Search This Blog

Tuesday, May 12, 2009

Berita Baru Masuk...

Salam,

Berita ini berita baru. Memang panas tapi belum hangit. Saya rasa tidak perlu mengulas, mungkin tuan-tuan budiman lebih 'layak' untuk memberikan ulasan. Ada kawan blogger cakap, ini tendangan penalti!

Bagaimana pula kita menerima keputusan mahkamah ini ? Entahlah...

Mahkamah Rayuan tangguh sementara perintah Mahkamah Tinggi isytihar Nizar MB Perak yang sah

12/05/2009 1:44pm

PUTRAJAYA 12 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir untuk menangguhkan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Ramli Ali ketika memutuskan demikian turut memerintahkan agar tarikh awal ditetapkan bagi mendengar rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi itu. - Utusan

19 comments:

Anonymous said...

bubarkan dun.... aku nak balik ngundi kat pengkalan hulu....

Anonymous said...

org klate

mahkamah tanguhkan keputusan sahaja. bukan batalkan keputusan.

zamri biarpun 40 juta kali dia kata menteri besar tapi tetap dia MB yg tak sah.

tunggulah keputusan rayuan pula.

kalau BN menang pun, beban sejarah ini, BN akan bawa sampai PRU 13.

Masa itu tak ada, lagi mahkamah, sultan, atau apa-apa lagi yng dapat menentukan pilihan mereka.

HANYA RAKYAT PERAK SAHAJA YG AKAN MENENTUKAN. POLITIK PERAK TIDAK AKAN SESEKALI SEJUK DENGAN SENDIRINYA. SILAP2 HARI BULAN BUKAN SAJE PERAK YG DAPAT, SATU MALAYSIA PR TAWAN.

TAAVEEKUN PERAK said...

Nizar terus menganas. Batu dan kayu pun dimakannya. Itulah perangai orang yang gila kuasa. Dia tak pedulikan apa sahaja. Dia akan jual rakyat, dia akan jual negeri, dia akan jual bangsa dan dia akal jual Islam untuk kepentingan temboloknya.

Datu S said...

salam ustaz...
Sebanyak-banyak orang yang meberi komen, manusia yang bernama rahman,achong, muniady ini betul-betul menguji kesabaran saya..orang ini mempunyai mentaliti 'jamban'. mengapa mahu meninggalkan komen kalau apa yang dicakap adalah hujah 'tong sampah'..

anti kafir harbi said...

Kami rakyat Perak bersyukur kehadrat ALLAH SWT kerajaan dap kafir harbi tumbang di Perak.dap kafir harbi! dap kafir Harbi ! siapa yang masih sokong dap kafir harbi kami rakyat mohon ALLAH SWT bukakan pintu hati mereka daripada terus mnyokong dap kafir harbi. Ya ALLAH! jauhkan negeri kami daripada terus dipimpin oleh dap kafir harbi.

AnakPas said...

Perangai anak buah Parti Ala Samsing (PAS) itulah rupanya..tidak bersyukur..zalim diatas tindak tanduk..tidak berfikir panjang..

Anonymous said...

Bodoh sombong..Undang-undang tak tahu..tapi berlagak..semua nak main pecat mana tak sehaluan..tidak ada dalam diri sifat-sifat mulia rasullah..cakap dan ceramah agama je dego-dego..sudahlah..Semua rakyat melayu perak bersyukur..doa mereka dah tak makbul..

CINTA DUNIA said...

untuk anti kafir harbi: 8.31PM..,

Disebabkan tindak tanduk Dr.zamry,yang sangat-sangat takut untuk menghadapi pilihanraya dan mandat rakyat melalui peti undi, kami ramai-ramai yang dulu condong kepada UMNO kini conform menyokong Datuk Nizar dan PR Perak.. Kami pun berdoa semoga kerajaan BN Perak sekarang yang MB nya Zamry akan berakhir jua, kami berdoa dan berharap semoga DYMM tuanku Sultan akhirnya akan mengumumkan pekenan pembubaran DUN Perak..kami menunggu dan terus berdoa..Daulat Tuanku !!!

Anonymous said...

x kisah la sape yg memerintah. yg penting semua kuasa di tangan sultan Perak. Buatlah keputusan dari mahkamah mana pun tinggi ke persekutuan ke mahkamah dunia ke kalau tak ade perkenan sultan klau x der menteri besar pun x pe bior sultan je meerintah.oRANG LUAR JGN CAMPUR TANGAN HAL EHWAL NEGERI PERAK. JAGA NEGERI SENDIRI SUDAH.

Anonymous said...

Tahniah UBN, tahniah Najib, tahniah zamri kerana berjaya melanjutkan lagi masalah politik di perak. Anda semua hebat dalam permainan kuasa. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Ternyata slogan Rakyat didahulukan adalah retorik semata-mata. Akur keputusan Mahkamah hanya kosmetik untuk rancangan seterusnya. Rakyat Malaysia yang bodoh akan terus bodoh, manakala yang ingin berubah akan terus lakukan perubahan. Buka mata seluas2nya, siapa yang gila kuasa dan siapa yang dahulukan rakyat. Mana najib yang mahu berkrompomi dangan pakatan rakyat menangani isu di perak. Cabaran anda telah bersahut, tapi apakah tindakan anda. Salahkah Nizar dan Zamri berbincang dan sama-sama berjumpa Sultan untuk bubarkan DUN. Masing2 berikrar depan Sultan bahawa apa jua kptsn rakyat mereka terima. Barulah orang boleh respek. Nampaknya TIADA KEIKHLASAN dalam diri UBN untuk menangani ISU di Perak, sebaliknya cuba dengan apa jua cara untuk terus BERKUASA. UMNO tetap UMNO, DULU, KINI dan SELAMANYA RAKUS.

USD said...

Salam, spt yg diagak, spt yg diduga, meilhat komen btaburan, posting yg lalu amat relevan melihat sikap kita bdepan keputusan mahkamah!
Kenapa kita jadi begitu?

Gedung Akal said...

Tuan Ustaz,
Inilah demokrasi terpimpin namanya. Kita sedang belajar dari realiti yang ada.
Antara realitinya "BN punyai kuasa untuk dipertahan dengan apa cara. Ini politik ada dusta tiada dosa! Ayuhlah rempuh apa yang ada. Ini demokrasi hak kita semua!

Z-MAY said...

salam,

terlalu ramai yg mengaku bijak pandai,
sebenarnya mereka itu sekadar memandai-mandai,
sudahnya bangsa dan negara juga yg tergadai...

Anonymous said...

Kepada penyokong umno/bn.
Orang yang berfikiran macam z-may lah disukai oleh umno. Terus dibuai perasaan bangsa dan ditanam dengan dogma khurafat bahawa HANYA UMNO sahaja yang layak memerintah Malaysia. Dengan adanya golongan berfikiran begini, tugas UBN menjadi mudah untuk mengumpul seberapa banyak khazanah negara untuk diri dan kroni. Kita kena terima hakikat bahawa Malaysia bukan lagi TANAH MELAYU. Apa guna melaungkan ketuanan Melayu sedangkan tanah di Malaysia banyak yang tergadai pada bangsa lain (bukan pasal anugerah pada cina di perak) tetapi dibeli dengan mudah oleh mereka kerana dasar pemimpin umno sejak memerintah. Tanah Rizab Melayu di Semenanjung yang tergadai tanpa diganti semula atas alasan pembangunan terus diperam dari pengetahuan umum. Yang didedahkan dan diperbesarkan, NIZAR bagi tanah pada cina.

Saya nak bagitau pada pembaca blog ini dan jika ada yang setuju, sebarkanlah komen saya ini.

Dalam ISLAM, kita diajar berlaku adil. Itu yang dipraktikkan di oleh kerajaan PR. Anugerah hak milik kekal bukan sahaja kepada kaum cina, tetapi juga kepada BANGSA MELAYU dan jumlah keluasan tanah kepada BANGSA MELAYU lebih banyak dari yang diberikan kepada cina. Untuk pengetahuan juga, tanah yang dikurniakan bukanlah tanah yang belum diteroka atau kawasan yang bernilai tinggi, tetapi hanya lot rumah yang telah mereka diami sejak berpuluh tahun lampau. Salahkah diberikan hak milik kekal tersebut. Mereka juga bukan dari kalangan tokey-tokey balak atau kroni Nizar, tetapi golongan petani dan rakyat terbanyak. Apa, ingat orang cina tidak ada yang miskin. Kesan dari pemberian hak milik kekal ini, kerajaan mampu meningkatkan hasil kutipan cukai berbanding status TOL. Di sini kita lihat keadilan telah diberikan kepada rakyat terbanyak dan bukannya kepada segelintir kroni atau lebih teruk lagi tokey-tokey besar.

