Search This Blog

Friday, September 4, 2009

Renungan Pagi Jumaat: Untuk Para Pemimpin.

Salam,

Pagi Jumaat, 14 Ramadhan ini elok rasanya kita merenungi 'ingatan' berguna daripada DS Musa Aman, Ketua Menteri Sabah. Khusus kepada para pemimpin - tidak kira parti apa pun yang anda wakili - ingatan ini sangat berfaedah untuk diberikan perhatian.

Beliau dilaporkan meminta para pemimpin mengikis sikap angkuh, menjauhi perbuatan yang dibenci rakyat dan berusaha untuk mendekati rakyat sepanjang masa. Apa yang disebutkan ini penting untuk memastikan keberkesanan seorang pemimpin menunaikan tanggungjawabnya.

Usaha mendampingi dan membela nasib rakyat hendaklah dilaksanakan secara berterusan, tanpa mengira masa walaupun dalam bulan Ramadhan ini, demi memastikan nasib rakyat bawahan terus terbela. Janganlah hanya manis muka dan murah senyuman ketika musim kempen pilihanraya sahaja!

Kalaupun bukan kerana takut dihukum rakyat semasa pilihanraya akan datang atau bimbang rakyat memilih pembangkang, ingatlah bahawa kepimpinanan ini adalah amanah dan tanggungjawab. Pemimpin dipilih rakyat kerana mereka mengharapkan pemimpin dapat berbuat sesuatu untuk mereka, membantu dan mewakili mereka sebagai rakyat.

Sempena bulan mulia ini, wajar rasanya para pemimpin bermuhasabah dan menginsafi diri, mengatasi kesilapan lalu dalam usaha menjadi pemimpin yang berkesan, pemimpin yang disayangi rakyat.

Harum semerbak namanya dengan kebaikan, bukan pemimpin yang apabila namanya disebut, rakyat akan mencebikkan bibir!

5 comments:

YANG GAMBI said...

Salam Ustad,

Adalah bahagianya rakyat yang memilih wakil-wakil rakyat, jika semuanya mereka menghayati apa yang disarankan DS Musa Aman, Ketua Menteri Sabah.

Anonymous said...

Salam. Pandangan & saranan yg baik, kpd Datuk Musa jangan pandai cakap saja, dia pun kena tunjukkan taladan yg baik.Jangan sampai org kata bagai ketem mengajar anaknya berjalan lurus....by anak beaufort

kifli said...

Sampai Bila Penguasa Akan Terus Mengkhianati Rakyat?

Rakyat terus ditipu oleh slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan apabila sekali lagi pemerintah yang menerapkan sistem Kapitalisme menaikkan harga minyak. Kenapa harga minyak naik? Alasan dan skrip yang sama diberikan. Di tengah-tengah propaganda kononnya kerajaan prihatin untuk membantu rakyat samada di bandar mahupun kampung, esok, rakyat akan dihadiahkan, sempena sambutan hari kemerdekaan yang ke 52, dengan kenaikan harga minyak. Media arus perdana di atas tidak menggunakan tajuk “harga minyak naik” tetapi menggunakan bahasa berlapik - “…yang diperkenalkan…”. Apakah ini bertujuan untuk meredakan kemarahan rakyat? Inilah dunia pemimpin politik Kapitalisme yang tidak pernah memikirkan kesengsaraan rakyat. Pemimpin pada hari ini tanpa rasa bersalah terus melakukan pengkhianatan kepada rakyat. Wahai para pemimpin sekular! Minyak adalah hak rakyat. Ketahuilah, wahai umat Islam, sedarlah wahai para penguasa umat Islam. Minyak bukan milik Petronas. Minyak bukan milik Sultan Brunei. Minyak bukan milik Raja Arab Saudi, mahupun mana-mana individu atau institusi konglomerat. Minyak adalah milik rakyat. Sampai bilakah kerajaan sekular ini akan terus berniaga dengan rakyat? Hanya Khilafah sahajalah yang akan berupaya mengembalikan minyak yang merupakan hak milik umat ini kepada tuan empunya, rakyat jelata. Persoalannya kini ialah sampai bilakah rakyat akan terus digula-gulakan dan diperbodohkan?

Bonus Terbaik Adalah Penerapan Islam!

Nampaknya Cuepacs sudah mula bersuara bagi menuntut bonus dari pihak kerajaan. Seperti biasa tuntutan dan perjuangan menuntut bonus adalah merupakan sebahagian dari agenda utama Cuepacs. Apakah gaji bulanan dan segala bentuk kemudahan yang diberikan oleh kerajaan selama ini tidak mencukupi? Yang pasti, majoriti jawapannya adalah ya, memang tidak cukup! Umumnya sebahagian besar gaji yang dinikmati oleh para penjawat awam kerajaan sering tidak mencukupi kerana ternyata rakyat, termasuklah penjawat awam kerajaan pada hari ini terus terbeban dengan pelbagai bentuk bebanan kehidupan, natijah dari penerapan sistem Kapitalisme dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara saat ini.

Sedar mahupun tidak, sistem yang diterapkan dalam kehidupan hari ini adalah sistem yang amat membebankan. Dalam dunia Kapitalisme semuanya perlukan wang. Sihat perlukan wang. Sakit juga perlukan wang. Nak pandai pun perlukan wang. Segala galanya dikongkong oleh wang. Dari mana kerajaan akan mendapatkan dana untuk memenuhi tuntutan Cuepacs ini sekiranya permintaan ini akan dipenuhi? Dari duit rakyat yang dipaksa membayar pelbagai bentuk cukai (secara langsung mahupun tidak langsung) yang dikenakan oleh kerajaan Kapitalisme hari ini?? Faktanya, memang sebahagian besar sumber pendapatan sesebuah negara kapitalis itu bergantung kepada kutipan cukai yang dikenakan oleh pemerintah kepada rakyatnya. Persoalannya kini, sampai bila rakyat akan terus dizalimi dengan cukai-cukai ini dan lebih menyedihkan, penjawat awam pula yang mendapat bonus dari duit rakyat sedangkan rakyat lain yang mungkin lebih memerlukan bonus ini tidak mendapat habuannya. Tidak dinafikan bahawa para penjawat awam merasa senang dengan wang tambahan ini, namun persoalannya, apakah kezaliman ini wajar berlaku sedangkan seluruh rakyat seharusnya mendapat manfaat, bukan setakat kakitangan kerajaan.

Hakikatnya, bonus terbaik bagi rakyat, bukan hanya para penjawat awam, adalah dengan kerajaan menerapkan Islam secara kaffah. Penerapan Islam akan menjamin kehidupan sempurna bagi setiap individu rakyat. Syariat Islam menjanjikan bahawa hak masyarakat dan individu akan pasti terpelihara. Persoalan pendapatan yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas individu dan masyarakat tidak lagi timbul. Tuntutan ‘bonus’ tahunan oleh Cuepacs tidak akan berulang lagi. Malah lebih dari itu, seluruh rakyat, bukan hanya golongan tertentu akan mendapat manfaat dari penerapan agama Allah yang mulia ini. Inilah bonus yang terbaik!

matlan said...

asalamualaikum ustaz, saya bersetuju dengan saranan CM datu Musa Aman, pemimpin perlu mendekati sekelian rakyat, hikmah di bulan ramadhan menyediakan banyak ruang untuk para pemimpin untuk melawat dan mendekati sekelian rakyat, saya sangat bangga dengan kepimpinan yang di tunjukkan oleh Datu seri lajim okin atau lebih di kenali dengan gelaran JANANG GAYUH, dimana beliau telah mengunakan sepenuhnya ruang yang ada pada bulan ramadhan ini untuk berbuka dan bersolat tarawikh di surau-surau dan masjid yang berlainan pada setiap hari,dan pada 2/9/09 yang lalu secara kebetulan saya telah bersama dengan beliau berbuka dan sembahyang maghrib di masjid daerah Beaufort, dan selepas itu bergerak ke masjid di kampung luagan untuk solat isya dan tarawih (walaupun bukan kawasan beliau)dan pada masa yang sama beliau turut menyampaikan beberapa bantuan dan sedakah peribadi kepada masyarakat setempat, apa yang saya dapat lihat di kalangan masyarakat veteran ini terpancar kasih sayang mereka terhadap dato Lajim, sehingga ada yang memeluk dan mencium dato dan ada yang seakan menitiskan air mata, terharu rasanya melihat situasi ini, dan inilah rutin harian dato Lajim di bulan ramadhan, tak kira sewaktu dia berjawatan atau tidak, dan rutin beliau di bulan ramadhan ini telah saya lalui sendiri bersama datu Lajim pada tahun-tahun sebelumnya....dan inilah sekelumit rahsia kekuatan datu Lajim yang bergelau JANANG GAYUH yang perlu di contohi dan di teladani oleh jenerasi pemimpin pelapis......ustaz, apakah dengan penerapan islam kaffa akan menjadikan rakyat dan penjawat awam berasa cukup dengan gaji yang ada pada hari ini, adakah dengan pemberian minyak percuma DAP akan menjadi islam, .....setahu saya manusia ini kalau diberikan lautan dia akan minta lautan lain, kalau di berikan bumi , dia akan minta bumi yang lain, dan mereka tidak akan berasa puas sehinggalah mereka mati......allah hu alam

mail lambong said...

rakyat perlu berubah untuk memajukan negara..

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin