Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 30, 2009

Isa Samad Taruhan BN di Bagan Pinang!


Salam,


Sempena PRK Bagan Pinang yang bakal menjelang minggu depan, kebetulan pula masih dalam suasana Hari Raya, elok rasanya para tukang kempen dari parti yang bertanding membaca ingatan mimbar jumaat minggu lalu.


Khutbah jumaat ini disediakan oleh Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS, disampaikan pada minggu lalu di seluruh Sabah.


Bagaimanapun, berkali-kali Ramadhan ditempuhi, namun kehidupan umat sesudah Ramadhan tidak banyak berubah. Semangat beramal ibadah dan persaudaraan misalnya terpupuk dan disuburkan semasa puasa Ramadhan, dan kemudiannya disemarakkan dalam kegembiraan merayakan Aidilfitri seolah mulai menurun bilamana Syawal melambai pergi.


Masjid semakin lengang, budaya suka berhibur meluap kembali, perpaduan kembali merenggang akibat pelbagai persoalan, malah nilai-nilai murni yang menjadi rutin kehidupan semasa puasa dan Aidilfitri tidak lagi bersemarak. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan bahawa mereka belum lulus di dalam menghayati, mengaplikasi dan melestari nilai-nilai murni yang digarap melalui pelaksanaan pelbagai amal ibadah di bulan Ramadhan.


…Syawal bukan sekadar medan atau masa untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kesukaan belaka. Tetapi kesempatan mencorak diri menuju yang lebih baik ke depan khususnya dalam mempererat tali silaturrahim demi memantapkan ukhuwah islamiah.


…Sesungguhnya banyak fitnah dan ujian yang dihadapi oleh umat Islam di zaman mutakhirin ini. Perselisihan faham, perpecahan dan perbuatan adu domba sesame Muslim sangat membimbangkan merugikan umat secara keseluruhanya. Ini kerana memberi ia memberi ruang dan peluang kepada golongan anti Islam memanipulasi keadaan bagi memporakperandakan lagi umat Islam, yang matlamat akhirnya adalah untuk melenyapkan Islam dan penganutnya daripada peta dunia.


…. Dalam menghadapi situasi sebegini, kita amat mendambakan kepekaan dan kebijaksanaan para pemimpin Islam bagi menanganinya kerana ia dikhuatiri akan menyemarakkan api kebencian antara agama hatta menggugat keharmonian dan kententeraman rakyat berbilang kaum. Kesedaran sebagai satu kesatuan umat Islam perlu disuburkan kembali, dan bukannya saling tuding-menuding jari mengenai punca kemelut kerana ia akan hanya mengeruhkan lagi suasana konflik.


Semoga apa yang disampaikan oleh para khatib ini akan membantu mengeratkan ikatan persaudaraan di kalangan kita. Biarlah PRK Bagan Pinang dingati sebagai pertandingan untuk mencari wakil rakyat, bukan medan mencaci dan mengaibkan serta menjarakkan lagi perpecahan di kalangan saudara Islam hanya kerana ideology politik!


13 comments:

matlan said...

asalamualaikum ustaz, saya tetap berpendapat bahawa pemilihan ISA SAMAD adalah pemilihan yang tidak tepat, setelah berpuluh tahun beliau menjadi MB Negeri sembilan, tak kan beliau tidak mempunyai rekrut baru untuk mengantikan beliau , mungkin beliau kuat, tapi tak kan beliau tak boleh bantu calon selain beliau,.......mustahil,........pandangan saya ialah, tamak dan haloba telah menguasai diri,.......dan UMNO tidak melihat kesalahan politik wang suatu yang kotor, ianya dilihat sebagai satu budaya di dalam pertandingan merebut jawatan......harap-harap pengundi di bagan pinang lebih ramai dari golongan UMNO, kerana golongan UMNO boleh menerima budaya politik wang, dan mungkin boleh dapat sikit bantuan dari hindu MIC yang yang tiada hukum haram , MCA tetap akan undi PAS sebab nak masuk syurga......allah hu alam

jiwamalaysia said...

Rakyat BP yang minta Isa Samad, bukan Rakyat tempat lain...apatah lagi pakatan robek.Prinsip calon baru yang muda bersih politikal dan personal bukanlah prinsip utama bagi calon pembangkang sekalipun peliwat dan kaki putaralam.. jangan prejudis ya

kifli said...

Terbukti rasuah bukan satu kesalahan bagi Umno. Sebab itulah seorang perasuah seperti Isa Samad dipilih sebagai bakal calon BN DUN Bagan Pinang.
Ini mengukuhkan lagi sifat dan prinsip Umno bahawa rasuah dibenarkan dan ianya bukan satu kesalahan jenayah sebagaimana Umno membiarkan Ali Rustam terus menjadi Ketua Menteri Melaka walaupun beliau jelas terbabit dengan rasuah.
Pemilihan Isa Samad cukup memualkan rakyat dan ini membuktikan bahawa Umno/BN tidak serius menangani rasuah.
Pekung dan kebobrokan Umno/BN semakin meloyakan rakyat dan tidak mustahil rakyat akan menolak Umno/BN secara total. Walaupun Umno/BN mungkin menang di Bagan Pinang dengan undi pos namun secara keseluruhan rakyat Malaysia khasnya di Semenanjung semakin meluat dan benci dengan sikap pemimpin Umno/BN yang menghalalkan rasuah.
Umno/BN seolah-olah tidak mempunyai calon lain yang lebih bersih dan berintegriti. Atau mungkinkah semua pemimpin Umno terbabit dengan rasuah sehingga tiada yang bersih dan suci lagi.
Isa Samad pernah digantung keahliannya dari Umno kerana terlibat dengan rasuah pada pemilihan Umno beberapa tahun lepas. Namun selepas itu hukumannya dipendekkan dan beliau kembali memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang tanpa bertanding tahun lepas.


Sebagai rakyat Malaysia saya berasa malu dan sedih dengan pemilihan Isa Samad ini kerana dunia luar melihat seolah-olah parti kerajaan yang memerintah sekarang menghalalkan rasuah.

kifli said...

Terbukti rasuah bukan satu kesalahan bagi Umno. Sebab itulah seorang perasuah seperti Isa Samad dipilih sebagai bakal calon BN DUN Bagan Pinang.
Ini mengukuhkan lagi sifat dan prinsip Umno bahawa rasuah dibenarkan dan ianya bukan satu kesalahan jenayah sebagaimana Umno membiarkan Ali Rustam terus menjadi Ketua Menteri Melaka walaupun beliau jelas terbabit dengan rasuah.
Pemilihan Isa Samad cukup memualkan rakyat dan ini membuktikan bahawa Umno/BN tidak serius menangani rasuah.
Pekung dan kebobrokan Umno/BN semakin meloyakan rakyat dan tidak mustahil rakyat akan menolak Umno/BN secara total. Walaupun Umno/BN mungkin menang di Bagan Pinang dengan undi pos namun secara keseluruhan rakyat Malaysia khasnya di Semenanjung semakin meluat dan benci dengan sikap pemimpin Umno/BN yang menghalalkan rasuah.
Umno/BN seolah-olah tidak mempunyai calon lain yang lebih bersih dan berintegriti. Atau mungkinkah semua pemimpin Umno terbabit dengan rasuah sehingga tiada yang bersih dan suci lagi.
Isa Samad pernah digantung keahliannya dari Umno kerana terlibat dengan rasuah pada pemilihan Umno beberapa tahun lepas. Namun selepas itu hukumannya dipendekkan dan beliau kembali memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang tanpa bertanding tahun lepas.


Sebagai rakyat Malaysia saya berasa malu dan sedih dengan pemilihan Isa Samad ini kerana dunia luar melihat seolah-olah parti kerajaan yang memerintah sekarang menghalalkan rasuah.

kifli said...

DI BALIK LAUNGAN TRANSFORMASI & PERUBAHAN YANG DILAUNGKAN-LAUNGKAN OLEH IKON 1MALAYSIA & SEKUTUNYA, AKHIRNYA LAUNGAN KATA-KATA ITU HANYA TINGGAL LAUNGAN APABILA PIMPINAN BN MENGUMUMKAN BAHAWA BEKAS PESALAH POLITIK WANG, TAN SRI ISA SAMAD AKAN MENJADI CALON PILIHAN RAYA KECIL DUN BAGAN PINANG PADA 11 OKTOBER NANTI. BIARPUN PENCALONAN BEKAS PESALAH POLITIK WANG INI "DITENTANG" OLEH MANTAN PM, TUN DR MAHATHIR, NAMUN PENGARUH (LIHAT "BANNER" DI ATAS) PESALAH POLITIK WANG INI BENAR-BENAR MENGERUNKAN PEMIMPIN 1MALAYSIA.

DALAM HAL INI, SEORANG KAWAN SAYA BERKATA: APA SALAHNYA BEKAS PESALAH POLITIK WANG INI MENJADI CALON? BUKANKAH DIA SUDAH INSAF? DALAM PADA MASA YANG SAMA DIA BERHUJAH: KITA TIDAK WAJAR MENGHUKUM BEKAS PESALAH KERANA TINDAKAN ITU MENIDAKKAN PERUBAHAN PADA DIRI SESEORANG. BUKANKAH DIA TELAH DIHUKUM? KATANYA LAGI, WAJARKAH KITA TERUS MENGHUKUM SEORANG BEKAS BANDUAN SEDANGKAN DIA SUDAH INSAF AKAN KESALAHAN YANG TELAH DILAKUKANNYA?

SAYA BERTANYA SEMULA KEPADA KAWAN ITU, ADAKAH ISA SAMAD BENAR-BENAR INSAF? WAJARKAH KITA MENYAMAKAN BEKAS PESALAH INI DENGAN BEKAS PESALAH BAGI KESALAHAN YANG LAIN? JIKA BEGITU, MENGAPAKAH TUN DR MAHATHIR BENAR-BENAR MENENTANG PENCALONAN BEKAS PESALAH POLITIK WANG INI DI BAGAN PINANG? SAYA BERTANYA LAGI, JIKA KAMU MEMPUNYAI SYARIKAT, ADAKAH KAMU AKAN MELANTIK SESEORANG YANG DIDAPATI BERSALAH MELAKUKAN RASUAH MENJADI SALAH SEORANG KAKITANGAN DI SYARIKAT KAMU? DIA TERDIAM, SAYA TERDIAM.

NAMUN, DENGAR KHABAR DALAM BERITA DI KACA TV, HAMPIR 10 RIBU PENDUDUK DI BAGAN PINANG BERSORAK GEMBIRA APABILA NAMA ISA SAMAD DIUMUMKAN SEBAGAI CALON. ADAKAH INI PETANDA UNTUK MENGUBAH JUMLAH JARINGAN MENJADI 7-2 ATAU SORAKAN INI MENANDAKAN JARINGAN AKAN MENJADI 8-1? ADAKAH SORAKAN ITU JUGA MENANDAKAN N9 AKAN MEMPUNYAI MB BARU? SEMUANYA TERPULANG KEPADA PERTIMBANGAN DAN KETAKSUBAN PENDUDUK DI DUN BAGAN PINANG!

kifli said...

Tiada pilihan lain bagi BN melainkan menamakan Tan Sri Isa Samad sebagai calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang setelah diugut oleh gerombolan Umno Bahagian tempatan yang memberikan kata dua kepada pimpinan pusat ; samada Isa Samad atau pemulauan.

Kemelut tersebut timbul apabila pimpinan pusat cuba mengenepikan Isa Samad dan menggesa Umno bahagian terbabit menamakan individu lain untuk dicalonkan kerana Isa Samad pernah dihukum gantung kerana terbabit dalam rasuah politik tidak lama dulu.

Isa digantung selama tiga tahun mulai 24 Jun 2005 kerana rasuah politik melanggar etika pemilihan pucuk pimpinan Umno 2004.BN cuba meletakan calon yang dilihat bersih, namun gerombolan Umno tempatan tetap mahukan pemimpin seperti Isa Samad, seorang yang tidak amanah kerana melanggar etika parti.

Walaupun beliau telahpun menjalani hukuman penggantungan keahliannya dalam Umno, beliau tidak pernah dihadapkan ke SPRM.

Umno menganggap rasuah politik yang dilakukan oleh Isa Samad hanyalah satu kesalahan kecil sahaja walaupun Isa Samad ketika itu adalah seorang Menteri Wilayah dan pernah menjadi menteri besar Negeri Sembilan. Kesalahan rasuah politik tentunya melibatkan wang yang bukan sedikit. Namun Umno sekadar menganggapnya sebagai melanggar etika parti dan dianggap sebagai kesalahan kecil sahaja.

Terbukti bahawa pemilihan Isa Samad ini menunjukan bahawa Umno tidak serius untuk membenteras gejala rasuah yang berleluasa dalam negara.Kalau Umno sendiri gagal membenteras rasuah di kalangan ahli sendiri dalam pemilihan parti mereka ; bagaimana pula mereka akan mampu membenteras rasuah diperingkat negara?

SPRM tidak berani untuk menyiasat Isa Samad dan begitu juga Jawatankuasa Disiplin Umno yang terpaksa mengurangkan hukuman gantung keatas Isa dari enam tahun atau dua penggal kepada tiga tahun sahaja selepas beliau membuat rayuan.

Sekarang adalah peluang rakyat untuk menghukum Isa Samad perasuah licik ini.Kalau anda bencikan amalan rasuah, anda mesti tidak akan memberikan undi anda kepada Isa Samad.Buktikan bahawa usaha kecil anda ini akan mengajar Umno supaya mereka benar-benar mahu menbenteras gejala rasuah di Malaysia.

kifli said...

Umno dan Barisan Nasional (BN) mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu.Adakah pilihan raya yang akan datang akan menyaksikan fenomena yang sama seperti di Jepun? Ia tidak mustahil sama sekali.

Para pengundi muda kecewa dengan "parti yang mendapatkan kemerdekaan" kerana perkara itu telah menjadi sejarah dan tidak begitu bermakna kepada mereka. Di beberapa negara lain, parti-parti yang "berjuang dan mencapai kemerdekaan" telah hilang lenyap seolah-olah rakyat tidak tahu berterima kasih dan tidak peduli "pejuangan dan pengorbanan" parti-parti tersebut dan para pemimpinnya.

"Adakah mereka tidak tahu berterima kasih? Ada kebenarannya tetapi jika kita mahu mengkaji, kita akan dapati sikap para pejuang kemerdekaan itu dan mereka yang mengggantikan para pejuang tersebut telah berubah hampir sepenuhnya. Mereka menjadi tamak dan angkuh serta tidak lagi mempedulikan negara dan rakyat.

Umno kini, gejala yang melanda parti itu tidak boleh dinafikan lagi. Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan.

Dengan para pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan. Pada dekad yang lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat. Tidak ada apa-apa pun yang boleh ditunjukkan walaupun Petronas membayar RM250 bilion kepada kerajaan.

Adalah menghairankan , apabila didapati Malaysia ketinggalan di belakang jiran-jirannya. Negara ini bukan lagi negara yang terkehadapan di rantau ini. Tentunya tidak lagi boleh disifatkan sebagai negara contoh. BN hanya boleh diselamatkan oleh prestasi lemah pembangkang.

Jika prestasi kerajaan BN dan parti-parti di dalamnya gagal meyakinkan, para pengundi yang kecewa mungkin akan melakukan apa yang telah dilakukan para pengundi Jepun - menyingkirkan parti yang mereka sokong sejak lebih dari separuh abad. Tsunami revolusi pilihan raya di Jepun 30 Ogos lalu menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) di negara itu sejak Perang Dunia Kedua. Kehancuran kuasa LDP itu menyaksikan DPJ memenangi 308 dari 480 kerusi parlimen negara itu.

Di Malaysia BN akan menerima nasib yang sama pada PRU 13 nanti.

TAK PERCAYA?....

kifli said...

siapa sahaja lagi yang masih ada dalam umNObn ni untuk dicalonkan sebagai pemimpin yang bersih, dah terang2 bersalah dengan jenayah rasuah macam Ali Rustam tapi masih lagi didewakan dan amat2 diperlukan oleh satu bangsa yang bernama melayu umNObn yang jelas nampak terdesak sangat untuk berkuasa.

adakah bersekongkol dan bersubahat dengan para penjenayah seumpama ini baik dan wajib sehingga menjadi akidah para pejuang melayu umNObn dewasa ini. maka jelaslah kini perjuangan memertabatkan bangsa hanyalah satu bohongan untuk menipu sebangsa melayu sahaja sedangkan hakikat sebenarnya adalah menuntut lobok wang dari pemimpim2 perasuah ini untuk memenuhi poket masing2 yang berkepentingan. tepuk dada tanya iman.....ada akal ... fikir2kanlah......

Anonymous said...

Ustaz said

Patut Iklan TAK NAK Ts Isa samad terus di mainkan sebagaimana iklan ustaz yang lepas...dah tak ada calon lain ke?....kata nak buat perubahan.


Anak jati Kg Bagan Pinang N9

kifli said...

Semangat Dol Said Panglima Naning dah bermula..!!
Ha ha ha.... Itu Dia..... Semangat Dol Said Panglima naning dah mula dah.....



Apa pun kita tunggu dan lihat.... acah-acah atau pun orang tempat aku kata gempak hindu..... kita tunggu dan lihat....


Walau apa sekali pun, seperti yangc kita lihat memang UMNO dok nak bergocoh sesama depa, betui depa berebut jawatan, tetapi pejuang dan petugas PAS harus hati-hati dengan semua perkara seperti ini, UMNO yang kita dok nampak bergaduh sesama mereka umpama anjing-anjing kurap yang berebut bergaduh nak kan tulang babi... tetapi dalam dalam depa dok bergaduh, depa nampak PAS pulak, umpama anjing-anjing kurap nampak kucing, apalagi depa sanggup tinggal tulang babi yang mereka rebut, dan mereka beramai-ramai mengejar kucing, waktu itu mereka sanggup bekerjasama untuk nak menelan hidup-hidup kucing tersebut... ITULAH UMNO.... Mereka UMPAMA ANJING KURAP YANG KELAPARAN.........


Yang pentingnya UMNO semakin hari semakin nak karam.... Sama-samalah kita doakan.....


MAMPOS UMNO...........

kifli said...

Semangat Dol Said Panglima Naning dah bermula..!!
Ha ha ha.... Itu Dia..... Semangat Dol Said Panglima naning dah mula dah.....



Apa pun kita tunggu dan lihat.... acah-acah atau pun orang tempat aku kata gempak hindu..... kita tunggu dan lihat....


Walau apa sekali pun, seperti yangc kita lihat memang UMNO dok nak bergocoh sesama depa, betui depa berebut jawatan, tetapi pejuang dan petugas PAS harus hati-hati dengan semua perkara seperti ini, UMNO yang kita dok nampak bergaduh sesama mereka umpama anjing-anjing kurap yang berebut bergaduh nak kan tulang babi... tetapi dalam dalam depa dok bergaduh, depa nampak PAS pulak, umpama anjing-anjing kurap nampak kucing, apalagi depa sanggup tinggal tulang babi yang mereka rebut, dan mereka beramai-ramai mengejar kucing, waktu itu mereka sanggup bekerjasama untuk nak menelan hidup-hidup kucing tersebut... ITULAH UMNO.... Mereka UMPAMA ANJING KURAP YANG KELAPARAN.........


Yang pentingnya UMNO semakin hari semakin nak karam.... Sama-samalah kita doakan.....


MAMPOS UMNO...........

hilbert said...

Salam sejahtera Ustaz,

saya rasa setuju dengan pandangan dan komentar saudara Matlan mengenai pemilihan Tan Sri Isa sebagai calon BN di Bagan Pinang.

Bagaimanakah lagi cara UMNO mahu berubah agar tidak rebah??? ...sedangkan Isa memang telah disabitkan dengan kesalahan politik wang tetapi mengapa pulak dia dipilih semula.

Apa tiada orang lain lagi??????

Cikgu je said...

UMNO tak pernah berubah,Janji tinggal janji aje, Tradisi mencari pemimpin masih lagi sama ditahap lama.umno tak pernah mengambil iktibar dari kisah lampau, Saya bersetuju dengan kata - kata TUN : Sepatutnya nasihat dari orang berpengalaman seperti Tun mesti diambil kira. Jangan pandang ringan tentang isu rasuah kerana salah satu sebab kerajaan empayar Melaka tumbang ialah kerana rasuah.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin