Search This Blog

Monday, September 14, 2009

Haramjadah!

Salam,

Langsung tidak prihatin, tidak sensitif dan memang haramjadah!

Beberapa hari lalu, orang rumah membeli electric oven. Hajat hati untuk membuat kuih raya. Jemu juga makan kuih raya buatan kilang di pasaraya.

Maka setelah puas memilih, dipilihlah satu jenama. Dengan semangat patriotik, dipilih jenama buatan Malaysia - menyahut seruan membeli barangan buatan tempatan. Jenama yang ada iklan di tv gitu.

Bersama oven disertakan buku resipi percuma. Pelbagai resipi masakan disediakan, yang boleh dimasak menggunakan oven. Termasuk gambar di atas, namanya Daging Panggang!


Selain daging panggang, ada pelbagai cara lagi daging dimasak. Memang oven ini pelbagai guna, memang berbaloi, memang mengalahkan microwave oven yang fungsinya terhad.

Yang haramjadah, syarikat nasional, milik Malaysia ini tidak sensitif. Perhatikan gambar di bawah, daging apakah yang dipanggang cantik digambar atas?

Tidakkah syarikat ini tahu pengguna barangan mereka adalah di kalangan umat Islam?

Mungkin KPDNKK boleh berbuat sesuatu...

22 comments:

Dollah said...

Inilah hebatnya negara islam dibawah pimpinan UMNO

USD said...

Dollah, company ni di kawasan pemerintahan 'Khalifah' Lim Guan Eng...

Anonymous said...

yang ni dah lama dah ni..dari zaman dulu kala lagi..itu resepi saja..tak bermaksud oven tu dah pakai untuk panggang babi..

chill bro..

-v-

USD said...

Anon 12;04PM..kita pun x bmaksud kata oven pun dah pakai. Yg kita maksudkan ialah rasa x sensitif company ini menyelitkan buku resipi yg x sesuai utk umat Islam. Itu ja...

Anonymous said...

kilang tu buat utk semua kalau awak nak macam mana awak suka buka kilang sendiri le
dari xo

ntah laaa..... said...

ia utk prod. 1 m'sia..macam2 resepi ada,resepi salai manusia jer x de... hehehehe... emo nya..

One Malaysia said...

Tenang ustaz.

Resepi tu bukan bermakna dia bagi kita masak benda tu. Bila tidak berguna kepada kita, buang sajalah, habis cerita..Macam juga iklan arak tapi jalan, bukan bermakna mereka suruh kita minum arak, ditujukan kepada mereka yang boleh minum saja.

Jadilah umat Islam yang sentiasa sabar dan tenang. Jangan cepat melatah.

Suara Baru said...

sama jer ngan old----kopitiam... depa kata milik nga dan ngeh..pastu bila email atau kol tanya nak buat francais nanti dengan selamba pekerja dia jawab .. ini francai... china punyer.. kita tarak bagi sama melayu.... tak percaya cuba kol tanya

Anonymous said...

ya allah..pasal buku resipi je...
tajuk da mcm ape..
saudara..
kalau saudara keluarkan oven
saudara ltak resipi dging lembu
agak2 saudara india2 marah tak?

jgn la terlampau sempit smpi semua org kena ikut kita..
klau da org tu beragama laen mmgla mereka tak paham..
klau selama ni saudara baca paper ada iklan no 4d saudara tak nak ckp haram jadah kepada editor paper itu ke..

moralnya jgnla melatah, kita dihina
cuma kita negara yg majmuk..
apabila kita bli brg buatan org
kita kena terima la seadanya..

mmg kita majoriti
tapi minoriti juga perlu difahami

maafla klau ada tkasar bahasa ke salah silap ke..

don

Anonymous said...

pembetulan kita tidah dihina diatas

Khairul Anuar said...

Ustaz sensitif tak bertempat. Malaysia ni bukan 100% Islam. Bukan Islam pun ada. No hal la. Bukan haram pun kita beli microwave tu. Susah kalau ustaz yang jumud macam ni.

USD said...

Salam, ya tulisan ini pasal buku resipi ja, tp yg mjadi fokus ialah sikap tidak sensitif sykt Msia thadap pberian percuma buku resipi mereka. Janganlah disamakan dgn iklan 4D di akhbar, kita boleh tidak mbeli @ iklan arak di jalanraya, itu bukan pilihan kita.

Ya, buku itu boleh dibuang, memang pun dibuang cuma sikap buruk spt ini tidak boleh dibiarkan. Sikap salin mhormati mesti dipupuk dan diamalkan.

Bukan soal majoriti atau minoriti, dalam mana2 agama jua tidak boleh mhina org lain! Tk

Sendiri said...

apa susah...kalau pork tu tukar laa daging lain kalau nak ikut resepi yg sama...keputusan no ekor kat paper umno tu hang tak bising pulak...ini lah bukti parti kepala lembu buta hati...

Dollah said...

Myfuad, ngko jangan pertikai keputusan nombor ekor kat suratkhabar UMNO. Itu ekor halal tajaan kerajaan Barisan Nasional

USD said...

Salam, My fuad & Dollah...klu dah buta hati, semua x nampak! Org ceta lain korang ceta lain. Aparrrrrraaaa!

Poppiapap said...

Senang ja, dia kurang ajar, kita umat Islam boikot barangan keluaran mreka. Cuba tguk, terjejas tak dia. Yg support bisnes mereka ni, org kita ja, bangsa meeka mana mau beli barangan jenama Msia.

Mereka ni mana tau sensitif. Duduk berpukuh tahun kat negara majoriti Islam tp bodoh. Subject lain bukan main pandai !!

Ali Uraidhi said...

saya muda lagi..baru 21 tahun..
jadi untuk komen panjang-panjang rasanya belum mampu..
cume apa yang saya nak katakan ialah...mcm ni ke perangai-perangai orang yang berusia?
kalau membincangkan sesuatu isu tu mesti nak kaitkan dengan politik. sebab tu la masa depan kami yang muda-muda ni pon di politikan juga.tak paham la :((

Sendiri said...

politik nie suatu yg penting dalam kehidupan dan akan dibangkit kan nanti bersama pemimpin yang kita sokong hari ini..sepatut dari muda lagi kita dididik dengan politik..politik tak kotor tetapi manusia yg kotor laa yg mengotori politik...

Sendiri said...

orang yg celik hati sahaja dapat melihat kerajaan sekrg bersifat kapitalime ajaran yahudi dalam bab cari makan...antara luahan penduduk felda boleh cari buku dulu tolong skrg along..wang yg diperolehi dengan jln haram rasuah dan penidasan lebih kotor lagi dari babi pangang tu...

Ali Uraidhi said...

cuma pandangan saya..sesiapa yang memerintah tu tak tak penting. Cara memerintah tu yang penting. Pemimpin menindas SESEORANG untuk menjaga kepentingan RAMAI ORANG tu lagi bagus dari berusaha untuk mengadai negara ke tangan orang lain, mengadai hak bangsa sendiri. ^_^ Tuhan tu tahu siapa yang mempunyai niat yang baik. Rata-rata pemimpin ni dahulukan hal peribadi je dari tanggungjawab dia pada negara.Bukti - masing2 keje nak pointing finger to others.Kan lagi bagus sama2 duduk semeja fikir fasal ekonomi negara. hehehehehe

Ali Uraidhi said...

Rasuah bukan je dalam bentuk duit kan? Macam2 cara boleh rasuah. Kerajaan apa yang rasuah rakyat dengan kandang babi? Kerajaan apa yang rasuah rakyat dengan janji3 palsu? :-P

Rasuah tu hal individu, kesalahan individu. Rakyat tentunya bijak memilih. Orang malaysia bukannye bodoh. 1 Malaysia yang cemerlang,gemilang,terbilang

Anonymous said...

Ustaz-ustaz semua...jangan disalahkan syarikat itu kiranya terjadi perkara sebegini..sudah tentunya ia kepunyaan orang bukan islam dan pasaran mereka adalah terbuka kepada semua bangsa...pada mereka tidak salah kalau manual book itu di sertai dgn menu tersebut...jangan pula disalahkan kerajaan pula dlm soal ini..

Pada pendapat saya buat masa ini tiada umat Islam @ bangsa melayu di negara ini yang berminat mengeluarkan perkakasan elektrik yang dapat memenuhi ciri-ciri keislaman seperti yang saudara ingini.

Moralnya: dapat juga kita merasa memiliki perkakasan seperti ini yang dibuat oleh bangsa lain....bangsa kita? kena buka minda, saudara-saudara...jgn melenting x tentu pasal, diri sendiri yg nampak tidak bijak...wassalam

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin