Search This Blog

Loading...

Wednesday, August 12, 2009

Sokong Harimau Menaip...Sokong Perjuangan Islam!



Salam,

Melihat serangan yang dibuat ke atas Harimau Menaip, meremang bulu roma, menyirap darah. Ini bukan setakat menyerang Tok Rimau, ini sudah melampau. Menyerang Islam!

Sebagai tanda menyokong perjuangan Tok Rimau, tulisan ini didekasikan untuk beliau. Sangat setuju supaya pihak berkuasa SEGERA mengambil tindakan ke atas blogger yang semakin hari semakin berani mencabar! Semakin berani bersenda dengan agama Allah ini.

Tanpa mengira siapa, tanpa mengira apa ideologi politik yang dipegang, sewajarnya usaha mencemarkan agama Allah ini WAJIB ditentang. Janganlah dalam soal ini pun masih mahu mengambil hati dan bimbang tidak mendapat sokongan.

Berbaloikah menang pilihanraya dengan maruah agama Allah dipijak, diinjak-injak? Harga diri hanya akan bernilai bila ia dapat dipertahankan semasa diserang!

Atau kita masih 'pengsan', tidak sedar apa yang berlaku? Masih berdiam diri dengan harapan supaya dapat memenangi undi di Permatang Pasir?

7 comments:

wak-labu said...

Anak2 muda hari ini terlalu giarah berpolitik. Malang nya mereka sangat kurang atau terlalu cetek tentang 'kuasa politik'.

Kuasa politik Tanah Melayu harus di terajui oleh Melayu/Islam. Ertinya ketua pentadbiran Melayu/Islam dan EXCO nya mestilah lebih 51% Melayu/Islam. Jika perkara ini TIDAK berlaku ini bermakna 'kuasa politik Melayu/Islam' tidak ujud.

Perkara ini sudah berlaku di negeri Perak. Walaupun PAS cuma ada 6 kerusi DUN, wakil PAS menjadi Menteri Besar Perak. Tetapi jika di lihat pada barisan EXCO nya, PAS cuma ada seorang ahli sahaja. Sedangkan DAP/PKR ada 9 ahli EXCO nya.

Jika di pecahkan kepada kaum, Melayu/Islam cuma ada 3 ahli EXCO berbanding DAP/PKR 7(bukan melayu/Islam). Inilah yang di namakan Melayu/Islam sudah kehilangan 'kuasa politik' nya.

Harimau-Menaip said...

Assalamualaikum Tuan,

Terima kasih Tuan atas entri khas ini. Semacam Loke Siew Fook pula saya rasa diri saya sekarang (hehehehe).

Dan, saya menyokong Tuan dan BPN dalam perjuangan ini.

Salam penuh hormat.

Harimau-Menaip said...

Assalamualaikum Tuan,

Terima kasih Tuan atas entri khas ini. Semacam Loke Siew Fook pula saya rasa diri saya sekarang (hehehehe).

Dan, saya menyokong Tuan dan BPN dalam perjuangan ini.

Salam penuh hormat.

faizal said...

tak payah Non-muslim ..


UMNO sendiri membuka ruang kepada orang lain untuk menghina islam..

nama aje islam tetapi perangai dan perwatakan macam kafir..

Datu Sulaiman said...

Semuanya hanya mahu dijadikan gimik.

Mana sudah KDN ?
Mana sudah suruhanjaya komunikasi?

Mengapa dibiarkan, jika benar ??

Bawa mereka kemuka pengadilan..,jangan cakap saja...

Lagi lama dibiarkan, tidak baik untuk kestabilan negara.

ustazSAID said...

Faizal, lesen besar utk mhina Islam sudh dberi atas klausa tidak faham Islam oleh Tok Guru. Ertinya, jgn kita salahkan US, Israel memusuhi Islam sbb durang pun x faham!

mekmunah said...

sudah le wahai geng2 hizbut tahrir.... congakan kamu tu ada benarnya tapi tak bermakna islam tidak boleh dilaksana.Kalau Allah nak izinkan islam ini tertegak di malaysia ni, org kafir pun boleh terima perundangan Islam . maka dgn melayu 50% pun Islam boleh dilaksanakan.

begitu juga kalau pun khilafah tertegak dan sorang khalifah dipilih 'apa jaminan kamu bahawa pemerintahan khalifah tersebut tiada cacat cela ?? 100% solid semuanya ??...apa jaminan anda bahawa dgn 'thariqah rasulullah' yg anda ambil ini sehingga terlantiknya khalifah maka yg dilantik itu akan 100% sempurna seperti khulafa arrasyidin ??
Jadi tiada jaminan terhadap natijah kerja kita bahawa ia akan berjaya melainkan itu semua ditangan Allah semuanya...maka apa yg kita semua sdg lakukan kini adalah 'try and error' dang mengambil ruang sedayanya memperjuangkan agama ini, disamping mengharapkan natijah yg baik terhadap segala usaha kita.Samada benar akan berjaya atau tidak bukan lagi menjadi hak kita....
oppss...jangan mudah menuduh perjuangan org lain tak ikut thariqah Rasulullah sedang perjuangan HT saja yg ikut thariqah rasulullah...sebab kedua-duanya ada hujah tersendiri....kecuali UMNO hujah mereka adalah sekular dan batil.
semuanya.

jadi hentikan usaha kamu mencerca dan menghina gerakan Islam lain kerana kecewa 'usaha' kamu menarik org lain tinggalkan demokrasi kurang berjaya. Demi Allah kamu tidak dapat membuktikan perjuangan gerakan islam lain batil dan gerakan kamu saja yg benar kecuali setelah kita semua mati dan bertemu dihadapan Allah.Di situlah kita akan diadili tanpa sesiapa boleh nak menyombong lagi.Jadi jangan hinakan usaha org lain sebab org lain juga berjuang kerana Allah.

syukur...pimpinan Pas tidak sedungu kalian yang semakin ghairah mencerca usaha2 pas dan pemimpin pas...kerana itu tidak menguntungkan bahkan merugikan kekuatan Islam. Biarpun Pas turut menantikan khilafah tetapi tidak pulah menuduh batil gerakan HT yg juga inginkan khilafah tetapi menolak demokrasi.Kita tidak mahu terlibat dgn kerja-kerja bodoh 'memprovokasi' perselisihan sesama gerakan Islam.

jadi ternyata kalianlah yg ghairah sangat nak bermusuhan ini.

jadi kalian boleh menilai diri sendiri...

yg namanya rimau tu.... tulisan kamu cukup saya kenali....semoga bernilai pahala disisi Allah nanti.Tulisan juga takkan Allah sia-siakan...semuanya akan dipertanggungjawabkan nanti.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin