Search This Blog

Monday, September 28, 2009

Calon Menang di Bagan Pinang...


Salam,


Esok Umno akan mengumumkan calon yang akan diketengahkan untuk mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang. Sebelum calon yang akan menggalas tanggungjawab berat ini diumumkan, elok rasanya kita membaca apa yang disuarakan oleh para pemimpin.

Tun Mahathir, Bekas presiden Umno… "Faktor calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah menjadi sangat penting di Bagan Pinang malah pada pilihan raya umum akan datang.

"Bagi saya, bukan sekadar tempat ini sahaja. Soal seluruh Malaysia, orang nak tahu sama ada kita serius atau pun tidak untuk membasmi gejala politik wang, rasuah dan sebagainya,''

Seterusnya Tun berkata … "Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini.

"Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno,"

Ku Li, bekas calon Presiden Umno, menasihatkan Umno supaya mengambil iktibar daripada keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir, dalam memilih calon yang sesuai bagi mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, faktor calon memainkan peranan penting dalam pilihan raya tersebut kerana ia menjadi menjadi pertimbangan utama pengundi di kawasan berkenaan.

"Saya percaya akhirnya parti akan pilih calon yang paling sesuai, kita sepatutnya mengambil pengajaran dari pengalaman terdekat ini (Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir)

Kesimpulannya, pucuk pimpinan Umno kena berhati-hati dan menilai dengan wajar, sehabis pertimbangan sebelum mengumumkan calon. Supaya kerusi ini tidak terlepas ke tangan PAS dan Umno terus menggigit jari.


Biarlah calon yang dipilih itu, calon yang berwibawa, boleh menang dan menaikkan semula semangat dan imej Umno. Calon yang disukai rakyat, bukan disukai orang Umno sahaja.


Rasanya tidak berbaloi bagi Umno, menang di Bagan Pinang tetapi imej terus merosot...dek kerana tersalah pilih calon. Akhirnya menang di Bagan Pinang, tapi terus kalah selepas ini!


7 comments:

Anonymous said...

sebenarnya UMNO berada dalam keadaan tersepit jika memilih Isa samad maka rakyat akan menilai bertapa rendahnya moral dan integriti pemimpin yang di pilih dan jika tidak memilih Isa samad bimbang penyokong Isa samad berpaling tadah...NAMUN saya yakin Isa tidak akan di pilih dan umno mungkin selamat dengan undi POS 4960 orang yang terpaksa mengundi BN di depan PAT.

Inilah demokrasi ala malaysia...

Ali Uraidhi said...

Kalau Isa samad tu bagus dalam memerintah, tak melepaskan batuk di tangga, tak bercakap sesuatu yang dia tak mampu laksanakan...apa salahnya?

setiap manusia deserves second chance. Yang penting kebenaran lah. Jangan cakap kosong je..janji, bagi harapan menggunung. Bila kita da pangkah,dia da menang..terus senyap.wat the heck? Lepas tu tutup topik dengan pelbagai alasan. Sebelum berjanji kena fikir..kena kaji kebolehan diri..jgn jadi tin kosong.
Apa-apapun,saya sayang siti nurhaliza..hahaha

Cikgu je said...

masalahnya ustaz..um...No telah dilebelkan tidak serius menanggani politik wang. sebab itulah khairil Jamaludin dilantik sebagai Ketua Pemuda dan Ali Rustam masih lagi kekal sebagai MB. Kenapa pula nak jadikan isu kepada Isa samad. apalah kiranya jika dibandingkan dengan kedudukan khairy dan Ali Rustam berbanding dengan Isa Samad yang hanya bertanding peringkat DUN.

Rajawali said...

hanya Tun sahaja dapat dibaca maksud segala hujah...kenapa tidak mahu isa...1 rasuah lama..2 andai x isa calon dan berjaya pula menang..nantikan giliran KJ dan AR pada PRU 13...3 hancurkan KJ adalah utama..4 mahu UMNO mngambil iktibar kpd calon permatang pasir
yang menarik dan meyakini agenda Tun adalah 2 dan 3..

Bicara Rakyat said...

Ini adalah mesej peribadi untuk Tuan, mohon jasa baik supaya mesej ini tidak diterbitkan dalam blog ini.

“Kita semua ingin melihat BN menang di Bagan Pinang sekaligus menyampaikan mesej bahawa PR boleh dikalahkan dan bukan kebal. Atas semangat itu, marilah kita memberikan sokongan dan tidak menghentam sesiapa sahaja yang akan diumumkan sebagai calon BN petang ini dan tidak mengkritik pemimpin atau parti sepanjang tempoh kempen pilihanraya Bagan Pinang.”

p/s Mohon saudara berikan emel kepada emel bicararakyat@gmail.com untuk memudahkan komunikasi dan penyaluran maklumat semasa tentang pilihanraya Bagan Pinang.

Syeikh YB said...

nak menang punya pasal, calon rasuah pon rasuah la sebab semua ajk UMNO di bagan pinang suka calon rasuah...wahahha..kalau memang calon rasuah apa nak heran...memang dia layak merasuah orang...wahahaha

ustaz said...

umno tak pernah berubah, umno tak pernah ambil pengajaran daripada pilihanraya lalu. umno tak pernah ambil kisah nasihat pemimpin nombor satu mereka satu mereka iaitu Tun yang sangat dipuja - puja. Talian hayat umno ialah undi pos sahaja. Jangan nanti digelar Dun undi pos sahaja, menang tak bermaruah. Kenapa Isa tak ada calon lain ke ?. Ketandusan pemimpin ke di Bagan Pinang ni.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin