Salam,
Perhatikan gambar di atas. Tindakan sebilangan orang ini telah menimbulkan kemarahan yang bukan kepalang. Alasan : mengganggu sensitiviti penganut Hindu yang memuliakan lembu.
Sedang isu sebenar mereka di atas bukan kisah kepala lembu, tapi penolakan pemindahan kuil ke kawasan perumahan mereka.
Kasihan penduduk ini, sekarang dari pemimpin hingga ke blogger tidak lagi sibuk dengan apa yang mereka perjuangkan, tapi sudah menyibukkan dengan kepala lembu pulak!
Perhatikan pula gambar ini. Pemuda-pemuda ini mengangkut bukan setakat kepala lembu, malah seekor lembu yang lengkap untuk tujuan politik. Tidakkah ini juga menganggu sensitiviti penganut Hindu?
Atau, oleh kerana ketua mereka berbaju biru, maka tindakan pemuda ini tidak menjadi apa-apa!
Hmmm...benarlah kata pepatah, bodoh macam lembu! Yang kesian lembu, di tangan manusia lembu menjadi bodoh.
15 comments:
as-salam Ustaz..
menunggu balasan warga sek 24..supaya adil dakwaan,..
mndengar dari dua belah pihak..
segeintir atau manoriti??
yang berARAK HALAL...
niat ke masjid ..
kemudian..
..budaya meLALAK bulan puasa???
pencetus API perkauman..
wajar MIC report Polis..
salam ustaz said...
pandangan saya adalah Isu AMK PKR membawa hadiah seekor lembu kpd SPRM sebagai simbol protes terhadap SPRM kerana memilih bulu dalam melaksanakan tanggungjawab sedangkan Yb UMNO pun turut sama menyumbang lembu untuk di korbankan dengan mengunakan duit syarikat2 yang telah menyumbangkan sebahagian keuntungan bagi meraikan golongan fakir miskin pada hari raya haji namun SPRM tidak bertindak pun....AMK PKR tidak pernah menghina agama hindu atau mempersendakanya...
Isu ke 2 Segelintir Penduduk Shah Alam yang turut di sokong Ngo-Ngo umno telah membawa kepala lembu bagi memprotes pemindahan kuil hindu ia adalah isu agama,protes secara aman tidak mengapa tapi mengapa kepala lembu yang di anggap suci bagi penganut hindu di keji dan di hina serupa itu...adakah agama islam mengajarnya bergitu....sudah tentu TIDAK!!!!
Fikir-fikirkanlah....
Shamsul KL
a'kum tuann,
tgk isu la tuan. jgn pukul rata aje. kepala lembu di seksyen 23 tu kes nak buat kuil. Isu agama.
yang lembu sekor tu bawak ke SPRM. Isu ketidakadilan... kan dua isu berbeza tu.
dah tentu isu tendang kepala lembu menghina kaum hindu, boleh mendatangkan rusuhan kaum.
kalau tuan tak pegi ke lokasi pemindahan tu, tak payah cakap la dlm blog. ini kes dengar khabar dan percaya.
gi tengok betul. Kuil lama tu terlalu dekat dengan surau.. lokasi baru agak jauh dengan surau kawasan tu..
mana lebih baik, kuil sebelah surau atau kuil jauh sedikit daripada surau. kalau tuan mana pilihan??
tapi satu malaysia tak kisah sangat kuil sebelah surau kannn... walau org hindu setuju pindah kuil mereka yang dah hampir seratus tahun tu...
salam...
Bagaimana pula kalau Uztaz Said letakkan gambar korban di Pagi Aidil Adha. Adakah ini juga menggambarkan Orang Islam menyembelih tuhan mereka? Bukankah ini boleh dianggap satu penghinaan.
Bagi saya jika penduduk membawa dewa - dewi hindu dengan niat dipijak barulah dianggap penghinaan.
Penduduk yang melakukan protes diwakili Org Islam pelbagai parti termasuk PAS, PKR da n UMNO. Ini mewakili persepakatan orang Islam menentang pembinaan kuil. Ini juga menggambarkan kebebasan suara rakyat yang dilaung-laungkan.
Adakah golongan ini patut ditahan ISA kerana mengadakan provokasi? tak payahlah kan ISA nak dihapuskan.
Salam,
1. Sebab itu, isu ini hendaklah dilihat melebihi dr perspektif politik. Kedua-dua cara oleh orang Islam ni rasanya tidak tepat, ada banyak ruang utk x bsetuju...
2. Janganlah kerana bantahan ini dikaitkan dgn Umno maka suara penduduk terus diketepikan.
3. Soal x pegi ke lokasi bukan soalnya, sbb perlukah kita ke Palestin utk bcakap soal Palestin?
4. Tindakan wajar harus disegerakan oleh pihak bkuasa sebelum blaku insiden buruk bkaitan lembu ini!
ini ada satu persoalan besar ....... bagaimana pengilangan penyembelihan lembu yang menyembelih kepala lembu ... dia orang tak protes pun ?????
Salam ustaz,
Saya bagi pandangan supaya janganlah kita membuat komen untuk menegakkan benang yang basah. Isu mengarak kepala lembu ini sebenarya hanya permainan politik oleh mereka-mereka yang keciwa kerana hilang 'sesuatu'. Percayalah bahawa 'motif' utama bukanlah kerana pemindahan kuil tetapi ianya lebih kepada politik saja..Bagi saya perbuatan mereka itu adalah tidak bertanggunjawab, lebih-lebih lagi dilakukan pada bulan Ramadhan.. Sikap mereka menjatuhkan imej Islam..
Salam Faizal, terima kasih di atas kome anda, namun ketiga-tiga komen anda dgn berat hati tpaksa dipadam kerana lari dari isu sebenar, di luar konteks dan langsung tidak sesuai dgn budaya kita.
Datu Sulaiman tidak berada pd kedudukan penduduk yg tlibat, yg dipaksa menerima kehadiran kuil di kawasan sedangkan ada kawasan lain sebagai alternatif yg dipersetujui sebelum ini. Janganlah melihat semua perkara dr kaca mata politik, sebab para pembantah itu pun khabarnya org PKR & PAS.
itu hak empunya blog nak delete komen saya..
saya tulis berlandaskan islam..
janganlah empunya blog memutar belitkan fakta dan cuba memesongkan perkara yang sebenar.
ajaran islam bukan untuk mencaci agama orang lain..ajaran islam adalah contoh kepada semua manusia agar mengetahui kebenaran
Salam ustaz,
Mana tempat yang sesuai tu, cuba sebutkan. Boleh juga kita forwordkan kepada MB Selangor.. Mungkinkah Khir Toyo inda nampak tempat tu dulu menyebabkan hingga beliau dijatuhkan beliau gagal menguruskan perpindahan ini.
Cuba ustaz bagi maklumat tempat tu dengan tepat, tempat yang dikatakan lebih sesuai tu..
Saklam Ustaz,
Jangan dengar khabar sahaja kata demonstran ada orang PAS, hanya orang2 UMNO yang terlibat.
Lihat:
http://pemudabesut.blogspot.com/2009/09/ketua-bahagian-cawangan-umno-dalangi.html
http://www.ibnuhasyim.com/2009/09/ini-bukti-siapa-di-belakang-demo-kepala.html
Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu. Demostrasi yang didalangi pemimpin UMNO itu bertujuan menghasut orang Melayu membantah pemindahan kuil berkenaan dan sekali gus membenci kaum India.
Kuil itu berusia lebih 100 setahun. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang memindahkannya dari Seksyen 19 kerana ia terletak hanya 20 meter daripada kawasan perumahan. Tapak baru kuil yang dicadangkan di Seksyen 23 adalah dalam kawasan industri dan terletak lebih 200 meter daripada kawasan perumahan.
Terima kasih dan salam persahabatan..
Post a Comment