Untuk makluman juga, pengkhianat bangsa yang sebenarnya adalah mereka yang bersembunyi disebalik topeng perjuangan bangsa, tetapi dalam masa yang sama membuat dasar yang banyak merugikan bangsa sendiri. Kini, dasar liberalisasi yang Najib umumkan akan merugikan bangsa melayu, tetapi oleh kerana umno yang buat, maka semua diam. Mana perjuangan Bangsa yang sebenar.

Anonymous said...

Ya...ALLAH...kau makbulkan doaku...mohon di pinta agar baginda Tuanku memBUBARkan Dun Perak....Amin..

pakboi.blogspot.com said...

Ustaz, ada urang manyuruh kitani diam. Kununnya kitani ani orang luar, nda bulih campur tangan urusan bis sidia. Kitani cuma komen.. Malaysia jua ni.. Nda kan nda bulih.

Mudah2an, tidak berlaku rusuhan. Itu jak aku doa...

orangkuale said...

Masalah kemelut politik Perak tidaka akan berkesudahan.Keputusan mahkamah dah jadi x tentu hala.KATA orang Perak deme dah bertolol-tolol, masing-masing nak ngobak. Semuanya bedaah belake. Teman pada mulanya seronok Bn dh ambik balik Perak, lepas tu Teman pelik bebeno tgk macm bebudak ketika deme dlm dewan DUN.Kejap dpt kt Nizar,kejap dpt kt Zambry,entahle bila nk selesai.Kalau tuanku prihatin,bubar je la dun Perak. Bior rakyat Perak tentukan x payah gi mahkamah buat nyemak je. ngabis duit rakyat je. Seronok nengok Rancangan hujah dekat TV9 hari selasa smlm. Tahniah buat Dr Agus Salim sbg pengerusi, respek kt deme.Blh tgk dlm website TV9

Anonymous said...

bercakap guna mulut memang begitu mudah. tapi bercakap pakai akal ramai yg termengadah.

Percayalah sesuatu itu apabila kita melihat dengan mata. Bukan percaya hanya dengar dengan telinga.

yg berhak sepatutnya dapat lebih banyak dari yg mendatang. itupun dah patut bersyukur dapat hidup mewah.

INI PESANANKU KEPADA RAKYAT MALAYSIA. KALAU SELAIN BN/UMNO MEMERINTAH, NEGARA INI TIDAK LAGI NAMANYA MALAYSIA, TAPI AKAN BERTUKAR NAMANYA CINDIASIA.

MALAY(SIA) KE MANA? MENEMPUH 'HIDUP BARU' KE HUTAN RIMBA.

FIKIR-FIKIRKANLAH DAHULU, SEBELUM TERPAKSA FIKIR DI KEMUDIANNYA.

Anonymous said...

Anonymous said...

bercakap guna mulut memang begitu mudah. tapi bercakap pakai akal ramai yg termengadah.

Percayalah sesuatu itu apabila kita melihat dengan mata. Bukan percaya hanya dengar dengan telinga.

yg berhak sepatutnya dapat lebih banyak dari yg mendatang. itupun dah patut bersyukur dapat hidup mewah.

INI PESANANKU KEPADA RAKYAT MALAYSIA. KALAU SELAIN BN/UMNO MEMERINTAH, NEGARA INI TIDAK LAGI NAMANYA MALAYSIA, TAPI AKAN BERTUKAR NAMANYA CINDIASIA.

MALAY(SIA) KE MANA? MENEMPUH 'HIDUP BARU' KE HUTAN RIMBA.

FIKIR-FIKIRKANLAH DAHULU, SEBELUM TERPAKSA FIKIR DI KEMUDIANNYA.

Kau tuhan ka?

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin