Salam,
Diucapkan Selamat Datang Ke Negeri Di Bawah Bayu kepada Perdana Menteri Malaysia Ke 6, Datuk Seri Najib Tun Razak. Orang Sabah berganding bahu, sederap kaki, satu suara mengucapkannya...
Datuk Seri bukan kali pertama datang ke Sabah. Mungkin tidak terkira berapa kali Datuk ke mari. Namun sebagai PM, rasanya inilah yang pertama. Sempena kehadiran pertama kali Datuk ke bumi bertuah ini dititipkan beberapa perkara, semoga Datuk dapat memberikan sentuhan.
Sabah seperti Terengganu dan Sarawak, negeri pengeluar minyak. Mendapat royalti 5 peratus. Dengan 'kekayaan' yang dimiliki, mungkin sewajarnya Sabah - dan 2 negeri ini - tidak terlalu jauh dari arus pembangunan negara.
Tanpa menafikan begitu banyak kemajuan yang telah dikecapi, masih banyak pula ruang untuk dibangunkan. Apa yang kelihatan jurang perbezaan kemajuan antara bandar dan luar bandar masih ketara. Kadar kemiskinan pula masih tinggi di kalangan penduduk.
Penduduk luar bandar amat berharap komitmen kerajaan pimpinan Datuk mengatasi pelbagai hambatan yang wujud di persekitaran mereka. Infrastruktur tidak sempurna, peluang pekerjaan semakin mengecil dan harga barang tinggi yang menghimpit.
Di bidang pendidikan pula, diharapkan Datuk dapat memberikan perhatian peribadi terhadap usaha menyediakan suasana kondusif di bidang ini. Kami amat yakin, pendidikan yang sempurna mampu merubah nasib sesebuah bangsa. Namun kami juga percaya perubahan ini tidak akan tercapai tanpa kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang selesa.
Satu isu yang menghantui kami sekian lama dan berharap Datuk dapat memperlihatkan komitmen jitu menyelesaikan masalah kebanjiran Pendatang Tanpa Izin di negeri ini. Selagi masalah ini belum menemui noktahnya, selagi itulah kebimbangan kami berterusan. Privasi hidup di negeri ini nampaknya terpaksa dikongsi dengan PTI.
Mungkin kedatangan Datuk sebagai PM membawa lembaran baru terhadap segala harapan kami. Semoga Datuk dapat memberi lebih sedikit perhatian kepada negeri ini.
17 comments:
salam ustaz...
sayer nie jahil sikit..
nak tanya sikit..
bukan kah mencari peminpin itu satu ibadah?
boleh kita meminpin seorg yg di tuduh menbunuh?
cam mana dengan akhlak peminpin kita?
susah tue lah..
bila org yg konongnya bergelar ustaz tapi jahil hati soal memilih peminpin...(bukan ustaz nie lah..ustaz lain)
bukan kah memilih peminpin perlu meneliti akhlak,perlakuan,keluarga??
agamanya...
perlajaran...
tolonglah jawab ustaz...
JIKA AHLI IBADAH YANG KUAT BERIBADAH DAN MAKAN/TIDOR DALAM MASJID.... Beliau pun tak layak menjadi pemimpin
JIKA MULUT LASER...
BERLAGAK ALIM DAN TAWADUK..
MENGELUARKAN HUKUM MENGALAHKAN MUFTI.... Beliau juga tidak layak menjadi pemimpin.
SYUKUR KEPADA ALLAH..
PEMIMPIN SEKARANG PUN BERIMAN DENGAN ALLAH DAN RASULNYA.
SUDAH MEMADAI PEMIMPIN SEKARANG..
DIHARAP PEMIMPIN-PEMIMPIN INI MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH..
KINI YANG JAHAT ADALAH PEMBAWA FITNAH..
DIHARAP PAS BUKAN PENYEBAR FITNAH, BEGITU JUGA PKR DAN UMNO.
BERSATULAH KITA DI ATAS SATU JAMAAH ISLAM YANG BERPEGANG KUAT KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH NABI.
--daripada MULUT CELUPAR--
dituju pada mangkuk 11:57
salah seekor mangkuk atau beruk yang x tau bezakan yg betul dan fitnah.. punggahhh...
Salam, mohon maaf kpd komen 10:27pm- komen anda dipadam kerana tidak menepati standard yg ditetapkan!
Angah 11:57pm - Oleh kerana ada soalan, sy dgn lapang dada mjawab seboleh mungkin:
- Bolehkah bpemimpin dtuduh mbunuh...jawapannya sama dgn soalan, bolehkah bpemimpin dituduh meliwat?
-Camana akhlak pemimpin kita...ya soalan ini umum, jawapannya camana ya akhlak para pemimpin kita yg cakap x serupa bikin @ bikin tidak serupa cakap.
apalah angah ni tak habis habis memang jahil pun seorang berani bersumpah yang seorang lagi takut nak bersumpah sumpah mengikut kanun sival beranilah kalau betul dia bersalah dah lama dah tuhan turunkan bala pada dia sebab bersumpah mengikut landasan syarak tapi kalau dah salah mana berani lu fikirlah sendiri di dunia mungkin boleh lepas dengan pandai putar belit hanya yang buta mata hati saja yang terpengaruh buat -buatlah sembahyang hajat jangan sampai disebabkan kebodohan kita ugama bangsa kita tergadai
Terima kasih atas kunjungan dan pandangan
Salam....
Angah... klu nak tulis komen tu biarlah ada bukti jangan main tuduh sja. Mana bukti..? tunjukkan kalau benar ...
Syabas dan Tahniah kpd D. Najib kerana berani cakap di Sabah sudah memenuhi konsep 1 Msia. Sebenarnya kami di sini sudah lama bersifat terbuka dan mengamalkan nilai2 murni dlm kehidupan seharian..Malah ada insan di Sabah ni duduk dlm satu rumah tapi berbeza fahaman politik, namun tak gaduh dan masih boleh bermanis muka. Bukan macam di Semenanjug tu sampai adik beradik pun tak tagur sapa bila berlainan parti.SUSAH bah itu....
Satu sja saya mahu D. Najib tolong kami rakyat di Sabah ni... TOLONG nasihatkan CM kami tu.. jangan terlalu selesa dgn pencapaian BN di Sabah hari ni.. Kemenangan cemerlang BN di Sabah bukan semata2 faktor D. Musa. Kalau org lain pun jadi CM saya pasti keputusan PRU12 lalu sama cemerlang macam sekarang ni.
Oleh itu abang Musa jangan leka dan jangan asik nak memenangkan suku sakat dan keluarganya sja... Tengok sja hari ni D. Musa bin Aman, D. Anifah bin Aman, Hj. Hafiz zamani bin D. Musa , D. Ayub bin Aman....... org2 ni adalah insan yg hebat dari satu keluarga..
INGAT semasa pemerintahan Kerajaan BERJAYA dahulu... Semua terkejut dan tak percaya D.Harris boleh kalah dgn seorg yg tidak ternama di Tenom.
Oleh itu....HARUS KITA BERINGAT... Abang Musa.
ustazSAID said...
Salam, mohon maaf kpd komen 10:27pm- komen anda dipadam kerana tidak menepati standard yg ditetapkan!
Angah 11:57pm - Oleh kerana ada soalan, sy dgn lapang dada mjawab seboleh mungkin:
- Bolehkah bpemimpin dtuduh mbunuh...jawapannya sama dgn soalan, bolehkah bpemimpin dituduh meliwat?
-Camana akhlak pemimpin kita...ya soalan ini umum, jawapannya camana ya akhlak para pemimpin kita yg cakap x serupa bikin @ bikin tidak serupa cakap
KALAU NAJIB TU BETUL DIA TERLIBAT KES C4 TU KENAPA NAJIB TAK BERSIHKAN NAMA DIA MENGIKUT LUNAS UNDANG2.
SEDANGKAN DS ANWAR IBRAHIM TELAH DIFITNAH DAN DBAWA KE MAHKAMAH SAMPAI HARI INI PUN MAHKAMAH TIDK DAPAT NAK MENSABITKAN PERTUDUHAN FITNAH LIWAT KEATAS BELIAU.
KALAU BETUL ENGKO NI USTAZ,KAU JGN JADI LALANG,CUBA KAU TENGOK CONTOH USTAZ RAMLANG PORIGI,DIA PUN USTAZ DARI SABAH GAK
Pembuktian dalam kes liwat berbeza dengan pembuktian zina. Namun demikian, ia sama seperti halnya pembuktian lain yang terdapat dalam salah satu had dari hukum hudud, kecuali zina. Hakikatnya, liwat tidak boleh disamakan dengan zina. Oleh kerana itu liwat tidak boleh ditetapkan berdasarkan bayyinah (pembuktian) zina. Pembuktian liwat dikategorikan ke dalam dalil hudud yang lain (selain zina).
Liwat terbukti dengan adanya;
1.Pengakuan
2.Kesaksian 2 orang saksi atau seorang lelaki dan dua orang perempuan sebagaimana pembuktian (bayyinah) dalam kes pencurian serta kes hudud yang lain
Sekilas mengenai hukum-hukum pembuktian (ahkam al-bayyinat) dalam Islam, di mana hukum-hukum pembuktian tersebut sama seperti halnya hukum-hukum Islam yang lain, yang merupakan hukum-hukum syarak yang digali dari dalil-dalil yang bersifat tafshiliyyah (terperinci). Syeikh Ahmad ad-Da'ur dalam Kitab Ahkaam al-Bayyinat mendefinisikan bukti (al-bayyinat) sebagai semua hal atau perkara yang dapat membuktikan sesuatu dakwaan. Bukti juga merupakan hujah bagi orang yang mendakwa atas dakwaannya. Islam menjelaskan bahawa bukti itu ada 4 jenis;
1. Pengakuan
2. Sumpah
3. Kesaksian
4. Dokumen-dokumen bertulis yang meyakinkan
Keempat-empat bukti di atas adalah bukti-bukti yang telah ditetapkan oleh syarak. Tidak ada bukti-bukti yang lain yang diiktiraf oleh syarak', melainkan 4 bukti di atas sahaja. Mengenai indikasi (qarinah) pula, ia tidak termasuk sebagai bukti menurut syarak.
Hukuman hudud liwat dapat dijatuhkan dengan syarat kedua-dua pelakunya itu baligh, berakal, rela dengan sendirinya (bukan dipaksa) dan terbukti telah melakukan liwat dengan bukti syar'ie iaitu pengakuan dan dengan kesaksian 2 orang lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan. Sekiranya, pelaku liwat adalah kanak-kanak, orang gila atau dipaksa dengan pemaksaan yang sangat, maka ia tidak dijatuhi had liwat. Persoalannya jika seorang itu mendakwa diliwat dengan cara paksa, maka kita perlu mengkaji pengakuannya, adakah pemaksaan yang bersifat mengancam keselamatan anggota atau nyawa (ikrahul mulji')? Kalau tidak ini bermakna bahawa dia sebenarnya merelakan dirinya diliwat. Hukum orang yang mengaku liwat ini adalah dibunuh, dan kepada peliwat yang dituduhnya jika dia mengaku maka dia dihukum bunuh juga atau yang diliwat tadi berjaya membuktikan dengan 2 orang saksi mata, sekiranya gagal berbuat demikian, maka tambahan hukuman takzir kepada orang yang mengaku diliwat kerana mencemarkan nama orang lain. Hanya dalam sistem kapitalis sahaja pengakuan seks boleh dijadikan skandal untuk membunuh karier orang lain.
“YA ALLAH ENGKAU HANCURKANLAH MEREKA YANG MEMBUAT FITNAH KERANA PERBUATANNYA INI BOLEH MEMUDARATKAN UGAMA MU DAN NEGARA INI DAN ENGKAU SELAMATKANLAH HAMBAMU YANG BENAR DARI MENJADI MANGSA FITNAH"
Najib Altantuya: Dilemma dan Fobianya
Sebagai manusia biasa yang mempunyai perasaan kesian sesama insan, kita tentunya kadangkala berasa kesian terhadap Perdana Menteri Malaysia yang baru sahaja memegang jawatan selama 32 hari.
Macam mana tidak kesian kepada beliau. Sudahlah insan yang bernama Najib Razak tidak langsung dipeduli oleh pemimpin-pemimpin dunia. Semasa dilantik menjadi Perdana Menteri berapa kerat pemimpin dunia, sama ada Presiden atau Perdana Menteri yang mengutus kawat tahniah kepada beliau. Yang ada terkonteng-konteng Perdana Menteri Singapura dan pemimpin kanan negara pulau itu serta beberapa duta dan perwakilan asing yang mengucapkan tahniah bagi pihak kerajaan mereka.
Beliau muncul dipersada politik sebagai Perdana Menteri keenam dalam suasana senyap sunyi seolah-olah perlantikan beliau tidak mempunyai apa-apa signifikan pada pandangan pemimpin dunia lain.
Keadaan ini jauh berbeza dengan Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein (ayah Najib), Hussein Onn, Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi. Ucap tahniah mencurah-curah datang dari pelbagai cara; melalui panggilan talipon, faks, telegram, emel, surat, utusan peribadi dan sebagainya.
Kalau betul-betul diperhatikan ianya memang menimbulkan perasaan kesian dan menyentuh kalbu mengenangkan nasib yang menimpa Perdana Menteri yang satu ini. Mana tidaknya, sebelum diangkat jadi Perdana Menteri lagi macam-macam perkara dikaitkan kepada beliau. Sewaktu menjadi menteri kabinet dalam tahun 1990an khabar angin bertiup kencang apabila namanya dikaitkan dengan seorang artis tempatan. Selepas penafian dibuat perkara itu terus berita itu lenyap daripada radar media.
Tetapi ingatan manusia tidak mudah luput terutama apabila ia melibatkan berita sensasi. Semasa kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang bulan lalu sekali lagi cerita lama ini diungkit malah siap dengan poster dan gambar artis itu sekali. Dahsyat sungguh memori silam yang manis kalau dicungkil kembali mampu menjadi mimpi ngeri.
Bukan sahaja pemimpin dunia seolah-olah memulau beliau malah media negara mereka mengata bermacam-macam pula terhadap Najib. Betul tak betul lain cerita. Yang menjadi inti perbahasan ialah tindakan mereka yang seakan tidak menghormati pemimpin tertinggi Malaysia.
Tajuk utama laporan mereka ialah mengenai kematian mengerikan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu yang mayatnya dikatakan diletupkan menggunakan bahan ledakan ala C4 yang digunakan pihak tentera. Dikatakan 19 akhbar Barat membuat laporan mengenai pembunuhan wanita itu dan yang paling sensasi mereka mendakwa keterkaitan Najib dalam pembunuhan tersebut. Kaitan macam mana bacalah laporan-laporan itu tapi yang ketara media-media Barat ini menyerang Najib bertalu-talu atas isu ini.
Lantas Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang menerajui kementerian terakhir dalam perjalanan karier politiknya terus menyerang balas media-media Barat demi mempertahankan bos beliau. Katanya media Barat mempunyai niat dan agenda jahat untuk menjatuhkan kerajaan. Memang media Barat sentiasa dengkikan kita.
Pelik juga bunyinya, tak pernah dengar laporan media mampu menguling mana-mana kerajaan didunia ini, apatah lagi kerajaan Umno-BN yang perkasa ini. Mungkin sebab itulah baru-baru ini beliau menjamu warga blog yang sealiran dengan pemikirannya di sebuah restoran mewah bagi merangka strategi serangan balas, wallahualam.
Hari pertama beliau jadi Perdana Menteri seramai tiga belas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri dapat nikmat kebebasan setaraf dengan warganegara lain. Harakah dan Suara keadilan yang digantung permit penerbitan selama tiga bulan oleh mantan Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar menghela nafas lega apabila penggantungan tersebut ditarik balik. Kedua-dua tindakan ehsan itu pun kena bantai juga.
Dikatakan Najib cuba mengaburi mata rakyat dengan kebaikan sejengkalnya kalau dibandingkan dengan perbuatan khianatnya terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak. Sampai sekarang rakyat Perak merana angkara beliau. Bab ini rakyat tak kesian pada Najib.
Lepas itu beliau umum pula pasal wawasan Satu Malaysia yang mahu tidak mahu menjadi pewaris kepada Islam Hadhari yang sudahpun menjadi arwah beberapa hari setelah Najib jadi Perdana Menteri. Itu pun kena hentam juga. Kata pengkritik Satu Malaysia, cakap tak serupa bikin. Contohnya Perdana Menteri cakap pasal menyatukan rakyat berbilang bangsa dan kaum tapi selang beberapa hari kemudian Utusan Malaysia milik parti Perdana Menteri melaungkan "Bangkitkan Melayu" sebagai tajuk utama muka depan akhbar tersebut.
Perdana Menteri baru slogan pun mestilah baru juga. Maka berkumandanglah siang malam pagi petang dicorong udara dan peti televisyen petikan ucapan keramat Najib semasa mengumumkan barisan kabinet beliau, "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan". Itulah "hadis" ciptaan Umno dan Barisan Nasional yang akan menjadi "agama" rasmi selama tempoh kerajaan Najib. Tup tup keluar gambar Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menaiki Rolls Royce semasa menziarahi jenazah isteri Ketua Menteri Sarawak baru-baru ini. Barulah rakyat sedar yang didahulukan bukan mereka tapi rakyat kelas kaya dan gerombolan kroni-kroni mereka.
Apa tidaknya sejak hari pertama menjadi pemimpin utama negara tidak habis-habis beliau dibelasah kiri kanan oleh pelbagai pihak. Blok pembangkang sudah semestinya mencari sahaja kesilapan beliau dan akan membelasah beliau cukup-cukup. Itu sememangnya pun menjadi adat resam pembangkang, tidak ada yang ganjil mengenai perkara ini. Malah menjadi tanggungjawab dan beban kepada pihak pembangkang untuk mengkritik mana-mana dasar, perlakuan, perbuatan, polisi keputusan seseorang pemimpin atau kerajaan itu sendiri jika didapati ia berlawanan dengan kepentingan rakyat dan negara. Kalau tidak mengkritik pihak pembangkang pula akan dikritik.
Dalam tempoh 32 hari jadi Perdana Menteri, Najib berjaya memecah rekod yang tidak pernah dicapai oleh penjawat-penjawat sebelumnya. Secara tradisi prestasi atau ketokohan seseorang pemimpin itu dinilai dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya. Kalau kepimpinannya terserlah seperti Presiden Obama maka pujian dan markah tinggilah diberi. Sebaliknya kalau prestasi bagai hidup segan mati tak mahu maka markah tercorotlah habuannya.
Kesian juga kepada Najib sebab sebelum 100 hari malah sepertiga daripadanya rakyat sudah tolak kepimpinan beliau. Contoh paling baik ialah kekalahan Umno-BN dalam kesemua empat pilihan raya kecil yang diadakan di Semenanjung Malaysia. Sekarang ini Penanti pula sedang menanti dan kemungkinan pula Kota Alam Shah atau mana-mana lagi. Mampukah Najib mengharungi mimpi ngeri yang sudah bertukar menjadi fobia baginya. Pakatan Rakyat sudahpun mengumumkan calonnya tapi Umno-BN masih teraba-raba mencari keputusan muktamad sama ada mahu bertanding atau tidak.
Bukit Selambau ke Bukit Gantang
Singgah sebentar di Kuala Terengganu
Permatang Pauh sudah pun datang
Penanti pula sedia menunggu
Apa pun semua ini adalah ujian bagi Najib. Sama ada beliau lulus atau tidak ujian ini bergantung kepada kesungguhan beliau. Elok juga beliau jenguk-jenguk nasihat penasihat politiknya, Dr Mahathir yang menasihatkan agar anak didiknya itu membersihkan namanya daripada segala tohmahan yang dipalitkan kepada dirinya. Kalau tidak nasib Najib akan menjadi lebih kesian
di Sabah ini tidak perlulah bawa apa isu..rakyat Sabah tidak main isu-isu ni, semuanya hanya membuang masa..satu saja, Jika Najib dan UMNO dapat membebaskan Sabah daripada PTI, percayalah bahawa sampai kiamat pun BN dan UMNO akan kekal berkuasa di Sabah
Najib adalah khalifah Islam yang di turunkan oleh ALLAH...
HIDUP UMNO BERSAMA NAJIB KHALIFAH ALLAH YANG TERPILIH...
Saya amat bersetuju dengan Datu Sulaiman..Apa yang penting sekarang isu PTI perlu dititik beratnya kerana isu ini pakej sekali dengan isu keselamatan, jenayah, ketidakselasaan hidup dan kemunduran. Jika isu ini berjaya di tangani atau di atasi, kerajaan BN dan UMNO di Sabah boleh santai sahaja apabila menghadapi PRU ke 13.
Tapi sayang itu hanya ilusi dan fantasi, berpijak lah dibumi nyata. Hakikatnya isu PTI bileh merubah persepsi dan keyakinan rakyat kepada BN sabah. Jangan PTI menjadi Ketua Menteri Sabah suatu hari nanti sudahlah. Isu kemiskinan dan pembangunan juga harus dititik beratkan. Agenda YB2 atau Menteri2 kabinet sabah yang mahu mengumpul harta serta melebarkan kroni sudah berlalu. Rakyat sudah menilai dan berani bersuara sekarang. Jangan biarkan ini adalah penggal terakhir BN memegang pemeritahan negara.
Fikirkan.....
Noi/Moi..jangan samakan isu di semenanjung akan laku di sabah. Bawalah satu kontena pun isu dari sana ke sabah tapi jangan terkejut kalau yang mendapat perhatian hanya sebakul. Di sini suasana berbeza. Emosi dan situasi tidak sama. bukan kerana BN / UMNO kuat di sabah, tapi kerana pemikiran rakyat negeri ini cukup padu dan sehati apabila merasakan kerajaan yang ada tidak dapat membantu rakyat. Legasi USNO, PBS, BERJAYA dan kini BN memimpin negeri inin sudah cukup mana yang tidak baik tidak akan kekal lama. Dan dalam PRU ke 13 ini jika 'servis' bertukar tangan lagi kepada PR, rakyat sabah ada sebab tersendiri membuat keputusan sedemikian.
Salam...
Satu sja soalan utk rakan2... klu ada maklumat tolong lah jawab...
SOALAN :
1. B/mana membezakan org Bugis warnegara dgn Bugis Indonesia (pendatang) selain melihat i/c nya?
2. B/mana membezakan org Suluk tempatan dgn org suluk Pendatang asing selain melihat i/c ?
3. B/mana nak menjaga sempadan negeri Sabah terutama pesisir pantai yg panjang dgn jumlah tentera yg terhad , sedangkan jumlah PTI yg masuk ramai?
4 Apa perasaan anda bila kita belanja RM berjuta2 utk hantar PTI ke negara asal tetapi bila hantar pagi ,petang PTI tersebut sudah dpt balik semula ke Sabah ?
5 Apakah perasaan anda sebagai warganegara yg tinggal di Sabah bila isu tuntutan Filipinah ke atas sabah belum digugurkan lagi ?
6. Apakah yg hendak dirisaukan bila PTI jadi ketua menteri Sabah ? apakah kita yakin hari ini pemimpin2 Sabah ni bukan daripada keturunan pendatang yg dahulunya berhijrah ke sini menjual kain.....?
KALAU ADA SESIAPA TAHU JAWAPANNYA SILALAH TOLOONGGG.... AKU KELIRU.. BAH...
Blogger BELL said...
Saya amat bersetuju dengan Datu Sulaiman..Apa yang penting sekarang isu PTI perlu dititik beratnya kerana isu ini pakej sekali dengan isu keselamatan, jenayah, ketidakselasaan hidup dan kemunduran. Jika isu ini berjaya di tangani atau di atasi, kerajaan BN dan UMNO di Sabah boleh santai sahaja apabila menghadapi PRU ke 13.
Tapi sayang itu hanya ilusi dan fantasi, berpijak lah dibumi nyata. Hakikatnya isu PTI bileh merubah persepsi dan keyakinan rakyat kepada BN sabah. Jangan PTI menjadi Ketua Menteri Sabah suatu hari nanti sudahlah. Isu kemiskinan dan pembangunan juga harus dititik beratkan. Agenda YB2 atau Menteri2 kabinet sabah yang mahu mengumpul harta serta melebarkan kroni sudah berlalu. Rakyat sudah menilai dan berani bersuara sekarang. Jangan biarkan ini adalah penggal terakhir BN memegang pemeritahan negara.
Fikirkan.....
Aku tidak heran, sebab ramai pendatang yang lebih berjaya dari rakyat tempatan sendiri. yang berjawatan dalam kerajaan pun ramai dan cuba selidiki pemimpin kawasan anda, siapa mereka dan asal usul mereka. Apa nak hairan, jika isu pemberian kerakyatan dibongkar, alamatnya umno sengaja menempah keranda di Sabah. Surat beranak palsu dan pemberian IC secara tidak sah sudah menjadi rahsia terbuka. Sabah contoh 1 Malaysia, heheheee.
Post a Comment