Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 13, 2009

Belajar Dengan Orang Cina...



Salam,

Malam tadi dalam slot berita, Datuk Nik Aziz MB Kelantan memuji politik orang cina yang katanya agak ke hadapan. Beliau mengulas keputusan EGM MCA Sabtu lalu yang menolak Tee Keat dan Soi Lek. Nik Aziz menyarankan orang Melayu belajar berpolitik dengan orang Cina.


Elok benar nasihat Nik Aziz ni disampaikan ke semua peringkat penyokong PAS. Biar semua ahli PAS, terutamanya pimpinan seperti Salahuddin Ayub atau Mahfuz Omar faham politik cina. Elok benar mereka membaca pandangan orang Cina, ahli politik otai bernama Tan Seng Giaw, Tim. Pengerusi DAP Kebangsaan yang lebih rasional.

Berbanding ahli PAS lain yang tidak mampu berlapang dada akibat kekalahan teruk di Bagan Pinang, lantas menyalahkan sistem dan orang lain atas kekalahan tersebut. Membaca analisa cina DAP ini - yang menjadi sekutu kuat PAS - membenarkan pujian Nik Aziz kepada politik orang cina.

Orang Melayu takat nak 'politik hentam' sesama sendiri aja la...Asyik dia aja nak menang!

1 comment:

Anonymous said...

itu dinamakan PARTI GEDEBE...ketua depa pun GEDEBE...pengikut jangan cerita laa...sori aku x reti bagi komen..tapi depa semua GEDEBE

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin