Search This Blog

Loading...

Wednesday, October 8, 2008

TIPS MEMILIH PEMIMPIN


Salam,

Dua hari lagi, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri akan bermula, berlanjutan sehingga 9hb November nanti. Sempena mesyuarat tersebut, saya bkongsi pandangan seorang kawan baru-baru ini. Katanya, pemimpin ada lima jenis :

1. Pemimpin Raja Muda @ RM
Pemimpin jenis ini adalah peminpin yg mempertaruhkan kedudukan dan wang ringgit sebagai aset untuk disokong. Kebiasaannya, pemimpin begini akan menutupi kelemahan mereka dengan harta yang dimiliki dan sanggup membeli sokongan dengan wang ringgit, disamping menggunakan kedudukan yang tinggi untuk mempengaruhi orang lain.

2. Pemimpin Kura-kura
Pemimpin jenis ini ialah mereka yang datang secara bermusim. Ibarat kura-kura yang hanya mengeluarkan kepala bila perlu sahaja. Semasa tiada pemilihan atau aktiviti, mereka hilang entah di mana tanpa khabar berita.

3.Pemimpin Burung Murai
Umpama burung murai yg terkenal dengan mulut becok, pemimpin jenis ini juga petah berkata-kata dan beretorik tetapi tiada tindakan. Aset mereka hanyalah kebijakan menarik sokongan dengan janji manis.

4. Pemimpin Dinosaur
Seperti dinosaur yang hanya tinggal sejarah, pemimpin dinosaur ini juga wajar menjadi tatapan sejarah. Walaupun mungkin mereka memiliki kuasa dan boleh membuat apa sahaja tetapi era mereka sudah berlalu. Sewajarnya mereka memberi peluang kepada pelapis baru mengambil peranan untuk memimpin.

5. Pemimpin Kontemporari
Pemimpin sebegini ibarat peribahasa Melayu : Dicampak ke darat menjadi gunung, dibuang ke laut menjadi pulau. Mereka bijak memainkan peranan dan berfungsi kepada masyarakat dan negara. Masa kini adalah masa mereka menonjolkan diri.

Terpulanglah kepada kita, hendak memilih pemimpin yang mana satu?

KEMASKINI 10/10/2008 10:05
KIMANIS : TAHNIAH KPD SDR. MOHAMAD ALAMIN MENGEKALKAN JAWATAN KETUA PEMUDA & SDR. DURAMIN TAPA DIPILIH NAIB KETUA PEMUDA - SMOGA SDR.2 TRUS DBERI KEKUATAN DLM PJUANGAN.
KEMASKINI 12/10/2008 13:00
BEAUFORT : TAHNIAH KPD SDR. ISHAK HJ IBRAHIM DAN SDR.AZMAN DSP LAJIM, DIPILIH SBG KETUA & NAIB KETUA PEMUDA UMNO BEAUFORT & PIMPINAN PEMUDA UMNO BEAUFORT - TERUSKAN PJUANGAN.

6 comments:

thebisayadilemma said...

please re-link the blog with proper address, thanks.

http://thebisayadilemma.blogspot.com

ustazSAID said...

Thanks Mr thebisayandilemma.

paneh said...
This comment has been removed by the author.
paneh said...

kata orang pemimpin yang hebat hanya muncul seratus tahun sekali.

hjkadir said...

Salam. Saya ingin kongsi satu cerita tentang 3 golongan. Dalam satu kejadian kebakaran sebuah bangunan kedai ada 3 golongan yg berada di situ sebelum datang bomba. Golongan pertama berusaha sedaya upaya memadamkan api dgn apa cara pun, golongan ke dua hanya menjadi penonton dan bercakap-cakap kasian dan mengandai-andaikan punca kebakaran dan golongan yang ketiga mengambil/mencuri barangan yg telah diselamatkan. Nampaknya pemimpin yg kita ada hari ni juga boleh diketegorikan kepada 3 golongan tadi. Terserah kepada kita mahu pilih jadi pemimpin jenis apa. Yang pasti jadi pemimpin golongan yg ketiga beroleh keuntungan diri...........

zainudin mybeaufort said...

tahniah kerana berani dan telus menyatakan komen yang bernas dalam kemelut politik yang panas sekarang..ide pihak tuan bernas dan boleh digunapakai dalam menilai kepimpinan..syabas sekali lagi.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin