Search This Blog

Loading...

Saturday, May 30, 2009

Penanti : Benar dan Tepat...


Salam,


Tinggal sehari untuk mengundi, Pengerusi PKR P.Pinang, Zahrain Hashim menempelak calon Bebas Siti Aminah Abdullah. Seharusnya Kak Min menumpukan perhatian kepada kempen pilihanraya, bukannya mengungkit perkara yang tidak berkaitan.


Zahrain 'naik angin' apabila Kak Min dalam kempennya bertindak membuka pekung PKR. Kak Min berkempen 'menelanjangkan' PKR dan memperlihatkan wajah sebenar PKR.


Ya, kita setuju, sewajarnya Kak Min menjelaskan kepada pengundi DUN Penanti apa yang mampu dilakukannya, jika dia dipilih sebagai wakil mereka. Apa agenda dan perubahan yang bakal dibawanya dalam membela nasib rakyat Penanti, berbanding wakil mereka yang terdahulu.


Sememangnya menjadi kewajipan setiap calon dan parti yang bertanding dalam mana-mana pilihanraya untuk mempromosi tawaran yang mereka akan buat apabila diberi peluang. Sebagai wakil rakyat, sewajarnya pengundi diberi tawaran yang memungkinkan suara rakyat itu didengari dan diambil perhatian.


Namun biarlah tawaran itu realistik, munasabah dan memang mampu dilaksanakan. Bukan janji kosong yang penuh dengan retorik, langsung tidak berpijak di bumi nyata.


Benar dan tepat, cuma mungkin Zahrain terlupa satu perkara. Ingatan baiknya ini wajar juga ditujukan kepada tukang kempen PKR, kerana apa yang terlihat di Penanti bertentangan dengan kata-katanya.


Bukankah kempen PKR juga langsung tidak berkaitan dengan pilihanraya, apabila yang banyak dibicarakan ialah keputusan Mahkamah Rayuan. Malah yang lebih buruk lagi, kritikan banyak pula dihalakan kepada BN/Umno, parti yang tidak bertanding!


Nampaknya Zahrain dan PKR lebih kurang sama ja dengan Kak Min!

2 comments:

Bah Lontok said...

Orang melayu kena ambil contoh di negeri Perak.

Semasa Pakatan Rakyat perintah, walaupun MB nya Melayu, tetapi Exco nya ada 6 DAP, 3 PKR dan 1 PAS.
Semua jawatan penting cina pegang.

Sekarang di bawah BN perintah, kita cuma lantik 7 EXCO termasuk MB.
7 UMNO(1 wanita), 1 MCA. 1 india dilantik sebagai speaker (walaupun india tiada calun ADUN nya)

Semasa pentadbiran PR tiada EXCO wanita dilantiknya.

Kepada orang melayu yang sedar, kita rakyat Perak sudah terselamat dari bale DAP.

Ini adalah peringatan kepada melayu di negeri2 lain.

orgkuale turun penang said...

Akhir PKR menang di Penanti. Tetapi tiada maknanye. Begiu senang melantik seorang yg baru menang pilihanraya kecil terus dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri.Adakah PKR tiada calon yg berpengalaman.Atau setakat retorik saje. Kpd Kak Min,terima kasih kerana berjaya membuka kelemahan PKR di Penanti.Apa yg penting berundur bukan bererti kalah,menang bukan bereti menang selama-lamanya.Kalau setakat nak jaga hati org melayu dgn menawarkan jawatan tim ketua baik x usah menteri. Lebih kpd boneka,klau benar2 Tim yg baru dilantik ini prihatin,Belalah nasinb org melayu di balik Pulau,sbb org Cina cuba merampas tanah org melayu,spt Zionis merampas tanah rakyat Palestin. Kalau x percaya cubalah tgk sendiri.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin