Search This Blog

Tuesday, July 1, 2008

APA BENARKAH INI...?S2

Buat laporan polis jika Anwar diancam bunuh
01/07/2008 6:09pm
KUALA LUMPUR 1 Julai - Mereka yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim diancam bunuh oleh pihak-pihak tertentu diminta membuat laporan polis.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sehingga kini tiada laporan seumpama itu di terima terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Katanya, tanpa sebarang laporan hanya menyukarkan polis untuk memulakan siasatan terhadap sebarang dak waan.
“Kita perlu laporan...Polis tidak menerima laporan mengenai perkara itu (dakwaan bunuh). Macam mana kita mahu siasat kebenarannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan dalam sebuah blog milik seorang ahli Parlimen yang mendakwa Anwar men jadi sasaran pembunuh upahan.
Kenyataan tersebut adalah berdasarkan maklumat daripada beberapa sumber dari unit perisikan sebuah negara jiran.
*******************************************************************************
Wah, ini sudah jadi kes berat ni. Jika benar la diancam bunuh, wajar sangat la Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis. Kita setuju sangat dengan saranan Tim. Ketua Polis Negara, TS Ismail Omar ni.

Kita pun tidak suka drama bunuh-membunuh ni. Jangankan begitu, tembak-menembak, letup bom macam dalam televisyen pun kita tidak suka. Mana boleh undang-undang ditegakkan di tangan sendiri.

Negara kita ni bukan negara koboi, lagi pun cara begitu bukanlah budaya kita. Sebagai orang Timur yang kaya dengan budi bahasa, kita tidak mahu para 'penjahat' ni, beraja di mata, bersultan dihati.

Kepada yang berkenaan: Laporkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat, pihak berkuasa pula ambil tindakan yang boleh menjamin nyawa rakyat Malaysia tidak 'diambil' sewenang-wenangnya. Salam.

4 comments:

Aku Anak Silaun said...

aku stuju dgn ko ustaz, kpd DSAI klu btul ada ancaman bunuh, buat la police report. Jgn la gunakan ancaman bunh ni utk m'elihkn phatian rakyat jelata drp. psoalan utama...btul ka liwat blaku?

Letting the time pass me by said...

Saya pun tertanya-tanya... benarkah DSAI nie pernah meliwat orang... Tapi saya rasa DSAi perlu ikut nashat Mufti Perlis supaya membuat sumpah supaya membersihkan nama beliau dan melepaskan fitnah.......

USD said...

T,kasih kpd dua saudara yg sudi memberi komen dlm blog ini. Episod yg b'mula dgn tuduhan liwat ni nampaknya smkin panjang dan mengelirukan. Kita serah kepada Allah, smoga diberi petunjuk utk melihat kebenaran. Salam.

Desperado said...

Salam Ustaz...

Depa main saman dah...DSAI saman rm 100 juta, KPN saman dia balik RM 5 juta, pening la diorang nie...
Kenapa pembangkang mengajar rakyat supaya jadi pembangkang...kenapa tidak memberi informasi yang boleh membantu diri rakyat itu sendiri...

www.pilihananda08.blogspot.com

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin