Search This Blog

Loading...

Tuesday, August 11, 2009

Apa Susah...'Runtuhkan' Saja!!!


Salam,

Kecoh dengan 'berhala' buatan di Batu Caves, replika DS Najib dibina tinggi. Sudah mula kedengaran di sana sini, oleh para blogger.

Tiada apa perlu dikecohkan, runtuhkan saja replika ini. Jika PBT di kawasan terlibat tidak mahu bekerjasama, maka tugas Pemuda Umno melaksanakannya!

Pemuda Umno Selangor, khususnya Pemuda Bahagian Gombak dicabar jalankan urusan meruntuhkan replika ini sebelum ia terus menjadi 'kudis' + nanah + barah, sebelum ia mencemar 1Malaysia. Kalau bukan pemuda, nak harap siapa lagi?

Janganlah berkokok soal pengkhianat bangsa kalau kerja mudah ini pun tidak mampu dilaksana!

9 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Kawan setuju cadangan tuan, tapi kawan terkilan bagi yang mengeluarkan idea begitu, apa tujuan sebenarnya mereka ?

PAKCIK said...

kepala hayang mana yang letak gambar PM ni..kalu hak islam letak..tak reti bahaso..kalau hok buke islam letak..tak pehe baso..

buat malu PM je..

Datu Sulaiman said...

Sebelum roboh, mereka yang dulu cakap macam-macam pasal replika anwar, kena dengar cakap dan 'fatwa' mereka dulu..kali ini apa pula cakap dan komen mereka..Agaknya siapalah yang dirikan replika ni? Hish hish hish..cobaaan !!!

ustazSAID said...

Salam, replika Anwar salah, replika Najib x perlu...x perlu fatwa, robohkan saja, senang cerita!

nalapambu said...

Calun PAS dari PR P Pinang akan melalui jalan mudah untuk memenangai PRK di N11 Permatang Pasir.

Undi tetap untuk PAS sudah sedia ada dari kaum cina dan india sebanyak 27.55%, kini calun PAS cuma memerlukan undi kaum melayu sebanyak lebih kurang 30% sahaja pun sudah cukup untuk menang.

Kemenangan sudah pasti kepada PR, sepatutnya untuk menjimatkan wang negara, UMNO tidak perlu bertanding - sudah tentu pasti kalah.

Sekarang, walau dimana sahaja di adakan PRK tentu BN akan kalah.

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

betul kata cg,runtuhkan saja,saya setuju Pemuda UMNO jalankan tugas yg kritis ini.tq

Anonymous said...

Salam Ustaz,

Mereka tak ada ISU nak bawa ketengah, gambar penyambut dan tanda hormat mereka buat PM pun dihebohkan. Untuk semai benci, itu sahaja.

Modal mereka dah habis, kenalah mereka cari apa sahaja. Pemuda UMNO pun tak pro aktif, runtuhkan sahajalah gambar ini. Bukan susah sangat.

hilbertmontell said...

Salam 1Malaysia Ustaz,

Saya setuju!!!...robohkan saja replika tu.

Kalau saya tinggal kat kawasan tu...hari tu juga saya akan roboh patung tu... kalau patung Samy Vellu tak apalah juga...ni PM kita.

Macam ada muslihat tertentu saja mereka buat benda tu...prk permatang pasir ada kaitannya dengan replka tu...tak caya..ikutlah ceramah PAS,PKR dan DAP nanti..tentu berkisar pasal patung tu...

matlan said...

asalamualaikum ustaz, saya setuju replika tu di robohkan, robohkan saja, tak kira pemuda umno ka, pemuda pas ka, angkatan belia islam ka, persatuan islam cina ka, atau siapa saja yang beragama islam, ini tanggungjawab anda semua, bukan tanggungjawab orang umno saja......saya tak setuju kalau umno / bn tidak bertanding di adun permatang pasir,,,,ini bukan kes letak jawatan, tapi ini kes meninggal dunia, umno kena tanding kawasan ini, tak menang pun tak apa, dapat kurngkan mejoriti pun cukup untuk bekalan PRU 13......ALLAH HU ALAM

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin