Search This Blog

Monday, October 12, 2009

Umno, Menang dan Islam Tulen


Salam,

Umno berjaya mengekalkan kerusi Bagan Pinang. Kemenangan bergaya ini pasti menjadi bualan dan kegembiraan oleh semua peringkat ahli Umno. Pasti kegembiraan ini akan terpancar semasa Perhimpunan Agung Umno yang bakal bermula esok.

Dalam keriuhan meraikan kemenangan dan berjaya mempertahankan kerusi ini, hendaknya seluruh pimpinan dan ahli Umno membaca, meneliti, memahami dan menginsafi tulisan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, yang disiarkan dalam laman web beliau minggu lalu.

Dipetik tulisan bekas Mufti Perlis ini :

Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih dahulu akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.

Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.

Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.


Bagi yang belum berkesempatan membaca, sila klik DI SINI.

Adalah diharapkan pemahaman yang jelas terhadap lontaran idea Dr MAZA ini akan membantu Umno memulakan gerak kerja tersusun, memastikan Umno terus menjadi pilihan orang Melayu/Islam.

Seharusnya momentum yang bermula di Manik Urai tempohari dan kebangkitan di Bagan Pinang ini, tidak terhenti di sini. Biarlah ia berterusan dan laba yang lumayan akan dituai pada PRU13 nanti, Insya Allah!

5 comments:

Datu sulaiman said...

Ustaz,
Pandangan saya cukup mudah dalam bab ini. UMNO selama ini lebih bercakap soal Melayu berbanding Islam. Jangan cepat melatah bila saya katakan begini. Semua kita perlu faham bahawa Melayu itu Islam tetapi Islam itu bukan bererti Melayu..Jadi harus kita boleh membezakan antara bangsa dan ugama. UMNO banyak bercakap soal bangsa berbanding Islam.. Islam perlu diletakkan sebagai ad-din secara seratus peratus. biarpun benar bahawa apabila UMNO bercakap soal bangsa Melayu bermakna secara langsung ianya bercakap soal Islam tetapi apabila bangsa dijadikan asas maka ianya ada sedikit berbeza..itulah pandangan saya dan yang saya faham.. Dalam konteks ini, saya melihat PAS lebih berkesan berbanding UMNO...

Anonymous said...

Lim KIt Siang Menolak Negera Islam....Apakata Pas?

When he was being asked about the Islamic Country issue, which neither DAP nor PAS is willing to compromise, Lim stressed that if Pakatan gains the central regime, Malaysia will not become an Islamic Country as long as DAP is still a Pakatan's member party. Demikianlah intipati rencana mengenai LKS yang dibuat oleh suratkhabar berbahasa cina...lebih kurang bunyinya dalam bahasa melayu "bila ditanya berkenaan isu negara Islam,adalah DAP atau PAS sedia untuk bertolak ansur, Encik Lim menegaskan sekiranya Pakatan memperolehi mandat untuk menjadi Kerajaan Persekutuan,Malaysia tidak akan mungkin menjadi Negara Islam selagi DAP menjadi Rakan dalan Pakatan Rakyat."



Mungkin Hussam musa dan nik aziz patut menilai kembali kenyataan mereka mengenai perjuangan Pas untuk menegakkan Negara Islam bersama-sama Pakatan Rakyat dan mentarbiah DAP untuk menerima konsep Negara Islam idaman Pas. Pas hanya boleh bercerita mengenainya ketika dalam ceramah sahaja, tetapi untuk merealisasikannya adalah mustahil selagi DAP menjadi penaraju utama dalam PR.

Anonymous said...

salam ustaz,

saya setuju dengan pandangan dr asri ni.. mcm ni la nak tegur orang suruh balik kpd islam.. berlapik dan x mencerca org.. apa apa pun diharap kepimpinan tertinggi UMNO dapat menerima mesej ini dan bersedia untuk berubah memperkukuhkan Islam dan kepentingan bangsa serta negara di dalam UMNO dan diri mereka sendiri Inshallah!

Urang Sabah said...

anony 1:10..

jika orang bukan Islam menolak Islam itu tidak menghairankan tetapi bagaimana jika kita yang sedia Islam ini tidak begitu teruja dengan Islam..bagaimana dengan kita yang hanya mencari Islam ketika hendak menikah dan ketika nak mati saja....??? Bagaimana ini ?

Jangan salahkan Nik Aziz dan Husam, mereka ada strategik sendiri. Saya sedikit pun tidak nampak bagaimana mereka dan pemimpin PAS yang lain tunduk kepada DAP. Hanya pandangan sdr yang kabur saja nampak begitu. Saya percaya jika DAP menjadi komponen BN, sdr akan memuji-muji Lim Guan Eng seperti sdr memuji-muji Samy Vellu ..

Syeikh YB said...

kembali kepada Islam tulin.kalau aku yakin UMNO sudah kembali kepada Islam tulin, aku akan undi UMNO dan pangkah UMNO. Sampai sekarang UMNO belum lagi kembali kepada Islam tulin. Umno buat kebaikan mewujudkan Tabung Haji tapi dalam masa yang sama mewujudkan pusat judi Genting.itu contoh kecil.jangan marah ustaz yer

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin