Search This Blog

Loading...

Thursday, October 22, 2009

Program Pemutihan TKI di Sabah.

Salam,


Langkah kerajaan menjalankan gerakan pendaftaran pekerja asing Indonesia di Sabah sangat dialu-alukan. Tindakan positif ini pastinya membawa banyak kebaikan kepada semua pihak.


Kepada pekerja dan majikan, progam pemutihan ini akan membolehkan mereka melaksanakan kerja dan tanggungjawab dengan yakin dan selesa, tanpa dihantui rasa bimbang dan takut, kerana sudah memiliki dokumen perundangan yang sepatutnya.


Program yang dijadualkan berakhir pada penghujung bulan ini sewajarnya diambil kesempatan oleh semua pihak. Bagi Tenaga Kerja Indonesia yang tiada pas kerja atau tiada dokumen pengenalan diri, sementara bagi majikan yang menggaji pendatang haram, peluang ini harus direbut untuk mengelakkan tindakan undang-undang kemudian hari.


Sewajarnya selepas progam ini berakhir, penguatkuasaan terhadapa perundangan sedia ada dilaksanakan. Bukan sahaja untuk TKI, hukuman yang setimpal juga wajar dikenakan kepada majikan yang mengambil kesempatan menggaji pendatang dengan membelakangkan perundangan negara!


Cuma semasa berjalan di Bandaraya Kota Kinabalu kelmarin, terlihat ramai pula pendatang Filipina berkeliaran. Terfikir, bilakah pula diadakan program serupa kepada orang Filipina yang melimpah ruah di Sabah ni?

7 comments:

Datu Sulaiman said...

Ustaz,
Sebenarnya program begini memang sangat bagus tetapi selalunya kegagalan kerajaan kita ialah dari aspek perlaksanaan dan penguatkuasaan..Tidak tahulah sama ada kerajaan mau serius atau 'hangat-hangat najis ayam' saja. Walaupun YAB.PM kata rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan tetapi jika kakitangan kerajaan tidak mahu berubah dan menyahut tranformasi itu maka percayalah semua akan jadi macam 'dulu-dulu' juga... Buatlah 'pemutihan' berapa kerap sekalipun negeri kita ini akan tetap 'digelapi'oleh kehadiran ramai tetamu yang tidak dialu-alukan. KECUALI KALI INI KERAJAAN BENAR_BENAR SERIUS ! Rakyat sedang memerhatikan !

ustazSAID said...

Salam Datu, seharusnya pemerintah diberi kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan kita sebagai rakyat wajar menyokong benda baik!

Cikgu said...

AKU BERSETUJU DENGAN DATU SULAIMAN :
PADA PANDANGAN AKU JUGA SELAIN DARIPADA PEMUTIHAN YANG DILAKSANAKAN, ADA SATU ASPEK YANG TIDAK PERNAH DIFIKIRKAN OLEH PIHAK KERAJAAN IAITU PEGISIAN KEKOSONGAN YANG DITINGGALKAN OLEH PENDATANG ASING,BAGAIMANA RUANG KEKOSONGAN TERSEBUT DAPAT MENARIK MINAT RAKYAT TEMPATAN KHASNYA, UNTUK MENGANTIKAN RUANG - RUANG YANG DITINGGALKAN. KALAU TIDAK BUATLAH PERMUTIHAN BERIBU - RIBU KALI PUN, MASALAH INI TIDAK AKAN SELESAI. JANGAN SALAH ANGGAP AKU TIDAK BEREMOSI NI HANYA MEMBERI SEDIKIT PANDANGAN SUPYA ULASAN USTAZ NAMPAK LEBIH SEDIKIT ILMIAH.

1.SATU LAGI SOALAN USTAZ NI DARI SABAH KE.

cikgu said...

jawab teruslah ulasan aku ni, kebetulan ustaz dah ada depan komputer.

ustazSAID said...

Salam Cikgu : Pemutihan yang dilaksanakan ini tidak melibatkan kekosongan, ia cuma pendaftaran pekerja asing yang tiada dokumen @ pas kerja. So, tidak timbul ruang yang ditinggalkan...Harap maklum. Tk

Datu Sulaiman said...

Ustaz,
Apa pula tindakan kerajaan kalau TKI itu ada yang enggan untuk 'diputihkan' atau majikan mereka sendiri yang tidak mahu 'memutihkan' mereka..? Adakah kerajaan akan biarkan saja..? Kalau jawabnya sudah tentu tidak, maka bukankah itu bermakna akan ada kekosongan..??????

Datu Sulaiman said...

Ustaz,
Apa pula tindakan kerajaan kalau TKI itu ada yang enggan untuk 'diputihkan' atau majikan mereka sendiri yang tidak mahu 'memutihkan' mereka..? Adakah kerajaan akan biarkan saja..? Kalau jawabnya sudah tentu tidak, maka bukankah itu bermakna akan ada kekosongan..??????

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin