Search This Blog

Loading...

Friday, October 23, 2009

Ubah Nama Parlimen Batu!

Salam,

Dilaporkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu.


Berikut KEPUTUSAN PILIHANRAYA 2008

CALON BERTANDING

JUMLAH UNDI

Lim Si Pin(BN)

20,330 undi
Chua Tian Chang (KeADILan) 29,785 undi

Keputusan : Chua Tian Chang(KeADILan)
Majoriti : 9,455 undi
Undi Rosak : 614 undi
Jumlah Undi : 50,729 undi




Mungkin sudah sampai masanya, Suruhanjaya Piliharaya ( SPR ) untuk memikirkan mengubah nama kawasan parlimen ini, daripada BATU kepada nama lain yang lebih sesuai.

Melihat kepada aksi Ahli Parlimen yang mewakili rakyat kawasan ini, ada kemungkinan nama BATU ini menyebabkan YB Tian Chua bersikap KEPALA BATU!

Daripada memfitnah DS Najib dengan gambar yang direka hinggalah menggigit telinga polis... ' apa kejadahnya 'wakil rakyat seperti ini?

11 comments:

malaysia.suarademokrasi said...

Minta tuan blog masukkan link blog saya di Senarai blog Terkini...
www.sd-malaysia.blogspot.com

hilbert said...

Salam sejahtera Ustaz,

Saya setuju sangat dengan saranan tuan Ustaz agar nama Parlimen itu ditukar.

Kalau bagi saya tukar atau tambah nama kawasan Parlimen itu daripada hanya "Batu" kepada "Parlimen Gigit Batu"...

Datu Sulaiman said...

Ustaz,
Adakah apabila ustaz tidak menyokong MP nya maka sampai nama kawasannya pun ustaz nak tukar ?

Apapun MP Batu ni masih ada peluang merayu. Kalau tewas pun rayuan beliau dan memaksa kepada berlakunya satu lagi PRK maka elok jugalah, sekurang-kurangnya boleh juga jadi gelanggan untuk menguji apakah semangat Bagan Pinang benar-benar 'real' atau 'kebetulan' saja.

sasha2020 said...

kalau ada PRK, nanti elok juga.

Nak tengok PKR kalah teruk kat situ. Orang Cina dah mula beralih arah. Dulu kawasan tu pun kubu kuat BN (dari MCA). Tapi sebab MCA bermasalah dan difitnah begitu teruk, maka MCA kalah.

Tapi , sekarang dah byk berbeza. Orang Cina dah mula meletakkan keyakinan kepada BN dibawah Najib dgn konsep 1Malaysia.

Kita tunggu dan lihat. Saya rasa , Pakatan Rakyat dan mula takut dgn keputusan di Bagan Pinang. Orang melihat yg terkini bukannya keputusan PRK yg lepas. Yg terkini menunjukkan sentimen rakyat buat masa kini.

Hidup BN...

Datu sulaiman said...

Sasha2020,
Batu tu kawasan Gerakan bukan MCA..calon yang kalah pada Tian chua dulu anak bekas presiden Gerakan...Betulkan ustaz Said?

Pola keputusan PRU 12 bukanlah kerana pola kaum semata-mata tetapi lebih kepada kecelikan pengundi muda, yang tidak lagi boleh dibohongi dengan propoganda murahan..jika sasha 2020 ni adalah orang muda, saya fikir sasha tergolong dikalangan pengundi muda yang tidak berani membuat perubahan..Rakyat yang memilih pembangkang adalah rakyat yang berani membuat perubahan.

Apapun saya juga suka jika ada PRK,supaya kita lihat siapa sebenarnya yang akan 'tekirit'.. slogan Hidup BN, anda itu tidak releven langsung...BN manalah boleh hidup, ia bukan makhluk..yang hidup ialah pemimpin BN...

Cikgu said...

Ustaz, daripada ustaz mencadangkan kawasan tersebut ditukar nama lebih baik ustaz cadangkan kepada SPR supaya tolong kemas kini daftar pengundi supaya tidak lagi berlaku pertindihan nama, orang yang sudah mati pun masih lagi di suruh mengundi, satu alamat , sampai sampai berbelas - belas nama. Kemas kini UNDI POS. Berilah cadangan yang lebih utama barulah nampak ustaz ni boleh dipakai jugak ideanya.

ps : sasha 2020 eloklah tu , bangga memilih PERASUAH jadi pemimpin, Sejarah membuktikan empayar melaka jatuh kerana Rasuah.

Anonymous said...

Sasha2020 yang tersasar....

saya juga nak cadangkan pada ustaz agar di bubar saja DUN perak kalau dah benar2 yakin boleh menang....

Itupun kalau UMNO ada "BATU"!

Shamsul KL

1Malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ustazSAID said...

1Malaysia, maaf komen anda tidak layak di sini!

Anonymous said...

Tian Chua ni bukan 'Wakil Rakyat'...tapi 'Wakil Rusuh'...apalah malang parlimen Batu dapat YB macam ni

daripada Pengundi Parlimen Batu

Anonymous said...

ustat bengong

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin