM,
HARAP2 TAKLAH SEKADAR SLOGAN.
UTAMAKAN YG PERLU DIUTAMAKAN.

Datu Sulaiman said...

Setakat ini belum nampak lagi penarafan 'rakyat' itu. Dalam erti kata lain, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan masih dalam bentuk slogan dan retorika semata-mata. Kita bagi masa 2 tahun lagi, penyelesaian kemelut Peraka salah satu ujian antara tuntutan politik atau tuntutan rakyat.

Anonymous said...

Perdana Menteri Rakyat....

ha..ha..ha...tergelak besar aku...nak serah kuasa mengundi pada rakyat pun takut nak jadi PM rakyat...ha..ha..ha...Raja lawak ke 4

1052

Anonymous said...

kau tergelak besar (gelak tak bertempat) sebab otak kau dah hilang satu skrew sebab ditipu pembangkang.
baik kau hati-hati, sebelum otak kau runtuh. nanti kau akan jadi raja tanjung rambutan yg seterusnya...

Orgkuale said...

Kpd semua Anonymous yg x berani nak bagi nama. Betulkah ada pakatan rakyat? Setahu saya pakatan pembangkang adalah.Ingat semua rakyat berpakat ke pandai2 sebut nama pakatan rakyat.Ikut suka PM nak sebut aper.PM rakyat ke One Malaysia ke apa kmau peduli.Memang UMNO yg memerintah,BN yg memerintah.Dengki ke? Apapun saya tatap menyokong PM Najib, MU kata le aper,stkt nii ape je pakatan membodohkan rakyat yg buat. Deme bayo gaji mike ke.Kalau berani mai sini kita berentap.Hidup Najib.hidup Najib...

Anonymous said...

aku sokong bn. sokong najib. aku dapat gaji tanggung anak bini bn yg bagi gaji dari dulu hingga kini.

kalau depa yg makan gaji dgn bn tp sokong pembangkang, aku cabar letak jawatan dan depa pi minta kerja dgn pembangkang. aku cabar dunia akhirat. kalau tak, haram makan minum depa. talam bermuka-muka. pengkhianat.

dah banyak bn berjasa.

aku nak tanya, sehingga hari ni, pas, dap, apa lagi pkr, apa jasa depa pada rakyat dan negara?

anak-anak depa berebut2 nak dapat buku sekolah percuma kerajaan bn adalah kot.

kalu harapkan pas, pkr, dap, asyik nak runtuhkan negara aje.

kalau negara tumbang, dap, pkr boleh balik negara asal depa. melayu nak balik mana? balik dalam kubuq kot..?

kalau macam tu, melayu yg tak sedar diri tu, pi mamposlah awal2.
sebelum malaysia terkubuq.

Datu Sulaiman said...

anonymous 2:13,
aku nak betulkan hang punya 'kesesatan'. Sebenarnya harta,wang ringgit dan rezeki datang dari Allah, bukan dari BN atau UMNO, mereka hanya menguruskan saja. Wang gaji yang kamu terima bukan dari BN atau UMNO,wang itu adalah hasil daripada cukai yang dibayar oleh pembayar cukai, tak kiranya orang BN kah, orang PR kah, semuanya bayar cukai, jadi duit yang digunakan untuk bayar gaji saudara tu duit rakyat..jadi kepala hang tak betoi tu, kena pi betoikan sikit...

noi/moi said...

TELAH dijangka oleh mereka yang berfikir tentang kemelut Perak secara terbuka. Kerajaan PR yang diketuai oleh Nizar tidak akan bertahan lama setelah diistihar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Nizar berhak sebagai MB Perak.

Jangkaan ini adalah dipandukan atas sikap dan perangai pemimpin Umno sendiri yang amat takut dengan pembubaran DUN Perak yang akan dipohon oleh Nizar kepada Raja Muda Perak.


NAJIB ROSMAH
MEMANG TAKUTDENGAN
PILIHANRAYA KERANA ITULAH
DIA BERUSAHA SUNGGUH
AGAR NIZARDILUCUTKAN
KEMBALI SEBAGAI MB
DAN SECARA LANGSUNG GAGAL
UNTUK MEMOHON PADA
RAJA MUDA PERAK
PEMBUBARAN DUN PERAK ...


Bukan saja Zamry takut dengan pilihanraya tetapi Najib Rosmah adalah watak utama yang amat takut menghadapi pilihanraya.

Ada diantara ADUN Perak kini baru menjadi ADUN pada PRU 12 lalu (8 Mac 2008). Jika DUN dibubarkan sekarang mereka tidak mendapat pencen. Adakah ini yang ditakuti oleh Zamry dan pemimnpin Umno untuk Nizar memohon pembubaran DUN?

ADUN Pakatan Rakyat bersedia menerima DUN Perak dibubarkan untuk memulangkan kepada rakyat untuk memberikan mandat baru. Mereka tidak memikirkan kepentingan diri mereka berbanding dengan ADUN Umno/Bn!

Walaupun Najib Rosmah menyatakan konsep 1 Malaysia rakyat didahulukan tetapi dalam soal DUN Perak ini Najib tidak mengikut konsep slogan yang diutarakannya. Slogan itu hanyalah kata-kata kosaong untuk rakyat Perak yang amat mengharapkan 'mandat rakyat' diserahkan kepada rakyat untuk membuat perhetungan.

Ertinya 1 Malaysia rakyat didahulukan sebenarnya '0 Malaysia rakyat dibelakangkan!'

Jika Najib jujur dengan apa yang dislogankannya, dia akan sekat Zamry merayu pada Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan pengistiharan Nizar sebagai MB Perak yang sah oleh mahkamah.

Nizar berjanji akan memohon pembubaran DUN Perak untuk meenyerahkan kepada rakyat memberikan mandat pilihan mereka untuk mentadbiri Perak.


NAJIB ROSMAH MEMBAWA
SLOGAN 1 MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN (KONONNYA)
TETAPI BILA NIZAR
NAK BUBARKAN DUN PERAK UNTUK
MENDAPATKAN MANDAT RAKYAT -
NAJIB ROSMAH ANTARA
PENGHALANGNYA DAN GUNAKAN
MAHKAMAH....


Najib Rosmah bersama Zamry dan para pemimp-n Umno/Bn bukan saja membelakangkan rakyat tetapi mereka juga adalah penyekat dan pengelat mandat rakyat. Mereka seolah-olah amat gembira dengan krisis politik yang berlarutan di Perak.

Oleh itu tertubuhnya kerajaan Bn cara haram, maka kembali semula kerajaan haram itu mentadbiri Perak, jelaslah bahawa lanun tetap berperangai lanun !!! Rakyat harus menyimpan di dalam hati mereka untuk menumbangkan kerajaan lanun di PRU ke 13 jika Najib Rosmah bersedia menghadapi pilihanraya.

Kejadian yang melanda di Perak ini adalah prilaku biadap dan tidak bertemaddun denmgan menggunakan undang-undang rimba oleh Umno/Bn dosebabkan Kerajaan usat dan segala agensi kerajaan masih mampu dikawal, dipergunakan dan ditunjuk arah oleh pemimpin Umno/Bn.

Jika pilihanraya menjadi satu fobia kepada Najib Rosmah maka Najib Rosmah harus mencari satu cara bagaimana Pilihanraya umum ke 13 tidak diadakan. Ini boleh memanjangkan hayat pentadbirannya.

Untuk memikirkan bagaimana tidak ada pilihanraya umum ke 13 maka Umno/Bn bolehlah berbincang dengan rakan sekongkolnya antaranya SPR - SPRM - polis - pejabat peguam negara dan mahkamah (jika masih ada lagi saki baki kuncu Linggam).

Pemimpin Umno/Bn Jangan pedulikan mandat rakyat! Bina empayer lanun untuk turun temurun sepanjang zaman!

USD said...

Salam, TK kpd semua pengunjung yg sudi meninggalkan komentar.
Sdr noi/moi - berapakah jumlah rakyat yang hendak pilihanraya semula ini? yang mahu pilihanraya ini cuma wakil rakyat, bukan rakyat!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin