Search This Blog

Tuesday, September 15, 2009

Kalungkan Selipar Buruk Untuk Samy Vellu!


Salam,

Tindakan Tun Mahahthir memberi pandangan ikhlas kepada MIC, ternyata mendapat reaksi yang bukan sedikit. Apa yang disuarakan Tun Mahahthir juga merupakan suara majoriti kaum India dan keseluruhan rakyat, yang dibuktikan melalui penolakan calon MIC dalam PRU lalu.

Perwakilan MIC bercadang mengalungkan selipar kepada gambar Tun Mahathir. Walaupun akhirnya cadangan ini ditolak, namun tindakan sebegini buruk untuk mengaibkan seorang negarawan amatlah dikesali.

Mungkin perwakilan MIC ini terleka bahawa kemakmuran negara yang dinikmati kini sebahagian besarnya adalah hasil 'buah tangan' oleh arkitek pembangunan negara yang mahu diaibkan. Bukan sedikit nikmat yang dikecapi oleh perwakilan ini dan ahli MIC umumnya hasil kegigihan Tun Mahahthir.

Sebenarnya yang menjadi masalah kepada MIC bukan Tun Mahathir, atau orang lain. MIC lemah dan tidak disokong oleh kaum India hari ini ialah kerana kegagalan MIC melakukan perubahan mengikut peredaran masa. MIC gagal melakukan transformasi seperti dikehendaki kaum India.

Masalah utama kepada MIC ialah kepimpinan Samy Vellu yang sudah terlalu lama. Dia gagal membaca kehendak majoriti rakyat yang telah menolaknya di Sungai Siput. Malah menolak calon MIC di kebanyakan tempat, sehingga pengaruh MIC semakin susut. Ramai pemimpin India dalam parti lain seperti PKR mampu pula menang.

Seharusnya Samy Vellu dan MIC meminta maaf kepada Tun Mahathir di atas keceluparan mereka. Apa guna menjadi pemimpin popular di kalangan ahli parti sendiri tetapi rakyat jemu dan bosan. Akhirnya, rakyat bertindak menolak bukan sahaja MIC tetapi BN. MIC menjadi liabiliti BN!

Jika Samy dan Vellu masih berkeras, kalungkan saja selipar buruk itu kepada Samy - bukan gambar Samy!

4 comments:

Anonymous said...

kata org MIC ni jadi bebenan kpd BN... ringkasnya bikan susah...baik kita tubuh parti baru iaitu PARTI UNTUK KLAUM INDIA..tapi kena bijak buat singkatannya...

mail lambong said...
This comment has been removed by the author.
RantauAnakDesa said...

Salam tuan,...bukan setakat kalungkan selipar buruk pada Sami Bullu tp saya mencadangkan TENGKORAK KEPALA LEMBU yang diusung ketika perhimpunan pembinaan kuil seksyen 23 sha Alam dikalungkan di tengkuk Sami Bullu....

salam singgah
www.rantauanakdesa.blogspot.com

Rajawali said...

Ingatkn lagu Bangau oh bangau! tu dah abis...rupanya ada versi baru lagi..dengan tajuk album selipar-lagu tema bangau oh bangau!
semoga pemimpin2 BN dapat bermuasabah diri dengan isu-isu sesama sendiri yang berlaku dikiri dan kanan mereka tanpa kesudahan.
sekian

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin