Salam,
TS Alfred Jabu, TKM Sarawak bkata dia tidak bminat mbuat blog, walaupun sekarang mbuat blog peribadi menjadi satu kegilaan ramai. Tidak apalah kalau Tan Sri tidak mau buat, sebab benda ni pun bukannya wajib...
Yang wajib bagi seorang wakil rakyat, apalagi memegang jawatan Menteri seperti Tan Sri, menjalankan amanah rakyat yg telah memilih, mbantu selagi tdaya...tentu sekali mjadi Yang Berkhidmat.
Cuma yg kita tidak setuju bila Tan Sri dipetik bkata begini ( harap-harap wartawan tidak tsalah lapor - jawapan klise VIP Malaysia ) :
Katanya, beliau tidak mahu 'leka' dengan blog yang disifatkan akan melalaikan dirinya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan menteri.
Menurutnya, keutamaan beliau adalah memastikan portfolio yang dipegang sekarang iaitu mengawasi dan melawat kawasan luar bandar ditunaikan.
''Saya tidak mahu leka atau duduk menjawab blog sahaja kerana ia akan memutuskan hubungan saya dengan rakyat.
''Terlalu ramai penulis blog sekarang dan jika saya turut serta, seolah-olah saya akan masuk ke perangkap pihak tertentu yang mahu saya gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Belanda, Lody Embrects di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, keutamaan beliau adalah memastikan portfolio yang dipegang sekarang iaitu mengawasi dan melawat kawasan luar bandar ditunaikan.
''Saya tidak mahu leka atau duduk menjawab blog sahaja kerana ia akan memutuskan hubungan saya dengan rakyat.
''Terlalu ramai penulis blog sekarang dan jika saya turut serta, seolah-olah saya akan masuk ke perangkap pihak tertentu yang mahu saya gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Belanda, Lody Embrects di pejabatnya di sini semalam.
Hairan juga, macamana Tan Sri tahu yang YB mbuat blog leka hingga lalai tunaikan tanggungjawab ? atau mbuatkan YB 'tputus' hubungan dgn rakyat ?
Apa yg nyata Tan Sri, ramai YB yg mbuat blog tetap bprestasi baik dan smakin dsenangi rakyat. Malahan ramai juga YB yg tiada blog tetapi tetap tidak mesra rakyat dan jarang balik ke kawasan. Ada pengundi yang mcm sudah lupa muka wakil rakyat dia....
Tidak apa Tan Sri, kalau 'malas' mbuat blog pun masih ok, tidak payah susahkan diri, rakyat tidak mnilai pun calon ada blog atau tiada dlm PRU nanti. Cuma rakyat minta, janganlah sampai mcm begini : Hendak bjumpa susah, di Pejabat jarang ada, di kawasan hantar wakil sahaja, ditelefon, diSMS, diMMS...tiada jawapan. Hendak hantar komen, blog pun tiada.
Ringkasnya, MACAMANA RAKYAT MAU BKOMUNIKASI DGN WAKIL RAKYAT? Takkan mau pakai burung merpati kot...
4 comments:
Tan Sri tak pandai "main blog" kot?. Atau rakyatnya yang berada di luar bandar susah nak berinteraksi melalui blog kerana malampun dicahayai dengan lampu minyak tanah atau lampu gas atau penuh dengan kegelapan terutamanya yang sangat jauh diluar bandar.
Pakai jaa burung ababil.....orang tua mana tau blog blog n internet....guna stail lama
Saya setuju sangat dengan Tuan Haji. Kalau wakil rakyat BN rata-rata begini, alamatnya... pilihanraya akan datang -- tragedi akan jadi dua kali ganda.
Wakil rakyat PR majoriti gunakan blog. Dan ia sangat efektif. Tak melekakan pun. :)
Blog Bukanlah Segala-Galanya
Dipos pada April 12,2008
by Cikgu Bashid in Politik & Semasa
Apabila wakil rakyat daripada Barisan Nasional mula berblog, dan menganggap blog itu penting, jangan sampai mereka terikut-ikut dengan rentak pembangkang. Blog bukanlah segala-galanya.
Blog juga bukanlah satu-satunya.Masalah rakyat tidak berakhir di dalam blog.Malahan Keputusan tidak dibuat di dalam blog.
Disebabkan orang lain ada blog, kita pun patut ada blog. Lalu ada yang berfikir blog menyelesaikan masalah rakyat. Bukan begitu. Itu cara berfikir yang tidak tepat.
Berblog jangan sampai melupakan fungsi dan peranan mereka yang sebenar sebagai wakil rakyat.
Bagi menteri atau wakil rakyat, ada yang lebih penting daripada blog itu sendiri, iaitu turun ke padang, dan menemui sasaran sebenar.
Blog bukanlah suatu kemestian, tetapi sekadar alternatif. Tetapi dalam konteks sekarang, disebabkan pihak lawan menyerang kerajaan menggunakan blog, bukan ratusan tetapi beribu-ribu, maka blog merupakan alternatif utama untuk berdepan dengan rakyat.
Selain menjadi medan melontar idea konstruk, blog boleh sahaja menjadi wadah untuk mendapat maklum balas dengan pantas daripada rakyat.
Begitu juga blog boleh menjadi platform bagi seseorang pemimpin yang alert dan bertanggungjawab untuk memberi jawapan yang paling pantas terhadap sebarang rungutan atau rasa tidak puas hati rakyat.
Sebagai contoh apabila ada kekeliruan tentang Projek Penternakan Babi Berkelompok di Sepang, Selangor yang didakwa oleh MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diluluskan oleh kerajaan sebelumnya, cepat-cepat Datuk Dr Mohd Khir Toyo, mantan Menteri Besar Selangor menangkisnya melalui blog beliau Cetusan Dr Mohamad Khir Toyo sekalipun pada waktu ini beliau berada di Mekah untuk mengerjakan Umrah.
Di situlah kita melihat betapa berkesannya sesebuah blog. Apatah lagi ia berlaku di Selangor sebuah negeri yang penggunaan komputer berinternet sangat meluas.
Blog juga boleh digunakan untuk mewar-warkan kepada rakyat/orang ramai tentang aktiviti para pemimpin atau blogger itu sendiri.Dengan cara ini rakyat dapat tahu apa sebenarnya yang telah dan sedang dilakukan oleh pemimpin itu.
Umpamanya Dr Novandri Hasan Basri melalui blognya MINDA INTELEK MELAYU menjadikan program kesihatan bergeraknya sebagai fokus.
Begitu juga dengan Datuk Shahrir Samad yang banyak menggunakan kaedah Youtube untuk memaparkan aktiviti yang dilakukannya serta ucapan yang disampaikan.
Tetapi di luar bandar dan di pedalaman, kecenderungan wakil rakyat untuk menggunakan kemudahan internet mungkin tidak begitu signifikan.
Sebaliknya pertemuan empat mata dan melihat sebenar wajah rakyat dan masalah mereka jauh lebih berkesan.Hakcipta GuruBashid
Post a Comment