Search This Blog

Loading...

Thursday, October 29, 2009

PKR dan Badi 16 September


Salam,

Setahun lalu, ketika heboh Anwar Ibrahim 'have a number' menubuhkan Kerajaan Persekutuan, dikatakan sasaran beliau ialah MP Sabah dan Sarawak. Satu ketika, impian beliau seolah akan menjadi kenyataan.


Seperti yang diketahui umum, impian beliau menjadi mimpi ngeri. Kerajaan yang hendak ditubuhkan tidak kesampaian. Mimpi tinggal mimpi, yang menjadi kenyataan ialah perubahan pimpinan kerajaan persekutuan tapi bukan Anwar PM!


Seakan terkena badi, semenjak itu pelbagai masalah menimpa kepimpinan PKR. Di sebalik semakin ramai nama besar politik tanahair menyertai PKR, bukan sedikit pula yang 'kecewa' dan 'lari' dari perjuangan keadilan yang dihebohkan.


Terbaru, perletakan jawatan Dr. Jeffrey Kitingan diikuti Christina Liew - yang terkenal sebagai antara pelopor PKR Sabah, tentulah berita yang akan menyebabkan tidur Anwar tidak lena.


Nampaknya perjalanan Anwar ke Putrajaya semakin berliku, apalagi dengan 'kehilangan' tokoh penting seperti Jeffrey dan Christina, pastinya disertai penyokong yang bukan sedikit.


Sabah yang dahulunya diharap menyumbang kepada pembentukan kerajaan, kini bukanlah seperti yang diangankan. Mungkinkah badi 16 September akan terus menghantui PKR?

7 comments:

Anonymous said...

Mana tak nya ustaz, Christina liew tu nak "depan" tapi anwar asyik kasi "belakang" je mana tahan kawan tu.

hanizam said...

tak gigit kat pusat, maner nak datang stim minah tu....

padan muka ko nuar...16 september biarkan ianya berlalu...tahun depan 16 september Nuar akan digantikan dengan hari MALAYSIA...koman-koman dapat gak cuti umum...

CIKGU said...

KALAU DILIHAT DARI SUDUT PERPEKTIF ISLAM :TERJADINYA PERISTIWA SEPERTI INI MEMBERI BANYAK KELEBIHAN KEPADA JEMAAH KERANA IANYA DAPAT MEMBANTU MENGENALI SIAPA MUSUH DALAM SELIMUT, JEMAAH YANG TIDAK TAAT SETIA KEPADA JEMAAHNYA. SEBAGAIMANA PERISTIWA PERANG UHUD , PENARIKAN DIRI ABDULLAH BIN UBAI, MEMBANTU RASULLAH MENGENALI SIAPA ABDULLAH YANG SEBENARNYA.

PS: SEBELUM USTAZ BERI ULASAN INI. HARAPAN SAYA; BERI KOMEN PADA ULASAN SAYA DALAM TAJUK BOSAN DAN MEMBOSANKAN.

Anonymous said...

Ustaz,
pandangan saya agak berbeda pula. Satu Malaysia dan hampir seluruh dunia telah mengenali Anwar Ibrahim dan liku-liku perjalanan politik beliau, kalau setakat ADUN PKR keluar PKR dan Pemimpin PKR kontroversi Sabah letak jawatan, belum lagi menggoncangkan semangat perjuangan Anwar Ibrahim. Pemimpin seperti Anwar sangat sukar dicari di negara ini sekalipun dalam konteks Asia. Nak melahirkan seorang pemimpin berjiwa besar dan berkaliber seperti Anwar di negara kita dalam tempoh 100 tahun pun amat sukar. Saya bukan penyokong fanatik Anwar tapi saya melihat dari ruang lingkup yang luas. Jatuh bangun perjuangan Anwar dalam politik Malaysia sangat unik. Saya percaya, sekalipun akan lebih ramai pemimpin atau penyokong PKR yang berpaling tadah, Anwar tetap dengan prinsip perjuangannya. Fitnah dan tohmahan boleh membunuh kerjaya politiknya tetapi tidak akan melunturkan semangatnya. Ini yang saya kagum. Walaupun imej beliau digerhanakan dengan pelbagai cara oleh musuh politik tetapi hanya Tuhan yang mengetahui kebenarannya. Dia tetap dihormati oleh kawan, rakyat dan tetap disegani lawan. Biasalah manusia, jasa Anwar sebagai negarawan cuba ditenggelamkan tetapi mana mungkin hakikat kebenaran boleh dinafikan.

Dollah said...

Salam ustaz,
Saya sungguh tertarik dengan salah satu blog pro UMNO dengan motonya berbunyi "BLOG INI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR!".

Blog tersebut memang sungguh berilmiah serta mempunyai kekuatan dalam membangunkan syair Islam sebenar. Ustaz juga boleh berkunjung ke sana untuk berkongsi ilmu.

Bahasa yang digunakan penulis blog ini sungguh indah, umpama bahasa yang pernah digunakan oleh penyair2 arab. Saya amat terpegun dan kalaulah semua blogger seperti kita dapat menjadikan blogger sebagai ikon, alangkah baiknya dan akan disukai 1Malaysia.

Inilah blog yang saya maksudkan
--> http://parpukari.blogspot.com/2009/10/nizar-babi-dap-fuckatan-riot-memang.html

Datu Sulaiman said...

Salam ustaz.,

Kekuatan PKR bukan terletak kepada wakil rakyat atau pemimpin tertentu. Tetapi kekuatan PKR terletak kepada sokongan rakyat. Keluarlah banyak manapun wakil rakyatnya atau pemimpin yang merasakan mereka berpengaruh.., selagi rakyat menyokong PKR selagi itulah PKR akan tetap utuh..

Saya melihat apa yang berlaku dalam PKR sekarang adalah proses 'pembersihan' dimana orang-orang yang tidak komited terhadap perjuangan parti akan keluar meninggalkan parti dan akhirnya hanya mereka yang betul-betul cintakan perjuangan parti saja yang kekal. Dalam masa yang sama rakyat akan terus menyokong PKR..

Penilaian saya ini hanya akan dapat dilihat dan dibuktikan selepas PRU13 nanti..Kalau BN/UMNO nak test power, cubaah buat PRU sekarang..berani tak ??

ustazSAID said...

Salam Datu, rasanya tidak berbaloi utk BN mbubarkan Parlimen hanya kerana test power, utk tunjuk berani @ tidak. Tempat yg paling sesuai melihat pengaruh ini iala dlm PRU, so kita sabarlah menunggu. Setuju kan?
Cikgu...harap tidak disamakan peristiwa perang Uhud dgn apa yg blaku dlm PKR sekarang.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin