Search This Blog

Loading...

Thursday, October 1, 2009

Masa Untuk Bekerja!

Salam,


Calon harapan menggalas panji-panji perjuangan BN/Umno mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang sudahpun diketahui. Harapan tinggi disandarkan kepada Tan Sri Isa Samad, Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang.


Tanggungjawab Isa pasti berat dan berliku. Tugas mempertahankan kejuaraan tidaklah mudah, namun bukanlah payah untuk Isa 'berkempen' di kawasan yang sudah menjadi gelanggang beliau sejak 23 tahun lalu.


Suka atau tidak suka, polemik pemilihan calon harus dihentikan segera. Kini masa untuk bekerja memastikan Bagan Pinang terus dalam genggaman. Badi kekalahan PRK yang dialami sejak PRU lalu mesti ditamatkan!


Cakap-cakap yang tidak sedap didengar seperti usaha transformasi tergendala dengan pemilihan Isa ini atau seruan Tun Mahathir supaya jangan calonkan Isa, hendaknya dinoktahkan.


Peluang mesti diberikan kepada Isa untuk membuktikan dia benar-benar menjadi pilihan rakyat @ pengundi Bagan Pinang. Usaha gigih harus digerakkan agar pilihan pucuk pimpinan kali ini tidak salah atau silap. Tragedi kehilangan kerusi Kuala Terengganu mesti dielakkan.


Kini tiba masa untuk bekerja, kurangkan bercakap, giatkan usaha. Fokus kepada pengundi. Penting sekali, jangan melatah dan menari mengikut irama pembangkang, yang pasti akan menjadikan Isa sebagai sasaran.


Bak kata seorang kawan, menangkan dulu Bagan Pinang, yang lain kita bincang kemudian. Kepada para pejuang di Bagan Pinang.... Selamat Berjuang!

18 comments:

MC_Shaharul said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ustazSAID said...

Salam, Maaf ya Mc Shahrul...kita boleh bincang ttg idea dsb, tp bukan atas perkara peribadi!

matlan said...

asalamualaikum ustaz, saya ucapkan selamat berjuang dan berkempen kepada pengundi umno bagan pinang, saya yakin umno akan menang, jika ISA SAMAD mengakui kesilapan yang lalu dan merendah diri, selain telah menerima hukuman beliau perlu berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan atau bertaubat nasuha, jadikan kemenangan di bagan pinang sebagai satu motivasi untuk membersihkan diri dan menebus kesalahan......, marilah kita semua ahli umno membantu ISA SAMAD , sempena hari raya ni marilah kita maafkan kesalahan yang lalu, allah juga mengampunkan hambanya, nabi juga memaafkan kesalahan umatnya, kenapa kita tidak boleh maafkan saudara seislam kita, saudara se-umno kita.......kita bagi ruang untuk ISA SAMAD menebus kesalahannya, kalau bukan kita orang UMNO, siapa lagi?????? nak harapkan orang PAS, jauh sekali, nak harap orang kapir, jangan di harap la (ni quran dah sebut).....saya tidak mengharap puak2 PR boleh terima ISA SAMAD, kecuali ISA SAMAD lompat masuk Keadilan barulah mereka boleh terima dan maafkan ( walaupun Isa buat kesalahan meliwat sekalipun) ..allah hu alam

Anonymous said...

Jom Undi PAS

kita Menangkan Pakatan Rakyat
Pilih yang ada Integriti tanpa rasuah

"bukan saja bersih malah di lihat pun bersih".petikan DR M

Amir P.D

YANG GAMBI said...

Salam, setuju dengan pandangan Ustad, jentera UMNO dan rakyat yang amat mengharap akan kepimpinan Isa perlu bekerja keras untuk membuktikan sokongannya kepada Isa......

Kalau Isa pernah dihukum dalam salah laku etika UMNO, mengapa perlu dihukum seperti penjenayah, sedangkan kepimpinan mereka lebih dhasyat melakukan kemungkaran.... masih mendapat mandat dan sanjungan......, itulah dasar komunis dan lanun, siapa yang jahat, kejam akan dipilih jadi ketua...

Local Fighter said...

Betul Amir P.D.

Pilihlah calon yang bersih. Isa telah dibersihkan dengan dihukum.

Anwar tak pernah bersih sebab mulut macam sampah!

Zulkefly calon yang LOSER di Lenggeng dengan pendatang baru Mustapha Salim ada hati nak lawan Isa di P.D..hehe

Zulkefly calon proksi DAP sebab diumukan di pentas DAP. PAS tak de tempat ke kat PD ni.

Buatlah kat tepi pantai. Tapi..takut dilanda tsunami sebab ada pengamal ajaran kaum Nabi Luth sebagai kapla mereka!

Cikgu je. said...

Ustaz apa hukumnya memilih dan menyokong pemimpin yang mengamalkan rasuah. Apa bentuk rasuah sekalipun hukum haram. Cukupkah dengan hukuman yang manusia berikan, terhapuskan dosa.

mudz said...

Setuju dengan pandangan Ustaz mulakan kan berkerja untuk kemenangan BN.


Rasuah bukan jadi isu bagi pengundi Bagan Pinang. Jasa Isa di Teluk Kemang menjadi faktor kemenangan Isa. Isu rasuah hanya kecoh bagi orang luar bukan penduduk tempatan.

Dengan pengalaman rasuah ISA dan 5000 undi pos, ISa akan menang bergaya.

Tanpa rasuah UMNO dah lama jadi sejarah.

ustazSAID said...

Salam, Cikgu tahu sejarah Saidina Umar sebelum memeluk Islam ?

Datu Sulaiman said...

Ustaz Said,

Tidak releven untuk mengaitkan hal perkara yang berlaku, dengan kisah saidina Umar...Saidina Umar sebelum masuk Islam memang jahat tapi dah masuk Islam dia jadi baik..itu kisahnya jahat sebelum Islam dan baik bila masuk Islam..Tapi kalau dalam hal amal rasuah semasa kita ni sudah pun Islam kemudian jadi baik pula lepas tu, ni tak releven nak buat perbandingan dengan apa yang berlaku pada saidina Umar...

Anonymous said...

UMNO dan Rasuah sama aje...

kifli said...

Pesalah Rasuah Calon UMNO

Dunia politik sekular mendedahkan pekungnya lagi apabila pengamal rasuah masih diletakkan kepercayaan untuk menjadi calon mewakili UMNO dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini. Apakah UMNO sudah ketandusan calon yang beribawa untuk ditonjolkan sebagai calon mereka buat kali ini. Nampaknya nasihat dan pandangan yang diberikan oleh Mahathir sebelum dari ini supaya UMNO tidak mencalonkan Isa Samad tidak dipedulikan. Inilah percaturan politik Kapitalisme. Matlamat menghalalkan cara. Bagi para politikus Kapitalisme persoalan syakhsiah ataupun peribadi calon bukanlah perkara penting. Begitu juga dengan persoalan sistem. Sistem apa yang akan diterapkan bukanlah perkara penting buat mereka. Yang penting kekuasaan berada di tangan mereka.

Sedangkan bagi Islam, keperibadian seseorang yang ingin menjadi pemimpin dan sistem yang akan diterapkan adalah dua indikator yang perlu memenuhi hukum syara’. Pemimpin dan sistem yang baik akan menghasilkan natijah yang baik kepada individu, masyarakat dan negara. Yang pastinya saat ini negara dipimpin oleh pemimpin yang menerapkan sistem kufur demokrasi ciptaan Barat yang sudah pasti akan menimbulkan 1001 macam masalah dalam kehidupan masyarakat dan negara.

Wahai umat Islam kamu wajib mengubah keadaan ini. Kamu wajib berusaha menegakkan kembali sistem pemerintahan Islam, sistem Khilafah. Ketahuliah bahawa sistem Khilafah ini adalah sistem pemerintahan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW, diteruskan oleh para sahabat sehinggalah akhirnya dihancurkan oleh Mustafa Kamal Attartuk pada 3 Mac 1924 di Turki. Kini umat Islam tertipu dengan sistem pemerintahan demokrasi ciptaan Barat. Sampai bilakah umat Islam akan kembali sedar dari penipuan kuffar Barat ini?

Cikgu said...

Wa.....salam:

Saya yang jahil ni tahu sirah tentang sahabat Rasullah Saidina Umar tetapi saya kurang bersetuju dengan perbandingan tersebut kerana perwatakan keduanya adalah jauh berbeza. Ustaz ingat tak lagi Saidina Umar R.A.selepas Rasullah wafat beliau telah dicalonkan sebagai Khalifah di Madinah apa reaksi dan kata - kata saidina umar.Pada saya tak usahlah dibuat perbandingan antara keduanya terlalu jauh.

ustazSAID said...

Salam Cikgu & Datu Sulaiman, adilkah seorang yg bsalah kemudian btaubat, utk kita terus kita hukum sepanjang hayatnya?
Saidina Umar pernah bsalah dan kemudian mjadi tokoh yg hebat!

Anonymous said...

Salam Ustaz

sudahlah ustaz....tak payahlah nak menegak benang yang basah "rasuah tetap rasuah" sama isa telah di hukum atau tidak bertaubat atau tidak sewajarnya umno cari orang lain!.saya ahli umno dan pengundi di bagan pinang hairan dgn pucuk pimpinan UMNO yang telah memilih TS Isa...apakah sudah tiada anak bagan pinang yang berwibawa.

Saya dulu undi umno dan ahli kelurga pun bergitu,keluarga kami taklah ramai lebih kurang 35 orang saja dan kami dah bertekad akan mengundi calon PAS pada 11/10 nanti sebagai pengajaran berguna pada UMNO.

salam.

Yasir Bagan pinang.

Anonymous said...

Salam Ustaz

sudahlah ustaz....tak payahlah nak menegak benang yang basah "rasuah tetap rasuah" sama isa telah di hukum atau tidak bertaubat atau tidak sewajarnya umno cari orang lain!.saya ahli umno dan pengundi di bagan pinang hairan dgn pucuk pimpinan UMNO yang telah memilih TS Isa...apakah sudah tiada anak bagan pinang yang berwibawa.

Saya dulu undi umno dan ahli kelurga pun bergitu,keluarga kami taklah ramai lebih kurang 35 orang saja dan kami dah bertekad akan mengundi calon PAS pada 11/10 nanti sebagai pengajaran berguna pada UMNO.

salam.

Yasir Bagan pinang.

Cikgu said...

Wa.....salam:

ustaz melihat taubat seperti satu perkara yang remeh.Adakah taubat hanya sekadar menyebut saya sudah insaf dan saya telah menerima hukuman.Islam itu mudah tapi jangan dipermudahkan. Kesalahan dengan Allah mungkin Allah dapat mengampunkan bagaimana pula kesalahan dengan manusia adakah boleh selesai dengan hukuman yang umno berikan. Kesalahan rasuah bukan kesalahan dengan Allah sahaja tetapi kesalahan melibat dengan insan manusia. Saya tidak mempertikaikan tentang taubat Isa tetapi Islam telah mengajar kita supaya lebih berhati - hati dalam membuat sesuatu perkara jangan sampai terjatuh ke dalam lubang yang sama lagi sekali.

DATU SULAIMAN said...

Tahniah sdr yasir,bagan pinanag.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan di bagan pinang supaya memenangkan calon PAS untuk memberi pengajaran kepada UMNO yang tidak pernah mahu berubah.

Tahniah...Undilah Calon PAS untuk masa depan negara, masa depan Islam dan orang Melayu.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin