Search This Blog

Saturday, September 12, 2009

Samy Oh Samy!


Salam,

Dua hari lalu, pemegang rekod Presiden MIC 'terlama' Samy Vellu mengeluarkan kenyataan berikut, sebagai membidas Tun Mahathir yang wawancaranya disiarkan suratkhabar Tamil.

‘‘Dr. Mahathir pernah menghadiri Persidangan MIC Kebangsaan sebanyak 28 kali, kami pernah meminta beberapa peruntukan dan permintaan untuk kesejahteraan kaum India.

‘‘Tetapi satu pun tidak pernah diambil kira atau dipertimbangkan olehnya, ketika beliau menyandang jawatan Perdana Menteri,’’ dakwanya.

Mr. Samy ni berang kerana Tun menyuarakan suara hati majoriti rakyat - bukan sahaja kaum India - yang 'bosan' dengan gelagat Mr. President ni. Masih mahu bergayut dengan kuasa walaupun jelas sudah ditolak rakyat dan kaum India.

"Kalau dulu semua (orang India) sokong MIC, sekarang ini tidak ramai yang sokong dan mereka beri alasan yang sama iaitu mereka bosan dengan Samy yang mahu kuasai MIC sampai siapapun tidak boleh ambil alih daripada dia. kata Tun M hari ini.

Malahan, tuduhan Samy bahawa Tun M tidak membantu kaum India, ini jawaban Tun ...
satu ketika dahulu Samy pernah membuat kenyataan yang sama dalam sebuah akhbar, tetapi kemudiannya menghubungi beliau di Syria untuk membuat penafian kononnya laporan itu tidak benar.

"Tetapi bila saya balik ke sini, akhbar itu tunjuk rakaman yang membuktikan memang benar dia kata saya tidak bantu orang India.

"Itu memang tidak benarlah, saya tolong semua kaum, bukan orang Melayu saja," katanya.

Berdasarkan apa yang dipaparkan media ini, maka mudahlah dikenali wajah sebenar Samy. Ketakutan kemenangan calon bukan pilihannya, yang memungkinkan kehilangan kuasa Presiden.

Elok Samy Vellu mendengar nasihat Bung Mukhtar, Berundur Demi Kepentingan BN!

Mungkin bila nasihat Bung ini didengar, baharulah MIC dapat memenuhi KPI yang disasarkan oleh DS Najib. Jika tidak...jadilah MIC liabiliti kepada BN, agaknya...


4 comments:

rajawali said...

ini samy sudah mahu menjadi sami kuil.sami kuil akan bertugas sepanjag hayat d kuil untuk penganut hindu.Kali ini dia janji akan undur bila ada sami baru yang layak akan mengganti tempatnya.sekarag sami nival suda menang pa tunggu lagi..undur la.
kita tunggu saja la.
sekarang pemimin BN pun main tembak-tembak kawan dah.Pa kata PM,mantan PM,sami india(MIC)dan sami cina(MCA).semua pun menjadi tanda tanya politik ulasan/ucapan mereka.sekarag da jadi bangau oh bangau!
semoga hari raya ini akan mengeratkan semula hubungan antara mereka..Ujian pertama BN dalam krisis BN kini adalah BAGAN PINANG.

Anonymous said...

Ustaz said...

Jangan hina samy vellu ini kali dia kasi kuat sama BN jangan taku ini kali semua india sokong samy BN mesti menang besar punya.....don't Worry...


S.pragash..CWC

Datu Sulaiman said...

BN perlu menghormati pilihan ahli MIC dengan sekali lagi memilih dominasi Samy Vellu dalam MIC. Sama ada Samy Vellu masih releven atau tidak, dalam menarik sokongan kaum India terhadap BN, bukan menjadi hak sesiapa untuk mempersoalkan kerana pemilihan yang berlaku adalah atas proses demokrasi.

Pandangan mantan PM terhadap peranan Samy Vellu dalam MIC,juga sebenarnya tidak sepatutnya diucapkan oleh beliau terhadap bekas sahabat lamanya yang dulu amat setia kepada kepimpinan belaiau sebagai ketua BN dan kerajaan. Jadi semua orang kena diam sekarang.

USD said...

Salam,
Rajawali - ya, Bagan Pinang akan menguji sejauh mana krisis MCA dan barisan MIC baru diterima...

Datu Sulaiman - apa salahnya utk komponen BN sama2 bmuhasabah sesama mereka? Apa salahnya utk Tun M menyuarakan pandangannya terhadap rakan karibnya?...sedangkan pemimpin pakatan pun boleh memberi pandangan ( dan kutukan ), kenapa sesama pemimpin BN tidak boleh?...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin