Search This Blog

Loading...

Thursday, August 13, 2009

Dr Hasan Ali Sebagai Mursyidul Am PAS!

Salam,

Membaca kenyataan Mursyidul Am PAS digelar Tok Guru, Nik Aziz yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam, elok rasanya jawatan MA ini bertukar tangan!

Dr Hasan Ali rasa lebih sesuai dan lebih berwibawa untuk bercakap soal perjuangan agama dalam PAS ni. Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau tidak akan tunduk terhadap 'ugutan' timbalan pengerusi DAP Selangor, Tony Pua supaya beliau dikenakan tindakan disiplin ekoran kenyataannya berhubung isu rampasan minuman keras di Shah Alam.

Dr Hasan lebih berani dan jelas pendiriannya dalam mempertahankan prinsip berbanding Nik Aziz yang ketara membuat kenyataan politik. Tujuannya tentulah untuk memancing undi Cina dan India di Permatang Pasir.

Tapi kalau iya pun nak menang PRK janganlah sampai macam tu. Sampai nak membiarkan maruah agama dipersendakan tu bukanlah caranya. Paling mudah, kalau dah tiada semangat atau tiada idea, bukankah lebih elok diam!

So, kepada Sudhagaran dan rakannya Joachim Francis Xavier yang membuat aduan polis berhubung isu penyamaran wartawan majalah itu Muhd Ridwan Abdul Jalil sebagai penganut Katholik bagi menyiasat khabar angin terdapat usaha memurtadkan gadis Islam, tidak payahlah susahkan diri menghantar memo ke KDN.

Penganut Katolik kena tahu bahawa wartawan tersebut melakukan perkara sedemikian kerana kefahamannya terhadap Katolik mungkin tidak mendalam. Kalau ikut Nik Aziz, ini adalah lesen untuk berbuat sesuatu walaupun bersalahan pada pandangan orang lain.

Seperti kata Nik Aziz lagi, penerangan harus diberi kepada DAP untuk mereka memahami Islam, maka pihak Katolik juga harus memberi penerangan kepada wartawan tersebut untuk memahami Katolik.

Macam-macam hal!

19 comments:

hilbertmontell said...

Salam sejahtera Ustaz,

Saya setuju. Nik Aziz sudah tidak layak dan sudah tidak sesuai lagi duduk sebagai Mursyidul Am PAS. Banyak sangat kenyataan yang beliau keluarkan bercanggah 100% dengan ajaran Islam yang boleh mengundang berbagai malapetaka kepada negara ini.

Tidak patut sama sekali dia merestui DAP untuk menghina agama anda iaitu Islam. Apa tujuan sebenar Nik Aziz, hanya dia sendiri saja yang tahu, cuma kita melihat tindakan Nik Aziz ini telah menyimpang terlalu jauh sudah daripada tunututan sebenar Islam, dimana setiap seorang daripada umatnya dituntut supaya memelihara agamanya dari dinodai kesuciannya.

Datu Sulaiman said...

tidak betul Datuk Nik Aziz merestui DAP menghina Islam. Kenyataan ini fitnah kerana yang sebenarnya Nik Aziz mengatakan kalau DAP menghina Islam, itu disebabkan kerana dia bukan Islam dan sudah tentu mereka jahil tentang Islam..Tetapi kata beliau, jika orang Islam sendiri yang menghina Islam maka mereka itu lebih teruk kerana mereka adalah Islam dan tahu Islam itu apa..

Hari ini kalau kita lihat,orang-orang Islam yang meminum arak, mengambil dan memberi rasuah dan pelbagai lagi perangai yang melanggar syarikat Islam, mereka itulah yang lebih menghina Islam..

Saya sama sekali tidak bermaksud menyebelahi mereka-mereka dalam DAP yang dikatakan itu, tetapi saya juga amat tidak setuju bila Islam mula digunakan untuk meraih sokongan politik.Dulu masa zaman kegemilangan UMNO mana ada soal-soal begini menjadi perbaualan hangat..?

Pihak berkuasa, KDN dan jentera kerajaan yang berkaitan sepatutnya bertindak cepada dan tidak membiarkan perkara-perkara seperti ini diperdebatkan dalam blog dan pembicaraan umum. Mengapa lembab sangat ?

matlan said...

asalamualaikum ustaz, saya setuju dengan pendapat bahawa orang kafir/DAP yang menghina islam adalah kerana mereka tidak faham tentang islam,......biarlah mereka hina islam ini, kerana ini akan membuka ruang kepada bukan islam lain untuk mengenali atau mengkaji siapa sebenarnya islam itu, apa sebenarnya islam itu, benarkah islam itu sehina yang di gambarkan......rasulullah dan sahabat juga di hina seteruknya, tetapi setelah mengetahui siapa rasulullah dan islam sebenarnya, mereka di terima seperti apa yang kita lihat sekarang ini,.....orang kafir DAP menghina islam ini bukan berdasarkan penilaian mereka keatas apa ajaran islam, tetapi adalah atas penilaian mereka terhadap pangamal islam itu sendiri terutama masyarakat melayu yang malas, tidak berdaya maju , hasad dengki, korup, gila kuasa dan berbagai lagi yang sememangnya tidak di ajarkan di dalam islam atau memang di haramkan.....jadi di sini mana2 orang bukan islam yang ingin menghina islam, nilai lah islam terus dari ajaran al-quran atau nilai lah dari pengamal nya yang paling mulia iaitu rasulullah muhammad bin abdullah.....bukannya di nilai, tok guru nik aziz, pak lah, najib atau harussani......allah hu alam.

Datu Sulaiman said...

Sdr.Matlan,
Tahniah atas pendapat anda. Pandangan seperti ini lebih membina daripada panndangan=pandangan yang meracau dan membabi buta. Tidak tahu hujung pangkal terus menghentam Nik Aziz dan macam-macam. Saya naik muak dengan sikap seperti ini.

Kita apabila diujia dengan kebencian, perlulah menghadapinya dengan rasional, sabar dan bertindak mengikut saluran yang betul..Bukankah kerajaan hari ini dikuasai oleh UMNO jadi mengapa orang-orang UMNO terus memekik dan melolong, kuasa ada ditangan anda,anda memerintah.. Gunakan saluran undang-undang.. Kalau Nik Aziz salah, tangkap dan dakwa dia, jangan hina atau kata dia dengan macam-macam. Fahami dan ketahui maksud sebenar setiap ucapan dia, bukan dengan memutar belit dan memfitnahkannya..

Ayuhlah, jika anda mahu orang menyokong anda, jangan menyemarakkan api kebencian. Kita ambil jalan damai dengan menggunapakai kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. Yang salah perlu didakwa segara, jangan jadikan isu dan sentimen berpanjangan. JANGAN GUNAKAN AGAMA UNTUK MENARIK SOKONGAN POLITIK.

ustazSAID said...

Salam Datu Sulaiman, sbenarnya siapa yg gunakan utk kepentingan politik ni?
Mhormati ulama ( tmasuk ulama politik ) x salah, kita bcerita bukan soal peribadinya, tp apakah kita mahu bdiam diri dgn pendapat yg salah? Siapa boleh mjamin seorang ulama x melakukan kesilapan...bg saya ini satu kesilapan.
DAP x memahami Islam? selepas beratus th duduk scara harmoni di negara ini, mengapa masih belum memahami Islam, sedang Muslim amat mudah memahami & btoleransi dgn non-muslim.?
Ini bukan soal jenayah, mau dtangkap dan didakwa...ini cuma sedikit khilaf dr seorg tokoh agama yg dhormati. Bayangkan apa perasaan muslim lain bila tokoh yg diharap x mlakukan pbelaan thadap agama Allah ini. Bayangkan pula apa kata non-Muslim DAP bila mereka diberi lesen besar utk terus mcabar & menyerang Islam, hanya kerana mereka x faham sgt mendalam!
Buka mata, buka minda...TK

kifli said...

Wahai para pemimpin Bangsawan UMNO,
Janganlah berpura-pura memperjuangkan Islam,
Jangan jadikan Islam sebagai mainan,
tak takutkah pada api neraka,
ku tahu hanya kuasa yang UMNO mahukan,
kenapa perlu agama menjadi mainan,
kenapa syariah islam dipijak dibumi islam,
Kerana UMNO menghalalkan yang mungkar,
tak malukah setelah iman kami kamu porak perandakan,
dengan hiburan, serta sogokan,
dengan maksiat serta kurafat,
anak-anak luar nikah bersepah sana sini,
ntah hidup ntah mati,
benarlah kata-kata Nabi,
pemimpin agama menjadi abdi,
bercakap besar tapi tak mengerti,
matanya celik tetapi buta,
yang nyata menjadi spekulasi,
masjid dibina besar berdiri kosong, madrasah suram tiada berpenghuni,
masjlis agama sunyi sepi. masyarakat sudah hilang iman di hati,
konsert-konsert merata tempat,ramai pemuda pemudi duduk rapat-rapat,
syaitan-syaitan mengerumuni bakal-bakal penghuni neraka,
kerana pemimpin UMNO yang buta hati,
hal-hal agama di tolak tepi,
apa nak jadi Malaysia kini,
di pandang hina pelusuk dunia,
undang-undang agama tiada makna,
undang-undang sivil sudah tiada integriti,
UMNO yang ego serta bongkak,
langsung tidak mahu mengenal diri,
tidak ada perasaan menghormati,
berlagak sombong,
harta yang dikumpul dari peluh orang lain,
sehingga sanggup memijak saudara sendiri,
munafik sungguh pemimpin UMNO,
tidak mengerti halal dan haram,
wajib, sunat dan makruh,
quran sebagai hiasan dinding,
tetapi diri penuh dengan dosa,
bertaubatlah wahai pendusta agama,
dunia memang luas buatmu,
kubur amat sempit buatmu,
akhirat amat azab buatmu,
pilihlah yang mana satu wahai manusia,
hidup, mati dan perhitungan,

ustazSAID said...

Salam Kifli, Tahniah dan tkasih atas idea & ingatan anda. Sewajarnya kita kena b’ingat-ingat selalu, tanpa mengira apa parti atau ideology kita. Umno, PAS, PKR DAP @ apa sahaja, biarlah Islam kita letak di atas. Kita tanggalkan pakaian parti, kita ketepikan ideology parti yg mbelenggu kita demi melihat Islam terus tpelihara…dengan saling tegur menegur dgn ikhlas! Jika Umno salah kita tegur, jika pimpinan PAS silap kita tegur, jika pimpinan Muslim PKR terlanjur, jangan biarkan, kita kena sedarkan…Insya Allah jika semua bperanan, Islam tpelihara dan org bukan Islam akan mhormati!

Tiadalah kecoh2 spt skg ni...

Anonymous said...

Salam, bagus pandangan kau0rg... Kesimpulannya :
1. Jika ada org menghina anda jgn marah sbb mereka tak faham tentang anda.
2.Jika ada org islam menghina agama kristian,Buddha dll jangan marah sbb org islam tak faham tentang agama mereka.
3.Kalau ada maksiat berlaku di Msia semuanya sebab UMNO kerana UMNO yg berkuasa.. termasuklah di Kelantan, Sgor, PP & Kedah....
4.Kalau kita miskin jangan salahkan org lain sebab UMNO lah tu.
AKHIRNYA.. semua yg berlaku adalah disebabkan UNMO...OLEH itu pastikan semuanya dilaporkan terlebih dahulu kpd UMNO untuk kelulusan sebelum buat kerja atau apa2 sja supaya UMNO dapat menjaga dan mengawal agar tidak dipersalahkan dikemudian hari.....NYANYIKAN lagu Bangau oh bangau.. dan hayati lagu tersebut dgn hati yg tulus dan ikhlas.
By..anak Bfort

hilbertmontell said...

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Tuan Ustaz saya setuju.

Datu Sulaiman mungkin Datu kurang mengikuti apa perkembangan yang pernah dan sering dihadapi oleh agama anda bukan saja setakat dinegara kita Malaysia tetapi di seluruh pelusuk dunia ini.

Ingat tak Datu Sulaiman dengan tindakan sebuah akhbar di negara Denmark yang telah menyiarkan gambar kartun Nabi Muhamad pada 15hb February 2008? Perbuatan itu telah membangkitkan perasaan yang amat marah dikalangan umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia dan tentu sekali orang-orang PAS turut sama membantah.

Dua tahun sebelum itu juga akhbar tempatan iaitu Sarawak Tribune dan GuangMing Daily telah dikenakan tindakan dengan lesen penerbitan akhbar milik mereka ditarik balik kerana menghina Islam dan Nabi Muhamad dengan turut sama menyiarkan gambar kartun yang serupa menghina Nabi Muhamad dan Islam. Ada satu lagi akhbar yang hampir dikenakan tindakan serupa, tetapi setelah surat tunjuk sebab diterima mereka...NST telah memohon maaf secara terbuka berkenaan dengan penyiaran salah gambar kartun tersebut.

Perbuatan ini bukan saja mendapat bantahan daripada pemimpin Melayu UMNO malah daripada pemimpin-pemimpin Melayu PAS dan NGO lainnya. Ini terbukti apabila pada penghujung bulan February 2006 Ketua Pemuda PAS YB Salahudin Ayub serta Presiden Mapan Datuk Dr Maamor Osman telah membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga akhbar ini.

Dalam pada itu juga terdapat lagi kes dimana melibatkan seorang dramatis terkenal iaitu Rosnah Mat Aris yang turut dikena tindakan apabila beliau juga mengeluarkan kenyataan berbau penghinaan terhadap Nabi Muhamad dan Islam.

Kes yang agak baru dimana seorang Ahli Parlimen Belanda iaitu Geert Wilder telah tampil dengan sebuah filem hasil beliau berjudul "Fitna". Perbuatan Geert itu juga telah mengundang bantahan besar umat Islam dari seluruh dunia juga termasuk Malaysia kerana filem ini terang-terang cuba menghina Islam.

Bantahan terhadap filem "Fitna" bukan saja dari kalangan pihak UMNO tetapi juga dari seluruh mereka yang memimpin PAS serta para pengikutnya. Berbagai desakan diadakan bertujuan untuk menekan kerajaan Belanda supaya bertindak terhadap Geert Wilders itu.

Kepada Datu Sulaiman, pertanyaan saya begini,..apabila PAS termasuk Nik Aziz berang dan boleh marah dengan perbuatan Geert Wilders serta akhbar-akhbar yang jelas telah menghina Nabi Muhamad dan Islam, TETAPI kenapa apabila DAP membuat perkara yang sama seperti Geert Wilders iaitu dengan tujuan untuk menghina Islam, Nik Aziz kata tak apa...malah beri "lampu hijau" lagi??????????????????? ...mohon jawapan yang IKHLAS...

ustazSAID said...

Sdr Hilbert...soalan sdra mungkin x djawab @ teda jwpn sbb bila minda sudh ttutup, mata sudh buta...mana nampak kbenaran lg. Benar @ Salah neraca penimbangnya dletakkan bukan apa dia cakap tp siapa yg bcakap...klu geng sendiri ok aja!
Anak Bfort: Teruklah jd org Umno... semua yg jahat Umno kena tanggung. Untung bukan org Umno, x tanggung apa2. Cuma perkara baik yg ada di negara Malaysia, siapa pulak yg 'punya'? Ahmab AlBab yg punya....

Anonymous said...

saya sokong kau hilbertmontell 100%.. Nah mana kau Datuk sulaiman... jawab lah... Mengapa saya komen dlm blog Datuk ..u tak kasi siar? takut kah ....by anak BFT

kifli said...

KEPADA...HILBERTMONTELL
ENKO FAHAM TAK APA ITU ISLAM?
kenapa aku tanya engko mcm tu,sebab kau mengaku kau non muslim...kalau kau tak faham baca ni

"Tok Guru Nik Aziz hari ini menyatakan bahawa beliau sedikitpun tidak pelik sekiranya DAP mempertikaikan Islam kerana mereka bukan orang Islam dan tidak faham Islam. Justeru, Tok Guru memberi jaminan bahawa PAS akan menasihati dan mentarbiyah DAP dan kepimpinannya agar salah faham terhadap Islam dapat dielakkan. Tok Guru juga mencemuh budaya UMNO yang suka menyerang batang tubuh orang dan suka memfitnah Anwar, tetapi tidak berani berbincang dan berwacana. Tok Guru juga menjelaskan kaedah PAS hendak mentarbiyah DAP:


"12 Ogos 2009, Nik Aziz berkata, untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya. "

Tok Guru turut mencemuh UMNO yang mengaku Islam tetapi gigih menentang dan memburukkan syariah Islam, disamping suka memfitnah dan membuat cerita palsu, dan asyik berusaha melaga-lagakan orang.

UMNO hanya mampu menggigit kuku apabila umpan mereka gagal apabila Tok Guru dan PAS mengambil pendekatan berhikmah dalam menasihati DAP dan dengan menggunakan mekanisma yang penuh Islamik. Ketegasan PAS dalam soal prinsip Islam sudah dizahirkan oleh Hassan Ali sebelum ini dan sudah tiba masanya PAS meneruskan pula dengan kaedah yang lebih mantap lagi.

Kepada UMNO, janganlah asyik membuatkan golongan bukan Islam lari dari Islam. Berdosa korang nih

Anonymous said...

salam..
Tok karut rase tak pelik dap hina islam..
Kami pun tak pelik..
Tok karut tak larang dap hina islam (pasal tu kawan2 tok)..
Kami larang..sebab itu agama kami..
Tok jangan la malukan agama islam utk kepentingan politik lagi..
Islam yang suci.,ada protection untuk memelihara kesucian Islam tersebut..
Itulah bezanya agama islam dgn "islam pas"..
Seriously..aku malu dgn kenyataan konon2nye ulamak agung ni..tolongle buang nama islam dalam parti tu jika hal macam ni pun tak boleh nak diselesai..sorry

Anonymous said...

salam..
Tok karut rase tak pelik dap hina islam..
Kami pun tak pelik..
Tok karut tak larang dap hina islam (pasal tu kawan2 tok)..
Kami larang..sebab itu agama kami..
Tok jangan la malukan agama islam utk kepentingan politik lagi..
Islam yang suci.,ada protection untuk memelihara kesucian Islam tersebut..
Itulah bezanya agama islam dgn "islam pas"..
Seriously..aku malu dgn kenyataan konon2nye ulamak agung ni..tolongle buang nama islam dalam parti tu jika hal macam ni pun tak boleh nak diselesai..sorry

Datu Sulaiman said...

Salam ustaz dan semua kkawan2 yang meninggalkan komen dalam posting ini..

Ustaz, oleh kerana UMNO menerajui pemerintahan negara maka kerana sebab itu semua yang berlaku diletakkan dibahu UMNO. Jika PAS menerajui pemerintahan negara maka sudah pasti segala beban perlu ditujukan kepada PAS.

Anonymous 12:49..saya tidak nampak komen anda dalam blog saya. Semua komen yang rasional dan disampaikan dengan menepati KPI Islamic value, semua saya siarkan. Mungkin sdr lupa taruh nama, lain kali letak nama.Terima atas komen itu, nanti saya check.

Sdr nanoy juga minta saya jawab tulisan hypermontel..,saya fikir sdr kifli sudah jawab. Saya tidak mahu bercakap konteks dunia, saya hanya mahu mengulas dalam konteks Malaysia dan kecaman orang-orang UMNO kepada Nik Aziz. Perkembangan yang disoal oleh hypermontel tu kita faham tetapi yang paling penting bagi kita ialah bagaimana kita mendepani provokasi seperti itu? Kita perlu menghadapinya dengan rasional dan matang. Jangan kita hilang pertimbangnan dengan provoksai mereka..

Anonymous said...

Dulu PAS~ TakBir...Allah Hu Akbar..

Sekarang PAS ~ TakeBir...A ha A hak..TakeBir..A ha a hak..

hilbertmontell said...

Salam 1Malaysia,

Sdr Kifli..bagus soalan anda, tetapi tidak sesuai untuk ditanya kepada saya sebab saya bukan Muslim..sepatutnya soalan itu ditujukan kepada Nik Aziz, mursyidul pujaan anda. Banyak yang dia mesti jawab berkaitan dengan soalan anda itu.

Walaubagaimanapun saya ingin katakan, biarpun pegangan hidup saya adalah Kristian RC, namun oleh kerana saya membesar dalam lingkungan kaum Muslim malah lebih separuh daripada kaum keluarga saya adalah beragama Islam, jadi sedikit sebanyak budaya Islam telah menjadi amalan dalam hidup saya kecuali amal ibadat mereka. Saya juga mendapat pendidikan awal dan sudah terdedah dengan sedikit kefahaman Islam sejak dibangku sekolah rendah lagi.

Saya juga ingin katakan kepada sdr Kifli, bahawa saya mengaku bahawa agama Islam adalah agama paling sempurna sekali dan kepada umatnya yang memang telah lahir sebagai Islam, apakah anda rela membiarkan agama suci Islam cuba untuk dicemari, dikotori, dipermainkan oleh pihak lain dengan berbagai cara sebagaimana dengan nasib agama Roman Catholic pada masa dulu??? Apakah ada orang Islam yang merasakan diri mereka tiada tanggungjawab untuk bertindak jika adanya cubaan-cubaan tertentu untuk menjahanamkan Islam???

Saya memang tidak setuju sama sekali dengan pendekatan yang diambil oleh Nik Aziz untuk menarik minat orang bukan Islam terutamanya DAP kepada Islam dengan cara itu. Adakah patut anda hendak membiarkan saja DAP melanyak, memalit agama Islam dengan najis terlebih dahulu sebelum dia menerima Islam...adakah patut begitu???

Umpamanya lah, jika saya nak masuk kedalam rumah anda, tetapi terlebih dahulu saya kasi pecah pintu pagar rumah, pintu utama, tingkap, almari atau segala benda yang ada didalam rumah anda lepas tu baru saya duduk diruang tamu rumah anda dan andapun akan katakan "oh, tak apa"... sambil menghidangkan air jus apple merah kepada saya. Apakah sdr Kifli setuju jika saya berbuat demikian???

Semua harus ingat bahawa agama Islam itu bukannya milik sesetengah orang atau sesuatu bangsa saja tetapi dimiliki oleh oleh seluruh umatnya tanpa mengira pangkat, parti, negara sebagaimana yang anda lihat ketika musim haji di Mekah, semua jemaah tanpa membezakan apa-apa semua mengenakan pakaian sama iaitu ihram tanpa jahitan..semua sama, betul kan.

Jadi sebelum Islam menempah nasib serupa dengan agama Kristian terutamanya Roman Katholik yang telah mengalami perubahan demi perubahan yang semakin membesar yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia sehingga ia menjadi agama yang kurang jelas iaitu apakah ianya masih suci ataupun sebalik... maka dari itu sementara sesuatu itu belum terjadi keatas agama Islam, maka janganlah adanya pihak yang akan meng"IYA"kan sesuatu yang salah walaupun si pelaku itu adalah pemimpin idola anda..dan jadilah diri anda sebagai diri anda sendiri...berani kerana benar...kita sokong mana yang betul, tetapi tetap akan mengatakan "tidak" kepada perkara yang membawa kepada kehancuran.

Terima Kasih.
Salam 1Borneo.

Anonymous said...

salam datu sulaiman.

traffic light rosak pun sbb UMNO rasuah ke?? sbb UMNO yg perintah??

mana rasional nya kalau semua salah UMNO, sepatutnya soal ISLAM kena la semua org islam memikul t/jawab bersama.

kalau ada org buat maksiat disatu kg. adakah puak2 PAS berpeluk tubuh saja. ingat ya kalau azab Allah menimpa, satu kg. yg kena.


zul.

Ex-UMNO said...

Sekarang sudah tiba masanya UMNO di pinggirkan oleh rakyat.

Walau apa juga cara UMNO buat untuk ambil hati rakyat - pasti gagal.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin