Salam,
Hendaknya selepas merayakan ulangtahun ke 52 kemerdekaan negara, kita semakin matang dan rasional menjadi werga yamg bijak di bawah sebuah negara berdaulat.
Harapnya kita mampu menilai yang mana kaca, yang mana permata untuk kesejahteraan negara ini. Kita dapat membezakan kebaikan untuk dilaksanakan dan keburukan untuk dielakkan.
Kita dapat mengawal emosi dalam sebarang tindakan atau tutur kata, demi memastikan apa yang telah dibina dalam tempoh ini tidak kita runtuhkan sekelip mata. Perpaduan yang terjalin selama ini, yang menjadikan negara kita seperti apa yang kita lihat hari ini, akan terus kekal terpelihara.
Kita kekalkan keharmonian bernegara untuk kita wariskan kepada generasi mendatang, seperti mana kita mewarisinya dari mereka yang terdahulu. Generasi akan datang juga berhak mengecapi nikmat kemerdekaan seperti kita.
Kepada para pemimpin - pemimpin politik terutamanya, sama ada BN atau Pakatan - hendaknya kepentingan negara diutamakan melebihi kepentingan lain, mengatasi agenda politik tentunya. Janganlah dek kerana kepentingan politik sempit, demi merebut kuasa, sanggup meletakkan negara ini diambang kebinasaan.
Apa pun keturunan, agama atau ideologi politik kita, sewajarnya kita kena bersatu meraikan kemerdekaan ini dengan keinsafan, disini bumi kita pijak, di sini juga langit kita junjung!
Kita jadikan sambutan merdeka ke 52 kali ini sebagai titik tolak persefahaman sejati antara kita sebagai anak Malaysia!
****************************
Melihat perkembangan yang berlaku sehari dua ini, nampaknya kita masih jauh dari menjadi werga yang matang dan rasional. Bantahan pemindahan kuil di Seksyen 23, Shah Alam sebagai contoh.
Di pihak penduduk yang terlibat yang membantah, diakui hak mereka untuk tidak bersetuju dengan pemindahan tersebut. Kita faham perasaan mereka, namun tindakan mengarak kepala lembu sangatlah tidak rasional, walau apapun alasan mereka. Ada banyak cara lagi yang boleh dibuat sebagai protes!
Sementara di pihak lain pula, menuduh Umno sebagai dalang bantahan juga satu tuduhan yang dangkal diselubungi fahaman politik sempit. Tidak bolehkah perkara sebegini jangan dipolitikkan? Bukankah pemimpin penduduk yang membantah itu dikatakan ahli parti yang memerintah Selangor? Lagi pun jika benar, salahkah bagi Umno memimpin penduduk membantah pemindahan ini, sedang parti lain juga telah memimpin banyak bantahan sebelum ini?
Diharapkan kematangan kita selepas 52 tahun merdeka akan terserlah berdepan dengan situasi genting sebegini, sambil pihak berkuasa kena bertindak segera dan cekap sebelum sebarang insiden buruk berlaku!
4 comments:
Salam ustaz,
Saya ada satu persoalan yang nak minta pandangan ustaz..
Jika pembangkang nak buat perhimpunan, perhimpunan belum mula tapi pihak keselamatan sudah bersedia, siap dengan marian air dan gas..tapi mengapa kalau pihak sana atau pihak yang nak menghentam kerajaan pembangkang yang nak buat perhimpunan, lambat sangat pihak berkenaan nak bertindak...??
Rakyat ingin bertanya. Bukan prasangka tapi satu persoalan yang perlu dijelaskan secara jujur dan lillahitaalah oleh pihak yang berkenaan. Apa pandangan ustaz.
UMNO ingat kerajaan tu milik kekal dia...bila jadi menteri lagi bertambah ego nya..semua undang-undang dia punya..mulut nereka dikatakan undang-undang..
MCA+UMNO+MIC+POLIS=BN回家骗你妈吧。。不 知道为什么我一看到BN议员我全身都会发火。。。。如果我的儿子将来投BN。。我将亲手杀了他。。许月风和马汉順简直像汉奸走狗 。。真是华人的耻辱。Datuk Seri Nizar 希望你能成为我们未来的。。首相。《SIVAKUMAR你是人民 的大英雄》Pakatan Rakyat 我们会用生命来支持你。《PAS.DAP.PKR你是我们未来的 希望。。》
setelah 52 th akal keBANGSAan > keISLAMan... nak kate camno...?...
Post a Comment