Search This Blog

Saturday, January 24, 2009

Apa Dah Jadi ?

Salam,

Pagi ni, rehat dulu nak cakap soal politik ka, soal Palestin dsb. Rasa mau ulas kes tempatan, di daerah Beaufort.

Kelmarin petang, blaku lagi satu tragedi buruk di Pekan Kecil bernama Beaufort. Kes pbunuhan seorang pemuda oleh pbunuh yg tidak dikenali...dan belum tertangkap lagi.

Untuk tempoh 2 tahun ini, kes bunuh akibat dendan kesumat di kalangan 'samseng' @ budak-budak muda di pekan Beaufort semakin mjadi-jadi. Jika ini boleh dikaitkan dengan kes tdahulu, maka ini masuk kes ketiga.

Nampaknya nyawa di kalangan anak muda kita semakin kurang bnilai, apabila penyelesaian sebarang pselisihan ialah dgn mbunuh. Untuk semangat dan kberanian mereka kita hormati, sayangnya ia tsalah tempat.

Alangkah eloknya semangat 'kperwiraan' para pemuda kita ini dapat disalurkan mbantu saudara kita di Palestin. Bangga kita semua melihat para pejuang yg tdiri drpd anak-anak muda kita bdiri gagah bdepan dgn tentera Zionis Yahudi Laknatullah.

Cuma yg peliknya, anak-anak kita ini bila bdepan sesama kita, sesama sendiri akan mjadi spt ayam jantan yg pantang mlihat lawan. Pasti ditaji shingga tewas...Namun bdepan org lain, bangsa lain, tkulai layu di mata 'kerambit'.

Apakah faktor pdorong yg menyebabkan tragedi seperti ini ?. Mungkin penjualan syabu dan minuman keras 'montoku' secara bleluasa ketika ini mjadi faktor para remaja kita smakin ganas dan buas. Dadah musuh nombor satu negara memang sudah lama kita ketahui, tapi yg dpsoalkan bagaimana pjualan montoku ?

Mungkin selepas kes tbaru ini mbolehkan semua pihak bganding bahu, bsatu hati berbincang bagaimana cara mengatasi pmasalahan yg blaku. Pihak Berkuasa Tempatan kena menyiasat prosedur pjualan montoku ini, jika mlanggar undang-undang, sila ambil tindakan. Jika perlu haramkan saja pjualan minuman haram ini!

Kepada pihak Polis, siasatan kes bunuh tdahulu wajar dipercepatkan, diambil tindakan segera, agar para samseng melihat kberkesanan kerja pasukan Polis kita. Jangan nanti samseng ni melihat semacam tiada tindakan pun untuk pbunuh, maka diulang-ulanglah lagi pbunuhan.

Kepada para pemimpin tempatan, inilah masanya utk mengetepikan pbezaan pendapat, duduk semeja mcari formula mbendung jenayah pbunuhan ke atas anak-anak kita ini tidak bterusan. Lupakan sejenak 'psengketaan' demi mpjuangkan keharmonian hidup bmasyarakat di kalangan penduduk Beaufort yg berbilang bangsa dan suku kaum.

Jika usaha secara konsisten - bukan b'api-api selepas satu kes bunuh, selepas itu api pun padam - tidak dilaksanakan, kita khuatir Beaufort suatu hari nanti akan mjadi pekan Koboi, undang-undang di tangan sendiri, pbunuhan mjadi seperti makan kuaci!

2 comments:

ALI MAIDIN said...

Pas Wilayah Persekutuan akan memulakan kempen himpunan 100 ribu membantah PPSMI dengan mengadakan ceramah khas pada 1 hb Februari 2009, Ahad, jam 9 malam, di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar Kuala Lumpur.

Pemidato utama ialah Naib Presiden Pas, Tuan Hj Mohamad Sabu dan Prof Abdullah Hassan (UPSI).

War-warkan dan datang beramai-ramai tanda sokongan anda.

Daulatkan Bahasa Melayu.

Makluman : SABTU 7 Mac 2009 Tarikh Perhimpunan Raksasa Menentang PPSMI oleh GMP

ambuyat said...

salam,

dalam banyak kes pembunuhan di Malaysia ni, tragedi pembunuhan yang berlaku di Beaufort saudara muatkan dalam blog. adakah saudara berasal dari beaufort.

saya setuju dengan saudara, pihak berwajib seharusnya lebih memainkan peranan dalam menangani gejala sosial yang berkemungkinan besar akan menyebabkan berlakunya jenayah.

selain itu, kebanjiran pati juga perlu ada pengawasan. salah satu punca berlakunya masalah sosial dan jenayah apabila berlaku kebanjiran pati di sesuatu kawasan.

masalah pendatang tanpa izin ini seakan sudah tidak terkawal. di mana-mana tempat sentiasa ada, hatta di kawasan-kawasan pedalaman. pemimpin-pemimpin sabah sudah ulangkali menyatakan kebimbangan dengan masalah ini, namun penyelesaiannya seakan tidak pernah ada.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin