Search This Blog

Loading...

Monday, October 19, 2009

16 September : Terima Kasih Najib!


Salam,

Blog ini pernah menyuarakan kewajaran 16 September setiap tahun diangkat menjadi hari yang benar-benar bersejarah, buka setakat cuti umum.

Dipetik sebahagian tulisan tersebut:

Mungkin sudah sampai masanya untuk menjadikan hari ini sebagai hari yang benar-benar bersejarah, hari yang akan terus diingati oleh generasi mendatang. Sebelum ini sudah ada suara kedengaran mengangkat mertabat 16 September, namun hilang begitu sahaja.

Kita raikan 31hb Ogos sebagai Hari Kebangsaan @ Hari Kemerdekaan dan 16 September diangkat menjadi Hari Malaysia.


Syukurlah, hari ini di Dewan Rakyat PM DS Najib Tun Razak telah mengumumkan mulai tahun depan tarikh bersejarah ini akan dijadikan cuti umum di seluruh negara.

Terima kasih diucapkan kepada pimpinan negara di atas keputusan yang tepat ini. Biarpun mungkin lambat - seharusnya dari dulu lagi tarikh ini diingati - namun tindakan kerajaan ini adalah wajar.

Namun, biarlah tarikh ini bukan setakat diingati sebagai hari cuti umum sahaja nanti, wajar ada pengisian yang bersesuaian dengan namanya...Hari Malaysia.

13 comments:

Demang Lebar Daun said...

Ya, kita perlu menjiwainya. 1 Malaysia.

Anonymous said...

Kita patut berterimakasih pada Anwar kerana dia yang mencadangkan terlebih dahulu cuti 16 Sept. Akhirnya Najib terpaksa akur jua.

Datu sulaiman said...

ustaz,
Terima kasih yang sebenar ialah kepada pembangkang kerana atas kekuatan pembangkanglah PM terpaksa mengumumkan perkara ini. Agaknya jika BN masih kuat macam dulu,adakah BN akan membuat pengumuman seperti ini? Saya setuju, terima kasih pada Anwar dan PR dan rakyat M€alaysia yang mengundi PR pada PRU 12 lalu.

ustazSAID said...

PR berjanji utk mjadikan cuti 16 september Hari Malaysia setahun yg lalu, menjelang tarikh keramat 16 Sptember - pembentukan kerajaan yg akhirnya cuma mimpi. Namun ia cuma retorik, gula-gula untuk Sabah & Sarawak. Di negeri yg dikuasai PR, sudah bcuti?
Maka tbuktilah : PR cuma mampu berjanji, BN memang mampu melaksanakan!

Anonymous said...

Itulah Barisan Nasional. Mungkin cadangan asal adalah dari pembangkang tetapi mana yang baik untuk rakyat, Kerajaan Barisan Nasional tidak segan silu untuk menerimanya.

Banyak lagi cadangan atau lebih tepat lagi manifesto pilihanraya umum dari pembangkang sejak dari zaman Parti S46 yang diterima untuk dilaksanakan seperti penghapusan cukai jalan untuk motosikal dan pengurangan sehingga 50% cukai jalan bagi kereta.

Ini membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional bersedia menerima cadangan dan teguran tetapi sebelum ianya diterima untuk dilaksanakan perlu dikaji agar tidak menjejaskan bajet negara.

Pemerhati.

hilbert said...

Datu Sulaiman, terima kasih kepada Anwar kerana sering membuat kacau-bilau di Malaysia...

hilbert said...

satu lagi.. sepatutnya Anwar dan konco-konconya harus berterimakasih kepada PM dan barisan kabinetnya kerana telah menunaikan janji Pakatan Haram dulu yang gagal dan tak terlaksana...

Bukannya BN yang harus berterimakasih kepada Anwar and the boys tu...

Cikgu said...

Pengisian yang macam mana yang ustaz rasa paling sesuai untuk Hari Malaysia. Adakah pengisian yang sama dengan sambutan malam merdeka di dataran merdeka atau bagaimana.

cikgu said...

Kalau pengisian seperti itu, baik tak payahlah sambutlah, nanti kita sama - sama menanggung dosa bersubahat.Kaedahnya juga tidak mendatangkan keberkatan daripada Allah. Saya menyentuh sambutan hari kemerdekaan tu, bukan untuk lari dari tajuk tetapi sekadar mengingatkan bahawa matlamat yang baik kalau menggunakan jalan yang salah ,maka akan mendapat kemurkaan. Cara yang palin baik setakat ini ialah sambutan ketika kita ditimpa tsunami,iaitu semua hiburan yang melalikan dibatalkan.

good man said...
This comment has been removed by a blog administrator.
[~MR.GEMPAK~_~] said...

asalamkum dan salam sejahtera..

saya masih baru ni blog ustaz ni..ingin juga bersama sama berkongsi pendapat dan pandangan bersama seluruh umat di malaysia yang tercinta in..

bagi berkaitan isu tarikh 16 september ni..nk kate barisan pembangkang yg usulkan dulu adalah tidak munasabah..seperti yg kite ketahui isu ni sebenarnye sudah lame ditimbulkan cume belum dilaksanakan sje lagi..

kerana mungkin isu tarkh ini tidak sepenting agenda2 lain yg lebih penting untuk memperkasakan dan memajukan negara kite..bagi saya biarlah yg penting didahulukan..pasti ade yg bersependapat dengan saya..

yg penting bukan tarikh sebenarnye tetapi pengisian n penghayatan tentang tarikh tersebut..yang penting erti kemerdekaan dan kebebasan sesebuah negara yg merdeka...

di sini sy mengucapkan terima kasih kepada PM kite sedikit sebanyak telah mendengar luahan hati rakyat terutamanye rakyat negeri sabah n sarawak..diharap selepas ini,rakyat malaysia sendirinye boleh menghayati dan mengamalkan erti 1 malaysia...

ustazSAID said...

Salam cikgu...adakah bila menyebut pengisian kemerdekaan semestinya hiburan? Dan apakah pengisian kemerdekaan itu pula tidak boleh ada unsur hiburan?
Harap cikgu jgn b'emosi sangat, susah sangatkah mengakui kebaikan yang dilakukan pihak lain, sehingga mesti dikaitkan dengan yang negatif?
Goodman : maaf tulisan anda x sesuai!

cikgu said...

Waalaikumussalam...

Saya beremosi ke ustaz yang sedang beremosi ni. cuba faham betul ayat - ayat saya, sebab itulah saya tanya ustaz pengisian macam mana yang ustaz hendak, kalau sambutan seperti malam sambutan kemerdekaan, baik tak payah. Tentang hiburan saya tak sebut hiburan tu salah, tapi saya sebut hiburan yang melalaikan salah.
Baiklah saya tanya ustaz satu soalan lagi, pada pandangan ustaz cara kita menyambut malam kemerdekaan dan Tahun baru selama ini dinegara kita ,hukum halal atau haram. Janganlah beremosi , kita berbincang ustaz.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin