Search This Blog

Tuesday, September 8, 2009

Isa Samad Calon Bagan Pinang?



Salam,

Alfatihah untuk Allahyarham Allahyarham Azman Mohammad Noor (ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan) telah kembali ke rahmatullah pada 4 September lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat!

Nasib orang politik, terutama yang berjawatan wakil rakyat. Belum pun hilang kesedihan keluarga kehilangan orang tersayang , sudah timbul cakap-cakap siapa pengganti?

Di pihak Umno, telah mula wujud spekulasi Tan Sri Isa Samad, Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, bekas MB, Menteri dan bekas Naib Presiden Umno bakal dicadangkan. Melihat sokongan yang diterima di media, harapan besar untuk Isa melakukan kebangkitan semula.

Isa diakui memiliki pengalaman luas dan berpengaruh. Rakyat pula masih menaruh keyakinan tinggi terhadap beliau. Pendek kata jika Isa dicalonkan oleh BN-Umno, kemenangan sudah hampir pasti! ( Cuma Paneh Miang sahaja yang tidak menyenaraikan Isa? )

Tidak kisahlah siapa yang dicalonkan untuk mengekalkan DUN ini, yang pasti pucuk pimpinan kena berhati-hati dan wajar meneliti setiap rekod yang dimiliki oleh bakal calon diketengahkan. Diharap jangan kesilapan di Permatang Pasir diulangi semula.

Dun Bagan Pinang 'wajib' dikekalkan. Cukuplah kehilangan Kuala Terengganu dan kegagalan di PRK lain sebagai penawar moral penyokong BN -Umno yang semakin jemu melihat kegagalan. Biarlah mungkin di sini menjadi pentas kebangkitan Umno!

Ini semua tidak akan berlaku, malah kerusi ini boleh pula dirampas PAS jika Umno tidak berhati-hati, apalagi meletakkan calon yang salah. Calon yang kewibawaan dan personalitinya boleh dipertikaikan. Atau, ada rekod buruk yang pasti akan dijaja pembangkang.

Rasanya, calon yang terkenal dengan kisah 'Padang Mahsyar' dan diambil tindakan displin parti kerana politik wang tidak sesuai menjadi calon. Kalaupun mungkin boleh menang - berdasarkan majoriti besar dalam PRU12 lalu - namun ia tetap tidak baik untuk proses transformasi Umno.

Takkanlah Umno ketandusan calon - yang lebih muda, dinamik dan bersih akhlak - untuk diketengahkan?

6 comments:

Anonymous said...

saya setuju dengan tuan. dlm PRK ini, Umno perlu memilih calon2 yang benar2 tepat.keadaan ini berbeza ketika PRK sebelum PRU12 yang mana bak kata exco pemuda,Tun Faisal Ismail, letak batu jadi calon pun, BN boleh menang. sebelum PRU12, lebih 90% PRK akan dimenangi BN.

Berdasarkan pemerhatian saya, BN mempunyai kelebihan besar untuk menang bergaya di Bagan Pinang terutama faktor undi pos yang besar sekitar 5000 undi.undi pos biasanya telah ditetapkan iaitu 80-90% milik BN.

Umno perlu jaga hati orang melayu NS yang merupakan majoriti penyokong setia BN. yang menjadi masalah kepada BN adalah undi bukan melayu yang agak tinggi di kawasan ini iaitu 34%.

BN tidak boleh lagi guna taktik biasa dalam PRK sebelum ini seperti beri peruntukan yang besar2 utk kaum cina dan india sebab mereka bukannya 'malu alah' macam orang melayu. mereka akan ambil/guna pemberian BN tu tapi undi belum tentu, berbanding orang melayu yang 'malu alah' bila dapat sedikit sumbangan dan akan mengundi BN. Umno perlu memberi/menyogok sumbangan yang besar untuk orang2 melayu terutamanya di kawasan kuat PR.

Pada asalnya saya berminat sekiranya TS Isa sbg calon BN sebab semua orang tahu termasuk penyokong PR mengakui beliau seorang yang cukup mesra dan mudah didekati dan banyak berjasa. Akan tetapi beliau mempunyai rekod yang tak baik apabila digantung kerana politik wang. Isu ini sudah tentu akan dimainkan berulang-ulang oleh PR mencerminkan seolah-olah BN ketiadaan calon yang berkualiti. jadikan isu calon Bagan Pasir sebagai pengajaran sehingga BN terpaksa menghabiskan masa menerangkan isu calon.

Anak TS Isa pun ok...

Rajawali said...

saya tertarik degan petikan ini..
"Isa diakui memiliki pengalaman luas dan berpengaruh. Rakyat pula masih menaruh keyakinan tinggi terhadap beliau. Pendek kata jika Isa dicalonkan oleh BN-Umno, kemenangan sudah hampir pasti!"
Tidak ada lagi jaminan kemenangan jika berdasarkan faktor tersebut..
berdasarkan PRK sebelum ini teryata kardiabiliti calon keseluruhannya di ambil kira.Dr hujung rambut hingga hujung kaki diselidiki pembangkang untuk menjadi modal.Rekod politik wang terdahulu masih segar dalam ingatan..secubit dosa boleh membuatkan BN tersungkur layu sekali lagi.
Rasanya anak isa lebih sesuai dgn gabungan kekuatan pengaruh isa untuk menjadi calon di Bagan Pinang.
Apa2 pun sapa la kita...

Ir.MIM NUSANTARA said...

PADA PANDANGAN SAYA,UMNO kini menghadapi imej yg begitu tercalar
dgn STIGMA KORUPSI pemimpin2 UMNO,
diperingkat cawangan,bahgian dan Majlis Tertinggi.Dari itu,bijak bgi
UMNO untuk REVAMP dgn..1)GET RID AHLI2 KORUP YG JADI BATU PENGHALANG KPD ASPIRASI PERJUANGAN ORG2 MELAYU & BUMIPUTERA...2)MIM TOLONG MIM DLM SEMUA ASPEK,LGI PUN 90%MIM DLM PEJABAT KERAJAAN..,,3)MATLAMAT EKONOMI:>50% BUKAN 30%,KERANA NI NEGARA KITA,65%MIM &BUMI!!!4)BUAT PILIHAN PEMIMPIN YG MUDA2 UMUR 35 KE 48 UNTUK MENERAJU UMNO MCM OBAMA di USA,Tony Blair di UK dan Kevin Rudd di Australia.

KITA TAK BOLEH GENERALISE YG UMNO MASIH KUAT MENJELANG PRU 13(2012/2013)...dari majoriti kerusi Dewan Rakyat(140 tolak 82 kerusi)BN cuma ada jumlah majoriti 50000 undi saja pada 50 kerusi...Untuk PRU13,UMNO PERLU DI RESTRUTURE KAN...ADA >3JUTA AHLI UMNO SKRG.TAK BOLEH KE DIBUAT TALENT SEARCH???KALAU KITA BOLEH CARI FINALIST "MALAYSIAN IDOL" ATAU "ONE IN A MILLION" DSB,KENAPA TAK ADAKAN "PERADUAN MEMILIH & MENCARI PEMIMPIN MUDA" DARI >3JUTA AHLI UMNO??? KENAPA ASYIK ORANG LAMA TU..AJE??? TAK ADA PEMIMPIN MUDA YG BERWIBAWA KE???
Jadi UMNO perlu tukar image,REBRANDING dgn segera dari skrg,jika tidak UMNO akan kecundang mcm parti lama>50thn di Japan,India,Taiwan,Germany, Australia dll...
Dah berlaku pun di Jepun,minggu lepas,apabila parti LDP,yg telah memerintah 54 tahun telah kalah kpd
parti alternatif,DJP.yg baru 11thn.

Tan Sri Isa Samad patut jadi COACH,
mentor dan penggerak utama untuk calun muda,yg berwibawa(mcm dlm World Cup,coach semua 50an keatas,
manakala pemain 20-35tahun)...

KALAU TAK UMNO AKAN JADI PEMBANGKANG LPAS PRU13,DGN MIM PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH...SUKA???

USD said...

salam,
Tk beloKiriKanan, rajawali & Ir MlM Nusantara...
1.Spt sdra, saya jg spendapat isa Samad bukanlah taruhan terbaik untuk mengekalkan kerusi DUN ini. Kalau pun boleh menang, masih x berbaloi kerana ia x mbantu imej transformasi Umno. Moral penyokong Umno akan naik, tp rakyat terus akan btanya: tiadakah lagi yg lebih baik dlm Umno?
Semoga pucuk pimpinan mbuat pilihan yg tepat...
2. Rajawali: kesimpulan petikan itu dbuat bdasarkan laporan akhbar & blog Umno yg melihat potensi Isa menang.
3. Ir. MlM Nusantara: Saya sangat setuju dgn sebahagian besar tulisan sdra. Izinkan saya mgunakan idea sdra dlm tulisan yg akan dtg. Tk

Anonymous said...

nak yang muda betul, kalau yang muda tu menyusahkan orang, nak buat apa pilih. baik pilih yang tua yang dah tahu asal usul dia orang...
Saya local man bagan pinang, lahir disana dibesarkan disana, belajar disana cuma bekerja bkn disana. TSI as leadership diffent. Ketika susah ke. Senang Ke, sama je. Dia terima seadanya.. Tak pernah keluar UMNO, isu rasuah semua orang rasuah dalam hidup ni..cuma sedar atau tak sedar dalam kehidupan kita. renung..renung selamat berpuasa dan beramal..

Sendiri said...

sapa tak nak menang mudah kan...undi pos sahaja 1/3...parti kepala lembu nie nampak gagah tapi menyembunyikan kebodohan dan ketakutan disebalik tanduk yang tajam...elok jugak isa samad diletak jadi calon dengan ini tentu ada pertalagahan nanti dengan pemimpin sedia ada...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin