Search This Blog

Loading...

Monday, August 31, 2009

Terima Kasih Malaysia...


Salam,


Menjelang detik kemerdekaan ke 52, tiba-tiba ingatan melayang ke zaman riang kanak-kanak...


Ketika itu, hidup memang terasa begitu menyeronokkan. Kehidupan dilalui sangat mudah dan simple. Tidak perlu banyak berfikir tentang banyak hal. Cuma sekadar mengingati masa untuk bermain dan masa balik ke rumah.


Tinggal di kampung yang terletak di pedalaman, mundur dan ketinggalan bukanlah halangan untuk menikmati keriangan hidup zaman kanak-kanak, walaupun tanpa astro ceria, tom tom bak, playstation, bmx atau permainan yang canggih.


Apalagi keadaan kampung yang tiada kemudahan asas seperti elektrik, air atau telefon. Jalanraya yang ada adalah jalan yang tidak berturap. Menonton televisyen menggunakana kuasa bateri yang cuma mampu bertahan 5-6 jam. Sungai menjadi sumber air, sementara pelita minyak tanah menjadi penerang malam.


Hujung minggu sangat dinanti untuk aktiviti lasak, masuk ke hutan bersama kawan-kawan melastik atau menjerat burung, mengutip buah-buahan masak seperti mangga, mandi-manda di sungai atau bermain bola.


Merdeka pada zaman itu langsung tidak bermakna, malahan makna merdeka pun tidak difahami!


Sehinggalah berpeluang bersekolah menengah di bandar. Pendedahan tinggal di asrama dan bersekolah di bandar mempercepatkan proses kematangan diri. Pergaulan dengan kawan-kawan yang lebih maju dari pelbagai keturunan membolehkan pemahaman ke atas makna kemerdekaan makin meresapi diri.


Malahan peluang biasiswa yang diberi untuk bersekolah di Semenenjung, benar-benar memberi makna yang mendalam. Kemajuan dan pembangunan yang bukan sahaja dilihat, malah dirasai sendiri cukup menginsafkan.


Hari ini, semua pengalaman manis pada zaman kanak-kanak dulu hanyalah kenangan manis. Kemudahan asas sudah tersedia, hutan sudah dibuka untuk tanaman pertanian seperti kelapa sawit dan sungai sudah semakin mengecil.


Permainan zaman kanak-kanak seperti 'main tiga kayu', menjerat burung 'keruak', makan buah 'baab' atau berenang ala Nurul Huda Abdullah, sudah berganti dengan melayari internet, permainan online dan PS2/PS3.


Syukurlah semua ini dapat dilihat, dirasai dan dialami sendiri. Zaman mundur dan zaman maju seperti sekarang sudah dilewati. Syukurlah semua ini dapat dinikmati hasil kemerdekaan yang kita kecapi! Alhamdulilah...


Semua ini tidak berlaku dengan sendiri...melainkan ada komitmen pemimpin terdahulu menjadikan impian zaman riang kanak-kanak, kini sudah menjadi kenyataan.


Terima kasih Malaysia kerana memberikan kesempatan nostalgia tidak ternilai harganya. Semoga apa yang dinikmati kini akan kekal terpelihara dan mampu pula dikecapi oleh generasi akan datang, walaupun dengan pengalaman yang berbeza.


SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE 52!


5 comments:

YANG GAMBI said...

Salam Merdeka,

Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

hilbert said...

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke-52 Tuan Ustaz,

Sama-samalah kita pelihara kemerdekaan yang telah kita perolehi ini untuk di raikan pula oleh generasi yang akan datang...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!...

faizal said...

terima kasih UMNO kerana memberi kesan kemerdekaan yang amat mendalam untuk tahun ini..

tahniah..malaysia makin maju kerana harga minyak telah dinaikkan untuk membangunkan negara..dan menjahanamkan rakyat..

1malaysia kroni didahulukan rakyat disepak terajang diutamakan

matlan said...

asalamualaikum ustaz, kebanyakan kisah ustaz banyak persamaannya dengan kisah dan pengalaman saya, cuma part lasak ke hutan dan menjerat keruak tu saya ada kurang sedikit , tapi pada keseluruhannya kita satu cerita, mungkin kerana kampung kita berjiran dan berkongsi pekan yang sama, banjir yang sama, punca air yang sama, dan suku bangsa yang sama....mungkin di sebabkan itu juga kita punya pandangan dan semangat yang sama terhadap negara malaysia yang satu, semoga negara kita terus di rahmati allah,....ustaz, adakah kerajaan umno/bn akan disanjung jika minyak turun 20 sen?.....allah hu alam

ustazSAID said...

Salam Matlan, bukankah lebih elok psamaan begini mbolehkan kita bcerita benda yg sama sambil dapat mengelak pbezaan yg tidak bkesudahan.
Minyak...free aja la yg akan menyukakan semua orang!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin