Search This Blog

Friday, September 11, 2009

Indonesia : Saudara Serumpun Kita...


Salam,


Seperti yang dilaporkan, berlaku ancaman kecil kepada rakyat Malaysia oleh segelintir rakyat Indonesia di Jakarta. Kita percaya majority orang Indonesia tidak seperti mereka di gambar atas.


Sempena hubungan kita denga jiran saudara serumpun yang 'turun-naik' dan mengalami suhu 'panas-sejuk', dinukilkan satu cerita.


Alkisah bermula...3 orang kenalan, orang Amerika, Indonesia dan Malaysia berasal dari Sabah ( Orang Sabah ). Mereka bertiga kebetulan menaiki kapal pelayaran untuk melancong.


Di tengah lautan, mereka bertiga keluar ke dek kapal, bersembang sambil menghisap rokok. Sambil bercerita, sambil tunjuk ego masing-masing.


Orang Amerika keluarkan rokok jenama Marlboro. Dua kali sedut terus campak ke laut. Dengan sombong berkata : Too many at US.


Orang Indonesia sikap ‘eksyen’, temberang dan suka bersaing tidak mahu kalah tetap ada, walau di tengah laut, terus capai rokok kretek Gudang Garam. Sekali sedut terus campak juga sambil berkata: Banyak bangat di Indon pak.


Orang Sabah cari idea. Rupa-rupanya, orang Sabah dalam diam-diam ada juga sombongnya. Walau sombong tetap baik hati!


Tanpa berlengah, orang Sabah terus tangkap orang Indon dan campak ke laut. Dengan kuat berkata: Banyak bah ini di Sabah!


Orang Amerika terpinga-pinga kehairanan, terus masuk ke bilik, takut dia pun kena campak!


( Cerita ini untuk bergurau sahaja, tiada kaitan dengan siapa-siapa. Mohon maaf, jika ada yang tersinggung )

9 comments:

Anonymous said...

Bangsa yang berperangai macam ini tak diakui saudara serumpun..pi jahanam dengan mereka.

bat69

matlan said...

asalamualaikum ustaz, saya amat kesal dengan tindakan segelintir rakyat indon ini, tapi percayalah ini hanya segelintir yang kecil sahaja, kalau di bandingkan dengan jumlah rakyat keseluruhan indon itu sendiri pun mungkin peratusnya tidak lebih 0.000001% , dan percayalah ini semua kerja tangan-tangan ajaib, atau tangan-tangan yahudi dan nasara yang ingin melihat dua negara islam serumpun ini agar berbalah, kerana di khuatiri akan muncul seorang pemimpin islam ( al imam mahdi ) dari golongan islam dari kawasan timur atau asia tenggara, dan yang kita telah pasti adalah kemarahan rakyat indon ini adalah kerana berita publisiti yang di mainkan oleh media yang berpangkalan di singapura yang membuat iklan pelancongan untuk melaysia yang menyentuh sensitiviti rakyat indon.....ini yang di inginkan oleh singapura, yang juga merupakan proxy kejahatan yahudi di rantau asia tenggara, pihak indon dan malaysia perlu berhati-hati terhadap perkara ini,......ustaz, jangan di buang si Ohm itu, bisa di guna untuk angkat kelapa sawit, juga suruh tanam sayur.......allah hu alam

hilbert said...

salam Ustaz..,

mulanya suspen juga baca cerita yang tuan Ustaz tulis diatas...

tapi last-last sekali..nak tergelak hehehe

apa-apapun selamat berpuasa kepada seluruh warga Sabah...

ruyom said...
This comment has been removed by a blog administrator.
julee said...
This comment has been removed by a blog administrator.
yuking said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Boleh said...
This comment has been removed by a blog administrator.
romsam said...
This comment has been removed by a blog administrator.
USD said...

Komen org yg sama dgn pelbagai nama dr 5:21pm - 5:31pm dipadam kerana komen racist yg x sedar diri!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin