Search This Blog

Loading...

Saturday, August 8, 2009

Masihkah Menderu Kapal Terbang Umno?


Salam,


Sejak bulan lalu agenda Umno ialah persidangan cawangan dan mesyuarat perwakilan bahagian, yang masih berlangsung sehingga penghujung bulan ini.


Oleh kerana tahun ini bukanlah tahun pemilihan, cakap-cakap berkaitan Umno agak kurang kedengaran. Jika ada pun ia cuma berkisar kepada pemilihan perwakilan bahagian ke perhimpunan Oktober nanti.


Sebenarnya, walaupun tanpa pemilihan, agenda persidangan dan mesyuarat Umno tahun ini juga penting. Malah mungkin jauh lebih penting, kerana ia bakal menentukan hayat perjuangan Umno di persada politik tanahair. Agenda penting yang mesti dibincang dengan teliti tentulah berkaitan pindaan perlembagaan Umno.


Khabarnya cadangan beberapa perkara pindaan perlembagaan Umno sudah dikemukakan untuk diteliti dan dibahas di peringkat cawangan dan bahagian. Malang, dengarnya terdapat bahagian yang 'enggan' membuka cadangan tersebut untuk dibahaskan perwakilan.


Sebaliknya, ada bahagian yang 'bersetuju' meneruskan perlembagaan sedia ada. Soal kouta umpamanya, masih hendak diteruskan dengan mengekalkan kouta sedia ada. Alasan diberi, khuatir ada orang gila yang akan mencuba nasib bertanding jawatan tertinggi dalam Umno!


Jika benar bagai dikata, malanglah nasib Umno. Jika keputusan bahagian seperti ini menjadi trend, pastilah transformasi yang dijanjikan pucuk pimpinan menjadi indah khabar dari rupa.


Sedangkan Umno menyedari antara sebab Umno ditolak rakyat - malah oleh ahli Umno sendiri - apabila amalan tidak demokratik masih diamalkan oleh pimpinan parti. Sepatutnya, persidangan cawangan dan mesyuarat bahagian dijadikan medan perbahasan menghalusi pindaan perlembagaan serta agenda mengukuhkan semula Umno.


Harapnya, bunyi menderu kapal terbang Umno sepanjang Mac 2008 hingga Mac 2009 lalu, tidak hilang di balik awan...


SELAMAT BERSIDANG UMNO BAHAGIAN SIPITANG ESOK 9hb OGOS 2009!


6 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Ahli UMNO itu sendiri mesti berubah, jangan ketika ada pertandingan baru nampak UMNO macam hari raya, ke hulu ke hilir menziarah rumah-rumah perwakilan........

Kenapa sekarang sunyi sesepinya ?

Datu Sulaiman said...

Salam ustaz,

Apa boleh buat, walaupun UMNO hanya ada lebihkurang 3 tahun lagi sebelum PRU 13 tetapi nampak gaya UMNO masih belum mahu berubah..Belum ada sebarang perubahan, orang-orang UMNO masih tetap dengan sikap lama, cara lama dan semangat lama. Sokongan rakyat pula semakin dingin dan hanya mereka yang berkempentingan saja yang bermati-matian menyokong UMNO.

Semalam saya bersembang dengan satu dua 'orang UMNO' yang ada hubungan 'dekat' dengan kira pembesar perintkat atas UMNO, nampak gaya sahabat itu pun dengan berani mengatakan bahawa jika keadaan yang ada sekarang ini,conform BN akan tumbang pada PRU 13 nanti..Sahabat ini kata hanya DS Najib yang cuba berusaha untuk memulihkan UMNO tetapi gerombolan yang lebih buat macam biasa saja..

Sahabat ini berkata lagi betapa UMNO cuba 'creat' beberapa isu untuk menyerangkan PR khasnya PKR dan DS Anwar tetapi kata beliau, rakyat yang sudah celik hanya diam saja dan mereka hanya akan tunggu untuk melepaskan 'tsunami' politik yang kedua pada PRU 13 nanti.

faizal said...

jika anda terlihat ada orang islam yang berjudi dan minum arak di selangor sila laporkan kepada pihak yang berkenaan supaya kita dapat menghancurkan maksiat tersebut..

marilah kita bersama-sama membuat pemerhatian keatas premis yang menjual air setan ini..jika ada orang islam masih membeli racun dan air setan tersebut,kita akan desak dengan lebih hebat agar perbuatan maksiat tidak berlaku di selangor..

negeri-negeri UMNO disarankan mengikuti jejak langkah negeri selangor demi menjaga kepentingan islam di malaysia.

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

salam ziarah ustaz,
biasanya tuh ada pertandingan kita boleh dgr kapal terbang UMNO menderu sampai habis minyak.saya rasa elok ade lagi keadaan mcm tu ujung tahun ini.UMNO akan lebih bermaya dan bersih.Masih ada lagi makhluk2 yg perlu ditamatkan jawatannya.Demi utk kesinambungan legasi UMNO yg amat keramat.

faizal said...

keramat...apa dia keramat tu..

tok batin ke...tok pekong ke..

tok sami kot...


boleh laa suruh kafir sembah keramat tu..

matlan said...

asalamualaikum ustaz, dato sulaiman punya provok power la, tak tau la sapa 2 ekor yang datu sulaiman maksudkan tu, tapi tak apa kami orang umno akan ambil ianya sebagai teguran dan "take note" untuk tindakan pembaikan, untuk makluman saya di peringkat pemuda cawangan telah berubah, malahan saya juga telah merubah sikap ahli2 di perngkat cawangan, dan saya yakin di peringkat daerah mengundi kami juga ramai yang telah berubah seperti apa yang di sarankan oleh PM.....allah hu alam

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin