Search This Blog

Loading...

Wednesday, August 26, 2009

Iktibar Dari Permatang Pasir



Salam,

Seperti dijangka, PAS mengekalkan kerusi satu-satunya kerusi mereka DUN Permatang Pasir. Tahniah kepada YB Salleh Man, selepas enam percubaan untuk menjadi YB, kali ini ia berhasil. Harapnya amanah pengundi dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Bagi Umno, tiada apa yang harus diriuhkan, sememangnya kerusi ini milik PAS sebelum ini. Usaha telah dilakukan, namun kemenangan masih jauh untuk dicapai. Post-mortem untuk pilihanraya ini wajar dilakukan, mencari di mana silapnya.

Umno kena meneliti pelbagai faktor yang menyumbang kepada penolakan pengundi Permatang Pasir di sebalik tawaran menjadikan Permatang Pasir sebagai anak emas Kerajaan Persekutuan. Kajian harus disegerakan melihat mengapa momentum di Manik Urai seakan tidak dapat dikekalkan.

Pada masa depan, Umno sewajarnya meneliti dengan mendalam dan berhati-hati calon yang hendak diketengahkan. Kena pastikan calon yang dipilih mempunyai 'wow factor', yang boleh menghasilkan kemenangan, atau paling kurang memberi saingan sengit. Janganlah dipilih calon asal ada calon berlawan.

Bukan calon yang sejak hari pertama tempoh berkempen lagi sudah diserang dengan isu moral, calon yang peribadinya boleh dieksploitasi oleh pihak lawan sehingga menyebabkan kempen dijalankan untuk mempertahankan moral calon pula. Walaupun apa yang dijaja adalah fitnah dan tidak benar, namun tempoh 8 hari tidak memadai membersihkan nama seorang calon.

Takkanlah dalam beribu ahli Umno di Permatang Pauh / Permatang Pasir, Sdr. Rohaizat Osman menjadi calon terbaik yang boleh ditampilkan?

Bukan salah Sdr. Rohaizat, tapi 'panel pemilih' calon kena bertanggungjawab di atas pilihan yang silap ini!

15 comments:

Anonymous said...

Post Moterm tu kena kaji kenytaan KP yg pemuda PAS & PKR akan undi UMNO.

Dia tu takleh dibawak kesebarangPRU kut

faizal said...

pengundi alaf baru semakin cerdik dan terdidik
hasil kejayaan pendidikan negara.

Tahniah kepada kerajaan kerana meningkatkan taraf pendidikan rakyat.

bila rakyat dah cerdik,UMNO jangan lah mainkan isu-isu lapuk,seperti

1)hanya UMNO layak memerintah

2)pakatan rakyat memerintah negara akan huru-hara.

3)pakatan rakyat memerintah melayu tergugat.

4)kalau tak sokong umno bermakna parti melayu islam yang lain dikatakan pengkhianat dan menjadi kuda.

5)malaysia maju sebab UMNO,kata rakyat tidak bersyukur dengan apa yang UMNO bagi..tetapi UMNO lupa bahawa kuasa yang ada disebabkan mendapat sokongan dari rakyat.kejayaan yang dicapai UMNO kerana rakyat memberi dokongan.tanpa rakyat UMNO tidak sehebat mana.jasa rakyat lebih bernilai daripada jasa UMNO kepada rakyat kerana dengan hasil cukai dan kepentingan yang diambil dari rakyat dapat menyenangkan UMNO.UMNO semakin lupa diri.

6)isu yang paling bangang dibawa oleh UMNO adalah penang dan diperintah oleh cina iaitu DAP.siapa cina tu..warganegara mana?UMNO menanam semangat bencikan kaum lain kerana takut kehilangan kuasa.takut kepada bayang-bayang..

7)bila kalah UMNO masih bongkak memperbodohkan diri dengan alasan-alasan yang dangkal.propoganda yang ketinggalan zaman.

8)masih dengan taktik lama iaitu gunakan wang untuk kemenangan

9)UMNO semakin kejam dan lupa diri

benar kata che det "melayu mudah lupa" termasuk diri dia sendiri.


AKHIRNYA KESUDAHAN PILAHANRAYA TERSEBUT ADALAH KESUDAHAN YANG AMAT BAIK DAN ADIL KERANA INI MENUNJUKKAN ALLAH MASIH SAYANGKAN MELAYU ISLAM UMNO.WALAUPUN UMNO SEMAKIN SESAT DENGAN DASAR PANDANG KE BARAT TETAPI ALLAH MEMBERI PETUNJUK DAN JALAN AGAR UMNO BERUBAH DAN MEROMBAK DASAR-DASAR YANG TIDAK SELARI DENGAN ISLAM.

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Dato Seri NAJIB ambillah tindakan yang tegas dalam menangi masaalah dalaman UMNO.Singkirkan kotoran yg rakyat semua tahu.Tunggu apa lagi......Ternyata apa yg terjadi dalam PRU12 lalu amat melukakan.....jangan biarkan pelakun2 yg sama akan meruntuhkan UMNO...dlm PRU13 nanti..RAKYAT memerlukan PEMIMPIN UMNO YG BERKELAKUAN BAIK,BERILMU,TEGAS dlm perjuangan BANGSA......KAREKTOR INI MEMANG ada dibahagian2 seluroh MALAYSIA...tetapi mereka ini bukan jenis bermuka2 dan menonjol diri......KETUA2 bahagian yang ERA lalu bolih lah berundur dan beri laluan Pejuang2 MUDA MELAYU YG KINI SEDAR BANGSA DAN AGAMA DICABAR...KITA memerlukan pemikiran baru yg bolih MENARIK JENERASI MUDA BARU MEMAHAMI perjuangan bangsa alaf ini dan ini bolih dilakukan olih PEMIMPIN MUDA YG BENAR2 sayangkan perjuangan bangsa......Bagi pemimpin2 yg bersekongkol dgn PAK LAH dan merosakan UMNO patutlah digugurkan sebagai tanda TANGGONG JAWAB terutama MENANTU yg MENANG DULU jadi KP penuh tandatanya......Sesunggohnya musoh dari dalam akan meruntuhkan bangsa............salam.

ustazSAID said...

Salam Faizal, Tahniah kpd PAS, smoga maju jaya!
Setuju dgn Rahman...transformasi kena digerakkan dgn segera!

sasha2020 said...

UMNO tak salah. Memang ada pemimpin yg tak guna...Mereka ni perlu disingkirkan.

Yang jadi masalah ialah fitnah yg ditaburkan di kalangan rakyat oleh bekas ahli UMNO yang sekarang ini dlm PKR. DAP dan PAS tumpang sekaki.

UMNO dan BN sebenarnya tak seteruk seperti yg digambarkan oleh pembangkang. Mana mungkin Malaysia boleh maju sebegini kalau UMNO dan BN teruk.

Cuba tengok di Selangor dan Pulau Pinang, baru 1 tahun 5 bulan PR memerintah, byk masalah timbul sebab tak ada yg pandai memerintah. Selangor, dalam 2-3 tahun lagi akan bangkrap. Rasuah berleluasa. Pemimpin DAP errogant. Pemimpin PAS tak ada kuasa bercakap. pemimpin PR tak sehaluan...Tak boleh nak bayangkan, macam mana kalau PR memerintah malaysia...Teruk jadinya.

matlan said...

asalamualaikum ustaz, ini semua hikmah di sebalik kejadian yang Allah berikan kepada pemimpin2 UMNO dan rakyat islam Malaysia keseluruhannya, untuk menyedarkan kepimpinan UMNO agar tidak terlalu sombong dan bongkak, alhamdulillah Ramai pemimpin UMNO sekarang sedang kearah memperbaiki diri dan ada kelihatan langkah2 pembersihan ....pemimpin UMNO sekarang di lihat kurang bongkak dan semakin senang di dampingi rakyat pada kebelakangan ini,...hikmah ini juga menyerlahkan diri sebenar rakan2 kita di parti bukan melayu yang kita anggap selama ini baik dan ikhlas, rupanya ada maksud tersirat juga, dan hikmah ini juga mengajar kita untuk mengenali betapa bahayanya DAP dan PKR jika di beri kuasa untuk memerintah...baru ada sedikit kuasa di selangor sudah nak jadi kerajaan underworld....allah hu alam

kifli said...

Assalamualaikum

Di Malam ramadhan yang mulia ini, saya menulis kepada tuan, ingatlah! jangan sesekali kita bersikap memusuhi para wali Allah, mereka adalah orang yang garang di siang hari, sedangkan diwaktu malamnya mereka menghina diri dihadapan Allah.

Jika ada tutur katanya atau apa-apa tindakan yang tidak sehaluan dengan kita, janganlah kita hinakan dia dengan kata-kata keji atau memusuhinya dengan sehabis-habis pemusuhan,kerana Allah mengisytiharkan perang kepada mereka-mereka yang memusuhi para walinya.

Anonymous said...

salam ustaz said...

Punca kekalahan Umno di pmtg pasir adalah kerana panel pemilih yang di ketuai oleh dato Zahid hamidi yang merupakan bekas rakan (pengkhianat melayu) Anwar telah mengadakan pertemuan sulit dan sengaja memsabatoj umno dengan memilih rohaizat sebagai calon..


Saya syorkan dan cadangkan pada PM agar berhati-hati dengan Datuk zahid hamidi yang mempunyai gaya muslihat anwar agar di pecat dan di buang dari UMNO yang kita sayangi kerana menikam umno dari belakang.


Umno Johor.

Anonymous said...

salam ustaz said...

Punca kekalahan Umno di pmtg pasir adalah kerana panel pemilih yang di ketuai oleh dato Zahid hamidi yang merupakan bekas rakan (pengkhianat melayu) Anwar telah mengadakan pertemuan sulit dan sengaja memsabatoj umno dengan memilih rohaizat sebagai calon..


Saya syorkan dan cadangkan pada PM agar berhati-hati dengan Datuk zahid hamidi yang mempunyai gaya muslihat anwar agar di pecat dan di buang dari UMNO yang kita sayangi kerana menikam umno dari belakang.


Umno Johor.

faizal said...

kebanyakkan komen penyokong UMNO bersifat curiga dan tidak percayakan sesama ahli.tidak taat kepada pemimpin mereka sendiri.

kenapa mereka ada sifat sedemikian kerana umno sudah tahu kenapa mereka ditolak oleh rakyat tetapi mereka enggan menerima sebabnya.

sila sebut calon-calon umno yang masih bersih dan sesuai pasti mana-mana orang sukar untuk mencari dan memberitahu.

UMNO dibesarkan berpaksikan wang dan kuasa.lama-kelamaan pasti UMNO akan porak peranda.

aku rasa tiada lagi pemimpin UMNO yang layak menjadi calon ataupun pemimpin.baik muda baik tua.semua kemaruk duit dan pangkat.

ini akan menjadi sebab kenapa UMNO bakal dikapankan-amin

faizal said...

It is people like you that cause the down fall of UMNO...

(1) played up Islamic issues which is non existent at all. DAP and Chinese has never anti Islam. What we afraid is corruption, nepostism. It is very easy to target DAP and Chinese and DAP as enemy like what Utusan malaysia is doing.

Even Malay friends has insaf and they totally tolak UMNO sama sekali. Permatang Pasir voters are very educated. They will not listen to UMNO's old song anymore.

52 years under UMNO did you see them give free water to rakyat? give RM1,000 to the young people enter university? give money to the old people?

Umno only enrich their kuncu kuncu like Khiry Toyo, Muhammad Taib,Khairy.....and more and more

now HINI death tolls alreday reach 70, economy is still very bad, crime rate is still very high...who cares...

Everyday politics and politics only


Wakeuplah UMNO,If UMNO really change, I will be the first one to vote.

faizal said...

jika UMNO menyokong dasar-dasar islam ditegakkan dan mempraktikkannya di malaysia saya bersumpah akan menyokong UMNO seumur hidup

kifli said...

Siapakah Sebenarnya Yang Tidak Mahukan Perubahan?

Pelbagai komen dan pandangan diberikan oleh pihak UMNO apabila mereka sekali lagi ditolak oleh pengundi dalam pilihanraya kecil di Permatang Pasir semalam. Rasa kekecewaan UMNO diterjemahkan oleh TPM yang memberikan ulasan terhadap kekalahan UMNO tersebut dengan mengatakan para pengundi tidak mahukan perubahan. Apakah benar para pengundi menolak perubahan ataupun sebenarnya mereka menolak UMNO? Hakikatnya bukanlah para pengundi tidak mahukan perubahan tetapi faktanya saat ini mereka tidak mahukan UMNO.

Secara fitrahnya manusia itu cenderung kepada perubahan. Cuma samada perubahan itu ke arah kebaikan ataupun sebaliknya bergantung kepada konsep perubahan yang dibawa. Islam memandang bahawa perubahan itu adalah sesuatu yang perlu dimulakan dengan perubahan pemikiran. Selagi pemikiran manusia tidak diubah maka selama itulah tidak akan berlaku perubahan yang sebenarnya. Firman Allah SWT

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [TMQ ar-Ra’d (13) : 11]

Hakikatnya UMNO sendiri yang perlu berubah. Dari sebuah parti yang berasaskan ashobiyyah kepada parti yang berasaskan Islam dan berjuang untuk mengembalikan kembali kehidupan Islam agar Deen Allah yang mulia ini dapat diterapkan kembali di tengah-tengah kehidupan manusia. Kita yakin jika UMNO berubah kepada parti yang berasaskan Islam dan berjuang untuk Islam sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT;

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu umat yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya” [TMQ al-Imraan (3) :104],

InsyaAllah umat Islam akan bersama dengan mereka. UMNO wajib berubah dengan meninggalkan fahaman ashobiyyah jahiliyyah dan berpegang teguh dengan Islam. Dengan perubahan ini, sinar kemuliaan akan pasti menyerlah..

faizal said...
This comment has been removed by the author.
faizal said...

NAK LIHAT BAGAIMANA YAHUDI MEROSAKKAN PEMIKIRAN ISLAM

SILA LIHAT BLOG NI

http://duniacacamarba.blogspot.com/

DAN LIHAT JAWAPAN UNTUK KEMUSYKILAN TUN MAHADET

http://malaysiakamu.blogspot.com/

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin